bila hatiku berbicara

doa dan amalan ketika mengandung

Posted on: Julai 13, 2009

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 – 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra’) dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Wallahu a’lam.

http://aidura.blogspot.com/

Buat ikhwah sekalian…

Seorang wanita yang sedang hamil, atau hendak melahirkan, digalakkan membaca wirid dan doa-doa, yang berupa wirid dan doa harian (bersifat umum) mahupun yang lebih bersifat khusus lagi. Lebih-lebih, ketika sedang menjalani proses persalinan. Sebab, pada ketika itu, ia sedang dalam keadaan tertekan, sakit, takut, khuatir, gundah, dan sedang berada dalam kesukaraan.

Apakah ada amalan wirid dan doa khusus untuk wanita hamil? Alhamdulillah, dari sebuah buku yang berjudul “Wirid Ibu Hamil” karya Ummu Abdillah Naurah binti Abdirrahman, terbitan Pustaka Arafah. Penghantar buku ini ialah Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin (Anggota Dewan Fatwa Kerajaan Saudi Arabia).

Berikut ini ada beberapa kutipan sebahagian doa yang tercantum dalam buku tersebut.


Bacaan ayat-ayat Al-Quran.

1. Membaca Surah Al-‘A’raaf : Ayat 54 – 56


Ibnul Qoyyim raahimahullah dalam kitab Al-Waabil Ash-Shayyib (h. 176) menyebutkan bahawa ketika Fathimah Radiallahu ‘Anha mendekati masa kelahiran bayinya, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang untuk membacakan ayat Kursi kepadanya dan juga ayat inna robbakum…dan seterusnya

About these ads

22 Respons to "doa dan amalan ketika mengandung"

Bismillahirrahmannirahim!

Assalamualaikum…

untuk makluman semua…HARI NISFU SYAABAN akn tiba pada hari khamis malam jumaat[sebaik saja masuk maghrib].6hb ogos [selepas maghrib]pada hari 15 syaaban 1430H

Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab bererti setengah bulan syaaban

Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu

siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malm lailatulqadar. saiyyidina aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nbi saw tidak tidur pad mlam itu sebagimn yang tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam tersebut dn bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian, ku mencuit ibu jari kaki baginda saw dan ianya bergerak.

Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya,

‘Ya Allah, aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan dturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkanMu dan aku berlindung kepada Mu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti Kamu memuji diriMu sendiri’

setelah baginda saw selesai sembahyang, baginda berkata kepada saiyidatina Aisyah r.a

Azzawajalla telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rhmat ke atas mereka dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki’

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini utk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari Nisfu Syaaban adalh hari di mana buku catatan amal kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. catatan pertama yang akan ditulis pada buku catatn yang baru akan bermula sebaik saja masuk waktu maghrib [15 syaaban bermula pada 14 syaaban iaitu sebaik saja masuk maghrib]

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban, ahad malam),

Solat sunat Nisfu Syaaban 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x,

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & Surah AlIkhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

(15 Sya’aban, ahad malam)

i) Selepas Yasin pertama :

mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua :

mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga :

mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.

kemudian baca istighfar 11x dan selawat 11x. Baca doa Nisfu Syaaban [ada terdapat dalam Yasin Majmuk]

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Jumaat)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya ParaMalaikat

12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya’aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’ban maka Allah

haramkan Tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman

kpd nabi Allah Yusof di dalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As,

Sabda Nabi Muhammad (saw):

pada malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya,

Allah turun ke langit dunia lalu berfirman :

adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan

permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku

ampunkannya , adakah orang yang bertaubat maka Aku terima

taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki &

perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang

berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu

sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke

langit sekiranya kita derhaka/ berdosa dengan ibu bapa kita..

Wallahua’alam

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA’ABAN INI DENGAN AMAL

IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK

BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU 7 OGOS 2009 KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN…

NAUZUBILLAMINZALIK

[KEPADA TEMAN2 YANG PUNYA 1001 MASAALAH...INGINKAN JODOH, INGINKAN ZURIAT DSBNYA...], SETKAN DI KALENDER HP ANDA SEBAGAI TANDA PERINGATAN BILA TIBA MASANYA UTK BERPUASA SUNAT NISFU SYAABAN..MOHON DOA YG BERSUNGGUH-SUNGGUH AGAR TERLAKSANA APA YANG TERBUKU DI HATI…INSYAALLAH..]

Assalamualaikum…terima kasih terhadap info yg diberi….sgt berguna untuk penghayatan muslimin. Namun begitu, menurut para ulama, amalan membaca yasin sebanyak 3x adalah sesuatu masih terdapat kekeliruan dikalangan umat islam di Malaysia. Justeru itu, adalah menjadi kewajipan untuk kita beramal dgn berpandukan hadis yg sohih bg mengelakkan berlakunya amalan yg bercanggah dgn islam. Kerana menurut seorang ustaz, melakukan sesuatu ibadat dgn niat/pegangan bhw ia akan mendekatkan manusia dgn Allah sedangkan perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW adalah bidaah. Berbeza dgn penggunaan kereta dsbg. yg merupakan bidaah hasanah….wallahua’lam.

Teima kasih kak info ini…

trima kasi atas apa yg d perkatakn.insyALLAH saya akan praktik kn

TERIMA KASIH DI ATS SEGALA INFO YANG DIBERIKAN…MOGA KITA SEMUA DIBAWAH NAUNGAN SYAFAAT-NYA..AMEEN

Subject: FW: Nurul Iman Terbakar-Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman – Perak

salam…

inilah masa utk beramal…insyaAllah…muga dengan keikhlasan menderma, Allah akan permudahkan hajat teman2 semua yang sedang menanti kehamilan..mana tau berkat doa anak2 yatim yang sedang diuji ini sampai….dan Allah mengaminkanNYA…biarpun sedikit sorang ASAL ikhlas…

Memang teruk terbakarnya 100% hangus. Tapi nasib baik tiada yang cedera. Semua anak yatim selamat sebab yang terbakar adalah surau dan stor.

Banyak juga kerugian. Bantuan segera diperlukan…..mari sama-sama bantu…….

1. Pada jam 12:40 Pagi bertarikh 01/03/2010, Allah S.W.T telah menguji penghuni Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman dengan ujian Musibah Kebakaran.

Moga amal jariah kita diberkatiā€¦

Bantuan boleh dihulurkan dengan cara terus membeli dan menghantar barangan ke Pusat Jagaan Anak Anak
Yatim Dan Miskin Nurul Iman [kalau kita bank in online..ini lebih ikhlas] atau deposit ke akaun :

Nama Akaun : Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman
Nombor Akaun : 5082 2521 5570
Nama Bank : Maybank
atau
Dengan cara menghantar cek atas nama Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul, ke alamat Plot
359, Lorong Dato, Off Jalan Dato, Kampung Manjoi , 30020 Ipoh , Perak.

Bersama2 ini disertakan senarai barang keperluan yg perlu diganti dengan kadar segera :

1. Pakaian seragam sekolah
2. Kasut & stoking sekolah
3. Alat2 tulis, buku teks, buku rujukan dan buku latihan
4. Pakaian harian anak2 dan juga penjaga
5. Mesin basuh
6. Peti sejuk
7. Mesin jahit
8. Al-Quran, Muqaddam, Iq’ra dan sejadah
9. Kipas
10.Tikar getah
11. PA System
12. LCD Projecter
13. Komputer
14. Almari pakaian
15. Pakaian majlis formal & tidak formal
16. Songkok
17. Tilam
18. Cadar
19. Selimut
20. Tuala
21. Bantal

Hanya ini yg dapat disenaraikan di sini.

Sekian terima kasih

tq info yang diberikan

ramai yang suruh baca surah itu la surah ini la..tp tak pulak di tunjuk dengan lengkap surah2 tu…

kan dah tercatat kat artikel tu…surah maryam,surah yusuf dll cari sajalah dalam QURAN…

Quran di baca bukan hanya hari2 tertentu ada kematian..nak doa untuk mengandung nak itu ini..tp QURAN di jadikan makanan harian…walaupun satu baris sekalipun bacalah setiap lepas solat….QURAN itu merupakan cahaya hati…cahaya ketenangan dan Cahaya di dalam KUBUR….

[...] pilihan dan doa yang boleh diamalkan semasa mengandung yang saya peroleh dari blog sahabat kita nuriman danĀ  adalah [...]

terima kasih, info yg sgt2 berguna utk saya,
moga kita semua sentiasa dirahmati-Nya

tq kak

kna try nie…n amal kn jgk..

Salam kak nuriman n sahabat sekalian… Terima kasih atas info yg sangat berguna ni… Sebagai amalan dlm kehidupan seharian.. Selamat berpuasa..

trmks atas bloggernya, saya copy yah

[...] Namun begitu suami dan isteri perlulah memperbanyakkan membaca alquran terutama dari surah-surah Maryam, Yusuf, Yaasin, Luqman, Al-baqaraah dan juga surah-surah pendek dari surah ayat-ay… [...]

mohon share ye kak nuriman

diriku masih berusaha dan terus berusaha..

tq atas info.. mohon share ye c:

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Julai 2009
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 667,680 hits

Shoutbox

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 81 other followers

%d bloggers like this: