bila hatiku berbicara

Panas panas

Posted on: Mei 9, 2009

10 kali gugur anak

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Sri Ayu Kartikawati Amri
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Biarpun baru berusia belasan tahun, seorang remaja bukan saja sanggup melakukan hubungan seks dengan lebih lima lelaki serentak, malah melayan nafsu warga emas seusia bapanya hingga mendapat gelaran Ratu Bohsia.

Namun, gadis berkenaan tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya kerana gelagat liarnya didorong pengalaman hitam selepas dinodai datuk sendiri menyebabkannya ketagih mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Demi memuaskan nafsu gila selain membalas dendam terhadap perbuatan datuk yang mengaibkannya, dia mula belajar meneguk minuman keras seawal usia 12 tahun dan mengikut lelaki hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan seks walaupun baru beberapa jam berkenalan.

Disebabkan keghairahannya itu, gadis terbabit mendakwa menggugurkan kandungan lebih 10 kali sepanjang tempoh dia merelakan tubuhnya ‘diratah’, termasuk di kalangan Mat Rempit sehingga digelar Ratu Bohsia di kalangan pelumba haram.

Pengalaman gadis terbabit didedahkan kepada wartawan Harian Metro bukan untuk memalukan mana-mana pihak, sebaliknya pedoman kepada remaja perempuan yang baru mengenali dunia dan mengelak mereka menjadi alat pemuas nafsu lelaki ‘syaitan’ terutama Mat Rempit.
Gadis yang ingin dikenali sebagai Masliza, 20, berkata kehidupannya mula berubah selepas dia dinodai datuknya sendiri menyebabkan dia lari meninggalkan rumah sebelum berkenalan dengan seorang Mat Rempit.

Menurutnya, dia menghilangkan diri selepas berang dengan sikap ibu bapanya tidak mempercayai aduan bahawa dia dirogol datuk sendiri.

“Setiap malam minggu, kami akan keluar merempit dan menonton aksi liar Mat Rempit di sekitar ibu kota menunjukkan kehebatan masing-masing.

“Saya puas kerana dapat mengenali ramai ‘kaki rempit’ berhati batu dan kagum mereka tidak mempunyai perasaan takut serta sayang kepada nyawa sendiri ketika melakukan aksi di jalan raya,” katanya.

Selepas seketika berkenalan, teman lelakinya mula menunjukkan wajah sebenar apabila menyerahkannya kepada rakan untuk ‘dipakai’ secara beramai-ramai.

Demi menjaga imej di kalangan Mat Rempit terbabit, katanya, dia terpaksa menyerahkan kesucian dirinya.

Sejak itu, Masliza berkata, dia sering menjadi habuan puluhan Mat Rempit di hotel murah, rumah sewa mahupun dalam kereta menyebabkannya ketagih untuk melakukan hubungan seks.

Masliza mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam satu bilik hotel serentak.

“Ia pengalaman hitam yang menakutkan, namun saya melakukannya untuk membalas dendam terhadap keluarga yang menganiaya saya, terutama datuk. Lama-kelamaan ia menjadi hobi dan keseronokan kepada diri sendiri.

“Saya lari dari rumah kerana tidak dapat menerima kenyataan dirogol datuk sendiri serta dihantui masalah keluarga yang tidak berkesudahan.

“Keluarga saya bermasalah, ibu bapa sering bertengkar dan mungkin disebabkan itu kebajikan dan tanggungjawab mereka terhadap saya terabai,” katanya.

Bagaimanapun, Masliza diselamatkan seorang individu tidak dikenalinya yang menghantarnya ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri gara-gara cuba menggugurkan kandungan.

Dia mendakwa sedang diburu ahli keluarganya kerana mengadu mengenai peristiwa hitam dinodai datuknya sendiri beberapa tahun lalu kepada pihak berkuasa supaya menarik balik laporan itu.

Bagaimanapun, dia kini selamat dalam jagaan sebuah pusat perlindungan dan pemulihan akhlak dan difahamkan sedang berusaha melupakan peristiwa malang itu.

Sementara itu, Pengurus dan Pakar Motivasi Didik Diri Resource, Ahmadi Baharudin, berkata Masliza sedang melalui proses pemulihan di pusat pemulihannya.

“Kami yakin dengan program sedia ada dapat membantunya memulihkan semula keyakinan diri ketika berdepan dengan masyarakat selain membina semula imej. Dia kini ibarat sedang ‘dilahirkan’ semula.

“Saya cukup terkilan dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak memandang serius aduan anak mereka kerana terlalu sibuk mengejar kebendaan walaupun perkara itu benar-benar berlaku,” katanya.

Menurut Ahmadi, masalah keluarga penyebab utama kepada keruntuhan akhlak remaja pada zaman ini.

“Peningkatan kes seumpama itu cukup membimbangkan. Ibu bapa bukan saja perlu mendidik anak dengan ajaran agama yang cukup, malah mengikuti perkembangan mereka. Sikap lepas tangan akan menyebabkan masalah terus menghantui kita semua,” katanya.

Komen saya:  Kawan-kawan, malam tadi saya menonton rancangan  semanis kurma di TV9. Saya kaget, terkejut dan rasa geram yang amat sangat bila ada  anak yang  di kandung 9 bulan 10 hari tetapi tergamak merogol ibunya sendiri. Masya Allah inilah dunia akhir zaman, bila mana akhir zaman semua benda yang tak masuk akal akan berlaku.  Mungkin peringatan dari Allah s.w.t berbagai penyakit yang menimpa manusia sekarang dari sekecil-kecil penyakit hinggakan di datangnya virus maut. Tahap panasnya melampau sekarang ini.  Insaflah………

p/s Erm blog ni  dah jadi blog copy n paste

About these ads

4 Respons to "Panas panas"

selamat hari ibu…. banyak perkara pelik berlaku sekarang ni…entah la apa nak jadi..

mungkin sebab tu sekarang ni banyak penyakit..itu semua peringatan dari Allah…sekarang ni panas yg melampau…kat kelate hujan…pulak…kata anak saya sejuk kat sana..kata saya kat sini panas…

banyak perkara pelik kerana jiwa kotor di penuhi dengan nafsu serakah…

betapa bodohnya kita wanita.
sbagai muslimat kita hndklah bangkit smula.
mana hilangnya ketabahan jiwa, asiah, sumaiyyah, masyitah?
ALLAH bfirman, setiap ujian yg diturunkan mampu dipikul hambanya.
bangkit semua muslimat, insyaallah kita sntiasa dibantu.

sapelah lelaki yg akan bernikah dengan ppuan ni..?ppuan ni mesti hanya beritahu pd suaminya,yg dia dulu pernah telanjur…tapi x akan beritahu yg dia adalah bohsia paling popular.

bila dah kahwin,masa berjalan2 kat mana2..bila ada lelaki yg tetiba senyum2 kambing,itu mungkin yg pernah rasa tubuh ppuan tu kan..huhuhu…malangnya nasib suaminya nanti….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mei 2009
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 662,504 hits

Shoutbox

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 81 other followers

%d bloggers like this: