bila hatiku berbicara

Skynet

Posted on: Ogos 28, 2009

Inilah pertama kali saya menggunakan perkhidmatan skynet untuk menghantar satu bungkusan kecil kepada anak saya di Kota Bharu.  Sebelum ni saya tak pernah hantar apa-apa dengan skynet. Tetapi oleh sebab-sebab yang tak dapat saya elakkan ianya terpaksa saya gunakan juga.


25.8.2009 Jam 5 petang budak pickup barang datang kat rumah mengambil barang tu.

26.8.2009  saya tracking melalui web tak ada nombor airwa bill, bermakna anak saya masih belum terima barang tu. Lalu  suami saya telefon pejabat skynet kat PJ. Tanya kenapa barang yang di hantar belum di terima lagi. Berbagai alasan diorang bagi, nak telefon KB tak berjawab. Apa punya syarikat tak kan takde no telefon kot, tak kan hanya ada satu talian sahaja? Kami try telefon skynet KB nombornya seperti tidak ada dalam  perkhidmatan senyap sunyi je telefonnya.  Adalah dua tiga talian tapi semuanya mengecewakan. Kalau di tukar baru kenapa tak letak kat web tu?

Telefon lagi skynet PJ , diorang kata tak apa kami siasat. Diorang kata nak telefon tapi tunggu punya tunggu takde apa-apa lagi. Bila di telefon cakap benda yang sama.

27.8.2009 Kami  telefon lagi, kes ni dah di bawa ke ibu pejabat skynet, telefon diorang kat sana, kata kakitangan skynet kat KB tak cukup kakitangan? Kalau tak sampai sabtu hari ahad? Apa punya skynet saya  pernah terima barang orang hantar petang, pagi esok dah terima. Barang tu dah ada di KB. Diorang suruh anak saya pergi ambil kat KB. Kitorang kata budak tu pelajar nak keluarpun bukannya senang, mana ada kenderaan? Lagipun kita bayar untuk sampai kedestinasi bukannya nak kena pergi ambil. Dia kata barang tu ada tak hilang, tetapi penghantar tu pergi tempat lain dulu.

28.8  hari jumaat cuti tunggu 29.8 pulak hari ni lah. Hari ni telefon lagi kalau tak di terima jugak nampak sangat skynet KB ni terlalu lembab(maaf lah tak kena diri sendiri tak tahu bagaimana rasanya). Barang tu dah sampai 26.8 pada jam 10.00 pagi di KB. Lepas pagi petang diorang kata nak hantar tetapi tak sampai-sampai jugak. Kesian anak saya menanti. Mungkin orang ingat benda tak penting tetapi kalau ianya penting bagi orang lain segerakanlah. Jangan buat orang tertunggu, saya rasa ini pertama dan terakhir guna  skynet. Bukan saya tak pernah terima barang dengan skynet dari Johorpun pernah tempat lainpun pernah.  Hantar petang pagi sampai, kalau lewatpun dalam pukul 10.00-11.00 pagi. Kalau takpun tengahari sampai . Ni berhari-hari apa cerita???? Adakah hanya seorang sahaja penghantar? Adakah kerana barang kecil di pandang remeh( tetapi anak saya sangat-sangat memerlukannya)? Memanglah bukannya senang nak cari orang yang amanah ni. Tapi tak kan kot sampai lama begitu? Kalau tau macam tu hantar pos laju je, tapi dah nak cepat. Seriklah rasanya…………harap-harap hari ni selamat sampai kedestinasi…..



About these ads

44 Respons to "Skynet"

Asalamualaikum

Apa apa pun dalam kehiduan ini anakanda servis !, kalau nak merasai kesejahteraan kehidupan bertanggung jawablah keatas nya, setakat anakanda marah tak apa lagi, kalau pakcik tolong anakanda marah tak apa lagi, tapi kalau tuhan marah kemana nak lari, tapi bulan puasa dan bulan yang lain pun tak baik marah anakanda, bersabarlah. terima kaseh salam hormat.

Waalaikumusalam…

memang hangin ngan skynet ni..ni pertama dan terakhir guna perkhidmatan skynet..kalau dia tak hantar dia peram kat mana?dia suruh gi ambik sebenarnya….habis tu bayar mahai…entahlah..nak menego buatlah elok2..ingatkan bagus sangat..tp hampeh yg amat…….menyusahkan org je..amanah org sepatutnya hantarlah…mungkin kat mana2 skynetpun sama…baik hantar pos biasa..biar lambatpun tak sakit hati…

skynet tendang kita macam bola..sat suh call org tu sat suh kol orang ni..penyelesaiannya takde jugak…ingat bil tepon kita mak bapak dia yg bayar ke…opss aku posa aku posa..

skynet kb kerja tak pun skynet kat sini x tau?apa criternya? nasib ada blog ni boleh lepas geram kat sini…..

tak pernah lagi guna khidmat skynet ni.. biasa guna pos laju je tak ada masaalah setakat ni..

bukannya apa zino..dengar2nya skynet ni cepat..sebb tu lah akak guna..hehehe setelah di tepon berulang kali dia kata esok sampai…bagus punya perkhidmatan skynet net….

slm…

lame tak masuk.. cerita baru dengan skynet… semoga segalanya makmur..

slmt berpuasa…

Erm macam tu lah nampaknya duwenk, selamat berpuasa…

Adoi laa… patut laa aku antar barang tak sampai sampai lagi…… dari 26hb post……. …… dah laa semua no phone skynet kb tak leh pakai…….

tak tau kenapa semua no phone skynet kb xleh pakai..wat kerja guano demo nih…eh eh eh…apalah perkhidmatan. Esok harap2 barang tu akan sampai dengan selamatnya kepangkuan anak saya…

alhamdulillah hari ni org yg nak hantar barant tu dah kol..baru nak hantar barang tu..x apalah hantar jugak..tu pun setelah di ketuk berulang kali…baik guna pos laju je la kalau macam ni..dah tak mengharapkan skynet lagi dah…

Nuli sy rasa barang yg awak hantarpun dah sampai pd hari ahad tu kan? No phonepun awak dah adakan? Anak sy terima barang tu jam 4.00 petang..rasanya diaorang kumpul barang tu banyak2 baru hantar kot..apapun alhamdulillah sampai jugak.

SKYNET……..dialihbahasakan..jadila..JALA LANGIT!!
kat situ agaknya tersangkt parcel2 yang nak dipos..he..he..he..
kak puuuuun sakit ati ngan skynet ni.
kak buat biz dan jadikan skynet sebagai alternatif kedua selepas POS MALAYSIA..maklumla..pos malaysia ni…syik berduyun jer orang, kita nak cepat.. so terpaksa la ambil khidmat skynet ni…
ada ka patut!!!!
parcel pelangga yang kak poskn dihantar bertuar penerima????
nasib baik satu negeri kat selangor…jadi sesama client kak ni contact each other..buat pertukaran di tengah jalan nak balik kampung, raya tahun epas…nasib baik satu negeri.

masa kita pergi nak urus ttg barang tu, mulut kaki tangan kat skynet kb memang keoh…xfokus pada keje…akhirnya..????tersalah tulisla…
adusssssssssss :(

saya tak nak dah guna skynet kak dah serik. Hantar 26.8 tp sampai 30 .8. Tu pun setelah tel sana sini..diorang bagi no tu itu dan ini..sakit atilah kak oiii..Sypun pernah guna pos laju xde masalah…mungkin secara kebetulanlah tu kan..apa2pun nasiblah selamat sampai benda tu…

salam,saya dok cari no. phone skynet kb nih…jupa pula blog akak ni… eh,masalah kita sama lah…brng x sampai.x jumpa alamat kononnya tp tel. kita nyer tidak… ini kali kedua penghantar guna skynet.yg pertama saya ambil sndiri…mapuh la skynet kb…

salam…tak mau skynet dah….hampeh…..

Ya…Allah mmg Skynet ni tak guna..hampeh…ni masa aq tulis komen ni…mmg aq tengah hangin ngan skynett nihhhhhhhhhhhhhh…..4 hari x cukup ker…nak hantar….kuantan kata sampai esok…bermakna dah 3 hari barg aq t.intan simpan, wal hal jarak tempat aq keja ngan skynett tu tak sampai 20 minit jerrr…..mmg ini la kali terakhir aq guna perkhidmatan ko….amik ko…mmg nak ‘bankrup’..rasanyer 1 malaysia ni…aq nak jerit…..cakap..”Skynett hampeh”…pas ni aq cdangkan sume gunala pos laju….mmg aq ada dengar2 staff kat tempat aq keje ada story2 psal syarikat nihhh…aq x amik pusing…tapi bila aq kena…..mmg tak leh sabar…3 hari depa perap barang aq…..pas tu charge mahal plak…”sengal” betul….

sabarlah ya…kalau di kl ni cepat la….apa2pun harap diorang ni dapat wat kerja ngan baiklah..tp sy dah serik…

skynet ni mmg suck. aku kt KB n mbr aku kt Machang. mbr aku pos brg ari ahd. tp ari ni dh ari rabu but brg still x smpai2.. aku dh call nmbr skynet KB tp x brjwb. esk aku serang kt pjbt skynet kb. nsihat kt org laen, JANGAN GUNA SKYNET!

Salam..spatutnya item aku sampai ari ni..tp dia bg alasan location cannot found. Apadahal,tepon laa aku..tp x tepon2 pun..gila..

sabar saja lah mat jiwang…

erm habag kat depa wat kerja tu bebaik erk..sampai kehari ni kalau sy nak pos apa2 kat anak sy di kb sy tak guna skynet dah menyusahkan…

ermm…opis sy guna skynet ni as our main courier…so far xde mslh nk anto ke mn2 destinasi..kecuali ke Kota Bharu. sy penah anto satu parcel.diorg peram smp seminggu lebih…ingat dekat 10 ari jugak ler.no yg ada kat web diorg xupdate. no yg aktif ialah 09-7419161.
sy dh berbuih mulut bt repot kat pejabat skynet kat kl tp xde action langsung.
sy rasa, skynet KB yg problem. dirg bg alasan yg ridiculous, xmasuk akai langsung. bayangkan diorg peram barang2 sy tuh dgn alasan destinastion very remote. walhal dlm KB jugak. punyer laa malas. mmg sakit hati dan sy amat2 paham ngan situasi akak…rasa cm nak g sembur2 je dpn muka diorg tuh kan…

jangan tidur wat keja bebaik….kat kl ni ok je…apa ke hainya….

saya pun nak menambah komen ttg skynet niih. yg “istimewa”nya utk skynet Kota Bharu. saya order barang dgn supplier utk hantar ke dua tpt. satu ke alor setar dan satu ke kota bharu. supplier post pada 20 julai kedua2 tpt guna skynet. yg alor setar, saya dpt brg 21 julai. maknanye keesokan hari nya la. yg kota bharu tak sampai hari tu. so, saya pk mungkin esoknya (22 julai) la. sekali tunggu sampai tgh hari tader pun org skynet telefon tanya lokasi umah. so, saya pun cari la no.tel skynet kb ni dlm internet. mmg betul, hampeh. dah berbelas kali cuba tak dpt. mintak dgn TM pun bagi no.tel yg sama jugak. last, saya tel skynet Shah Alam, tanya status, dia kata brg dah sampai di KB 21 julai. dia kata sampai lewat. dia kata hari nii (22 julai) barang dah keluar, maksud di hantar ke customer. pastu, saya mintak no.tel skynet KB. mmg betul no.tel dah bertukar tp tak hapdet pun. bila tel… cik mek tuu jwb kata “beng rosok hari nii” – van rosak hari nii. jd takleh hantar brg. hangin jugak ar skit. bila mak saya pegi self pick up sana. diaorg tak rasa bersalahnya. boleh wat biasa jer. tader la nak berbahasa skit kata mintak maaf ker apa. mak saya ckp t.kasih pun diaorg mcmtu jer. jadi kesimpulannya… skynet kb mmg lemmmbet. kalo yer rosak, pe salahnya tel customer bitau takleh nak hantar. bila org guna courier ni mesti benda yg hantar nak suh sampai cepat. tak faham la dgn skynet kb ni. apa2pun thumb up utk skynet shah alam, sbb layan saya baaaik punye.

moga2 skynet di kb ni akan berubah..cepat dan telus…mana yg tak ok tu cuba perbaiki..

ambo pun kena yg sama,dahla bercakap kasar.marah kita pulak sbb kita x angkat phone.masalahnya peram barang kita dua tiga hari.malas nak antar.saya siap call balik opis bgtau alamat detail.tp smpai skrg barang tak sampai…skynet kb mmg kurang ajar…

btul..dr dulu sapa loni meme gitu la servis SKYNET KB n..brg2 kcik, dia akan antar kl kbetulan dia antar brg yg besar2 area t..no telefon mmg kena terminated t..mmg bermasalah…dia dh tukar..call kt branch lain mitak no br dia bagi…nm pn corier..kena laju la…baik guna pos laju la senang…semua tempat ader posmen..esok gak sampai..g amik sdiri kt pos KB…

ak skit hti tol r ngn servis skyney kt kb….. dh 4hri,brang ak xsmpai2.. lau brang 2 murah xpe gak tp bratus2…. rsau btol ak……… nk kta bg almat slah,mmg ak cnfirm btol……… ak cbe col,tp 3,3 no xde dlm prkhdmatan… lau xnk brniaga.ttup jew la.. lau x,wt cra nk brniaga…. bengang thap dewa dh skng… pesanan kpd sume org,JANGAN GUNA PERKHIDMATAN SKYNET trutamanya di KB… xleh pcye lnsung…

woooiiii…..skynet KB……..!!!!!!! mne brang ak nih!!!!! claka pnyer pkerja skynet KB!!!! xgna btol!! dkat smnggu dh ak tunggu nih!!! korg ingt 2 brang mak bpak korg????!!!!!!!!!!! xpalh lau korg xbca pun… at least ase puas ckit hti ak……..

kot ya pun nak marah janganlah sebut celaka2 tak molek sangat….doakan lah semoga pekerja2 skynet kb buat kerja elok2….

ble nk mrah,mcm2 leh kuar…… g pun,sy mmg dh xleh sbar….. last2,sy sndri yg g ambk brang 2……

SKYNET MEMG CAMTU. SY PUN XSUKA PERKHIDMATAN NI
XPERNAH GUNA PUN) TP NAK BUAT CAMNE SUPPLIER SY GUNA PERKHIDMATAN NI..
SBB XSUKE SKYNET?
SBB BILA ORG YG MENGHNTAR BRG TU SELALU BISING2 KATA MENYUSAHKAN DYE UNTUK DTG HNTR BRG KAT RUMAH SY. WTH! SY BYR DYE UNTUK HNTR BRG N TIBE2 DYE NK KECOH2 MARAH PLAK..,KALAU XSUKA KERJA HNTAR MENHNTAR BRG NI BENTI JELA OIII~
Ape2 pun POS LAJU plg best!

x payah guna skynet….pos lajupun ok…tp kat kl ok je…kat kb je masalah skit nih..kenalah wat elok2 skit org skynet kb…

salam…saya penah guna perkhidmatan skynet KB…tapi dari KB ke luar la… (cth: KB-KL)stakat ni tip top…tapi dari KL-KB ke sini xpenah la cuba… Tapi kalo POS MALAYSIA memang haram r nak sampai…kuala tganu – tumpat pon makan masa 4hari…dah la pos laju….bila telefon kata..ouh urusan pos laju,kat tingkat atas…bleh telefon kat atas. telefon bhagian atas kata..ouh..posmen balik pkul 3 petang…bila den check kat tracking sampai ari selasa pukul 2…tapi ari rabu pon xsampai2 lagi….kalo yang private..dorang telefon n tnya kita kat mana..pastu dorang pegi antar….kalo nak trace pon bleh..siap ada tandatangan lagi…

satu lagi cerita pasal pos malaysia. Universiti den ada pos sijil kat den…tapi sampai skang xsampai2…pegi lapor kat pejabat pos….harammm…nak pandang muka kita pon xnak….tungguh 30minit xdilayan2…cam haram lah!!!

SKYNET JALAN PUDU – Reject parcel saya dengan alasan makanan tidak diterima. Untuk makluman saudara-saudari. Saya telah banyak kali menghantar tempahan pos sama ada menggunakan SKYNET atau POSLAJU. Saya bertanggungjawab untuk menjaga kualiti bungkusan saya supaya pelanggan berpuas hati. Bagi mereka yang meminta menggunakan perkhidmatan pos saya akan seal semula perencah dengan plastik supaya tidak pecah. Pada hari ini jawapan SKYNET JALAN PUDU adalah tidak masuk akal. Saya tidak tahu sama ada kenyataan boss dia berdasarkan tidak puas hati atau cemburu dengan kejayaan orang Melayu yang menjalankan perniagaan. Mohon penjelasan SKYNET HQ. Kepada kawan-kawan yang senasib dengan saya. Harap berkongsi sama ada sms atau call supaya kita dapat bersama membincangkan masalah ini dan memperbaiki kelemahan diri kita.

Baru2 ni ada hantar barang guna Skynet dari Kuala Selangor ke Kinrara, Puchong – dah lebih 3 hari pun barang masih tak sampai. Biasa guna GDex je, 1 hari dah sampai. Tapi hari tu nak cepat & tak sempat nak ke GDex. Bila call, operator Skynet dia suruh pelanggan saya ambil sendiri kat branch. Ada ka patut diorang bagi alasan, jarang masuk ke Kinrara. Kinrara tu dah kira kaw. bandar, bukanya tempat terpencil. Kalau kat kaw. felda, oklah sikit nak bagi alasan camtu.

Skynet memang hampeh.. kate nak hantar hari selasa, tgk2 tak sampai jugak.. pastu saya telefon la skynet JB sebab ape tak hantar lagi.. alasannya, orang yang hantar brg tu cuti.. wah.. pelik sungguh, hari bekerja cuti?? takkan sorang je kot yang menghantarnya??? ok fine saye kate hantar la minggu depan sebab saya kena pergi KL ade urusan.. tup2, saya dekat KL, tibe2 dapat panggilan dari skynet JB.. dorang ade kat depan rumah… dorang ni xrecord ke?? kan saye da kate saye xde kat umah… xpaham bahase tol..

setakat ni Skynet la paling hampeh sehampeh hampehnya!!!… poslaju ok.. citylink lagi best sebelum hantar barang telefon kite kat mane, selepas hantar barang pon diorang akan telefon balek sama ada kita dapat atau x barang tu…

skynet memang mengecewakan..
kiriman dah sampai 25hb.08.2011 (khamis)
alasan tak blh htr hari 2 coz kapal lambat sampai…blh terima la..
26hb (jumaat). barang tak sampai jgk.. cal pun tiada..?? lembab.. bukan jauh pun kalau dari lintas pi sepangar.. klu x blh hantar pun cal saya blh ambik..
27hb(sabtu) cal ofis dlintas… tau apa jwpan? ” nda tau lah napa budak2 ni x hantar lama dah sampai ni… ” pas tu dia ckp nti saya suru orang saya hantar.. tgu sampai ptg tak sampai2 jgk… ptg cal g opis.. x angkat mungkin dah blik.. saya betul2 marah, kecewa,dengan perkhidmatan skynet.yg sungguh lembab. hari ni dah nak balik kg, tapi kiriman baju budak lum sampai2. ni yg pertama dan terakhir buat skynet.. hampa… pos laju best..klu tak pos lalu alor star tutup awal tuk htr bungkusan.. lama dah bju baby 2 sampai… isnin ni saya pi sana ambik sendiri. harap dorg htr nda tau bila,,, cal pun tidak..

balas….

sama la nga saya…padahal skynet kota bharu(kg sireh) dgn rumah saya dlm 2km jer…boleh plak dia call suruh dtg amik sendiri…dia kata xtahu umah sy kt mana….terpaksa la pergi amik sndri nasib baik dekat jer….

SKYNET?? huhu mmg takkan hantar lg dah barang guna jala langit neh.. 2 kali pengalaman saya kena
1st time – kawan saya courier barang dari perlis utk saya di kepala batas, penang. Delay sehari kerana takleh hantar sebab ujan lebat.. Macam la budak delivery diaorg naik motor hantar barang, naik van. Padahal office skynet di penang ni, ada kat seberang perai jer, bknnya jauh dengan kepala batas. Last2, saya pegi kutip sendiri barang tu kat office dia org.. boleh pulak budak kat kaunter tu kata, rajinnya akak dtg pickup barang.. Saya sound gak la, dah tu, kalau tak dtg pickup sendiri, alamatnya belum tentu korang nak hantar walaupun ujan renyai2 jer..

2nd time – courier barang makanan dari penang utk kawan kat puchong. mcm biasa delay gak sehari.. sekali dia dapat barang tu, bkn setakat kuih tu hancur, tapi tupperware tu pecah.. padahal dah siap tulis besar2 mudah pecah & siap bgtau kat budak yg collect tu.. bila saya call bgtau pasal parcel yang dah hancur tu, diaorg kata maybe barang u tak practical utk dicourier.. worst nyer jawapan dia bg!! serik dah nak guna “JALA LANGIT” neh..

Assalamualaikum.
Cari alamat skynet machang, jumpa lak komen2 ni. Saya order brg dari ipoh dan telah di pos menggunakan skynet 28/5/2012 ke alamat kampung di jeli sbb blk bercuti kt kmpung. Tapi sampai hari ni 31/5/2012 barang belum lagi sampai. Adussss, hangin satu badan. Dh nk blk n9 semula, brg blm sampai

a’kum smua. sy pun tumpang komen psl skynet ni. mngu lps pd 17.9.2012 sy bt ptama kalinya mguna egen skynet di pasir pekan,kb utk mngirimkan tembikar antik yg bharga rm300 kpda pelanggan kt selangor. brang smpai 3,4 hr jg. tu ok lg. yg x ok nya brang tu pecah dlm jagaan skynet. pd hal kiri kanan ats bwh dh tulis mudah pecah. caj timbang brt pl 5.5 kg je tp caj 6kg.siap ada stiker kaca lg. yg x bestnya tel kt ibu pjbt kl mta gnti rugi. dia org srh tel kt skynet kb. esk nya sy pegi tmpt egen tu di pasir pekan. smpai sana srh pl pegi kb. pegi kb ckp bkn slh dia org tp slh egen sbb terima brang kaca. asyk ulang alik pegi sana pegi situ. ptut nya tugas dia org la yg urus. ms trima brang bkn main baik tp bl mta gnti rugi bt bodoh pl. ckp 1 mngu nk bncang. ni hmpir 2 mngu tp xda apa2 pun. menyesal gn skynet ni lngsung x btanggungjawab dan lepas tangan je. memang benci sgt2 skynet. baik boikot je!!

INI ADALAH PENGALAMAN SAYA HARI INI.

BARANG YANG DIHANTAR SUDAH HAMPIR SEMINGGU MASIH BELUM DITERIMAI. KALAU JALAN KAKI DARI KL KE IPOH PUN SUDAH SAMPAI. INI COURIER SERVICE TAK GUNA SAMPAI SEKARANG PUN TAK TAHU APA JADI DENGAN BARANG SAYA.

SEMUA NO. TELEFON SKYNET DI IPOH, KL DAN SHAH ALAM TIDAK BERJAYA DIHUBUNGI. BILA CALL CUSTOMER SERVICE, CUMA COMPUTER JE YANG JAWAB DENGAN JAWAPAN “PLEASE HOLD ON THE LINE”. SKYNET MEMANG TAK GUNA.

KONONNYE MENGGUNAKAN MOTO FAST, ACCURATE DAN RELIABLE. INI SEMUA PEMBOHONG.

SAYA DENGAR SEKARANG MEREKA ADA MASALAH PEKERJA, TAK CUKUP STAFF KATANYA… SIAPA PEDULI, CUSTOMER MESTI DIJAGAI… SKYNET MEMANG TAK GUNA…

TAK GUNA BETUL!!!

OPERATOR SKYNET PUN TAK GUNA, SURUH BERHENTI KERJA LA KALAU TAK TAHU KERJA…

SKYNET MEMANG TAK GUNA..

KALAU ESOK PUN TAK SAMPAI, MUNGKIN SAYA RASA, ITU LORI SKYNET SUDAH KEMALANGAN, SEMUA BARANG SAYA MEREKA SUDAH BAWA LARI…. ATAU MUNGKIN MEREKA PUNYA WAREHOUSE SUDAH TERBAKAR….

SKYNET MEMANG TAK GUNA SANGAT SANGAT TAK GUNA…

SAYA BENCI MEREKA. SEMUA ORANG JANGANLAH MEMAKAI SERVICE SKYNET YANG TAK GUNA INI.

Betul 2, skynet ni agak lembab. Saya baru ja kena ni. Brg spatutnya sehari ja. Tp berhari hari. Xkn guna dah skynet. Poslaju terbaik

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2009
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 662,581 hits

Shoutbox

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 81 other followers

%d bloggers like this: