bila hatiku berbicara

Ekin gugur selepas bulan madu

Posted on: Mac 15, 2009


GAYA manja Ekin di samping Mawi.


KUALA LUMPUR – Impian pasangan penyanyi popular Asmawi Ani, 28, dan Nora’ Asikin Rahmat atau Ekin, 30, untuk menimang cahaya mata sulung dalam masa terdekat berkecai selepas Ekin keguguran anak pertama mereka.

Pasangan yang bernikah pada 21 Disember 2008 itu dikatakan tidak menyedari tentang kehadiran ‘orang ketiga’ tersebut sebelum Ekin mengalami keguguran.

“Ya, saya keguguran kandungan pertama selepas pulang daripada berbulan madu di Korea bulan lalu,” ujar Ekin ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Keguguran tersebut berlaku pada awal Februari lalu selepas Ekin mengalami pendarahan selama dua minggu tanpa henti. Bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku, Mawi membawa Ekin ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

“Bila pergi ke klinik, barulah saya tahu saya mengandung. Darah yang keluar itu bukan darah haid seperti yang saya sangkakan, tapi darah janin yang baru nak jadi.

“Menurut doktor, keguguran terjadi kerana saya terlalu aktif dan barangkali berpunca daripada tekanan menaiki kapal terbang sewaktu pulang dari Korea, beberapa hari sebelum itu,” cerita Ekin lagi.

Beritahu anak kelahiran Johor Bahru itu lagi, sewaktu keguguran, kandungannya baru berusia antara dua hingga tiga minggu.

“Saya pun tak tahu saya mengandung. Jadi saya menjalani aktiviti harian saya seperti biasa. Doktor kata, antara sebab saya keguguran adalah kerana terlalu aktif,” jelas beliau.

Sementara itu, Mawi ketika ditanya mengenai perkara itu berkata, keguguran yang dialami isterinya bukan alasan untuk mereka tidak mempunyai anak. Beliau berdoa untuk mempunyai cahaya mata secepat mungkin.

“Saya kecewa dan sedih tetapi reda… sudah tak ada rezeki. Ada hikmah yang Tuhan selitkan di sebalik keguguran isteri saya.

~jangan putus asa Mawi dan Ekin nanti dapatlah lagi, Puan Ekin ni semakin cute sekarang ni, patutlah Mawi jatuh hati~

About these ads

4 Respons to "Ekin gugur selepas bulan madu"

Majlis Maulid Di Pusat Pengajian Ba’alawi, Kemensah
Assalamu’alaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh

Tarikh: 21 Rabi’ul Awwal 1430H/ 18 Mac 2009 (Rabu)

Lokasi: Pusat Pengajian Ba’alawi, No 9, Jalan UP2A, Prima Ukay, Kemensah. (belakang Zoo Negara)

Tetamu Khas: Habib Kazim as-Seggaf (dari Tarim, Hadramaut), Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid dan Tuan Guru Baba Abdul Aziz

Aturcara:

Sholat Maghrib berjemaah
Bacaan Ratib al-Haddad
Bacaan Maulid – Diyaul Lami’
Ceramah oleh Habib Kazim
Qasidah
Ucapan oleh Tuan Guru Baba Abdul Aziz
Ijazah Bacaan Dhiya ul Lame’ oleh Habib Kazim
Tertib al-Fatihah oleh Habib ‘ali Zainal ‘Abidin al-Hamid
Sholat Isya’
Jamuan

Muslimin dan Muslimat di jemput hadir. Dan sila panjangkan jemputan ini kepada kenalan tuan-tuan/puan-puan.

http://pondokhabib.wordpress.com

waalaikumusalam terima kasih info ini…

salam…………..

saya jgak mengalami nasib yang sma mcm kawan2 lain…..period yang tdk nrml…dah beribu ubat yang makan…cuma saya belum penak buat iui……saya takut kepada kaedah yang moden2 niee..bukan takut duit abizzz..tp takut laa..tah susuah nak di gambarkan…penah saya lambat datang haid hingga 2 bulan lebih….suami dan saya menagakkan saya mengadung….kerna saya sakit pinggang yang terlampau.tp bila ke doc…doc kata saya xhamil………upt dan scan buat pun mengesahkan saya x hamil…….sedih sangat masa 2………tp tetap saya kuatkan semngat dpn suami.xmau tgk suami sush hati pikirkan saya…….memang btol2 menghairan kan saya.period saya lewat sampai hampir 2 bulan lebih…saya rasa mungkin berat badan punya badan saya naik……mulai saat tue saya pun mula berjalan setiap pagi dan control makan..allamdulilah berat saya turun..tetapi period x dtng2 jgak…..saya bincang dgn suami dan dia pun bli pil pecah darah….hairannya saya haid x dtg2 jgak….saya buntu sangat..saya dan suami bercadang berjmpa pakar secepat mungkin.sebelum niee saya hanya punyai masalah subur ja.merata saya berurut.mkn pil dan segalanyan yang di sarankan tetapi x mnjd jgak
tp makin menjadi2 plak…tlg kawan2 doakan saya k
wasalam………

Salam faty baru perasan koimen faty.sabar banyak2 faty.cuba p ke PPUm ke di sana banyak palkar…jumpa pakar sakit puan…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2009
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 677,298 hits

Shoutbox

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 81 other followers

%d bloggers like this: