Posted by: nuriman on: Ogos 5, 2009


Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.
Namun, ia memerlukan ‘kerja’ seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.
Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.
“Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.
“Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,” jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.
~Dirimu tidak berdosa tetapi di campak dan di buang sesuka hati
dirimu di jadikan santapan biantang liar
aduhai alangkah tragisnya nasibmu wahai anak
aduhai sungguh malangnya nasibmu kerana
dirimu di lahirkan dari benih manusia durjana ini
tetapi duhai anak, dirimu suci dan bersih
andai ketika itu dirimu masih hidup dan di campak
alangkah sakitnya dirimu wahai anak
lahir insan kecil dari benih yang halal di sambut dengan azan dan iqamat
tetapi lahirnya dirimu menjadi santapan biawak
andai kata ketika itu dirimu masih bernyawa
alangkah sakitnya tubuhmu yang kecil di siat-siat
oleh biawak. Jangan salahkan biawak kerana itu rezekinya
aduhai anak alangkah sedihnya hati ini
di luar sana berapa pramai pasangan yang tidak di kurniakan zuriat
tetapi dirimu di campak bagaikan sampah
begitulah takdirmu ,pasti Allah sudah menyiapkan tempat terbaik untukmu
di syurga.
Semoga Allah memberi balasan setimpalnya kepada mereka yang melakukan perbuatan terkeji ini~.
BERISTIFAR SAYA membaca artikel tu…menyanyat hati.siapa ibu bapa baby tu…manusia yg mati hatinya mungkin.tiada perasaankah mereka.tidak kasihankah mereka pada anak kecil itu…sampai hati..hmm…tak sanggup melihat gambar tu…lidahku kelu…hatiku tidak dpt berbicara…sakit hati melihat perlakuan manusia species…hmmm entahlah species apa pun tak taulah!kerana binatang pun menyanyangi anak inikan pula manusia..yg dikurniakan hati dan akal.
salam..remaja kita skrg nie mmg mudah wat bnde2 yg dilarang agama..puncanye dr dri remaja 2 sndiri..kite x bley salahkn ibubpa shj. fakor utama makann..sebagai remaja muslim kite sendiri b’tgjwb t’hadap dri kite sndri..
Sedihnya tengok bende macam ni berlaku… Siapalah yang sanggup buat macam ni…
itulah org yang tak beperikemanusaan seperti haiwan tetapi haiwan lebih baik dari manusia.harap 2 0rang yang membuang bayi itu dibalas oleh ALLAH
Ogos 5, 2009 pada 5:40 am
Salam…Kita tidak dapat menolak pelakuan muda-mudi bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini dah semakin lari dari dari ajaran Islam. Kurangnya pengajaran agama dari ibubapa lebih meliarkan lagi mereka ini. Pembelajaran agama yang mereka dapat di sekolah sekadar melepaskan batuk ditangga. Inilah yang paling membimbangkan, rancangan berbentuk hiburan lebih ditonjolkan dikaca-kaca TV berbanding mengajak muda-mudi ini menghayati ajaran Islam yang sedalamnya sebagai perisai dari melakukan perbuatan yang mungkar ini. Kerajaan bertanggungjawab membentuk keperibadian mereka ini tapi sayang budaya menghayalkan diri pada keduniaan yang dilebih disuntikkan pada tubuh muda-mudi ini membuatkan mereka lupa yang mereka dilahirnya sebagai seorang Islam.