Terima Seadanya
Oktober 6, 2009
· Dikirim dalam Uncategorized
” Sesiapa yang tidak mensyukuri atas nikmat yang sedikit, hakikatnya dia tidak bersyukur atas nikmat yang banyak. Dan sesiapa yang tidak berterima kasih pada manusia, hakikatnya dia tidak berterima kasih pada Allah.”( Riwayat Nu’man Ibnu Bashir)
“Qanaah atau merasa cukup, kita biasanya tidak akan dapat semua yang kita mahukan. Ada yang susah dari segi kewangan tetapi punya ramai anak. Ada yang kaya raya tetapi kesepian dan impikan cahaya mata. Ini adalah sebahagian rahsia Allah, bukan kerana Allah tidak sayangkan tetapi kerana Dia sudah membuat perancangan yang rapi untuk manusia”. (Riwayat al Qudhaai)
Jalan terbaik, berpuas hatilah dengan apa yang di berikan dan janganlah rasa kecewa. Tiada yang sempurna di dunia ini. Kita tidak akan dapat semua yang kita mahuksan kerana barangkali itu akan menyebabkan kita menjadi manusia yang riak dan lalai.
BISIKKAN KE HATI
” Kini aku sedar rahsia ketetapan Allah terhadap diriku. Jika cita-cita dan keinginan ku terkabul, aku akan bersyukur dan gembira dengan nikmat yang ada. Namun jika sebahagiannya tidak tercapai, aku tidak akan kesal dengan nasibku. Aku sedar tiada yang sempurna dan aku terima keadaan ini seadanya.”
Petikan dari majalah Nur September 2007
Abu Musaddad berkata,
Oktober 11, 2009 @ 1:25 pm
Assalamualaikum wbt…
Sekiranya kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT sama ada banyak atau sedikit, insyaallah Allah SWT akan menambahkan lagi nikmat dan rezeki kepada kita.
Kebahagiaan juga merupakan nikmat yang sangat besar nilainya dalam kehidupan kita. Oleh itu, apa yang kita miliki sekarang ini hendaklah bersyukur kpd Allah SWT.
Hari ini saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi dan menganugerahkan seorang cahaya mata puteri. Alhamdulillah. Nak tengok gambar dia, jom ke blog saya.
nuriman berkata,
Oktober 11, 2009 @ 11:42 pm
Waalaikumusalam….
tahniah kerana mendapat anak perempuan yg sangat comel..
keishatan dan kebahagiaan hidpupun itu merupakan rezeki…kalau kaya rayapun hati tak tentaram takde gunanya juga…bersyukurlah seadanya kan………..
kalau ikutkan semuanya kita nak…dan kita akan merasa sedih bila apa yang kita hajati tak dapat..tp kekadang kita lupa itukan hak milik Tuan Punya Dunia…malahan nyawa kita, diri kita dan semuanya dalam gengamanNYA….