Bayi tabung uji di Terengganu

KUALA TERENGGANU - Penantian selama 12 tahun pasangan suami isteri, Noor Fazli Mohd. Nor, 36, dan Susi- lawati Sidek, 32, untuk memiliki anak sendiri akhirnya tercapai.
Ini kerana tepat pukul 8.40 pagi semalam, penantian itu berakhir dengan kelahiran seorang bayi lelaki seberat 3.12 kilogram yang dikandung melalui teknik persenyawaan tabung uji (IVF).
Menurut Susilawati, saat mendengar tangisan anaknya yang dilahirkan secara pembedahan itu tidak dapat digambarkan.
“Saya rasa sangat-sangat bersyukur dan gembira,” katanya ketika ditemui di wad bersalin Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Pasangan itu merupakan salah seorang daripada 32 pasangan yang berjaya mendapat anak melalui kaedah tersebut di bawah tajaan Yaya- san Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).
Susilawati berkata, beliau membuat permohonan kepada yayasan tersebut kira-kira dua tahun lalu sebelum permohonannya diluluskan, tetapi cubaan melalui kaedah itu gagal pada kali pertama.
“Lepas mencuba kali kedua, saya tak mengharap sangat, jadi dalam tempoh itu kami telah mengambil anak saudara suami saya, Noor Fazlina Syamimi Syafaruddin yang ketika itu baru dilahirkan sebagai anak angkat,” katanya yang memberi nama bayinya, Nor Farhan Syamer.
Bagaimanapun jelasnya, bayi yang kini berusia tujuh bulan itu tidak akan disia-siakan dan akan tetap disayangi sama seperti bayi kandung.
Dalam pada itu, penaung TAFF, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang melawat pasangan dan bayi itu memberi- tahu, ia adalah bayi tajaan TAFF pertama di Terengganu.
“Ini merupakan bayi keempat tahun ini dan kita sedang menunggu 10 lagi bayi yang bakal dilahirkan tahun ini,” titahnya.
Tambahnya, pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan zuriat, bolehlah menghubungi TAFF di talian 09-5733241.
Sejak TAFF ditubuhkan pada 2005, seramai 32 bayi dilahirkan melalui kaedah berkenaan.
“TAFF membantu pasangan yang tidak mampu, tetapi inginkan anak dan perbelanjaan untuk menjalani kaedah IVF ini menelan belanja besar iaitu antara RM25,000 dan RM30,000,” jelas baginda.
~beruntunglah ibu-ibu yang dapat hamil dengan mudah tanpa bersusah payah melaburkan wang ringgit untuk mendapatkan anak hargailah anugerah yang telah di berikan. Kalau dikutkan hati mahu saja saya telefon TAFF, buat masa sekarang saya belum mendapat info yang lengkap tentang TAFF…ada tak sesiapa yang tahu info ini dengan lebih lanjut lagi?
hairieusoff berkata,
Mei 6, 2008 @ 2:50 pm
rezeki tuhan beri dengan pelbagai cara…. bersyukurlah kan..
nuriman berkata,
Mei 7, 2008 @ 2:39 am
ya syukur atas kurniaan yang Maha Esa……….
dakchomey berkata,
Mei 7, 2008 @ 11:55 am
syukur…teknologi semakin maju….
nuriman berkata,
Mei 7, 2008 @ 11:40 pm
alhamdulillah ini memberi peluang kepada pasangan yg agak sukar utk mendapatkan zuriat…cuma saya belum tahu banyak tentang TAFF..yg saya tahu TAFF membantu pasangan yg susah mendapat zuriat n saya nak tahu cara pembayarannya apakah wang ktia separuh n wang dari pihak taff separuh…ke bagaimana ya?waahh nak kena cari infonya dalam it nih………..
iza'adian berkata,
Julai 4, 2008 @ 11:45 am
bersyukur dengan zuriat yang diberikan oleh-Nya. tetapi dengan kos rawatan yang begitu besar, adakah ia mampu untuk semua golongan? dengan teknik rawatan yang ada ia memberi sinar harapan kepada setiap pasangan yang ingin memperolehi cahayamata…tetapi jika dilihat kepada kos rawatan….ia membuatkan saya terfikir…bagaimana dengan mereka yang berpendapatan rendah? kejayaan susilawati dengan menggunakan kaedah ivf ini membuatkan saya sendiri tidak sabar utuk memperolehi cahayamata sendiri….malah saya ingin sekali mempunyai anak yang kembar. tahniah untuk susilawati!
nuriman berkata,
Julai 5, 2008 @ 1:13 am
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sayapun camtu jugak tak mampu..kekadang sy sedihhhhhhhhhhhhhhhhhh bangat…bila dengar kawan senangnya nak mengandung tanpa mengeluarkan apa2 kos…tp nak wat macam mana kan itu rezeki diorang..nak gak try produk biodex kehamilan……..tak mahai mana………..trylah…….sy pun nak try jugak insya-Allah ikhtiar…hindari memakan jeruk..n air bergas………..tp sy ni mmg hantu asam…jeruk kurang……….redha………atas kurniaanNYA………….