bila hatiku berbicara

~Murid tahfiz disuruh kumpul dana~

Posted on: November 21, 2007

KELANA JAYA: Segelintir tenaga pengajar dan pihak pengurusan sebuah pusat tahfiz di Kedah, sanggup membawa murid mereka ke Kompleks Tabung Haji di sini, semata-mata untuk disuruh menjual beberapa barangan kepada orang ramai yang menghantar keluarga masing-masing ke Tanah Suci.

Pihak pengurusan pusat tahfiz itu seolah-olah ‘mengeksploitasi’ murid terbabit dan tidak mengambil iktibar tragedi kemalangan maut di Kilometer (km) 355.7 Lebuh raya Utara-Selatan, dekat Sungkai, Perak, tahun lalu membabitkan lima pelajar Pusat Tahfiz Amal di Kuala Kedah, Kedah yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke pusat berkenaan menaiki van selepas menjalani latihan perniagaan dan jualan amal di ibu kota.

Difahamkan, tenaga pengajar terbabit membawa lima murid pusat tahfiz itu sebelum setiap seorang daripada mereka ditinggalkan di beberapa lokasi berasingan untuk menjual barangan seperti kalendar, pelekat kereta serta buku agama bagi mengumpul dana sekolah.

Selain itu, semua murid terbabit yang berusia 10 hingga 12 tahun dipercayai turut dibawa ke negeri lain bagi menjalankan kegiatan sama, kononnya sebagai sebahagian aktiviti kokurikulum sekolah.

Wartawan Harian Metro yang membuat liputan keberangkatan jemaah haji di Kompleks Tabung Haji, terserempak seorang daripada pelajar terbabit berlegar-legar sambil menawarkan kalendar kepada orang ramai di situ, semalam.

Pelajar terbabit yang cuma dikenali Duan, 11, berkata dia ditinggalkan berseorangan untuk menjual kalendar dan tiba di kompleks itu kira-kira jam 9 pagi menaiki van.

Katanya, kegiatan itu dilakukan sebagai kerja amal untuk membantu pusat tahfiz tempatnya belajar mengumpul dana selain dilakukan sebagai sebahagian aktiviti sekolah.

“Kami sampai di sini awal pagi tadi (semalam) dari Kedah dan sejurus sarapan, cikgu membawa kami ke beberapa lokasi untuk menjual barangan yang dibekalkan. Saya ditugaskan menjual kalendar di kompleks ini manakala empat rakan lain ditempatkan di kawasan berhampiran. Setiap kalendar dijual dengan harga RM10 dan duit yang diperoleh akan dimasukkan dalam dana sekolah kami,” katanya.

“Petang nanti, kami semua akan berangkat ke Seremban untuk menjalankan tugas sama,” katanya ketika ditemui.

Duan turut disertai dua rakan lain untuk sama-sama menjual barangan yang dibekalkan guru mereka menjelang tengah hari.

Orang ramai turut dilihat membeli kalendar yang dijual pelajar terbabit yang merayu dan membuat ‘muka kesian’ bagi meraih simpati.

Pengunjung, Mohd Nasir Man, 33, yang menghantar ibu dan bapanya melapor diri di kompleks itu terkejut dan kesal dengan tindakan pengurusan pusat tahfiz terbabit yang mempergunakan pelajar walaupun tahu tindakan itu menyalahi undang-undang.

“Mereka (tenaga pengajar) tidak bertanggungjawab kerana sanggup memperalatkan pelajar yang masih mentah untuk kepentingan sendiri. Setahu saya, tindakan mereka itu salah kerana semua pelajar terbabit berusia bawah 18 tahun.

“Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sepatutnya bagi menghalang kegiatan seperti ini. Saya tak sangka ada pihak sanggup meninggalkan pelajar yang masih kecil bersendirian untuk menjual barangan dan berkemungkinan boleh membahayakan nyawa pelajar,” katanya.

~Nawaitu ibu bapa nak hantar anak kita belajar tahfiz bukannya hendak menyuruh anak kita mengumpul dana pulak, kita bukan anak-anak orang arqam yang memperalatkan budak-budak untuk menjual majalah atau mencari pendapatan demi persatuan mereka. Kita bayar sekolah tersebut bukan untuk di suruh anak kita mencari dana. Harap-harap kepada pihak yang tidak bertanggung jawab ni fikir-fikirlah keselamatan pelajar-pelajar. Anak kita bukan untuk di jadikan hamba mencari DANA.

Belum daftar

Oleh Rahmat Othman

ALOR STAR: “Mereka belum daftar,” demikian penjelasan ringkas daripada Ketua Bahagian Pendaftaran Sekolah Agama, Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Naim Ahmad mengenai Pusat Tahfiz Amal di Kuala Kedah, di sini, yang didakwa masih meneruskan aktiviti jualan amal walaupun kerajaan negeri sudah mengarahkan mereka menghentikannya.

Harian Metro semalam, melaporkan sekumpulan pelajar pusat tahfiz itu menjual pelbagai barangan seperti kalendar, pelekat kereta serta buku agama kepada orang ramai di Kompleks Tabung Haji, Kelana Haji.

Seorang pelajarnya bernama Duan, 11, mendakwa ditinggalkan berseorangan di situ untuk menjual kalendar, manakala empat rakannya yang lain turut dihantar ke lokasi sama untuk menjual pelbagai barangan seperti pelekat kereta serta buku agama.

Kejadian itu menimbulkan persoalan mengenai tindakan Jaik yang dikatakan sudah memberi notis dan mengarahkan pusat tahfiz yang mempunyai kira-kira 300 pelajar itu menghentikan operasinya serta-merta kerana didapati menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 12 (1) Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Negeri Kedah 1988 apabila pelajarnya diwajibkan menjalani jualan amal.

Usaha Harian Metro untuk menghubungi Yang Dipertua Jaik, Datuk Syeikh Uzir Baharum, bagi mendapatkan ulasan gagal kerana telefon bimbitnya tidak dijawab.

Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kedah, Baharudin P M Mohd Ali, berkata pihaknya menganggap tidak masuk akal apabila kanak-kanak pada usia berkenaan disuruh menjaja seperti itu.

“Jika pihak pengurusan tahfiz itu ingin mengumpul dana tidak seharusnya menggunakan kanak-kanak yang sepatutnya menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

“Sekiranya ingin mendidik pelajar itu berniaga, mereka boleh menghantar pelajar terbabit ke institusi yang berkelayakan,” katanya.

Katanya, sebahagian daripada pelajar itu pula adalah perempuan dan boleh terdedah kepada risiko diculik pihak tertentu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail, berkata ramai yang membeli barangan daripada mereka kerana kasihan dan tidak lebih dari itu.

“Sekiranya perbuatan itu tidak dihentikan, maka nasib kanak-kanak itu tidak akan berubah kerana yang penting sekarang ialah pelajaran,” katanya.

Pusat tahfiz berkenaan tidak pernah mengambil iktibar kemalangan yang mengakibatkan lima pelajarnya mati di Kilometer 355.7 Lebuhraya Utara Selatan dekat Sungkai, Perak, tahun lalu.

Peristiwa menyayat hati itu pernah mendapat perhatian ramai malah banyak pihak menyarankan supaya sekolah berkenaan ditutup secepat mungkin.

Kerajaan negeri pernah meminta guru besar sekolah berkenaan mendaftar dengan Jaik secepat mungkin.

About these ads

56 Respons to "~Murid tahfiz disuruh kumpul dana~"

Salam Iman, perkara ni dah selalu sgt. Di SG ni pun, depan bank & supermarket pun ada. Tu belum termasuk kat gerai/restoran waktu pelanggan makan. Kesian tgk anak2 tu, ada yg kurus kering dan pucat aje dok berdiri sepanjang hari…

Salam Kak Norz..kekadang ada jugak bebudak ni gi jual kelendar le apa ke kat opis suami..bila tanya dari mana katanya dari…..faham2 ajelah..rufaqa katanya..barang di jual di merata tempat….
kita nak hantar anak utk belajar jadi kita cari yg betul2 bukannya nak suruh anak kita cari dana..

salam,
ALhamdulillah,
Alya insyirah sihat…
bertambah comel

salam alaikum ….

no komen, inilah dunia sekarang …

sekolah agama dengan ragamnya yg tersendiri,

sekolah biasa dengan masalah sosialnya …

perlu ada ‘correction’

Salam alaik…tak semua sekolah agama dan tahfiz begitu..di kelantan sek tahfiz di biayai sepenuhnya oleh YIK…http://www.tahfizmalaysia.com/
mudahan ini yang terakhir kita dengar..kalau semua banyak ragamnya tak kan ramai lahirnya tahfiz2 di malaysia ni…mudahan Allah permudahkan usaha murni ibu bapa hendak melihat anak2nya berjaya dalam bidang ini.

jualan amal tu kan sunnah rasulullah.nabi masa umur 7 tahun bawa barang dagangan ke syam , mesir.nabi berniaga sejak umur masa kecil. budak budak tu bukan mencuri atau minta sedekah .depa jual barang. latih jiwa mereka kental dengan cabaran bila besar jadi peniaga yang hebat. bukan asyik harap subsidi kerajaan.cuba fikirkan. sistem pendidikan kita ikut sistem pendidikan yang rasulullah lagangkan ke? fikir dengan hati terbuka. kenapa nak lahirkan pemain bola sepak hebat, latih mereka sejak dari kecil. nak lahirkan ahli sukan hebat latih sejak kecil.

Salam,

ita, mmg betul pandangan saudari.Namun tahukah saudari, saya sendiri terserempak dengan mereka pada hari bekerja di hentian R& R Seremban. Sekolah mereka di alor setar yg terletak lebih 500 Km dari seremban. Cuba saudari fikir bila agaknya mereka nk belajar? Belajar menghafal ni perlukan tempat yg tenang dan khas. Kita sebenarnya tidak menghalang utk mereka menjual sbg aktiviti ko-kurikulum namun pada saya, pelajaran lebih utama bagi mereka dan itulah yg sepatutnya mereka utamakan. tetapi nampaknya mereka lebih utama aktiviti menjual dari menghafaz.

untuk Cari dana sebenarnya tidaklah begitu susah. Sewajarnya pihak sekolah mengajikan pekerja khas utk cari dana. jangan gunakan pelajar apatah lagi bilangan tahfiz di negara kita tak ramai dan tak semua yg bljar tahfiz akan jd hafiz.

Jika sekolah nak sgt bt aktiviti menjual, elok tukarkan sahaja nama sekolah dari pusat tahfiz amal kepada pusat jualan amal!.

kerajaan kena bantu sek2 tahfiz dan pondok2 ni. Sek tahfiz ni pun tidak di daftarkan. Dalam 360 baru2 ni ada budak sek tahfiz buat jualan amal. Dalam MHI pun ada di timbulkan kes ini.

sayapun tak setuju budak2 ini di suruh buat jualan amal. Kerana budak2 ini patutnya belajar. Apa lagi menghafal quran.

tak salah membantu sek tahfiz dan pondok ini. Tak semua sek tahfiz macam tu. Banyak yg berkata hantar anak ke sek tahfiz takde masa depan,takde kerja yg baik dan macam2 lagi. Berapa ramai yg sanggup menghantar anak ke sek tahfiz dan pondok…

Di pondok banyak yg hantar anak2 yg nakal, emak bapak sendiripun tak sanggup nak jaga .bila ke sana menimbulkan masalah kpd ustaz2. Sebab itulah orang memperlekehkan bila hantar anak ke sek pondok. Cuba pk kalau di pondok2 budak2 ini tidak di terima habis kat mana lagi diaorang nak p? Jadi kaki rempit, lepak? Kekadang org pelik bila ada anak remaja yg berserban dan berjubah tetapi mereka tak kisah kalau anak2 remaja pakai seluar koyak2 di lutut. so renung2lah selamat beramal.

Saya lama mengetahui kegiatan terbabit.

Malangnya apabila disiarkan di TV, pelbagai pihak marah dan mengutuk.

“Apahal engkau kacau orang susah tu? Tak ada kerja lain?”, “Kau nak masuk neraka ke?”, “Kalau kau susah, padan muka!”

Antara respon saya terima melalui emel dan SMS. Apapun saya percaya banyak pihak menangguk di air keruh. Mereka tahu, majoriti rakyat Malaysia pemurah. Tanpa usul periksa mereka menyumbang.

Biar saya kongsikan satu daripada pengalaman saya lalui.

Lelaki warga Thailand , 33 tahun, saya temui sewaktu menjalankan tinjauan berhubung kegiatan pengemis di Pasar Malam Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor bulan Ramadan lalu. Lelaki itu cacat,

tiada sebelah kaki. Katanya, kaki putus akibat terkena jerangkap samar lama dulu. Hairan, semasa saya mendekatinya, dia melarikan diri secara mengesut ke tempat parkir kereta.

Mungkin dia mengenali saya dan kerjaya. Melalui temubual, dia mengaku meraih pendapatan antara RM100 dan RM150 sehari hasil mengemis.

Januari lalu, saya ke Pasar Malam Kota Damansara dan kemudian terserempak 3 remaja Myanmar dianggarkan berusia antara 10 dan 12 tahun, cacat kaki dan tangan.

Saya hampiri dan bertanya kepada mereka …

“Siapa bawa kamu ke sini?”

Mereka diam dan berpura-pura bisu. Namun setelah beberapa kali didesak, mereka menunjukkan ‘ayah’ mereka. Terkejut, ‘ayah’ itu lelaki sama saya temui di Kelana Jaya. Cuma kali itu, berbeza.

\ Dia berdiri sambil bercekak pinggang, bagai taukeh lagaknya. Tanpa disedari saya menghampiri lelaki itu. Dia terkejut melihat saya, pucat wajah tanpa darah.

“Macam mana kamu boleh bawa budak-budak tu mengemis?,” soal saya.

Dia gugup. Ingin saya menampar mukanya, geram. Dia sanggup mengeksploitasi kanak-kanak terbabit untuk mengaut keuntungan.

Saya katakan kepadanya …

“Sekali lagi aku nampak muka engkau, kau mesti menyesal se umur hidup”

Dia dan kanak-kanak terbabit pantas menghilangkan diri. Sedar tidak atau, ramai antara kita diperbodohkan pengemis warga asing, hadir di negara ini hanya mencari jalan pintas mengaut keuntungan.

Layari blog saya, mazidulakmal.blogspot.com. Banyak kisah benar lain saya kongsikan.

Terima kasih.

Pusat Tahfiz amal dinaungi oleh Presiden Kerabat Raja Sakti Kedah,iaitu Yang Teramat Mulia Datuk Seri Paduka Ayahanda Tuan Raja Azhar ibni Raja Wahab.Beliau seorang yang amat perihatin dengan nasib anak yatim dan sanggup membina pusat tahfiz untuk kegunaan anak yatim secara percuma dan gaji kakitangan dibiayai oleh beliau,malah seluruh kehidupan anak yatim dibiayainya.Bukan sikit belanjanya,mana nak cari insan yang berhati mulia spt beliau.Kita patut menyokong dengan menderma,bukan banyak pun.Kalau RM10 derma anda setahun,katakan seramai SEJUTA penderma dalam tahun tersebut,insyaallah RM10juta dapat dikutip.Derma sekali seumur hidup pun pusat tahfiz dapat berkembang.Berapa ramai umat islam diMalaysia?

sungguh tepatsekali. jangan sesekali kita mengangap KERABAT RAJA SAKTI tidak baik

btol .. btol .. aq sokong tuh .. korang sje yg pk mcm tuh .. korang tgok la skang .. amai ag anak2 yatim yg mmerlukn bntuan kiter .. aq sokong kerabat raja sakti kedah nih .. aq pena pi tmpat die .. siap jmpe ag YM .. aty beliau ikhlas nk mmbntu ank2 yatim . fakir miskin . kakak2 abg2 adk2 pkcik2 mkcik . bkn snang nk jd owg bek skang nih . byk dugaan . cntoh cum ni lah . ble nk bt bek der jer yg ta snang dduk . nk ckp yg bukan2 . mne yg korang pena npak bdk2 bt jualan amal tuh . bkn sesaje sruh . dorang nk bjar bdikari . nabi kn pena jd mcm tuh . korang lau stakat nk mara2 tp lau bg sdekah tape la an . ni tau nk ckp ta puas aty . ce korang der kt tmpt azhar . korang bt gak cum nih . org laen lak duk bcter sal korang . tula ini la . per korang rase .

Aku sokong ismail

kalau sudah dibiayainya dari segi gaji dan seluruh kehidupan anak2 di situ, lagilah saya tak faham kenapa mereka perlu keluar meminta derma (ya, kadangkala tak ada apa pun yang dijual – hari tu ada di bangi) dan menjaja. kalau sekali sekala sebagai projek sekolah fahamlah. tapi kalau dah merata negara dan macam tiap2 hari, saya tak faham mengapa perlu dilakukan sedangkan jika seperti yang saudara katakan sudah ada penaungnya yang tanggung semua perbelanjaan.

saya rasa tidak perlu saudara menuduh orang lain tidak mahu derma 10rm. jika terdapat di kalangan yang memberi pandangan di sini sebenarnya memberi beribu-ribu ringgit setahun zakat, dan beribu-ribu ringgit di atasnya lagi setiap tahun untuk pelbagai bantuan amal termasuk rumah anak yatim lain, cuma tidak mahu mewar-warkannya, bukankah saudara sudah berdosa menuduh sedemikian.

Presiden Kerabat Diraja Sakti Kedah tu sebenarnya pengasas ajaran sesat.

Ajaran Azhar bin Wahab
ajaran azhar wahab
- PENGASAS AL MANSUR HOLDINGS SDN BHD.

Azhar bin wahab bersekolah di sek men kebangsaan- tidak mendapat pendidikan agama secara formal.

Pendidikan awal sekolah kebangssan Kuala Sidim, kulim, kedah. menyambung pelajaran sehingga tingkatan 3 di Sek Men. Padang Serai, Kulim, kedah. Selepas memperolehi SRP, Azhar bin Wahab berkerja mengambil upah mengait kelapa sawit di Ladang kelapa Sawit padang Buloh, Kuala Sidim.

Berhijrah ke Kl dan berkeja sebagai pemandu kepada Pegawai eksekutif di ibu pejabat Bank Simpnanan nasional Jalan Ampang, Kl. Kemudian menjawat penjual kereta terpakai. ketika itu sudah berkenalan dengan Ustaz Hanapi, bekas orang kuat al- Arqam. Mendakwa memimiliki keupayaan mengubat dan mengurut mengikut amalan tradisional, secara bersendirian dan juga berkhidmat untuk bekas ahli al-Arqam. dari situ bermula usaha mempengaruhi bekas pengikut al- Arqam dan menubuhkan syarikatnya sendiri sehingga kini.

Dipanggil ‘Ayah’ oleh pengikut, staff dan kakitangan dan ‘Tok Wan’ oleh anak kakitangan tanpa mengira usia mereka. Kemudian ‘Tuan’, ‘yang Amat Mulia’, ‘yang berhormat Mulia’ dan terakhir sekali ‘Yang teramat Mulia Ayahanda raja’.

Azhar bin Wahab menjadi guru kepada pengikut- pengikutnya dgn dibantu pengikut- pengikut utama seperti Ahmad bin Meh dan Hj Ilias Yusuf. Mereka adalah perancang utama dulu, meneruskan usaha dan cita2 Azhar melalui pelbagai dakwaaan dan mencetuskan segala ketaksuban kepada karakter dan profile pilihan ini.(start dr mencetuskan tue ayat gwe)

KUMPULAN AL MANSUR HOLDINGS
Muncul selepas al- Arqam dibubarkan (disbanded). kebanyakan ahli2 pun dr budak2 al- Arqam

perkataan Al Mansur bermaksud pembantu dan penolong. bersesuaian dengan konsep penubuhannya – menjadi pemangkin melahirkan bangsa Melayu peneraju ekonomi dunia dengan berpegang kepada prinsip ‘Bersatu maju bersama’.

Kumpulan yang diasaskan oleh Azhar bin Wahab pada tahun 1988 ini menjalankan aktiviti perniagaan yang didaftarkan sebagai sebuah syarikat iaitu al- mansur Holdings Sdn bHd nombor pendaftaran (Co. 523446-U) beralamat di No.19, Jalan Cempaka1/1, Bandar Aman jaya, 08000 Sungai Petani, kedah Darul Aman.

Al-Mansur Holdings mempunyai 30 buah kumpulan anak syarikat di selurh negara. Hanya beberapa rangkaian sahaja masih aktif manakala bakinya atas nama sahaja utk mengaburi pandangan masyarakat sebagai pelindung kepada aktvt2 utama yg boleh mengumpul dana yg banyak. Antara aktivti perniagaan yg aktif ialah urutan refleksi dan ubat-ubatan herba tradisional. Di samping itu ia menggunakan pelajar2 sekolah Tahfiz al- mansur yg masih di bwh umur (underaged) utk menjual kalendar, cenderamata dan seumpamanya serta memungut derma anak yatim.

ISu
Isu ajaran Azhar bin Wahab timbul dlm masyarakat apabia kumpulan al-Mansur melaksanakan aktivti yg didapati bercanggah dengan Islam dan sebagai pengganti kepada gerakan kump al- Arqam yg telah diharamkan.

Dalam pd itu hasil kajian yg dibuat oleh JAKIM mendapati ada tanda2 kumpulan ini mengamalkan ajaran ‘Aurad Muhammadiah’ pegangan al-Arqam satu ketika dahulu di samping beberapa penambahan lain yg boleh membawa kepada kerosakan akidah.

JAKIM telah mengadakan pertemuan khas dengan pihak pengurusan al- mansur pd 15 November 2002 di putrajaya. Selain berbapa siri perbncangan dan pertemuan dn bekas2 ahli al- Mansur di Putrajaya, selamngor dan kedah.

CIRI CIRI AJARAN AZHAR BIN WAHAB
akidahnya:
-mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiyah(pengakuan semasa perjumpaan dengan Ketua Pengarah JAKIM pada 15 November 2002)

-mengaku menggunakan Tawassul iaitu berdoa sebelum melakukan urut refleksi dengan berkata, “Ya Allah dengan berkat dan keramat Guruku Tuan Azhar, sembuhkanlah penyakit si polan..”(sama mcm Ashaari jugak kecenderungan beliau nie..)

-mengadakan kuliah tertutup untuk ahli dan kakitangan serta didampingi oleh pak Syeikh atau Wali Allah. Azhar bin Wahab pernah mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai (huihh beshnyaa…) bersama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedang tubuhnya berada di Damansara.

-berbai’ah akan mengikut segala artahan gutu dan merahsiakannya dari org ramai, sesiapa yg belot atau keluar hidupnya tidak akan selamat.

-memakan ais sebagai satu syarat mendapatkan karamah guru sebagai simbolik kepada amalan pertapaan bagi mendapat ilmu perbomohan

-mendakwa mempunyai bala tentera dan kapal terbang ghaib.. (gilak ahhh. ajak aa aku sama seflight dua ehehe..)

-mendakwa mempunyai masjid Jin (pulak dahh..) di smaping mengaku selalu bermesyuaratd engan golongan jin di gunung2 tertentu sprti Gunung Santubong di Sarawak.

-mendakwa mengetahui pergerakan org yg mengintip aktvitinya

-mendakwa mempunyai pengawal dr golongan jin

-menangis di hdpn pengikutnya kerana mendakwa pernah nampak dan tahu kesalahan agama yg dibuat oleh pengikutnya

- percayakan khurafat seperti:

Semasa perakan untuk melantik beliau sebagai Naib Khalifah Seni Silat mempertahankan diri al- mansur, seekor gajah telah menarik tangannya. beliayu amat percaya dengan telahan dan (ketaksuban yg dicipta oleh pengikutnya) dan ahli perarakan bahawa gajah tersebut meminta bliau menaiki belakangnya ekrana ‘beliau berketurunan raja.’

Tabib dan tabibah (perempuan utk tabib) diarah untuk menggunakan keris utk mengubat dan mempercayai keris tersebut ada penunggu.

menggunakan setanggi yntuk diperasapkan di setiap pusat rawatan sebelum memulakan perniagaan urut refleksi du samping memberi salam kpd rasulullah saw. abi khidir dan Azhar sendiri. Ritual ini dilakukan setiap hari sbl memulakan perniagaan atau membuka kedai

segi syariat:

Mana2 ahli yang didapati bersalah dan jika dpt dikesan oleh Azhar, maka ahli berkenaan akan dikenakan dam (denda) sama ada dlm bentuk wang atau harta benda;

Solat waktu sentiasa dijamakkan walaupun bkn dlm musafir

Apa sahaja yg dibw oleh Azhar bin wahab adalah benar belaka dan tidak boleh dipertikaikan segala keuputusan dan arahannya.

Dari segai akhlak:

Memulakan ucapan dengan bersumpah memegang al-Quran.Ini dilakukan oleh Azhar bin Wahab dan pengikut kanannya Hj Ilias bin Hj Yusuf di majlis pertemuan dengan pengarah JAKIM pd 15 November 2002 lalu.

Mendakwa boleh memberi barakah dan syafa’ah kpead anak muridnya.

Mendakwa ada keberkatan kerana boleh menarik duit pelanggan dan mereka akan mengeluarkan wang sebyk mana yg mereka ada.

Memberitahu pengikutnya bahawa dirinya boleh dilihat manusia sebagai berpakaian biasa tetapi sebenarnya beliau berjubah serba putih, berserban, bermisai dan berjanggut seperti Wali Allah.

Mendakwa boleh ke mana2 denegan serta merta termasuk ke CHina dan mekah.(mcm david Copperfield atau Jumper..wahahah)

Mengugut ahli agar jangan derhaka kepada beliau kerana nanti tidak mendapat karamah
.. bukan CIkgu Karimah awek aku obses dulu2..

Mewajibkan ahli agar tidak bersosial dengan masyarakat biasa

KEPUTUSAN FATWA
meysuarat jwtnkuasa Perunding hukum Syarak FaTWA Negeri selangor telah membuat keputusan bwh ajaran Azhar Bin Wahab (Pengasas al-Mansur Holdings Sdn Bhd.) adalah haram, kerana didapati ada percanggahan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam.

Apa betul ke sekolah ini tidak di daftarkan?

dulu yela sekaran pandai2 hidop kalau tak nak kene pijak

Pada saya, kita perlu faham kedudukan pihak maahad tahfiz itu juga. Memanglah nampak seperti eksploitasikan budak2, tetapi siapa yang nak bantu mereka ini? Kalau mintak derma pun salah, ni nak menjual pun takkan tak boleh? Mungkin ini cara mereka nak survive. Nak harap kepada kerajaan? Ntahlah….

Soal daftar atau tidak satu lagi persoalan. Bagi saya, kita perlu lihat negara jiran kita spt Indonesia. di sana tak perlu nak ambil lesen atau apa2 benda yang menyusahkan. Apa yang penting, masyarakat dapat menghantar anak mereka mendalami ilmu agama.

Wallahu a’lam…

betul sebab nape klu nk harapkankan kerajaan depa semua mana nak pandang sekolah tahfiz kat tengah sawah padi kat alor staq

Betul tu cakap abg izzat Aku sokng abg izzat

saudara saudari skalian..sy bru pergi interview sndri..pijak kaki sndri ke pusat tahfiz amal yan kedah..suasana sgguh mnyedihkn..bgunan lama..mcm xde prubahan..pgetua p.tahfiz tu sndri ckp sm amin bg produk scara prcuma kpda pusat thfiz untuk bdak2 jual..persoalannya kemana duit hasil jualan tersebut? pgetua itu sndri anggarkn stahun 1.5 juta..xkn x bole nk bina bgunan yg cntik cikit,..tgk pkaian budak2 tu pn lusuh semua..saudara saudari yg bijak pandai..cuba fikir sdikit..tmpat budak2 tu blajar sgt tidak slesa..tp rumah pgetua dn “staf2″ sgt mewah..urmmm

Tak tau nak cakaplah bro…kalau itu membahagiakan silakan..tp sy dah dua kali terkena dengan sek tahfiz ni..

derma kpd pelajar tahfiz dapat pahala jika dibanding dgn beli prepaid utk sms undi AF.Jutaan terima kasih kpd penaung,semoga perniagaan anda semakin maju dan diberkati.

amin..alhamdulillah setakat ni duit sms sy tak pernah terbang kerana afundi rancangan entah apa2 tu..

salam…saya amat simpati dgn pelajarx2 ni…kampung halaman saya di kuala kedah..dulunya sekolah al falah dan ditukar jadi tahfiz…saya dah selalu sgt jumpa…satu malaysia diorang pegi…tp saya jumpa di luar kedah…al kisahnya…say g johor dan kuar tol pedas utk isi minyak…dah malam..tp boleh terserempak dgn pelajarx2 ni kutip derma kat stetsen minyak…mudax2 lagi…even saya bertukar kerja di lumut pun hampir setiap minggu saya terserempak pelajarx2 ini ditinggalkan di pasaraya ,stesen minyak dan bank…ada pelajar perempuan dan lelaki yang masih lagi remaja…bagaimana dengan keselamatan mereka?menahan malu meminta derma…saya cukup sedih dan simpati dengan adikx2 ni…sepatutnya mereka mengulang kaji pelajaran…walu apa pun alasan mencari dana tp sepatutnya pelajarx2 ni x sepatutnya digunakan…banyak lg cara….ni negara yg pemerintahnya islam….duit zakat saya dengar sampai x habis digunakan….nape xde pihak yang berkaitan cuba duduk semeja dan bincang perkara ni…saya yakin banyak saluran bantuan dpt kita dapat…buat universiti berpuluhx2…alocate duit pada sukan dan macamx2 lg berjutax2…xkan untuk pendidikan x boleh…lgpun so far saya tahu sekolah tahfiz ini je yang mencari dana dgn cara ini…nape pihak berkaitan buatx2 x nampak?

Salam…
apa la masalah dunia ni….
sekolah daftar salah,nk bt jualan amal pon salah
cuba saudara fikirkan…
ZAMAN RASULULLAH seumur 7 thun dah berniaga..
ada ke para sahabat terdetik nk kata dia ni xbelajar ke??
bt ape jual2 ni sume??

JADI SAYA NASIHATKAN KPD RAKYAT MALAYSIA…
BUKA LAH MATA ANDA SEBELUM MATA ANDA TIDAK BOLEH BUKA UNTUK SEMENTARA (ALAM BARZAKH)
WALLAHU A`LAM

FITNAH ITU LEBIH DASYAT DARIPADA MEMBUNUH

Tepat sekali abg AH MAD itu lah ayat yg paling sakan,pekan&tekan

pakan tekan makan…demmm

Aku rasa elok pa depa jual kutip kebajikan tuk anak yatim… dari melepak ka, atau merempit, cuba buka minda anda semua menerima hakikat bahawa ‘TANGAN YANG DIATAS LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG DIABAWAH’, mungkin kebanyakan dah terima pendidikan dari sistem yang bukan sealiran Zaman Para2 Sahabat Dulu… lebih senang kata dari sistem Yahudi La.. terutama wartawan yang tulis artikel ni… semangnya Dia BANGANG DAN TAK PANDAI MENILAI, MUNGKIN WARTWAN NI LEBIH SUKA TENGOK ANAK-ANAK MELAYU ROSAK DARI MELAKUKAN KEBAJIKAN DAN AMAL IBADAH… sekian ni saja dari pemikiran gua… ada lain masa gua komen lagi… JADILAH INSAN YANG MEMBAWA MANFAAT KEPADA INSAN LAIN, BUKANNYA JADI BEBAN KEPADA INSAN LAIN… WSALAM…..

Ko jgn sedap2 nak mengata kat org. dalam islam, hak kanak2 dipandang tinggi.jualan amal tu tak salah..tapi biarla ustaz2 tu yang buat bukan budak2 yang dikerah tenaganya.pikirla…sayangi kanak2….jgn peralatkan.nak buat jualan amal pun buatlah…rakyat malaysia ni masih ada simpati lagi….tapi ustaz2 ntu la turun padang bukan budak2.cakap biar pakai kepala otak jgn pakai kepala lutut….

Wak lu de ismail cakap tu betul la budak2 tu bukan setakat buat jualan je diorang tu belajar berdikari untuk masa hadappan

sekadar pandangan,
tidak menjadi kesalahan jika mengutip derma utk kebajikan tetapi perlulah kita patuhi segala undang2 yg ada. jika betul utk umat islam mgapa tidak berdaftar, berani kerana benar, tidak perlu berselidung lagi, duit zakat umat islam byk jika x digunakan utk kebajikan x guna juga tapi kalau x mintnaa mcm mn nak bagi tapi kalau x daftar mcm mn nak dapat tapi kalau dah salah memang la x kan daftar. memsng ls azhar 2 bantu anak2 yatim tetapi lihat disebaliknya. dia menabur derma kepada semua dari mana duitnya, sumbernya budak2 yang menjual barang lah. demi populariti nama nya terkenal presiden kerabat raja sakti kedah, sedangkan sultan kedah murka dgn gelaran beliau itu. mengapa dulu al mangshur hholding dia tiada gelaran raja bila diharamkan terus ada raja guna logik akal la. perlu ka kita menyuruh anak2 kita menjual barang untuk kita bagi derma kepada sesiapa demi kebajikan ummah tetapi anak2 kita korbankan masa depanya. perluu lah adil menjaga amanah letakkan yang betul pada tempatnya. pemantauan pihak berkuasa perlu bila lagi nak ambil tindakan jgn berpeluk tubuh. asalnya sepihan al-arqam tukar al mansur holding and last kerabat raja sakti kedah pulak, fahaman ajaran azhar wahab masih diamalkan. memang terbukti sesat lagi menyesatkan

mana hang tau dia dok pakai duit budak2 tu…??? hang ada bukti ka…??? mana hang tau dia dok keja glamor…?? yg aku tau dia ada banyak bisnes dia sendiri…
dia memang dah kaya dari dulu lg…. kami org kedah dah lama kenai dia…. byk majlis2 yg dia buat mesti ada sumbang kat anak yatim & fakir miskin…. selalu klu time raya tu dia dok buat cabutan bertuah…. aku siap dapat motor sebijik lak tu…waktu dia bg motor kat aku, dia siap nasihat lg “jgn merempit dah nohhh…..”. sampai la aku x merempit dah… klu hang dok nak kata kat org, cermin diri tu dulu dah cukup ka amalan dalam hidup tu….dari aku bekas mat rempit.

der ..
pkiaq dulu nohh nk bckp ..
jgn men sdp mlut ang ja men tduh depa ada ajaran sesat ..
rezki dtg dr Allah bkn dr ang ..
slama ang idup mna ang dpt duet ?
bkn dr rezki y Allah bg kt ang ?
cba ang tgok owg duk mrempat kt pi jln ?
ada ang nk pi tlog ka bg duet ka bt mkn ?
y ang taw nk ckp owg ..
len kaly pkai otak nohh ..
bkn pkai ltut ..
lntak pi ahh lau depa nk tlog owg ka nk bt pa ka ..
y ang duk hingaq psai pa ? ada depa duk kcu idup ang ?
akai ada ??

Biar lah depa buat mcm ni.kalau depa xbuat mcm ni sapa mau tanggung nak harap kerajaan ehh x tau la

bro kau pun ada ya tak perasan plak

1+1=2 itu dari segi teori,tapi bilamana masuk bab praktikal,1+1 dah jadi 3.kita boleh mencanang pelbagai sebab dan musabab siapa yg sepatutnya dipersalahkan.tetapi pernahkah kita melihat dari sisi anak2 yatim itu sendiri.saya tidak mahu menyalahkan mana2 pihak,kerana saya percaya semuanya sudah mencuba yg terbaik dan termampu bagi membantu anak2 yatim ini.Janganlah kerana mereka kita saling bertegang leher,memutus urat,tidak kasihankah kita kepada mereka,sudahlah tiada beribu bapa,hadir ke dunia menambah sengketa,Pernah saya ke mesin atm pada pukul 11 malam,dan terserempak dengan gadis piatu,seorang diri menunggu van,terkebil-kebil mata,’ hai jika adikku,jadi begini tentu luluh hati’.megapa kita yg lebih bijak dan mampu, mesti hanya menyalahkan mereka yg mengambil kesempatan,mengapa tidak kita turun padang membantu,mengurus apa yg perlu,terutama badan yg sepatutnya.Tidak perlu melampias ego membuta tuli,Menyatakan mereka sepatutnya begini dan begitu,anggaplah kita membantu kerana Allah.’Kasihankan mereka,lihatlah mereka sepertimana ,anda melihat anak anda,tidak sebakkah anda,jika suatu hari nyawa pinjaman dicabut,pasti pusigan serupa berlaku,maka bertindaklah.Tidak salah mengajar mereka berjualan,Tetapi biarlah di hujung minggu,mengisi masa,ia bagus untuk membina keyakinan diri mereka.disamping belajar berkomunikasi.
Tidak timbul siapa yg bersalah,dan siapa yg perlu mengalah,yg menjadi pokok ialah mereka sudah tiada siapa2,maka kitalah yg sepatutnya mengambil langkah,binalah insan yg prihatin moga2 ia menjadi budaya.Kerana giliran kita siapa yg tahu.

alamak salah topik la pulak hahahahha..malunyeeeee hukhuk

harap2 ada yg membantu…..betulkan mana2 yg silap…anak2 ini perlu belajar demi masa depan mereka….

Wei nak salah topik pa plak.

Adik2 ni dah sampai Sabah. Beberapa tahun lepas, ada skali terserempak dpn sebuah bank d Tawau. Semalam, baru shj terjumpa dgn adik2 ni, seorng perempuan & seorng lelaki lingkungan 10 – 12 tahun juga depan sebuah bank di Kota Kinabalu. Kesian tengok adik2 ni, entah berapa lama berdiri sambil mengendong beban bahan jualan amal mereka. Sya hulurkan rm10.
Duit tu sebenarnya sya nak salurkan ke Tabung Gaza, azam sya seboleh2nya setiap bulan utk salurkan kp anak2 Palestin, walaupun setakat rm 10. Tapi, entah mengapa, lewat pagi itu ramai pula pelanggan, so sya batalkan niat & janji akan datang d hari lain. Tapi, keluar shj dari bank, sya terserempak dgn mereka, agaknya Allah nak tunjuk ngn sya, sebenarnya di Malaysia, masih ramai anak2 yang kurang bernasib baik. Kepada siapa? Untuk apa? duit itu digunakan, saya serahkan pada Allah…… kerana sesungguhnya, sebahagian rezeki yang Allah beri untuk sya, ada hak orang lain yang mesti ditunaikan…. harapan sya semoga ia sampai pada yang berhak…

mmg betul, kena ajar anak2 berusaha, hidupkan sunnah dsb. tapi kalau sampai tinggalkan anak gadis sorang2 kutip derma di stesen minyak, apa ke sunnah nya pulak tu? saya pun sangsi mulanya bila fikir keadaan macam ni. nak hidupkan sunnah biarlah bertempat dan kena pada realitinya. maaf, sekadar teguran & pendapat ikhlas drp saya yg lemah.

Setahu saya kat Malaysia ni byk sek Agama & Pusat Tahfiz persendirian yg di bina, tapi knp hanya Pusat Tahfiz ni saja yg ikut sunah nabi, Sek. & Pusat Tahfiz lain x buat mcm tu. Jgn lah sunah nabi dipermainkan & dijadikan alasan. Sbb zaman skrg tidak sama dgn zaman nabi. Zaman skrg kita kena fikir keselamatan kanak2 itu sendiri, apatah lagi kanak2 perempuan. Adakah sesuai kanak2 perempuan dibiarkan diluar tanpa mahramnya bersama. Saya amat kesal ke atas pihak pengurusan Pusat tahfiz ni kerana meggunakan kanak2 utk mengutip dana. Saya terfikir gak, adakah anak2 kakitangan pihak pengurusan ni membuat perkara yg sama. Kena duduk kat merata tempat tak kira waktu dan masa. Cuba letakkan diri kita & keluarga kita. Sanggupkah kita buat terhadap anak2 & keluarga sendiri seperti mana kita buat kpd kanak2 yg tidak bernasib baik ni. FIKIRKAN LAH WAHAI PIHAK PENGURUSAN PUSAT TAHFIZ AMAL, YAN KUALA KEDAH. JGN MENGEXPLOITASI KAN KANAK2 YG X BERNASIB BAIK. KITA SEPATUTNYA KESIAN & BERSIMPATI KPD MEREKA. PIHAK PENGURUSAN & KAKITANGGAN YG WAJIB MENCARI DANA UTK KANAK2 NI, BUKAN KANAK2 NI SENDIRI YG MENCARI DANA UTK MENDAPAT ILMU.

saya kenal sangat depa ni dok depan pejabat saya depa ni memang kejam buat budak budak macam tu. tafiz kepala hotaq apa siang malam kutip derma. ingat lah balasan akhirat nanti…….

Askum jiran jom kita tunggu kat akhirat nanti siapa yg betul siapa yg salah

tak payahlah nak gaduh2 kat sini..apa kata yg bagi komen ni pakat2 derma kat sekolah tahfiz ni kan, jgn hanya tau cakap saja buatnya tidak.

mana lebih baik budak buat jualan amal ke atau budak lepak kat shopping compleks? mak bapak mereka restu, org lain pulak sibuk. sekurangnya mrk belajar berhadapan dgn m’kat & buang rasa malu berniaga.

saya tidak sedap hati dengan amalan pusat tahfiz ini. memang benar, berniaga itu tidak salah, dan nabi kita pun berniaga. bezanya, nabi pergi berniaga dan diasuh berniaga ikut bapa saudaranya, dan betul2 diajar berniaga dari a sampai z. baginda bukannya ditinggalkan di yathrib berjalan-jalan sendirian. lagipun zaman itu tiada sekolah, kerja itulah pendidikan. sedangkan sekarang ini, apakah masa depan kanak2 itu jika mereka sibuk menjaja kalendar tetapi tidak mendapat pendidikan.

jika saya yakin derma 10rm itu, kita beramai2 dapat menghentikan mereka terpaksa menjaja dan mereka dapat duduk di sekolah itu dan BELAJAR untuk masa depan mereka, semestinya saya akan memberinya dan mengesyorkan semua untuk memberi, malah saya akan memberi berlipat ganda lebih daripada rm10. tetapi jika no matter berapa kali beri pun budak2 ini akan terus merayau2 dan bukan belajar, sungguh banyak lagi rumah anak2 yatim yang anak2nya diasuh dengan cukup masa untuk pembelajaran, banyak lagi charity yang membina keupayaan komuniti2 yang susah supaya mereka dapat berdikari dan menjana pendapatan sendiri (capacity building) dan juga charity untuk pelbagai golongan yang memerlukan dan mereka mampu tunjukkan hasil yang dicapai oleh wang derma itu dan berapa yang diambil untuk pentadbirnya, jadi saya berasa mereka ini lebih layak dibantu. nabi pun tidak hanya memberi derma wang kepada seorang yang boleh bekerja. baginda berikan kapak supaya dia boleh bekerja memotong kayu api dan tidak perlu meminta lagi.

sudah tentu kita patut membantu rumah anak2 yatim. tetapi anak2 itu harus dididik supaya dapat berdikari dan memajukan diri apabila dewasa. kalau nak diajar berniaga, biar betul2 diajar berniaga, dan bukan hanya menjaja on behalf orang lain. persoalannya bukan sama ada kita kedekut atau tidak, saya pun telah memberi beberapa kali sebelum terasa curiga akan kekerapan budak2 ini dihantar menjaja, tetapi adakah pemberian kita itu benar2 memberi hasil? adakah cara/budaya ini terbaik untuk anak2 itu?

salam, sy ad s’suatu utk dikongsikn… dlu sy adlh pljr pusat tahfiz ni, klu kowg nk th pst tahfiz ni mmg akn htr pljr buat jualan sampai mlm, jln jauh b’ratus2 KM.. law d’pikirkn dri sdt perikemanusiaan yg akak aini perjuangkan mmg pe yg pst tahfiz ni wat adlah s’suatu yg jahat dan zalim tp pkre2 yg dlunye prnh sy alami ni, yg akak aini ckp m’pergunakan bdk2 tu bkn la s’suatu yg zalim tp adalh s’suatu yg menakjubkan, lps sy klur dri pst tahfiz ni yg mana itu bkn kemahuan sy tp ats desakan klurge yg tidak sehaluan dgn sy, sy meneruskan apa yg sy perjuangkan semasa sy di dalam pst tahfiz ni iaitu barniaga…. jln jauh dah xde mslh, sampai mlm pun ok, knl kehidupan org kt semua negeri dlm malaysia… dri segi pasaran, logistik dan sebagainya pd usia yg muda sy dh dpt kuasai semua itu.. dan utk kak aini kte bkn stkt nk m’hafal al-quran je tp amalkan, itula bru dinamakan hafiz dan hafizah yg sbnr, hafal dan amalkan…. renung2kn.. tuk pst tahfiz lak jgn risau k, kte kn ad Allah.. yg dtg menggangu kte nk buat kebaikan ni x lain x bkn adlh yg b’tanduk 2 k… x siasat nk trus2 ckp org slh… jgn cpt negatif la… pikir gak dri sdt positif, nk ckp bhye dak2 tu bkn tingl2 s’org law kt tmpt yg t’buka, yg kt pum2 minyak n tmpt yg yakin s’suai je bru dorg duk niaga amal s’org2 k.. so bwk2 siasat la dlu, jgn nk main tdh je… salam akhir zaman.

Aku kesihan tengok budak-budak tu. Namun aku rasa adalah manjadi tanggungjawab kite untuk membantu. Aku call sekolah tersebut, gurubesar mereka bernama Ustaz Muslim 0193893544. Mintak penerangan sedikit tentang sistem pembelajaran mereka dan aktiviti harian mereka. mintak bank akaun mereka untuk aku bank-in kan amal jariah aku. Diakhirat kelak Allah akan tanya apa yg kita telah buat untuk membantu mereka menegakkan kalimah Allah. Mengutuk2 we are going no where… Infaqkan sedikit hartamu kejalanAllah. InsyaAllah Allah akan melipatgandakan hartamu..

alhamdulillah..itu yang penting pun. kepada noraini sy cadang kan ambik lah nombor telefon kat komen hajim tu. call ustaz muslim. cuba dapat kan keterangan sebenar. apa yang saya takut awak sebar kan fitnah. dosa fitnah lebih besar dari membunuh. pastikan keterangan yang awak dapat tu adalah paling memuaskan hati awak. satu lagi nombor yang saya sendiri pernah call adalah guru sekolah terbabit. 0194752050- ustaz badrin. ingat noraini. mungkn tulisan awak yang negatif boleh menimbulkan keraguan n fitnah.. kalau betul fitnah..saya tak mampu katakan dosa yang awak tanggung.

[...] di sini – Murid Tahfiz Disuruh Kumpul Dana [...]

Di waktu sye sdg on9 di mac d,dtg sorang budak lelaki dlm lingkungan 11-12 thn,meminta derma,di tangan nya pegang sekeping CD nasyid..sye pun derma lah ,bkn nkkn CD tu.tp tertnya2 resit yg ader tuk aper pulak..bila ditanya kalau beli CD atau brg yg di jual baru di keluarkan resit.sye tnya lagi knpa nk bg resit bila beli brg,derma pun perlu bg resit juga..bila sye tnya ttg kedtgannya dgn sapa dia dah gabra sikit..sye tnya lg..baru di jwp katanya dtg dgn ustaz..Ustaz pulak tggu di kawasan lain untuk jalankan aktiviti yg sama sprti murid tadi..
sedikit kemusykilan…boleh dikatakan setiap kali sye pergi ke bank dan taiping sentral..mesti ade bdk2 ni..dr kedah juga…tidak ade sumbangan lain kah yg boleh membantu sekolah tahfiz tuk mendirikan sekolah baru mereka..memgapa mesti suruh murid2 yg kutip derma dgn tgglkn mereka sorg2 di kawasan bank…sekiranya dtg sekumpulan yg tdk dikenali cuba menculik dan merampas wang kutipan itu..siapakah yg akn bertanggungjawab dgn keselamatan murid2 itu..cuba fikirkannya…

sila taipkan SM Amin Facebook untuk lihat pelancaran album yang dijual oleh budak2 tahfiz tersebut oleh YM Datuk Seri Paduka Ayahanda.

Baru baru ini saya didatangi pelajar perempuan yang meminta derma untuk pusat tahfiz amal kira kira pukul 1.30 pagi , Oct 10,2012 di stesen minyak Esso di johor baru, Resit #180268. Pertanyaan saya adakah kanak2 ini beroperasi 24 jam sehari. Saya sangat perihatin tentang keselamatan murid remaja apatah lagi seorang remaja perempuan.

apabila membaca komen, diatas, terdapat bnyak positif dan negetive komen yang saya baca….sesungguhnya saya seorg manusia biasa, tidak pasti yang mana harus percaya,tetapi disini kita dpat simpulkan sesungguhnya, mereka tahu, apa yang mereka buat, membuat jualan kerana Allah, kita juga sbg yang melihat situasi nie, menderma juga kerana Allah, doakan yang terbaik untuk mereka, agak dapat mengutip dana dengan selamat, dan secara tak langsung dapat membuka mata semua orang, supaya perihatin lah terhadap insan yang memerlukan…

adakah dia betul betul keturunan kerabat raja?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 685,283 hits

Shoutbox

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 82 other followers

%d bloggers like this: