Tips Mudah Hamil

Berbalik kepada petua/tips yang ingin saya kongsikan pada kali ini. Iaitu berkenaan dengan topik hangat blog ini iaitu, mengenai masalah kesuburan dan kehamilan.

Pada saya, perkara pertama yang patut kita ketahui sebelum apa2 tindakan ialah mengetahui dan faham tentang ta’rif serta konsep asas kehamilan itu sendiri.

Apakah konsep asas yang perlu anda tahu mengenai proses kehamilan?
1. Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya(ia dipanggil proses ovulasi )
2. Telur tersebut mesti melalui saluran fallopian terus menuju ke uterus ( rahim )
3. Benih lelaki (sperma) pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim
4. Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dinding rahim
5. Masalah yang menggangu dalam salah satu langkah yang dinyatakan tadi adalah dianggap penyebab ketidaksuburan.

Fakta
1. Kira – kira 1/3 kes ketidaksuburan adalah berkaitan dengan wanita.
2. 1/3 lagi adalah disebabkan berpunca daripada lelaki
3. Dan 1/3 lagi faktor ketidak suburan adalah campuran faktor – faktor lain yang dikenalpasti.
Apakah penyebab utama kepada ketidaksuburan:
1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan
2. Tanda – tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid
3. Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis
4. Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst

Penyebab2 lain ketidaksuburan ;
1. Umur
2. Stress
3. Pemakanan seharian yang tidak elok
4. Latihan olahraga/sukan yang melampau
5. Terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan
6. Merokok
7. Ketagihan alkohol
8. Penyakit kelamin
9. Masalah kesihatan yang disebabkan hormon

Tips-tips untuk mudah hamil :
1. Jangan minum ais dan juga makan ubi kayu ketika datang haid kerana angin boleh memudaratkan
2. Sekiranya anda mengikuti mana2 program kehamilan yang dicadangkan pakar, maka ikutlah segala pantang larang program tersebut. Sekiranya anda buat tanpa disiplin,mengakibatkan program yang anda sertai langsung tak berkesan,malahan tubuh badan anda mungkin merasai kesan ’side effect’ daripadanya
4. Niat dan focus untuk hamil, fikir positif, elakkan stress
5. Elakkan makanan yg tajam seperti nenas, rebung, tapai, ubi kayu, tembikai, air kelapa dan tebu.

dari pakarhowto.com

25 Respons sehingga kini »

  1. 1

    lifeofaku berkata,

    salam … artikel tentang kehamilan saya perhatikan memang artikel tumpuan apatah lagi bagi golongan hawa … pasangan yang dah berkahwin sudah tentulah ingin melihat hubungan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata … tapi semuanya berlaku atas kehendak Ilahi dan anugerahnya …. adakalanya sesetengah pasangan sudah bertahun menanti masih belum dikurniakan cahaya mata, ada pula pasangan yang kahwin-kahwin tak lama lepas itu, menerima cahaya mata,

    apa yang pasti, bersyukurlah atas kurniaannya …..

  2. 2

    nuriman berkata,

    Salam alaik…

    Ya Kamal setiap pasangan yg bergelar suami isteri yg sah pasti inginkan cahaya mata untuk menyambung zuriat mereka. Cuma lambat dan cepat itu adalah ketentuan dariNYA.

    Kekadang ada yang boleh melahirkan zuriat tetapi dah tak mahu kerana masalah bajet kata mereka. Cukuplah dengan dua tiga orang saja.Ada yang tak kisah berapa orang anak, sepupu akak setakat ini sudahpun 13 orang anak dan seorang cucu. Kiranya itu rezekinya. Rezeki dari berbagai sudut, rezeki harta dan anak2. Tetapi kata saya sepupu saya ni beranaklah banyak manapun sebab anak dia tidak mendatangkan masalah kepada ibu bapa. Yang dah kerja, cari rezeki bantu emak ayah yang susah, yang masih sekolah pulak biarpun agak sederhana dalam mata pelajaran tetapi tidak seperti remaja lain yang tak tentu hala tuju, merempit sana sini, dengan dadah dan ll.

  3. 3

    Rossa976 berkata,

    Salam….
    Mmg artikel sebegini selalunya menjadi tumpuan kaum hawa kerana kaum hawa amat sensitif serta mereka juga tidak mengambil mudah perkara yg remeh temeh bagi kaum adam…
    Saya sendiri sering melayari internet atau mencari sumber maklumat kenapa, mengapa yg menyebabkan masih tidak hamil…erm…mmg la, semua org cakap belum sampai rezeki kita lagi…tapi alangkah sedihnya apabila saya sekarang ni, dikelilingi oleh wanita yg sedang mengandung, baru bersalin…sedihnya, hanya Allah yg tahu…tapi macam biasa, saya sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa ceria dan sabar menghadapi semua ini…ini adalah dugaanNya utk kami suami isteri….tapi walau setabah mana seseorg tu, tatkala tgk satu kluarga jln2, bawa anak, tersentuh juga hati yg dah sedia kecil, menjadi lebih kecil lagi…
    Kak nuriman, terima kasih banyak2 coz dengan adanya blog akak ni, sedikit sebanyak saya dah dapat info dan teman2 yg blh bertukar pandangan serta saling menasihati…hanya org yg mengalami hal sebegini akan tau macam mana pedihnya terpaksa ditanggung…Pepun saya bersyukur kehadrat Illahi kerana mendapat suami yg memahami…bulan ni genap 2 tahun pernikahan kami, InsyaAllah, jika diizinkan Allah, kami takkan menunggu lama lagi utk mendapat zuriat…he3…ayat menyedapkan hati…

  4. 4

    nuriman berkata,

    Salam Rossa dan kekawan

    Lama tak dengar khabar rossa ya. Yalah rossa..akakpun kekadang menumpang kasih kepada anak kawan iaitu Damia..kalau kawan akak tak sibuk dia bawak Damia bermain2 dengan akak. Dah 4 bulan Damia dah pandai gelak dan sangat comel. Insya Allah mudahan akan tercapai jua ya rossa………

  5. 5

    nuriman berkata,

    nursyirah.wordpress.com/2008/04/27/doa-mohon-zuriat-keturunan-yang-baik-warisan-terbaik/

  6. 6

    nuriman berkata,

    (PETIKAN DARI SATU WEBSITE)

    Punca Isteri Sukar Mengandung

    Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

    Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung
    kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung. Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya.Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan
    alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak ? mengandung. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

    Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.
    Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

    Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami
    isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

    Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik.. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung. Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
    “Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
    “Sudah berkahwin?” saya menambah.
    “Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab. Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.
    “Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastiann hipotesis awal saya.
    Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”.
    Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh.Semoga Allah memberikan zuriat (mengandung dan melahirkan anak),amalkanlah nasihat berikut:

    Elakkan:
    - Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
    - Makan junk food,
    - Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk
    mangga dan ceremai.
    - Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza.
    - Makan burger dan naget
    - Makan jambu batu.
    Suami pula dikehendaki meminum susu lembu tepung fullcream atau susu segar.
    Kalau merokok perlu berhentikan tabiat ini.Tidak ketinggalan
    dari petikan akhbar hari ini, si isteri juga kena minum susu lembu
    sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
    Coca cola dan Pepsi Cola was invented by American Jews dengan satu objektif iaitu untuk merosakkan kesuburan manusia. Itulah sebabnya mereka begitu bersungguh-sungguh memasarkan produk ini diserata dunia.
    Namun ironinya ialah dinegara mereka sendiri iaitu Israel, produk Coca Cola dan Pepsi Cola tidak ada dijual kerana sememangnya mereka ingin meramaikan bangsa Yahudi.
    Namun apa yang penting sekali sebelum melaksanakan tip atau petua ini ialah mendapat redha Allah.

    http://www.shukur.org/

  7. 7

    nuriman berkata,

    Sukar hamil
    Labels: Tip hangat

    “SUDAH puas mencuba, tetapi masih tidak berjaya. Macam-macam kaedah kami cuba, nampaknya belum ada rezeki untuk dapat anak kedua. Anak pertama sudah bersekolah dan asyik bertanya bila boleh dapat adik. Dia teringin hendak ada adik macam kawan lain,” luah seorang teman.

    Katanya, mereka tiada masalah kesuburan kerana dia mengandung selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga. Sebenarnya banyak pasangan turut menghadapi masalah untuk mendapat anak kedua, walaupun mencuba pelbagai cara.

    Isu kesukaran mendapat anak adalah perkara kompleks dan sensitif. Ada pasangan bercerai berai kerana isu ini. Malah, ada lelaki mengambil kesempatan menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk berkahwin lagi. Sebelum sebarang keputusan diambil, banyak perkara perlu dipertimbangkan, termasuk tabiat dan gaya hidup anda.

    Semua orang tahu tahap kesuburan menurun dengan peningkatan usia, terutama bagi wanita. Bagi lelaki pula, mereka masih berpeluang mempunyai anak walaupun berusia 60 tahun kerana sperma dihasilkan sepanjang hayat.

    Secara purata, kebanyakan lelaki mengeluarkan kira-kira 120 hingga 600 juta sperma setiap kali ejakulasi. Bagaimanapun, 90 peratus daripadanya tidak mampu berenang memasuki rahim dan hanya satu iaitu sperma yang benar-benar cergas dan sempurna berjaya mensenyawakan telur dalam tiub fallopian.

    Telur yang disenyawakan pula mengambil masa kira-kira 96 jam untuk ada di dalam tiub fallopian sebelum sampai ke rahim. Terlalu awal atau lewat sampai ke rahim akan menyebabkan kehamilan tidak berlaku.

    Ketika ini, paras semua hormon yang diperlukan untuk mengandung mestilah pada tahap optimum supaya lapisan dinding rahim yang menjadi tempat telur melekat (dan membesar menjadi embrio) boleh terbentuk dengan sempurna.

    Bagaimanapun, keadaan optimum ini kadangkala sukar diperoleh dan ini menyebabkan pasangan perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan anak. Pakar sakit puan mengatakan peluang mensenyawakan telur dan mengandung hanya 25 peratus setiap bulan, tidak kira berapa kali hubungan seksual diadakan.

    Kesuburan adalah anugerah yang perlu dihargai dan dipelihara. Banyak faktor boleh menjejaskan kesuburan seseorang, sama ada lelaki atau wanita. Untuk mengekal dan meningkatkan kesuburan, wanita perlu:

    * Mengawal berat badan. Jika dapat, kekalkan berat badan yang seimbang. Berat badan berlebihan boleh menyebabkan masalah ovulasi (pengeluaran telur) dan kitaran haid mungkin terganggu atau terhenti terus jika terlalu kurus.
    * Kurangkan pengambilan kafein. Ada kajian menunjukkan pengambilan kafein melebihi 500 miligram sehari boleh melewatkan kehamilan. Biasanya secawan kopi mengandungi antara 80 hingga 175 miligram kafein. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kaedah penyediaan dan jenis kopi diambil. Bertukarlah kepada kopi tanpa /rendah kafein.
    * Kurangkan pengambilan alkohol, atau lebih baik berhenti terus. Alkohol berlebihan akan menjejaskan peluang wanita untuk hamil kerana ia merencatkan proses ovulasi.
    * Bersenam secara tetap dan teratur. Senaman bukan saja dapat membantu mengekalkan berat badan, tetapi turut menjadikan anda lebih sihat dan cergas. Ia juga akan menguatkan badan untuk melalui kehamilan tanpa masalah. Senaman juga boleh mengurangkan risiko mengalami masalah sembelit dan vena varikos (urat kaki menjadi kembang dan berbelit) yang biasa dihadapi wanita mengandung.
    * Jalani pemeriksaan hormon melalui ujian darah. Ini adalah masalah biasa yang menyebabkan wanita sukar mengandung.
    * Berhati-hati mengambil ubat. Kebanyakan ubat, termasuk pil tahan sakit, antibiotik, ubat tekanan darah tinggi dan anti kemurungan memberi kesan terhadap kesuburan anda. Sebaik-baiknya, ambil ubat apabila diarahkan saja.
    * Buat pemeriksaan rahim. Masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau sista ovari boleh menjejaskan peluang untuk mengandung. Endometriosis (lapisan tisu yang tumbuh di luar rahim) akan menyebabkan haid menjadi lebih banyak dan sakit. Kehadirannya juga meningkatkan risiko mengandung luar rahim.

    Selain itu, kitaran haid tidak tetap dan lama (melebihi seminggu), kerap mengalami senggugut, pernah keguguran melebihi dua kali, mempunyai bulu roma yang banyak dan lebat terutama pada muka, berlebihan berat badan, mempunyai masalah kesihatan (diabetes, lupus atau tekanan darah tinggi) juga boleh mengurangkan peluang untuk mengandung.

    Lelaki juga boleh mengalami masalah penurunan tahap kesuburan. Kira-kira 30 peratus masalah kesuburan berpunca daripada lelaki. Bagi lelaki subur pun, mereka tetap boleh mengalami masalah jika mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

    Antara langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan kualiti dan kuantiti sperma ialah:

    * Berhenti merokok. Asap rokok boleh menyebabkan mencacatkan sperma yang baru terhasil. Kajian menunjukkan bilangan sperma akan meningkat dengan cepat sebaik lelaki berhenti merokok.
    * Kurangkan minum minuman beralkohol. Tahap kesuburan 40 peratus lelaki meningkat apabila pengambilan alkohol dikurangkan.
    * Ambil vitamin. Tidak ramai lelaki menitikberatkan soal pengambilan vitamin kerana beranggapan mereka sihat dan makanan membekalkan cukup keperluan harian. Bagaimanapun, anggapan ini kurang tepat kerana banyak vitamin hilang atau musnah ketika proses penyediaan dan memasak. Kekurangan vitamin C dikatakan boleh menyebabkan sperma melekat antara satu sama lain. Justeru, lelaki disaran mengambil sekurang-kurangnya 2,000 miligram vitamin C setiap hari.
    * Elak keadaan terlalu panas atau memakai seluar ketat. Elak juga terlalu kerap mandi air panas dan sauna kerana ia boleh menjejaskan penghasilan sperma berkualiti.
    * Jauhi punca pencemaran seperti bahan kimia, racun serangga perosak, lead dan larutan organik.
    * Rancang masa untuk bersama isteri. Hubungan seks boleh dilakukan selang sehari jika anda merancang mendapat anak. Hubungan seks yang terlalu kerap (setiap hari) boleh mengurangkan bilangan sperma. Bagaimanapun jika tempoh antara hubungan seks itu terlalu lama, sperma yang dikeluarkan pula tua dan kurang aktif.

    isuhangat.blogspot.com/2007/11/sukar-hamil.html

  8. 8

    nuriman berkata,

    Semakin sukar hamil

    Kehadiran hormon estrogen yang berlebihan di dalam air paip di rumah boleh mengganggu pembentukan sperma yang baik.

    “KENAPA abang nak ceraikan saya? Abang dah tak sayangkan saya?” tanya Solehah pada suaminya.

    “Sebab kau tak dapat bagi aku anak,” jawab Nazri, menuding jari.

    Pasangan ini berkahwin sejak lima tahun lalu tetapi sehingga sekarang belum dikurniakan cahaya mata.

    Persoalannya, sejauh manakah isu saling menyalahkan antara pasangan suami isteri seperti ini dapat diterima?

    “10 tahun lalu, kemandulan yang berpunca daripada suami adalah 25 peratus. Tetapi kini, ia sudah melepasi 50 peratus,” ujar Dr. Prashant Nadkarni dari Pusat Kesuburan dan Ginakologi Kuala Lumpur.

    Malah menurut beliau, sejak 10 tahun lalu, dijangkakan bilangan sperma berkurangan sehingga satu peratus setiap tahun.

    Menjelaskan separuh daripada puncanya tidak dapat dijelaskan, sebahagian lagi bagaimanapun menyingkap cabaran baru untuk didepani dan dicari penyelesaiannya.

    “Masalah yang paling ketara ialah bilangan masyarakat kita yang menghidap obesiti semakin tinggi. Lemak berlebihan pada mana-mana bahagian badan cenderung untuk menghimpit dan memberi tekanan ke atas testikal.

    “Keadaan ini akan menyebabkan testikal memerangkap lebih banyak haba dan seterusnya merosakkan sel sperma sedangkan sel sperma sangat sensitif terhadap haba,” tambahnya.

    Turut menyuarakan penyebaran haba yang baik penting dalam memastikan testikal tidak memerangkap terlalu banyak haba, Prashant berkata satu kajian yang dijalankan lebih daripada tiga tahun lalu telah membawa kepada penemuan yang merisaukan.

    “Kajian oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) di sekitar Lembah Klang beberapa tahun lalu mendapati air yang kita gunakan setiap hari, yang keluar melalui paip di rumah, mengandungi 20 kali ganda bahan berasaskan hormon wanita, iaitu estrogen, berbanding yang sepatutnya.

    “Penemuan ini membawa kepada perkaitan kemandulan di kalangan lelaki di negara ini kerana kehadiran hormon estrogen yang berlebihan boleh mengganggu pembentukan sperma yang baik yang diperlukan untuk mempersenyawakan sel telur.

    “Hormon yang dipercayai datang daripada hasil ternakan ladang yang disuntik untuk mendapatkan daging yang lebih banyak itu tidak dapat ditapis atau dibersihkan sepenuhnya,” katanya.

    ‘Pencemaran’ alam sekitar ini dikhuatiri mungkin menjadi faktor penyumbang terbesar kerana hampir seluruh negara dibekalkan air yang dikitar semula.

    Malah trend berkahwin lewat usia dan pengambilan makanan yang menggunakan racun serangga serta penggunaan racun serangga juga menyumbang kepada kegagalan untuk mendapatkan anak.

    Dengan situasi seperti ini, tidak mustahil negara akan berdepan dengan masalah baru iaitu penggantian populasi yang diperlukan untuk mengimbangi kadar kematian dan kelahiran penduduk.

    Bagaimanapun, kata Prashant, situasi perkembangan dunia perubatan di Malaysia amat baik berbanding negara membangun yang lain.

    “Pada hari ini, kesedaran tentang kemandulan sudah cukup luas. Orang ramai sudah terbuka untuk berjumpa dan merujuk doktor bagi membantu mereka menyelesaikan masalah kesuburan, sama ada pada isteri mahupun suami.

    “Unit fertiliti juga bercambah dengan pantas dan diwujudkan hampir di setiap pusat kajian perubatan yang ada di seluruh negara,” katanya yang menyifatkan ia senario yang sihat kerana isu ketidaksuburan kini dipandang serius.

    Menyentuh tentang rawatan, Prashant berkata, perkembangannya pada hari ini menunjukkan perubatan yang ditawarkan semakin efektif berbanding 10 tahun lalu.

    “Sekarang, keberkesanan perubatan membuka peluang untuk wanita hamil sehingga 50 peratus.

    “Malah biarpun Malaysia tidak menjalankan sendiri kajian tentang situasi kesihatan ini, ia sentiasa mengikuti perkembangannya di peringkat antarabangsa,” ujar Prashant, menyenaraikan beberapa rawatan berteknologi tinggi yang sudah berada di Malaysia dan dapat dinikmati oleh semua peringkat usia, berupa tiub uji biopsi embrio.
    sumber : kosmo

  9. 9

    Siti Zaleka berkata,

    Salam,

    Saya amat tertarik dgn isu yg sdg diperkatakan ini. Saya juga mengalami masalah yg sama tp kelewatan mendirikan rumahtangga menyebabkan peluang saya semakin tipis tp sy percaya pada qada dan qadar. Sekiranya ada rezeki saya tetap bersedia.

  10. 10

    nuriman berkata,

    Salam

    emak saudara saya usia 46 tahunpun masih beranak lagi, tp anak yang ke 11. Itupun doktor suruh stop dah…apa2pun kalau ada rezeki Insya Allah dapat, dengan kaedah moden sekarang ni IVF biarpun mahal tetapi apa salahnya bagi yang mampu.

  11. 11

    KYRA berkata,

    Assalamualaikum semua …

    saya juga amat tertarik denngan isu ini. di sini saya ingin berkongsi sedikit mengenai apa yang saya sedang hadapai setakat nii, saya berumah tangga selama 7 tahun pada usia yang agak muda tapi telah pun berkerja, pada masa itu umur saya 22 tahun suami 24 tahun. sepatutnya sekarang ini kami telah pun di kurniakan 1 atau 2 orang anak tapi Namun semuanya hanya tinggal agan2 saja disababkan kami sibuk dengan urusan sendiri sehingga sekarang kami masih belum ada cahaya mata yang dapat menjadi penyeri kehidupan kami, Dan Sebenarnya kehidupan saya dan suami amatlah membahagiakan kami tidak pernah bergaduh dan menyalahkan antara satu dengan yang lain cuma sepanjang perkahwinan, saya yakin pada suatu masa nanti saya tetap ada rezeki untuk hamil oleh sebab itu saya tidak pernah merasa tertekan cuma mulut-mulut orang saja yang membuat saya rasa meluat kerana bagi saya mereka bukan ingin membantu tapi hanya mengumpat, cakap2 lucah yang kosong, bagi tips itu ini tanpa ada bukti dan macam2 lagilah. yang sekadar untuk menyakiti hati saya. tapi kesabaran kami masih lagi tetap bersma. sekarang ini apabila kami berbincag kami akan berusaha mencari jalan untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini kalau di izinkan tuhan. ok itu saja cerita saya kalau ada sapa2 nak kongsi pandangan bolelah e-mail kepada saya di kyraelley81@yahoo.com

  12. 12

    nuriman berkata,

    Tertekan membuatkan hormon dalam badan tak seimbang. Semoga suatu hari nanti akan dapat cahaya mata untuk semua kekawan ya.

  13. 13

    aien berkata,

    salam semua….

    kat sini saya nak minta pendapat semua untuk mengetahui bagaimana cara untuk nasihat lelaki supaya berenti merokok.
    sudah berumahtangga selama 3 tahun, adik ipar yang kawin kemudiaann pun dah ada anak, cemburu, iri hati semua ada. tapi itu semua rezeki dari Allah s.w.t….
    setiap kali datang bulan mesti dia tanya bila nak dapat baby ni? bila saya nasihatkan dia pasti alasan yang diberikan seperti ini :” orang lain pun merokok dapat anak juga ”
    saya jadi buntu,…….. macam mana lagi nak nasihat. tolong berikan saya idea untuk selesaikan masalah ini.

  14. 14

    bollest berkata,

    hii..nak sgt anak…baru kawin 2 bulan..tp rmai sgt da bertanyer..hmm blum rezeki sya lg..cume skrng tgh berusaha nk dptkan anak.mudah2an berhasil.

  15. 15

    nuriman berkata,

    baru dua bulan khawin relaxlah jgnlah susah hati sangat..lainlah kalau 12 tahun khawin x dapat anak.

  16. 16

    nuriman berkata,

    aien

    Bab rokok ni kena tanya orang lelaki la sy takde pengelaman sebab suami sy tak merokok. Sebenarnya nak nasihat tak reti..rasanya perokok itu sendiri kena istiqomah berhenti merokok. Kalau nasihat bebuih mulutpun tak guna juga kalau dah ketagih rokok ni payah nak berhenti. Saya ambik contoh beberapa org yg sy kenal. Berhenti sekejap hisap balik. Time nak berhenti tu kemain lagi makan coklat, hisap rokok daun. Sampai bini dia geram sangat hidang habuk rokok di bawah tudung saji( jgn ikut contoh ni kalau suami anda baran, kes dia ni sbb suami dia ni baik, kalau wife marah dia diam dan dia senyum je). Memanglah ramai yg dpt anak biarpun perokok tegar. Tp berkemungkinan anak itu mengidap penyakit lelah sebab selalu menyedup asap rokok. Pengelaman sy sendiri kekadang sy jauhkan diri dr org yg menghisap rokok ni. Kekadang sy buat tutup hidung biar depa faham yg sy tak tahan asap rokok. Lepas tu baru nak hisap rokok kat luar rumah.

    Pernah anak buah( yg dah beranak pinak) sy datang rumah sy, dia merokok..(sy memang tak suka orang merokok dalam rumah sy. Baik sy tehidu asap bakar sampah dari asap rokok). Sy kata jangan merokok dalam rumah, kalau nak merokok kat luar rumah. Bunyi macam kasar tp itulah hakikatnya nak mengajar. Anak sedara sendiri tak apalah nak tegur tp kalau org lain x beranila..

    aien

    Bawak2lah berbincang dengan suami ya. Malam tadi tengok tak semanis kurma. Ustazah Bahiyah ada petua2 untuk melembutkan hati suami…

  17. 17

    mawar berkata,

    assalamualaikum. semua.saya baru jumpa blog nie. saya dan suami dah nikah selama hampir 7 tahun. Disember nie ulangtahun pernikahan kami yang ke-7.sedih sesangat.dah gugur 3 kali, tak lekat2.suami saya pula buat hal,chatting di internet dengan perempuan lain. ramai pulak tuTapi saya dah maafkan dia. Salah satu faktor alasan dia nak anak. siapa tak mahu anak. saya sedih sangat kengkawan.
    suami panas baran.saya banyak sabar dengan sikapnya.mungkin juga saya stress. nakcerai tak sedia lagi. Cuma sempena Rejab, Syaaban dan tak lama lagi bulan Ramadhan nie saya harap doa saya untuk jejakkan kaki ke Tanah Haram Makkah akan tertunai.
    kawan2 suruh saya cuba program Bioedex, insyaallah saya akan cuba. Cuma saya ke sana ingin mohon petunjuk dari yang Maha Esa.
    Doakan saya andai suami adalah yang terbaik buat saya kurniakanlah kami anak, mana tahu dia berubah lebih penyayang. Doakan saya ya kengkawan.
    saya akan sentiasa membaca tips2 mudah hamil dari kengkawan semua.

    and anyway Allah sentiasa bersama hambanya yang sabar.

  18. 18

    nuriman berkata,

    Waalaikumusalam Mawar…

    Simpati dengan mendengar cerita mawar. Tetapi apalah daya saya untuk menjawabnya mungkin saya bukan orangnya. Semoga ada insan lain yang sudi memberi komen yang lebih baik untuk Mawar.

    Mawar..

    Mudahan suami Mawar akan berubah menjadi suami yang penyayang. Kalau boleh pergilah Mekah dengan suami sekali. Tidak ada anak bukan alasan untuk suami berchatting dengan perempuan lain kalau dia sayang isteirnya. Sebagai isteri sudah pastinya terguris hati apa lagi kalau suami berchatting dengan alasan takde anak. Kalau si suami mahukan anak apa dia fikir kita kaum perempuan tak mahu anak? Adakah Mawar dan suami sudah pergi jumpa doktor pakar? Saya rasa selama 7 tahun tentu Mawar dan suami sudah bertemu dengan pakar kan? Mungkin juga Mawar sudah puas berubatkan? Mungkin rezeki tu belum ada lagi. Sabarlah Mawar ya banyakkan berdoa semoga Allah lembutkan hati suami Mawar..

    Insya Allah mudahan dengan pemergian Mawar ke tanah suci Mekah Allah akan makbulkan doa Mawar…Hanya itu saja Mawar wassalam…

  19. 19

    nuriman berkata,

    p/s sekadar menyampaikan maklumat

    assalamualaikum,

    kepada teman-teman yng masih buntu dalm memikirkan ikhtiar utk mendapatkan zuriat, sila luangkan masa utk info berikut:

    “Rahsia bagaimana untuk senang hamil tanpa melibatkan sebarang kaedah merumitkan dan dijamin selamat serta berkesan kini terbongkar!”

    …Pendedahan demi pendedahan mengenai kesuburan bakal didedahkan kepada anda. Dan dengan jaminan dari saya setelah anda mengetahui ‘rahsia’ kesuburan tersebut, ia memberi jalan kepada anda untuk senang hamil! Tanpa sebarang risiko dan dijamin berkesan!…

    Tajuk: Mendedahkan cara untuk senang hamil

    Anda sukar untuk hamil?

    Sudah lebih setahun anda berkahwin tetapi belum hamil?

    Sudah pelbagai cara anda mencuba untuk hamil tetapi gagal?

    Anda pernah mengalami keguguran dan untuk hamil kembali masih tidak berjaya?

    Anda tertekan dengan keadaan orang sekeliling seolah-olah mengatakan anda ‘mandul’?

    Jika kesemua persoalan diatas dijawab dengan ”Ya” maka anda WAJIB membaca laporan dibawah sehingga habis…. ada jawapan penyelesaian disebalik persoalan tersebut yang bakal menggembirakan hati anda…

    Didalam ebook ini akan didedahkan pelbagai rahsia yang sukar didapati dimana mana dan sudah tentu ini adalah maklumat penting yang pertama sekali didedahkan di Malaysia!

    Anda akan diterangkan satu per satu apakah faktor yang menyumbang kepada kesukaran untuk hamil

    Anda akan didedahkan bagaimana saiz badan boleh mempengaruhi kesuburan seseorang.

    Bagaimana persekitaran kita sekarang boleh menggangu untuk anda hamil. Anda pasti terkejut dengan pendedahan ini.

    Bagaimana mengesan perubahan diri yang menunjukkan ketika itu anda dalam keadaan subur.

    Setiap wanita mempunyai hari subur yang berbeza. Dengan langkah demi langkah yang diterangkan dalam ebook ini pasti membuatkan anda terkejut yang selama ini anda tidak pernah tahu menahu mengenai perkara tersebut.

    Bagaimana cara mudah untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma lelaki dan seterusnya peratusan kehamilan dapat ditingkatkan.

    Dibincangkan juga persoalan mengenai posisi dalam hubungan seksual. Benarkah dengan posisi tertentu boleh menyebabkan anda hamil?

    Anda gemar makan ayam goreng Kentucky? Dan suami anda pula gemar makan burger… dibongkarkan bagaimana dengan amalan tersebut boleh menyebabkan ovum dan sperma ‘cacat’

    Anda juga akan lebih ‘terperanjat’ selepas membaca pelbagai mitos masyarakat melayu kita mengenai kesuburan. Ada diantaranya sangat tidak masuk akal malah boleh merosakkan lagi perhubungan suami-isteri.

    Adakah ubat batuk boleh membantu dalam meningkatkan kesuburan? Perkara ini dianggap mitos oleh pelbagai pakar perubatan.

    Wanita yang bekerjaya mempunyai peluang hanya 10% sahaja untuk hamil pada setiap bulan. Betul atau tidak? Perkara ini telah dikupas dalam ebook ini. Saya pasti anda terkejut besar bila membacanya.

    Apakah ada peluang untuk hamil jika lebih dari 2 tahun mencuba? Ya memang ada… sila baca m/s 50

    Anda selalu pening kepala? Kadang-kadang anda terlalu stress… sila baca m/s 47 dan ada akan tahu kenapa anda masih lagi gagal untuk hamil.

    Benarkah minum nescafe boleh menganggu kesuburan? Ada pakar kata ‘ya’ dan ada pakar kata ‘tidak’… tapi saya ada penyelesaiannya.

    Minda anda akan ditunjukkan bagaimana besarnya pengaruh hormon tertentu dalam meningkatkan kesuburan. Tetapi kebanyakkan dari kita tidak mempedulikan kehadiran hormon ini.

    Terdapat sesetengah keadaan pada persekitaran faraj yang memang boleh menganggu seseorang wanita itu untuk hamil. Untuk mengetahui lebih lanjut masalaah ini sila baca m/s 22…

    Jangka hayat sperma adalah 3 hari paling lama. Manakala jangka hayat ovum adalah 1 hari paling lama. Jadi ketahui tektik dan teknik saya memanipulasikan keadaan ini untuk senang hamil.

    Anda akan didedahkan dengan beberapa faktor yang menjejaskan kesuburan lelaki dan juga wanita. Tanpa mengenal pasti faktor ini, maka sukar untuk anda hamil kerana dengan pengetahuan mengenai faktor ini anda dapat bertindak dengan segera untuk hamil.

    Dan yang paling dramatik kisah benar bagaimana selepas 9 tahun mencuba akhirnya berjaya mendapat zuriat. Kisah ini diceritakan pada m/s 53

    Dan banyak lagi…

    Sebelum anda melakukan apa-apa ujian kesuburan, saya nasihatkan anda penuhkan ilmu-ilmu berkaitan kesuburan dalam diri anda. Ia amat membantu anda dan menjimatkan wang anda. Ilmu adalah ‘kuasa yang hebat’ dan dengan ilmu kita mampu memcapai kehendak dan kemahuan kita.

    ## ISTIMEWA KEPADA ANDA YANG MENEMPAH EBOOK INI DARI LINK DI BAWAH, AKAN DIBERI 2 EBOOK PERCUMA :

    1] HIMPUNAN DOA-DOA

    2] QURAN EXPLORER

    Sila klik dan buat pembelian di sini:

    http://www.senanghamil.com/index.php?ref=nurberkat

    http://www.senanghamil.com/index.php?ref=nurberkat

    http://www.senanghamil.com/index.php?ref=nurberkat

    sila emel nama dan alamat emel serta bukti transaksi pembelian ke:

    raihanberkat@yahoo.com

    subjek: bukti transaksi ebook SH/nurberkat

  20. 20

    nuriman berkata,

    p/s kak rihan masuk wad atas2 sebab kesihatan..mungkin seminggu..doakan semoga dia cepat sembuh ya..

  21. 21

    ira berkata,

    hi…sy dah setaun lebih kawen tp belum dikurniakn cahaya mata..period x stabil..mybe stress dgn keje yang byk..sy nak mintak pendapat mengenai cara utk hamil..

  22. 22

    nuriman berkata,

    tips..erm baca kat sini lah kot..n kalau nak banyak info lagi cari kat google..

  23. 23

    jue berkata,

    saya berusia 28thn..tlh berumah tangga hampir 5 bulan..saya mengalami haid pd setipp 24hb bg setiap bulan..adakalnay akan terlewat ataw terawal 1-2 hari..tp jumlah harinya masih tetap sama..saya tidak mengalami masalah berat badan,dan seorang yg aktif.Masalah saya adalah..sehingga kini saya sukar utk hamil..sila beri pendapat.

  24. 24

    nuriman berkata,

    Jue rujuk kepada doktor ya…


RSS Komen · URI Trackback

Katakan