Doa seorang isteri
Posted on: Mei 21, 2009
- Dalam: Uncategorized
- 4 Komen

“Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya isteri ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya isteri ku ini adalah isteri yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untuk ku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya Sekiranya isteri ku ini adalah yang terbaik untukku
di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti
perasaannya Sekiranya isteri ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya isteri ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau
tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya isteri ku tergoda dengan keindahan duniaMu Limpahkanlah
aku kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya isteriku tunduk
terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku
memperbetulkan keadaannya Sekiranya isteri ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan
yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
suami Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku suami yang disenangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi suami yang Soleh
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi suami yang dirahmati
suami yang dikasihi
suami yang soleh
suami yang sentiasa dihati isteri
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..”
4 Respons to "Doa seorang isteri"
Ah! gossip melanda kononnya istri ustz Akil Hayy nak buat pengakuan cerai sbab ustz akil ada skandal dgn Waheeda Wahsinni..
Kak Iman tgk esok Nasi Lemak Kopi O kt Tv9 esok….. Betul ke tidak wallahu’alam….
Tapi apa yg jelas gua sndiri dah x berapa respec kat Akil hayy…
Amy search pulak sebagai ganti…
Lantak p lah kat depa Zafir ooiii…cam tu lah artis…asam garam gula dan copy…
aik hari ni baru letak criternya Zafir semalam dah komen hehehe… tp lagu nasyid dan suara dia sedap ooo…terlepas tengok nasi lemak kopi o..
amin
doanya bagus sekali
Mei 22, 2009 pada 3:23 am
Assalamualaikum semua kawan2,
Kak Nur Iman sehat ke?
Seronoknya kalau2 husband Azie doakan macam ni…
Pagi ni Azie tunjukan doa ni kat dia, dia sengih je…