bila hatiku berbicara

Tips bersalam dengan lelaki untuk Dr Mashitah

Posted on: Mac 22, 2008

Pensyarah
Fri | Mar 21, 08 | 2:51:48 pm MYT
Bersentuhan antara lelaki dan wanita ajnabi adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan ia juga dikategorikan sebagai perbuatan yang salah dan haram di sisi syariat.Seorang penceramah Agama yang menonjol kepimpinannya di dalam Umno serta terkenal, Dato’ Dr Mashitah Ibrahim telah secara sengaja atau tidak, bersalaman dengan bekas Timbalan Menteri Penerangan, Dato’ Mohd Zahid Hamidi yang juga merupakan exco Majlis Tertinggi Umno. (Rujuk Buletin 1.30 TV3, 19 Mac 2008).

Meskipun ada ulamak berpendapat bahawa seseorang wanita boleh bersalam dengan lelaki ajnabi dengan syarat pada ketika itu darurat yakni dengan tujuan untuk menjaga maruah dan air muka orang yang menghulurkan salam.

Namun sebagai seorang yang dikenali umum dan selalu berhadapan dengan situasi sebegini, beliau sewajarnya perlu dan boleh lebih bijak untuk menanganinya.

Saya ingin mencadangkan pada Ustazah Mashitah supaya sentiasa bersedia menghadapi situasi yang tidak diduga seperti itu. Alangkah elok, kiranya ustazah sentiasa berpakaian sama ada bertudung yang agak labuh sedikit dan menjadikan tudung sebagai pelapik untuk bersalam apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi.

Selain itu, teknik lain yang boleh digunakan ialah berpakaian dengan lengan baju yang luas dengan memasukkan tangan ke dalam lengan baju sedikit dan terus bersalam secara berlapik.

Teknik ketiga ialah, melapik tangan dengan selendang yang diletak atas bahu. Selalunya golongan kenamaan sangat gemar mengenakan selendang di bahunya sebagai fesyen Melayu tradisi. Insya Allah dosa kecil ini dapat dielakkan.

Pernah seorang professor perempuan tersohor yang datang ke Malaysia, bertanya kepada saya, sama ada beliau boleh menghulur tangan untuk bersalam dengan lelaki Islam.

Jawapan saya kepadanya, ia bukan tradisi seorang muslim sejati. Saya sungguh kagum kerana Professor itu diam dan cuba tidak bersalam dengan lelaki Islam ketika berada di Malaysia.

Malah jika menurut etika dan protokol yang standard, seseorang lelaki tidak boleh menghulurkan tangan terlebih dahulu untuk bersalam dengan wanita.

Ini adalah kerana lelaki itu hanya perlu menyambut salam itu sekiranya wanita tersebut yang terlebih dahulu menghulurkan tangannya.

Pensyarah Universiti Tempatan

~kalau dulu saya sangat kagum dengan Dr Mashitah sebelum dia terlibat dengan politik, mendengar ceramah-ceramahnya di di forum perdana dan laman nurani di TV3, tetapi sayangnya setelah dia beralih arah saya lebih suka Ustazah cakar harimau iaitu Ustazah Nur Bahiyah~

About these ads

72 Respons to "Tips bersalam dengan lelaki untuk Dr Mashitah"

Bila ada kepentingan, manusia mula lupa diri. Jangan letakkan kepentingan lebih dari hukum dan landasan islam.Buat Dr.Mashitah jadilah diri anda yang sebenarnya…. andakan orang yang berilmu

Ditambah dengan politik yang partinya kurang sesuai untuk memperjuangkan misinya, malah siap bagi “fatwa” – Darurat wanita boleh jual badan… gile apo?

kalau ada ilmu setinggi gunung pun kalu tak beramal ,tak ada apa apa disisi ALLAH.Tunggu lah azab Nya

Salam Sumayah..ya benar apa yg anda katakan….

Kipp

sayapun ada jugak nak tulis tentang tu tp tak tertulis…mmg tak patut seorang yg banyak ilmu agama sanggup mengeluarkan fatwa karut gitu….rasa sy DR mashitah lebih baik jadi seperti ustazah siti nur bahiyah yg di sayangi semua org….tp kalau dah masuk parti tu rasanya entahlah LAbuuuuuuuuuuuuuuuu………sypun tak minat dah nak dengar ceramah dia..maaflah……….

susah nak paham bekas Ustazah itu, rasanya baik digugurkan terus title Ustazah yang dipegangnya… sebagaimana gugurnya title Ustaz (bekas Imam) di Permatang Pauh itu…

kalau dia rasa nak bersalam sangat utk menjaga air muka seseorang ada baiknya dia memakai sarung tangan…tp bg sy rasanya tak aib kalau tidak menyambut salam dari lelaki…n lelaki pun tak payahlah nak hulurkan tangan ke perempuan kalau dah tahu hukum hakamnya………..itulah ustaz dan ustazah HADHARI..kalau dah Imam besar diapun lagu tu apa lagi anak buahnya…sy selalu melihat di dalam tv kebanyakan wanita2 yg bertudung akan menyambut salam dari lelaki…

bekas imam tu eh buat malunya aje dah berapa kali bertanding kat permatang pauh tak reti2 serik lagi……insaflah……….

salam,
muga2 ada yang terindah untuk semua ini.

ya moga2 diri ini juga dapat belajar muhasabah diri…ttp DR Mashitah ttp jelita di mata sy..

SAlam ya ukhti. Saya harap Dr Mashitah terjumpa tulisan saudara/ri ni dan mendengarnya dengan telinga, bukan dengan hidung. Dan bagus tips yang saudara/ri sediakan tu, boleh difikirkan bersamaa.

Sebut pasal Ustazah Siti Norbahyah tuu, dats my favourite ustazah jugak!!!! hehe Dan dia x berat sebelah kalau berceramah, amat bagus Ustazah kesayangan ramai ni , alhamdulillah :)

salam hikmatun..sy copy dari harakahdaily yg di tulis oleh seorang pensyarah tanpa nama…..sypun suka ustazah siti nurbahiyah…adakalanya boleh menitiskan air mata bila mendengar ceramahnya….tentang kasih dan sayang anak terhadap ibu bapa…….

ishh.. mmg Mashitah tidak selayaknya dipanggil ustazah lagi… sedih yee..kita seboleh2nya nak elak dosa baik yg kita tahu mahupun yg kita tak tahu atau sengaja dan tak sengaja dibuat… dia dah belajar kat negara timur tengah, belajar dgn para ulama, professor, ustaz, alim-alimah takkanlah tak tau nak ngelak benda2 tu…
itulah tanda2 hati yg lalai dan tanda tiada rahmat Allah.. boleh nampak dari perbuatan dan percakapan….

salam umi sufina, apa khabar?alhamdulillah kerana umi sufina sudi lagi singgah ke sini.

kerana pangkat, nama manusia boleh melakukan apa saja, cuma yg kita sedih kerana dr mashitah ni org yg banyak ilmu… ilmu agamanyapun bukannya calang2 org….tp tu lah kan setiap manusia pasti melakukan kesilapan, samada di sengajakan atau tidak…jadi harap2 semua ini tidak akan berulang lagi..marilah kita sama2 muhasabah diri

Assalamualaikum…

Saya pengundi di Permatang Pauh & semestinya mengundi Datin Seri. Saya mengundi melihat kepada calon & bukannya parti kerana jika saya di Jerlun saya pasti mengundi Dato’ Mukriz krn beliau adalah pemimpin yang tahu menggunakan otak yang dianugerahkan Allah Taala. Hopefully sudah-sudahlah Dato’ Pirdaus oii…baik2 jadi Imam Besar dulu berhenti sekarang dah 2x malu.

Waalaikumusalam Ezai

mengundi adalah tanggungjawab kita…so kalau nak pangkah mana2 parti suka hati masing2lah…….semua manusia di kurniakan otak ..oleh Allah Taala…. hanya manusia yg sewel saja tidak tahu mengunakan otak yg di anugerahkan oleh Allah Taala………kalau sy mengundi di jerlun sy akan memilih lawan Dato Mukriz…sbbnya belum pernah ada sejarah keluarga sy memangkah BN biarpun dia itu Dato Mukriz…..

saya tak suka masyitah…bahiyyah pun sama gak la…napa agaknya nuriman suka sangat Bahiyyah ni….

percakapan yang datang dari hati pasti akan singgah dihati juga…entah kenapa pulak ceramah ustazah bahiyyah gagal singgah dihati saya…

nak tahu cerita…

Pada saya penampilan Bahiyyah memang merbahaya dan boleh mengkonfiuskan kita…mertua saya memang suka pada jelitanya ustazah kita ni..baju terang merah menyala..samada biru,hijau atau unggu semua kalernya very-very belaka..tu tak campur sedondong dari hujung kaki sampai hujung kepala…sarung tangan sama pipi sama bibir semua berwarna-warna belaka…itu tak pe le..saya tak jeles pun , tapi bila mak mertua suruh saya tukar imej dan jadi kaler-kaler macam dia..mau saya tak senak kepala.?..kata mak ” dia orang agama pun boleh melawa ngapa ngko tak mau pula??
..memang le saya asyik bertudung labuh dan berbaju kurung je..bedak muka pun main sental baby johnson powder anak saya punya…tapi saya islamik apaa…??? kan kalo saya kenakan baju kebaya dan make up macam-macam kaler…anak mak jugak yang tak senang duduknya…tak gitu ke?? ustazah sharifah hayati lebih lawo rasanya…

haii….kta sependapat laa kak…ust sh. hayati lebih menenangkan jiwa bila nk dgr ceramah…cakap xde lantang smp suara melantun2..ni x..ustazah berdua tuh, kalo dh bercakap, kdg2 smp lebih lantang dr panel lelaki…ustaz2 rilek je bg ceramah,tp diorg berdegar-degar..kaki tgn sumenye naik..tau laa bersemangat tp kn laa jaga adab2 sbg seorg wanita muslim, apatah lagi sbg seorg ustazah yg nk beri ceramah agama kan..dh ler baju ngalahkan selebriti..meriah abes ngan sume labuci sulam bagai..kaler xyah cite laa…sume kaler yg ada kat kamdar tuh diorg dh sapu..
astagfirullah….betol2 bahaya sbb spupu2 sy yg remaja2 pon sume dh tiru ustazah dua org ni.alasan diorg pon sama ~ nape xleh melawa kalo dh ustazah pon meriah cm artis?
sy tetap ngan pendapat sy, wanita muslimah xboleh pakai meriah cm kereta berhias – baik jaga adab dr kn fitnah.

biaq p kat depa kita jaga diri kita sendiri….

Assalamualaikum Ummuhannah…

Hehehe saya suka Ustazah Nur Bahiyah berceramah n saya tidak menyentuh tentang cara pemakaiannya terpulanglah pada anda utk menilainya… mendengar ceramahnya menusuk kalbu saya boleh menitis air mata saya,kalau anda dengar bab ibu bapa lagi sedih oooo…kalau bab pemakaian dia itu hak dia nak pakai lagu manapun….terpulanglah pada dia…saya no komen asalkan dia menutup aurat, tentang warna baju diapun saya no komen kerana sayapun banyak baju yg berwarna, hijau, merah, biru, putih, kelabu asap n tak taulah nak cakap huhuhu…lho diakan nak kuar tv mestilah melawa takkan nak pakai selekeh pulak….ustazah sharifah hayati saya tak berapa minat kerana mendengar ceramahnya buat saya jadi mengantuk tanpa menyentuh bab pemakaiannya jugak………tp saya tak suka pakai make up aaaa bedak pun x pakai..tp saya pakai pelembab muka biar nampak lembab sikit hihihihi……….

Assalamualaikum

Bagi pendapat saya Islam ini mudah dan tidak perlu dianggap membebankan.Bab Dr Mashitah kita tidak sepatutnya asyik mengutuknya kerana beliau diketahui lebih hebat tentang ilmu agamanya berbanding dengan kita.Daripada kita terus membuat dosa dengan mengata yang bukan-bukan menurut pendapat masing-masing lebih la elok kiranya kita menilai diri kita dan beramal dengannya serta istiqamah.Hal ini lebih baik daripada kita asyik melihat orang lain, mengutuk dan membuat andaian yang macam-macam.Allah jua yang lebih mengetahui sesuatu..
Wassalam..

waalaikumusalam siti.. sy tak mengutuk tp melihat..kerana dia kan kuat agamanya ilmunya luas..tentu dia tahu batas2nya..kan bersentuhan dgn yg bukan muhrim tu kan haram..kalu dia nak sambut gak dia kenalah pakai sarung tangan n berlapik..macam mak cik2 kat kg sy kalu ada yg hulur tangan diorang berlapik..tp nak buat macam mana..yg tak baikpun jadi baik bagi sesetengah pihak..so pk2lah sendiri………

hmmm….byk komen yg sy bc, isi yg mengutuk sy x suka, da tau org tu salah x pyh kutuk…bt dosa je, bkn nya org tu x tau halal haram…da namanya pun ustazah, dia mesti tau…doakan je la dia brubah, kan lebih baik…apa yang penting klau nk dgr ceramah dr mana2 ust atau ustazh pun, jgn tgk rupa paras dan luarannnya (pakaiannya), tp tgk apa isi yg dicakapnya…kan nabi ada ckp “unzur ila ma qala, wa la tanzur ila man qala”….fhm ke x? x fhm g tanya ustaz…(dulu mak ayah masukkan sek agama, lari…)…hi3

maksudnya ” lihat apa yg dikata, jgn lihat siapa yg bkata”…
kalau kaki botol bg nasihat yg baik terima je, jgn tolak nasihat tu sbb dia kaki botol, apa yg penting kite sendiri refer kat aq, sbb itu sumber utama…x de kt aq br la refer kt Sunnah pulak…gitulah ceritenya…
k, selamat beramal….

Kalau nak bersalaman jugak,…. kena la pakai glove. Ha ha keadaan brlapik jugak tu. Kepada jurutol di lebuh raya yg memakai sarung tgan memang tepat mengikut kehendak islam. Kalau-kalaulah trsentuh dgn yg bukan muhrim, jadi ada jugak la pelapik dari takde langsung ketika menerima wang/tiket.Tapi saya tngok kesemuanya prempuan saja yg pakai glove. Saya menggesa jurutol lelaki pun patut memakainya. Mereka pun tak trlepas dari trsentuh tgan dgn bukan muhrim. Tak gitu?

i dah lama tak dengar ceramah2 ustazah mashitah, bukan i tak suke, tp i jadi keliru bila dye kata dlm keadaan darurat di bolehkan menjual badan..adakah itu benar?cubalah sesiapa2 yg cerdik pandai terangkan di sini? apakah maksud sebenar yg dye kata itu?atau dia tersalah cakap kot?

kalau da tau halal haram kenapa bersalam juga? dan satu lagi i nak tanya bolehkah seorang perempuan bermake up tebal? bergelar ustazah pula tu. kalau di kikislah agaknya keluar berkeping2. mengalahkan artis pula.

wawa boleh jelaskan kpd i x? mungkin wawa ustazah.bertuah i dapat jumpa dgn ustazah wawa di cni.

oh ya 1 lg i nak tanya ustazah wawa bagaimana hukumnya mencukur bulu kening?i tengok x kira ustazah or org biasa keningnya nipisnya. i jd cemburu tau bila tengok kening2 wanita sekarang nipisnya, x seperti i kening tebal macam degawan..sbb mother i tak kasi i cukur kening haram katanya.

tlg ustazah wawa jelaskan kpd i, atau sesiapa sahaja..

adios grasiah

Wahai Rona rona Makaroni. Saya orang Penang (asyik tewas dgn hawa nafsu) Ini dia jawapan yg saya cedok dari beberapa sumber.

Ulama membahagikan 3 kategori didalam kes mencabut bulu rambut dari badan manusia :

a. Rambut/Bulu yang Islam melarang di cabut/cukur. contoh: bulu mata, janggut bagi lelaki.
b. Rambut/Bulu yang galakkan di cabut/cukur. contoh: bulu ketiak, bulu kemaluan, misai.
c. Rambut/Bulu yang didiamkan didalam Islam (tidak disebut larangan atau keharusannya).

Ulama’ berbeza pendapat didalam hukum membolehkan ianya dicukur/gunting atau tidak. Yang mengharamkannya berdalilkan firman Allah, dimana Allah menyebut bahawa Syaitan telah berkata :-

“….aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”[al-Nisa’ 4:119]

Sementara yang membenarkannya berhujah bahawa ini termasuk perkara yang di diamkan oleh Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w (tidak disebutkan samada dilarang atau dibenarkan) maka hukumnya harus. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

الحلال ما أحل الله في كتابه ، والحرام ما حرم الله في كتابه وما سكت عنه فهو مما عفا عنه

Sesuatu yang halal adalah apa yang Allah halalkan dalam Kitab-Nya, sedangkan yang haram adalah apa yang Allah haramkan dalam Kitab-Nya. Adapun yang tidak disebutkan merupakan sebuah kelapangan.
[Dikeluarkan at-Tirmizi - no: 1726 dan dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan at-Tirmizi]

Pandangan ini dipersetujui oleh kebanyakkan ulamak. Ulamak al-Lajnah al-Fataawa Arab Saudi dan Syaikh Ibn Utsaimin misalnya amat cenderung mengatakan harus mencukur/mengunting bulu2 didalam kategori ‘c’ tadi.

لا حرج على المرأة في إزالة شعر الشارب والفخذين والساقين والذراعين ، وليس هذا من التنمص المنهي عنه

“Tidak menjadi kesalahan bagi wanita jika dia ingin membuang rambut/bulu diatas bibir, peha, betis dan tangan. Ini bukanlah bahagian mencabut/tanammus yang dilarang” [Fatawa al-Lajnah al-Daa’imah, 5/194, 195].

وأما حلق شعر الجسد في حق الرجال فمباح عند المالكية , وقيل : سنة , والمراد بالجسد ما عدا الرأس

“Mengenai mencukur rambut di badan didalam kes lelaki ianya dibenarkan menurut mazhab Maliki, dan dikatakan sebagai sunnah, dan apa yang dimaksudkan dengan jasad/badan adalah semua anggota dan tidak termasuk kepala” [Mausu'ah al-Fiqhiyyah, 18/100].

يجوز للرجل أن يحلق شعر صدره عند عامة الفقهاء، وقال بعضهم فيه مخالفة للأدب.

“Di benarkan bagi lelaki mencukur bulu dadanya disisi pandangan umum para fuqaha’, dan berkata beberapa ulama’ bahawa ini bertentangan dengan adab” [Syubakah al-fataawa al-Syariiyah, Syeikh Dr Ahmad al-Haji al-Kurdi. URL : http://www.islamic-fatwa.net/viewtopic.php?TopicID=1927#4180 ]

Kesimpulannya, bulu dada, kaki dan sebagainya tidak termasuk dari kalangan bulu/rambut yang dilarang membuangnya.

Tetapi, HARUS mencukur sekiranya ia mencacat/ mangaibkan wajah dengan membuang sekadar perlu sahaja. Wallahu’alam.

Camana kak? Puas hati ke dgn huraian di atas?
Er seperkara lagi kak, saya juga keliru dgn Dato’ Mashitah ni. Dulu dia ada bagi ceramah, dia kata hari Valentine bleh disambut asalkan tak brlebihan. Boleh sekadar bagi bagi bunga. Sedangkan setahu saya ulama’ kata Valentine itu haram disambut.

Salam ahmad zafir dan semua… terima kasih kerana sudi menjawab komen2 ini…kalau saya tersalah komen ke,tersalah tulis ke mohon maaf. Sebagai insan biasa tidak terlepas dari melakukan kesilapan biar apa pangkat dan taraf kita. Semua itu pandangan masing2. Yang silap sama2 kita perbetulkan. Sama2 muhasabah diri di tahun baru ini.

Sama2lah kita panjatkan doa untuk semua umat islam di Palestin. Sebak benar bila melihat buletin waima apa saja berkaitan dengan keganasan pihak rejim zionis laknatullah.

ALLAH HU AKBAR. ALLAH HU AKBAR. ALLAH HU AKBAR. TIBA SAATNYA NANTI BANGSA BONGKAK DAN LAKNAT ITU AKAN HANCUR JUGA. CUMA TUNGGULAH BALASANYA. BOIKOT BARANGAN AMERIKA. ITULAH BANGSA YANG ZALIM TIADA KASIHAN BELAS SESAMA MANUSIA.

Assalamua’laikum…

Pernah terjadi peristiwa di mana..saya ada memasuki satu pertandingan dan kumpulan kami menang tempat ke 2.

semasa majlis penyampaian hadiah yang diadakan pada malam tersebut, seorang vip datang dan ketika melangkah masuk ke dewan itu dia telah bersalaman dengan beberapa peserta wanita dan lelaki.
Pada ketika itu hati saya berdetik..YA ALLAH…apa aku juga harus bersalam dengan dia sebentar lagi untuk menerima hadiah? Jadi saya bulatkan dalam hati…saya tetap mempertahankan sunnah rasul tak nak bersalam dengan lelaki.

apabila tiba masa kumpulan kami mengambil hadiah..setiap orang dalam kumpulan kami termasuk wanita bersalaman dengan vip tu…tiba giliran saya, seperti tadi vip itu menghulurkan salam dan saya hanya menundukkan sedikit kepala tanda hormat dan terima kasih, tetapi dia masih menghulurkan salamnya dan sekali lagi saya menundukkan sedikit kepala tanda hormat dan terima kasih. Akhirnya dia akur dengan cara saya.

selepas itu saya terfikir adakah berdosa saya memalukannya di depan khalayak?

setelah lama….saya katakan pada diri saya..mungkin ini satu kekuatan yang Allah telah beri pada saya untuk berani bertindak begitu (kerana saya terkenal dengan darah gemuruh dan penakut) dan juga pasti ada hikmah terjadinya perkara ini,

mudah-mudahan selepas ini vip itu akan berhati-hati ketika menghulurkan salam hanya untuk lelaki dan tidak untuk perempuan yang bukan muhrim

Wa’alaikumsalam saudari
Tindakan anda tu kena pd tmpatnya.. Itu adalah hukum syara’. Anda berani menegakkan kebenaran. Berani krana benar.Tahniah diucapkan ! Dlam keadaan ini, cukuplah sekadar kita menundukkan kepala sebagai tanda hormat kita. Tak payahlah nak bersalaman. Sekali lagi BENAR tindakan saudari itu. Moga-moga Allah swt anugerahkan nikmat kpda anda diatas tindakan anda itu.

tepat sekali………anda tak usah rasa bersalah. VIP ni pun satulah dah orang tak sambut awatnya nak hulur2 lagi…faham2 ajelah…….

tengok sapa tu yang kat Iran tak bersalampun ngan pompuan…….tunduk aje tanda hormat…

Sebenarnya saya ada kisah nak criter……tak taulah samada saya mengaibkan orang atau tidak. Saya mohon Allah ampunkan segala dosa2 saya.

Masa saya sambut hari raya dekat Countryhomes beberapa tahun yang lalu. Kekawan saya orang Bawean, dia p rumah saya beraya. Lepas saja depa bersalam dengan saya depa nak bersalam dengan suami saya sambil menghulurkan tangan. Saya kata orang pompuan tak payah salam la, maaf2 gitu ajelah. Sebab suami sayapun teragak2 nak sambut n masa tu pulak saya tak terpk nak bagi kat dia kain lapik ke….saya rasa tindakan saya tu benar2 mengaibkan kawan2 saya. Tetapi ada hikmahnya kerana lepas tu depa dah faham tak bersalam lagi dengan suami saya.

Huh tak abih lagi ke bab ni Ahmad Zafir ek?

Ya Allah aku bukanlah yang terbaik…tetapi aku ingin mencari redhaMu Ya Allah. Ingin belajar menjadi muslimah yang solehah. Semoga Allah membimbing aku ke jalan yang benar…….

Tak kisah kak. Biar apa topik pun yg kak nur muatkan, ia akan dikupas dan dikupas kulit dan isinya. Sampai tinggai bijik pun takpa. Hahaha… Isu-isu sebegini kan selalu brkait rapat dgn kehidupan kita seharian kan? Tak salah rasanya kalau kita panjangkan.
Cerita akak di atas lebih kurang sama dgn kes saudari Syuhada. Memang betul tindakan anda berdua. Saya sokong 100% !!! Kita kena tegakkan kebenaran walau di mana jua kita berada. Biar pahit asalkan manis akhirnya. Pendapat saya akak tak mengaibkan member2 akak tu. Biarlah diorang tau yg akak ni org yg mengambil berat pasal agama. Moga2 diorang mengambil contoh dari tindakan akak tu. Wallahu’alam….

Akak try melawat anakcina.wordpress.com
Topik yg paling banyak skali yg dikirim ialah panduan menamakan bayi. Dah lebih 5 ratus komen sekarang. Akak pun prnah post komen kan thn 2007 dulu? Saya pun pernah. Akak tngk komen saya la paling kerap trpapar kt topik tu….

salam..saya orang baru kat sini..best baca komen kamu sumer..bleh tmbah ilmu..tambahan kmen dari ahmad zafir..makasih ya..yag len sume no komen la..asyk ngutuk org je bnyak..diri kita tu sumpurna sgt kew…..?

satu lagi..nak tanya la ahmad zafir or kakak2 kat sini..(umo den baru 17)..betul ke kalo kita benci sesorang itu lama2 akan tmbul perasaan sayang…saya ni slalu sangt kata “eee..bencinya kat lokman tu..” kalo ada la yang saya marah kat dia..dia tu tablgh..tapi lama2 saya pula yang tersngkut kat dia..ni balsan ke kat saya sebab slalu sgt nyampah kat dia..yela..diakan orang alim

Nur Najwa Zainol / Wawa

Memang benar wawa. Renunglah hadith riwayat At-Tarmidzi ini:

“Cintailah kekasihmu dengan sederhana (tidak berlebihan), boleh jadi pada suatu hari ia akan menjadi musuhmu. Dan bencilah orang yang kamu benci dengan kesederhanaan (tidak berlebihan), boleh jadi pada suatu suatu hari nanti ia akan menjadi kekasihmu”

Islam mementingkan kesederhanaan dlm segala hal dan jgn extreme.
Dlm keadaan ini, wawa mungkin telah melakukan satu kesilapan besar. Wawa berlebihan dlm mmbenci seseoang itu. Kemudian tiba-tiba rasa benci itu kian hilang, bahkan ia beralih arah pula. Tak kisah la samada lelaki atau prempuan. Thats unbelievable & unthinkable…betul x wawa? Begitu jugak sbaliknya, jgn kita extreme mncintai seseorg. Nnti ia brbalik mnjadi mwn kita bahkan bleh jadi musuh kita!
Wawa & kak nuriman, sy sndiri prnah melalui prkara yg sama.. Sy prnah mmbnci seseorg tu..Tapi ntah mcm mana dgn kuasa Allah sy sndiri mencintainya.. Sy bingung. Bagaimana seorng yg kita bnci bleh jadi kawan kita? ….Allah nak menunujukkan kpada kita kebenaran sabda kekasihNya. Wallau’alam……..

Xtaulah kalau sebut bab bersalam di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim ni..banyak yg tak faham atau buat tak faham agaknya..kalau nak ikutkan Akhil Hayy dan waheeda dan yg bergelar mak mertua tu pun bersalam tanpa berlapik dalam cafe akhil hayy malam tadi..tak apalah kita bersangka baiklah…mudahan dia dah menikah dengan waheeda…dan Datin Seri Wan Azizahpun sambut salam dari lelaki2 yg imenghulurkan tangan kepadanya…kalau mengikut sayalah..tak kiralah nak jaga air muka ke apa ke saya tak akan sambut lelaki yg bukan muhrim saya…mungkin saya akan angguk saja..bukanlah terlalu baik…tetapi berpegang pada hukum…menyentuh tangan lelaki yang bukan muhrim dengan kita tu haram…dengan sepupupun haram..kerana sah nikah..melainkan kalau adik beradik susuan…tidak ada istilah terpaksa nak jaga air muka ke apa…kalau di paksa juga mungkin saya akan berlapik dan pakai sarung tangan..

ambo meme jenis mengelok bersalam dengan org tino ni…

salam abg ahmad..lama x jengah lama ni..bz dgn stdy.;.sy cba membnci dia sebab lyanan dia thadap sya mula berubah disbbkan sy pnah melkakn hati dia dgn menrma org lain..tp sjujurnya sya mmng xdapt lpakan dia..ntahlah..dia dh tutp pintu ht dia..ada apa2eail kat saya..wawa_garfield92@yahoo.com

abang ahmad zafir ni sibuk lah wawa..dah lama dia tak masuk blog ni…

maruah orang nak sangat kita jaga tapi maruah imam syafie, imam ahmad, ulama2 muktabar yang mengharamkannya nak kita taruk kat mana? Sanggup ke kita kena azab demi menjaga maruah, cakap jelah haram bersalam lelaki dan perempuan, lepas tu tak berslam lah dia, bukannya banyak perkataan pun. Yang harunya baru2 ni ada pemimpin cakap, siapa yang kata lelaki tak boleh berslam dengan perempuan mengaji tak habis…Saya syorkan media massa, buatlah suatu iklan berslam lelaki dan perempuan tu haram…saya bayar kos iklanpun tak mengapa…

Ni lah ajaran hadhari mantan Pak Lah

Dato’ Ahmad Zahid Hamidi tu pun bekas pelajar sekolah menengah agama jugak tu, kenape ye deme ni

dlm keadaan nifas,bolehkah kite memotong kuku dan bercukur?

salam…
utk saudari nuriman…
anda mmpnyai nama yg sgt indah..
saya suka dgn apa yang anda cuba lakukan…memberi komen mengenai bersalaman diantara lelaki dan perempuan…
komen2 yg saudari berikan menampakkan saudari seorang yg sgt mementingkan halal dah haram…saya memuji tindakan saudari terhadap kwn2 saudari…
apa yg saya tidak paham saudari lebih pentingkan bab bersalaman daripada bab menutup aurat..diharap saudari dpt memaafkan saya diatas komen yg saya berikan ini…semoga kita sama2 diberi hidayah oleh yang Maha Esa…
P/s nobody perfect

salam saudari mimi..adakah anda rasa budak kecil yg comel yg tidak bertudung itu sy? itu cuma avatar yg gambarnya sy ambil kat mana entah le dah lupa….siapa kata sy pentingkan berslm dri menutup aurat?merangkumi kesemua le saudari..kalau dah kita tahu halal dan haram tak kan bab tutup aurat tak penting kot?
selalu2 la dengar ceramah ustaz kazem dan tanyalah ustaz di tv 9..tu hari bersama ustaz husni yg bertajuk mahram..ada macam2 soalan…

zaman sekarang ni bab salam bab aurat di pandang remeh…kalau pakai tudungpun ala2 fesyen comel gitu..dada masih menampakkan yg tinggi2 tu…

terima kasih moga2 kita semua di beri hidayah..nma itu satu nama yg comel..empunya anak buah sy…

salam…

minta maaf ats kesilapan yang tidak disengajakan…
saya tidak mengenali saudari…gambar yg saudari guna membayangkan itulah saudari…rupanya kesilapan mata saya…

teruskan niat baik saudari..saya menyokongnya…

p/s nobody perfect

salam….tak mengapa saudari. Buat masa sekarang belum terbuka pintu hati untuk meng guna gambar sendiri utk tatapan di blog..cukuplah gambar anak comel itu…

huhu..kak nuriman.. okok.. lama x jengah laman ni.. huhu

rindunya kat abang mat zahid kita..p mana lah dia..sibuk agaknya ya…

salam.. maknanya mencukur bulu kening itu tidak haram? bkn mengubah ciptaan? tidak brdosa mencukur untuk kecantikan dan menjadi tontonan umum bknnya kpd suaminya? adakah begitu mksudnya? erni pernah tonton WHI yang membawa topik berkaitan dgn mencabut dan mencukur bulu kening.. ketika itu, seorang ustazah menyatakan adalah haram mencukur bulu kening.. kepada sesiapa yang blh membantu, bantulah erni dalam memahaminya.. tq.. wassalam..

Hukum Mencukur Bulu Kening

Menurut pandangan syara’ adalah haram kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran. Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan.

Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang perempuan itu menyambung rambut rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan mencukur buku kening. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tumbuh pada diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia menjelekkan pemandangan seseorang perempuan.

salam..saya nak tanya apakah hukum mandi majib jika saya tersentuh otot punggung ketika mandi hadas besar?

hukumnya kalau anda sudah berwuduk sebalum mandi wajib, maka terbatallah wuduk.
Hukum mandi wajib tu sah dgn meratakan/menyampaikan air keseluruh tubuh badan.

salam….apa hukumnya mencukur bulu kemaluan…..

akum, saya nak tnye apakah hukumnye kita bersalaman dengan bapa mertua, ada pendapat mengatakan dibolehkan dan ada pendapat mengatakan haram..kerana bersentuhan kulit dengan bukan muhrim, sepekara lagi saya was2 jika hrm bersalaman dengan bapa mertua kenapa air sembahyang batal dan xpki tdg dihadapan bapa mertua haram? ms kecik dulu sy belajar agama klu bersentuhan dgn bukan muhrim adalah haram..

akum, saya nak tnye apakah hukumnye kita bersalaman dengan bapa mertua, ada pendapat mengatakan dibolehkan dan ada pendapat mengatakan haram..kerana bersentuhan kulit dengan bukan muhrim, sepekara lagi saya was2 jika x hrm bersalaman dengan bapa mertua kenapa air sembahyang batal dan xpki tdg dihadapan bapa mertua haram? ms kecik dulu sy belajar agama klu bersentuhan dgn bukan muhrim adalah haram..

bpa mertua hukumnya adalah spt bapa kita sndri..

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya(hingga ke dada) dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka……….” an-Nur : 31

jd, bapa mertua kita adalah muhrim bg kita sbb kita tak dbnarkan berkahwin dgn bapa mertua kita sendri

mengelahkan artis la….apa ke hal tu nak glamer sangat ke..

tu laa….tkjut den tgk gmbar2 tu..
masyaAllah..
sape2 lg nk bg pndangan??

maruah or tidak, ia tetap haram. sbb Nabi Muhammad saw pernah kata (aq x petik potongan hadis la, aq maksudkan sj), “rasa 1000 jarum cucuk kat kepala lebih ok dpd sentuh org yg tidak halal buat kita (sehingga nikah).” so, politik or not, ia tetap haram and dosa.

Mana penting lg? Maruah Islam or Maruah penghulur? Decide….

buat dr mashitah tinggal lah politik jadi lah seperti dulu..bila dah masuk kancah ni…hati dah jadi haru biru…dah tak kenal mana dosa pahala,……….yang halal itu tetap halal yang haram itu tetap haram… fikir-fikir lah dan renung2 lah ..itu pun takan dr tak tau… kalau ada ilmu . setinggi mana pun tidak diamalkan sia-ia sahaja lah dr. jangan dr nak mengejar nama dan glamour je……

ilmu dan amal hendaklah seiring ..ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah..

Alahhh…mashitah sekadar bersalam. Tuu…anwar ibrahim, azmin ali bukan setakat bersentuh tangan dgn pelacur dan perempuan simpanan. Siap ngongkek dan jilat ‘aiskrim’ lagi… tak ada pun yg bising-bising? apa kejadah pengomen-pengomen ni. kuman seberang jalan nampak, gajah depan mata yang beraksi dengan pelacur China dan menjilat aiskrim tak nampak.

fitnah itu lebih besar dari membunuh…berhati2 anda kalau anda tak nampak dengan mata kepala anda….berapa kali anda nampak depa buat kerja ni? ke anda sendiri pernah di tooot oleh mereka?

masyitah tu ostazah diorang tu bukannya ostaz atau ostazah lu fikirlaah sendiri, bercakap kalau tak guna otak yg waras macam ni lah. yg haram tetap akan haram .macam jugak bertudung, bukan hanya tutup kepala tp dada mengunung tingginya macam ostazah ni lah. bukankah dalah al quran sendiri suruh melabuhkan tudung?kalau bukan ostazah org tak kecoh lah

the latest one ustzh norhafizah musa…sejuk mata memandang…slalu kluar di tv9 n IKIM… =b

ok

It’s amazing to pay a quick visit this website and reading the views of all mates regarding this piece of writing, while I am also keen of getting knowledge.

On top of this, unsaturated fats provide a slow release of energy,
so unlike high sugar foods and refined carbohydrates,
will keep you satiated for longer. I thought this would turn me into a super-lean machine.
Protein is needed daily for lean muscles and they need to
be taken daily in small amounts.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 651,840 hits

Shoutbox

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 81 other followers

%d bloggers like this: