bila hatiku berbicara

Hari kekasih

Posted on: Februari 6, 2009

Murtad sambut hari kekasih…

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa: “Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.” Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom. “Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama. Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera. Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka. Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.’ Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut. Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine’ sesama pasangan mereka. Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara. Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. “Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. “Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,” kata beliau. Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. “Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,” kata beliau.

UTUSAN MALAYSIA 12 FEB 2004

Kata saya: Tak payahlah nak ikut budaya orang lain. Nak berkasih sayang ni tidak ada hari-hari yang khusus. Ianya sentiasa subur..kasih sayang yang berlandaskan iman. Bukan kerana mengikut nafsu….insaflah………

About these ads

14 Respons to "Hari kekasih"

Takpelah kak, tak nak buat pun. Aiman tak kisah. Saye pun jenis org yg ganaz gak. Kalau tidak, taklah digelar GERAKHAS. Namun, isu Hari Kekasih ni topik yg saya gemar. Saya masih teringat Dato’ Mashitah Ibrahim penah sebut pasal Hari Kekasih ni. Beliau kata ” takpalah sekadar bagi-bagi bunga tu pda Valentine’s Day “. Pergh ! Ghapo dio nih?!…
Pendapat saya selain haram menyambut Valentine`s Day, ia juga akan mengundang satu lagi masalah besar iaitu maksiat yg brleluasa. Khasnya kpada remaja mcm saya ni. Asyik kecundang kpda hawa nafsu. Tapi takpe, di sebalik masalah itu saya masih mempunyai dua kebanggaan, iaitu Iman dan Islam. Keduanya merupakan nikmat trbesar yg tidak disedari oleh kebanyakan kita.
Kedua, sambutan Mother’s Day & Father’s Day saya sokong. Bukan maksud saya nak sokong org barat, tetapi apa yg baik dan tak bertentangan dgn hukum syara’ boleh diambil utk dijadikan contoh kepada kita. Fther’s & Mther`s Day tu bukan brkait dgn agama Kristian kan? Ia ciptaan org Barat sndiri dlm peradaban sosial mereka……. Betulkan saya jika tersilap. Wallahu’alam

Salam…
Erm susah la, saya sendiri tak suka nak sambut hari valentine coz bagi saya sepatutnya, hari2 adalah hari berkasih sayang antara saya dan suami…tapi, disebabkan hari valentine ni dah jadi ‘budaya’ kita…secara tak langsung jadi ikutan semua orang…

salam…

kadang kala dia org ni terikut2 tanpa mengetahui hal sebenar.. atau itu satu tektik musuh2 islam menanam benda2 yg akhirnya merosakkan akidah org islam..

Jauhilah sambutan itu. Ucap ‘Happy Valentine’s Day’ pun jangan la. Kalau boleh, ucaplah ” Ptuih ! Valentine’s Day !”. He he he… Okay, sama-sama ucap mcm tu….
_________________________________________________________________

Berdasarkan perkara di atas, renung-renungkanlah firman Allah ni:

Dan janganlah kamu hampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang buruk (SurahAl-Isra, ayat 32)
_________________________________________________________________

Berdasarkan kata-kata Abg Zino & Kak Rossa di atas, renung-renungkanlah firman Allah ni:

Akan Aku palingkan (butakan hatinya) orang-orang yang sombong di muka bumi tanpa ada alasan dari (memahami) ayat-ayat Kami. Walaupun mereka melihat segala keterangan, namun mereka tidak juga mahu beriman, dan jika mereka melihat jalan yang benar mereka tidak mahu mengikutinya, tetapi manakala mereka melihat jalan yang sesat, mereka langsung menempuhnya. Begitulah kerena mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka lalai dari (memahaminya).
(Surah Al A’raaf, ayat 146)

Salam sekali lagi…….Hermm, saya begitu ghairah nak memprkatakan isu ini.. Grrrr…
Meh demo nak ghoyak beri…

Apo yang jelas dale sambutan Valentine’s Day ialah pergaule bebas di antaro lelaki dan perempue. Justeru, bagi menzahirkan raso cinto, pelbage aktiviti dilakuke yang jelas haram dan bertentange denge Islam. Apo yang pasti ialah pasange kekasih akan mengadake pertemue demi melahirke perasae cinto. Pado waktu itu yang ketigo ialah syaitan yang menghasut mereko supayo melakuke perkaro-perkaro terkutuk. Cemano Kak betoi ko?

Tak cukup lagi dgn tu, renung pulaklah kata-kataIbnul Qayyim:

“Memberi selamat atas acara ritual orang kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahwa perbuatan tersebut haram. Contohnya memberi selamat atas hari raya dan puasa mereka, dengan mengucapkan, “Selamat hari raya!” dan seumpamanya. Bagi yang mengucapkannya, kalau pun tidak sampai pada kekafiran, paling tidak itu merupakan perbuatan haram. Berarti ia telah memberi selamat atas perbuatan mereka yang menyekutu-kan Allah. Bahkan perbuatan tersebut lebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih dimurkai dari pada memberi selamat atas perbuatan minum khamar atau membunuh. Banyak orang yang kurang mengerti agama terjerumus dalam suatu perbuatan tanpa menyadari buruknya perbuatan tersebut. Seperti orang yang memberi selamat kepada orang lain atas perbuatan maksiat, bid’ah atau kekufuran maka ia telah menyiapkan diri untuk mendapatkan kemarahan dan kemurkaan Allah.”
…………. nak lagi?

Tak habis lagi…..Nak cerita plak pasal bahayanya Valentine

Masuk saja Februari, kita menyaksikan banyak media massa , e-mail, pusat-pusat hiburan sibuk dan berlumba-lumba menarik perhatian para remaja dengan menggelar acara-acara pesta perayaan yang tak jarang berlangsung hingga larut malam bahkan hingga ke pagi hari. (alasan utk takmau semayang Subuh)

Semua pesta tersebut bermuara pada satu hal yaitu Valentine’s Day atau biasanya disebut hari ‘kasih sayang’. Biasanya pada 14 Februari mereka saling mengucapkan “selamat hari Valentine”, berkirim kad dan bunga, saling bertukar pasangan dan menyatakan sayang atau cinta. Sekarang dah ada handset lagi sakan lah diorang ni. Khususnya rakan-rakan kita, para remaja prempuan muslimah yang terkena penyakit ikut-ikutan dan mengikut budaya Barat atau budaya ritual agama lain akibat pengaruh TV dan media massa lainnya. Termasuk dalam hal ini perayaan Hari Valentine, yang pada dasarnya adalah mengenang kembali pendeta St.Valentino. Belakangan, Virus Valentine tidak hanya menyerang remaja bahkan orang tua pun turut larut dalam perayaan yang bersumber dari budaya Barat ini. Saya nampak sendiri…. tertelan air liur dibuatnya.

Tak puas hati lagi……. ada lagi…..

Kebanyakan anak-anak muda yang sedang dilamun cinta menantikan kedatangan hari tersebut untuk meraikannya bersama buah hati yang tercinta. Hotel-hotel, kedai-kedai bunga, makanan, pakaian, dan juga media massa sibuk mempromosikan sambutan hari tersebut. Pelbagai movie menarik yang bertemakan ‘romance’ dihidangkan sepanjang bulan bagi menghangatkan lagi suasana. Pemuda-pemudi Islam juga turut sama menyambut hari Valentine ini yang begitu asing bagi Agama Islam itu sendiri.

Walaupun kebanyakan masyarakat awam dinegara kita tahu tentang sambutan Valentine ini sebagai Hari Kekasih tetapi hanya sedikit daripada mereka yang tahu tentang asal usul sambutan ini.

Dari sudut Syariat, kekasih adalah satu perkataan yang asing bagi Syariat Islam yang suci ini. Apatah lagi meraikannya. Islam melarang penganutnya bercinta berdasarkan naluri seksual sebelum mereka sah sebagai Suami Isteri. Islam telah menggariskan batas dan sempadan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti menjaga pandangan, menutup aurat, tidak boleh bergaul bebas dan seumpamanya. Sekiranya seseorang lelaki mempunyai keinginan untuk menjalin cinta dengan seseorang perempuan ajnabi, Islam menganjurkannya supaya segera berkhawin sekiranya mampu. Andainya tiada kemampuan, Islam menggalakkannya berpuasa kerana puasa itu akan membantu memelihara diri dan melemahkan nafsu….. Ambik korang!

Dari sudut akhlak pula, sambutan ini akan menggalakkan pembiakkan cinta berdasarkan naluri nafsu antara lelaki dan perempuan, seterusnya akan medorong kepada berbual melalui telefon, dating, pergaulan bebas dan akhirnya boleh membawa kepada melakukan zina. Ini akan memberikan kesan yang negatif kepada struktur sosial masyarakat dan melemahkan institusi kekeluargaan……….he he he

Berdasarkan kepada maklumat-maklumat di atas, adalah sesuatu yang mendukacitakan apabila sambutan ini juga disambut oleh muda-mudi Islam. Semoga semua pihak sedar tentang kesan negatif daripada sambutan ini kepada masyarakat dan megambil langkah yang sewajarnya bagi membendung budaya asing ini dari terus berkembang. Wallahu’alam…

salam sayang kak iman….

salam bertemu kembali… :)
rindu pada akak… dah lama tak jenguk ‘umah’ akak ni…
emmm… mang tak patut nak ikut2 budaya org kafir ni.. nanti ikut2 jugak masuk neraka jahanam… lagi rugi…

tak faedahnya nak sambut amalan syirik tuh, kan ada baiknya kita sambut hari berkasih sayang pada Allah setiap hari… lagi berfaedah…

Salam ahmad zafir…..rossa dan zino

ahmad zafir meme pandai tulih loghat kelate eh…ado saing duk kat kelate ko eh?

Terima kasih ya kerana bagi komen tentang ni.sama2lah kita berkongsi. Yalah kan buat apa nak terikut2 budaya orang lain. kan berkasih sayang ni tak kira hari…contohnya kpd ibu bapa kita….pendek kata setiap hari sayang…dengan suami isteri jugak…tetapi kalau nak bagi hadiah tak salah rasanya…anak2 bagi kat ayah ibu…n suami isteri sebagai tanda kasih sayang.

cuma yang silap zaman sekarang ahmad zafir remaja kita sambut hari kekasih bukan hanya memberi bunga..tetapi hingga melanggari batas2 agama..nauuzubillah…..

Salam sayang Sue…

Lama tak bertadang ke rumah akak eh?sibuk ke? yalah Sue orang kita terlalu terikut2 dengan budaya orang lain…bukankah ini semua menguntungkan mereka kerana melihat anak2 muda mudi hancur kerana agenda mereka berhasil. Tak salah berkasih sayang..tetapi ikutlah syariat yang di tetapkan……dan tak melampau batas….

alahai dah tak tau nak komen apa dah….

Saya terlupa nak laknat hari valentine. Siut valentine!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

LAKNAT VALENTINE
LAKNAT VALENTINE
LAKNAT VALENTINE

awatnya pakai nick tukang maki hamun tak molek lah awak…

inlah antara agenda yahudi,kuffar..kita sebagai orang islam janganlah nak terikut2. Tetapi sedih tengok remaja islam sekarang ni… sedih…adakah mak pak diorang jugak sedih eh? Moga Allah lindungi kita anak2 kita, keturunan kita ..dan semoga mereka yang tersesat jauh di beri kesedaran. Berapa ramai remaja kat kewaja tu? Nasib ada rumah perlindungan tu..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Februari 2009
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

Blog Stats

  • 666,985 hits

Shoutbox

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 81 other followers

%d bloggers like this: