Bunga Yang Cantik Jarang Yang Wangi

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, “Awak ni cantiklah”, maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah… siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan segala pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa ‘perasan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis, dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang beribu.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya, maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya.

Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang paling indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada.

Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat kepada suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka.  Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya.  Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.
Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.

Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.
Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran :

Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan.” An-Nahl: 53

Jadilah bunga yang cantik dan wangi



9 Respons sehingga kini »

  1. 1

    Kakak berkata,

    Semoga setiap wanita berusaha untuk tetap cantik dan wangi di mata suami.

  2. 2

    Abu Musaddad berkata,

    Hiasilah kecantikan itu dengan keimanan dan ketaqwaan…

  3. 3

    dhia berkata,

    wanita yg kurang dr segi rupa paras bukan hlngan bgnya untuk mengecapi kebhgiaan…namun itu yg terjadi dlm realiti pd hr nie….kasih dan syg berlandaskan paras rupa…
    moga ianya akn berubah.
    ukhwah fillah…insyaallah

  4. 4

    nuriman berkata,

    Assalamualaikum….

    sebut tentang cantik ni …mungkin kalau kita nampak si a tak cun tp si b kata si a tetap cun di matanya,…biarlah cantik luar dan dalamnya..kecantikan luaran tidak akan kekal lama..kalau mencari yg cantik sahaja bila sudah kendur dan tak cantik terus di tinggalkan takde gunanya juga…isteri yg solehah dia akan menonjolkan kecantikannya hanya untuk suaminya sahaja…biarlah menjadi bunga melor biarpun tak cantik tp tetap wangi….

  5. 5

    Ahmad Nizam berkata,

    Assalaamu’alaikum w.b.t… peringatan yang amat bagus alhamdulillah

    Semua manusia cantik, Allah buat molek belaka dah. Kalau ada yang merasa dia lebih cantik dari orang lain tu, itu cuma PERASAN keh3

    Walaubagaimana pun setiap mata memandang kecantikan mengikut selera masing2. Ada orang pandang akhlaq cantik maka seluruhnya jadi cantik walaupun pada mata orang lain wanita tu tak cantik

    Sekurang2nya lebih baik dari wanita yang dikatakan cantik tetapi akhlaq buruk dan sifat malu sudah hilang, yang hanya menyerabutkan mata dan hati yang bersama nya huhu

    Semoga tuan rumah sihat dan bahagia sentiasa. Jaga diri elok2 yer, kirim salam pada keluarga semua, baarokallahu lakum :)

  6. 6

    k min berkata,

    jzkk atas tazkirahnya….

    wanita cantik seharusnya berhati2 dgn godaan para lelaki. Rata2nya, memang lelaki suka mendekati wanita cantik, tapi selalunya, utk dijadikan suri hidup, lelaki soleh tetap mengutamakan akhlak dari rupa. Pilihan tetap diberi pada mak utk memilih bakal menantu. Apa jadi dgn wanita cantik yg ‘murah’ tadi? akan terbiar utk didatangi kumbang liar lain pula. Begitulah lumrah alam…..

    Semoga setiap wanita berusaha menjadi cantik, luar dan dalam, lebih2 lagi fokus pada dalamannya…. itu yg Allah ‘pandang’.

    wallahu’alam

  7. 7

    nuriman berkata,

    Waalaikumusalam Ahmad Nizam dan Kak Min

    Cantik ke tak cantik itulah anugerah Allah kepada kita…hargailah..hiasilah dengan akhlak yang baik dan keimanan kepada Allah s.w.t. Yang cantik biarlah cantik luar dan dalam nya jangan riak. Yang tak cantik pulak bersyukurlah seadanya kita. Semua ini hanyalah pinjaman sementara sahaja sebelum menjadi tanah. . Harap2 dapatlah menantu seperti aisya dalam ayat2 cinta nanti huhuhu

  8. 8

    nursyirah berkata,

    salam…

    topik yg menarik :) .. almaklum sue pun tergolong dlm ppuan tak cantik ni. hehehe… tp alhamdulillah, akhlak ni masih lagi dijaga dgn rapi… byk dugaan bila berada dlm golongan ‘ini’, malah sue pernah dihina dgn bekas sekerja dgn ckp saya ni ‘ugly’… apa blh buat, mulut org x dpt nak ditutup, bkn mulut tempayan yg kita blh tutup dgn penutupnya… :)

    redha jer disetiap kejadian yg berlaku pada diri.. semua ada hikmah yg tersembunyi… Rabb kita adalah sempurna, kita tak blh menghina setiap ciptaanNYA.. bila kita menghina org lain yg ‘kurang’ dari kita, sama jugak lah kita menghina Allah sbb kejadian makhlukNYA adalah atas kehendakNYA… so, sebelum bersuara, fikir dulu kesan n akibatnya…

    lamanya tak luangkan masa jenguk blogs kak iman ni… semoga SEKSUS…. salam sayang…

  9. 9

    nuriman berkata,

    Salam sayang Sue….kangen sama awak…akakpun termasuk dalam golongan tak cute huhuhuh..tp xpalah bersyukurlah seadanya kita. Tetapi Sue bagi akak semua wanita tu cantik..apa lagi bila akhlaknya baik…

    ya betul Sue hanya orang yg tidak tau bersyukur sahaja akan menghina sesama manusia..sedangkan di sisi Allah itu tetap sama. Sebaik2 perhiasan itu wanita yg solehah…kecantikan tidak akan kekal lama…..hanya pinjaman sementara…


RSS Komen · URI Trackback

Katakan