bila hatiku berbicara

~Mengapa bunuh diri?~

Posted on: Disember 2, 2007

SEORANG murid menyandar di bawah pohon rendang sambil merenung jauh. Sesekali dia melihat slip keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baru diambilnya.

Dia merenung keputusan yang diperolehnya, 4B 1C. Murid itu seperti tidak percaya dan paling ditakuti ialah bagaimana mahu memberitahu ibu bapanya mengenai perkara itu.
Dia mendongak ke pohon yang rendang itu dan melihat burung yang bebas terbang dan sesekali hinggap di ranting pokok.

“Sungguh seronok menjadi burung itu kerana tidak perlu memikirkan apa-apa melainkan diri sendiri tetapi aku terpaksa memikirkan soal ibu bapa dan masyarakat.

“Tentu ibu bapa aku kecewa apabila mengetahui anaknya mendapat keputusan teruk dalam UPSR,” bisik hatinya.

Tiba-tiba secara tidak disedari, air mata yang bertakung di kelopak mata menjurai ke pipi. Fikirannya buntu. Jalan terbaik baginya ‘membunuh diri’ kerana menganggap apabila mati, masalah itu akan selesai.

Ini adalah antara kes berlaku di kalangan pelajar yang kecewa dalam pelajar dan dalam usia setahun jagung, mereka tidak mampu berfikir panjang seterusnya mengambil tindakan dangkal, bunuh diri.

Fenomena membunuh diri di kalangan remaja terutama pelajar semakin membimbangkan di negara ini walaupun di negara maju, ia perkara biasa yang dihadapi setiap hari.

Justeru, apabila pelajar dalam usia muda mengambil keputusan drastik menamatkan riwayat kerana kecewa, banyak pihak tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan golongan muda hari ini?

Mereka berfikiran singkat dan mengambil tindakan di luar perlakuan normal dengan alasan tidak mampu lagi menanggung masalah mahupun kekecewaan.

Hakikatnya, menamatkan riwayat bukan tindakan bijak kerana pelbagai jalan penyelesaian boleh dicuba manakala ramai pihak masih sudi menghulurkan bantuan.

Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Abdul Rashid Mohamed, berkata peningkatan kes bunuh diri wajar diberi perhatian serius dan memerlukan penyelesaian segera.

Menurutnya, tindakan itu bukan saja mencemarkan institusi masyarakat malah boleh meninggalkan trauma berpanjangan dalam keluarga mangsa.

“Mana-mana masyarakat di dunia ini tidak menerima bunuh diri sebagai budaya atau tindakan yang suci.

“Bagaimanapun, bagi orang yang sudah terlalu kecewa, tidak mampu lagi menerima kekalahan atau tekanan, itu sahaja jalan yang mereka lihat terbaik.

“Bagi mereka, daripada berterusan menanggung malu, kesedihan dan tekanan, jalan terbaik ialah membunuh diri,” katanya.

Walaupun bunuh diri di kalangan remaja atau pelajar sinonim dengan negara maju, peningkatan kes di negara ini tidak boleh dipandang remeh.

Hasil penyelidikan badan bebas berpangkalan di Amerika Syarikat, Mayo Foundation for Medical Education and Research, kes bunuh diri di kalangan remaja berusia antara 15 hingga 24 tahun tidak terlalu menonjol pada awal 1990-an.

Bagaimanapun, peningkatan berlaku selepas 2000 dengan jumlah 132,000 kes direkodkan di seluruh dunia. Antara puncanya tekanan perasaan, kemurungan, trauma, pengasingan dan kekecewaan.

Kegagalan ibu bapa memantau perkembangan atau perubahan emosi dan fizikal anak turut memberi kesan terutama jika berasal dari kelas bawahan atau sederhana.

Kajian itu turut mengaitkan perubahan sosiobudaya, ekonomi mahupun penarafan tinggi oleh institusi pendidikan menjadi punca remaja semakin tertekan dan gagal menyesuaikan diri.

“Mereka yang melakukannya umpama sudah tidak boleh bernafas kerana keadaan menjadi sangat terdesak ditambah kurangnya sikap prihatin komuniti terdekat.

“Tindakan paling cepat menamatkan penderitaan itu ialah dengan membunuh diri dengan anggapan semuanya akan selesai selepas mereka mati,” katanya.

Menurutnya, menyalahkan sistem pendidikan sedia ada bukan penyelesaian walaupun diakui mentaliti masyarakat sering menganggap akademik penting bagi menjana kecemerlangan.

“Ramai ibu bapa mempunyai pandangan jika gagal akademik, masa depan anak mereka gelap.

“Ini memberi tekanan kepada si anak untuk mencapai keputusan cemerlang dan jika tidak lulus, satu keluarga akan menanggung aib dan cemuhan.

“Ini menyebabkan pelajar menjadi takut, justeru ramai yang nekad mengambil tindakan membunuh diri bagi menangani masalah itu,” katanya.

Beliau meminta ibu bapa bersikap terbuka, memahami keupayaan anak dan jangan terlalu mendesak atau meletakkan sasaran tinggi.

“Kebanyakan pelajar hari ini sentiasa tertekan kerana terpaksa memenuhi pengharapan tinggi ibu bapa yang kadangkala di luar keupayaan mereka.

“Malah, ada sesetengah pelajar sentiasa disogokkan tanggapan, gagal bermakna tidak berguna.

“Pemikiran seperti itu perlu diubah. Jangan terlalu memberi tekanan, mengkritik dan memarahi. Itu tidak baik bagi perkembangan minda dan tumbesaran mereka yang belum matang membuat keputusan.

“Masyarakat dan institusi persekolahan perlu memberi sokongan dan mengubah pandangan dengan sentiasa mendengar permasalahan anak, memberi dorongan dan kata nasihat meskipun mereka gagal.

“Secara tidak langsung, mereka rasa dihargai dan masih berpeluang membuktikan kejayaan.

“Paling penting ialah didikan agama supaya anak-anak tahu apa yang ditegah selain konsep dosa pahala,” katanya.

NTARA FAKTOR PENYEBAB BUNUH DIRI DI KALANGAN REMAJA.

1.Kemurungan

2.Pengasingan.

3.Alkohol atau dadah

4.Tarikan untuk mati daripada sumber seperti rakan atau Internet.

5.Tekanan seperti perpisahan ibu bapa atau gagal dalam peperiksaan.

6.Penderaan silam.

7.Kecelaruan personaliti.

8.Sejarah silam keluarga pernah membunuh diri.

ANTARA SIMPTOM YANG MENJURUS KEPADA TINDAKAN BUNUH DIRI

————-

1.Bertukar perwatakan daripada periang kepada pendiam atau sugul.

2.Mengasingkan diri daripada keluarga, rakan sebaya atau masyarakat.

3.Berkelakuan pelik seperti mendengar suara atau halusinasi.

4.Gemar bercakap atau memberitahu niat untuk mati.

5.Perubahan rutin kehidupan .

6.Sering membahayakan nyawa dengan pelbagai aksi menakutkan

~Maaflah kawan-kawan aku tak ada apa yang hendak di ceritakan di blogku ini tiada idealah tu. Tu laa aku suka artikel ni..adalah aku nak tulis sikit, bukan apa mungkin untuk diri sendiri jugalah. Memanglah bila kita merasa tertekan dan kecewa maka datanglah bisikan mak, pak dan anak-anak iblis kepada kita..apa lagilah puak-puak nih selalu membisikkan kata-kata yang indah-indah buat kita kerana memang puak nih tak suka melihat anak cucu Nabi Adam menjadi orang yang baik-baik..kalau boleh biar masuk neraka (na’uzubillah) bersama dengan mereka. Indah bagi depa tapi paling keji pada kita yang bernama umat Nabi Muhammad s.a.w. Di kampungku pun ada yang melakukan perbuatan keji ini.

Bukan bermaksud untuk mengaibkan sesiapa. Tetapi si fulan bin si fulan seorang remaja bunuh diri gantung kat tiang seri rumah,( eh nak sebut apa ya kalau kat rumah orang lama-lama tu ada banyak macam tiang kat rumah tu maaflah aku tak tau nak sebut apa) ketika keluarga tiada di rumah na’uzubillah. Kesnya banyak salah satunya tertekan sebab ambik banyak pil khayal..ada tu yang terjun sungai dan entahlah ini melibatkan orang yang aku kenal di zaman kecilku. Bila aku pk dan pk tak takutkah diorang ni nak ambik nyawa sendiri? Dari tekaanku yang tidak berilmu ini mungkin sudah di takdirkan hari tu dia bakal meninggalkan alam fana ini…tetapi caranya yang begitu memang tak tercapai dek akal aku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. Bagiku kalau orang yang bukan islam nak buat kerja nih lantak p lah kat depa…depa memang gitu kalu frust skit nak bunuh diri memang dah agama sesat lagi menyesatkan begitulah. Sesungguhnya agama yang suci adalah ISLAM. Sebab itulah sebagai orang yang beragama islam jangan hanya pada nama sahaja…tetapi perbuatan dan tutur katapun biarlah melambangkan kita ni orang islam dan segala-galanya yang melambangkan kita nih orang islam.Tetapi hari ni???

Lagi seorang teman yang berkhawin dengan salah seorang anggota polis yang berpangkat apa entah( dah lama dah peristiwa ni), dulu masuk dalam paper..bini diapun gantung diri jugak kerana apa entahlah……….hanya mereka sahaja yang tahu. Sedihkan bila fenomena ini terjadi kepada orang yang beragama islam. Tak takut kah mereka untuk melakukan perbuatan itu..cuba bayangkan dia ambik tali gantung, pastu masukkan leher mereka ke dalam tali tersebut pastu..dia pun…isyhhh tidaaaakkk…mungkin masa tu dia menyesal tak sudah “alangkah baiknya kalau aku tak lakukan sedemikian atau apa ek, tak dapat nak aku bayangkan? owh dia sahaja yang tahu apa yang dia rasa tika itu. Atau apa yang kalian fikirkan ya? Kalau ada yang tak kena tolong tegur-tegur aku baik dari segi penulisan dan tutur kataku di blog yang tak seberapa ini syukran……….

About these ads

6 Respons to "~Mengapa bunuh diri?~"

sedih bila ada kes2 sebegini. kena banyak bagi kaunseling pada remaja2 sebegini. :)

hmm betul tu Khizam..

KEK KUKUS COKLAT (tanpa minyak)

1 1/4 c tepung gandum
¼ c serbuk koko
½ camt serbuk penaik
6 biji kuning telur
1 ¼ c gula kastor
2 ½ camb susu segar
2 camt vanila
6 biji putih telur

Ayak 3 bahan pertama, ketepikan.
Pukul (sederhana laju) 4 bahan seterusnya hingga kembang 3 kali ganda.
Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung.
Kacau dengan senduk kayu (jangan pukul).
Pukul putih telur hingga kental.
Kaupbalikkan perlahan-lahan hingga sebati.
Tuangkan ke dalam tin 22 cm yg sudah dialas kertas kalis minyak dan dilengser majerin.
Tutup dgn tuala bersih atas tin (jangan sentuh permukaan kek).
Kukus selama 25-30 min atau hingga masak.

SELAMAT MENCUBA!

mekasih kak Norz susah payah cari resepi untuk saya insyaallah saya akan mencubanya lagipun sy ni suka makan coklat hihih

tengk resepipun dah rasa enak dah hihihih

In my opinion, 5 gallons is an ideal quantity to start with.
Sprinkle the top with the crushed peppermint candy. Now, add the
mixture into a cup of carrot juice and mix the liquid completely.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Disember 2007
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 679,104 hits

Shoutbox

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 81 other followers

%d bloggers like this: