bila hatiku berbicara

Archive for Mei 29th, 2010

KUALA LUMPUR: Tiada akta khusus menjamin keselamatan produk kosmetik yang dikeluarkan di pasaran, malah pengusaha produk hanya perlu menghantar butiran produk mereka kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tanpa melalui ujian makmal sebelum ia dipasarkan.

Proses yang dipanggil notifikasi itu merupakan satu daripada perjanjian KKM dalam kontrak Kawalan Pemasaran Produk Kosmetik Negara Asean (Kawalan Asean) bagi membolehkan setiap pengeluar produk kosmetik tempatan menembusi pasaran antarabangsa tanpa sebarang halangan perniagaan.
Ketua Penolong Pengarah Unit Perlindungan Pengguna Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mazlan Ismail berkata, KKM sudah tidak menerima sebarang pendaftaran produk terbaru daripada pengusaha tempatan berikutan terikat dengan perjanjian itu.
“Sejak Januari 2008, kami (KKM) tidak mempunyai kuasa penuh ke atas keselamatan produk kosmetik sama ada yang dikeluarkan pengusaha tempatan atau diimport dari luar negara.
“Pengusaha produk hanya perlu memaklumkan kepada kami produk kosmetik berkenaan dengan hanya menghantar butiran lengkap produk itu termasuklah kandungan yang digunakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Harian Metro sebelum ini melaporkan krim kecantikan jenama terkenal didapati mempunyai kandungan bahan kimia beracun hidrokuinon dan tretinoin yang diharamkan di Malaysia dan Eropah.
Kedua-dua bahan kimia beracun itu boleh mengakibatkan gatal, perubahan warna kulit dan kulit menjadi terlalu sensitif. Ia menyerap ke saluran darah dalam jumlah besar sehingga mendatangkan pelbagai kesan seperti pertuturan yang sukar difahami, muntah, sentakan otot, sakit kepala, sawan dan koma akibat kegagalan sistem pernafasan. Mengulas laporan berkenaan, Mazlan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan penjual atau pengimport kosmetik terbabit kerana ia mengancam keselamatan pengguna.
“Mereka jangan ingat boleh lepas daripada pemeriksaan kerana pihak KKM akan membuat pemeriksaan susulan yang dipanggil Kesamarataan Pasaran dengan melakukan uji beli dan menghantar sampel produk ke makmal untuk mengenal pasti kandungannya.
“Bahagian penguat kuasa akan melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi mengelak pengguna menajdi mangsa pengeluar kosmetik tidak menipu pengguna,” katanya.
Di samping itu, Mazlan berkata, pelaksanaan Kawalan Asean itu menyebut setiap pengeluar atau pengusaha bertanggungjawab sepenuhnya ke atas produk mereka dan boleh dikenakan tindakan undang-undang jika didapati produk itu membahayakan pengguna.

p/s fikirlah seratus kali sebelum menggunakan sebarang produk..saya dah serik..saya pernah try sendayu tinggi yg kononnya dapat menghilangkan bintik2 hitam  dan jeragat…hasilnya kulit wajah bertambah kusam,malah lebih teruk dari sebelum pakai produk sehinggakan anak dan suami melarang saya memakai sebarang produk ..sekarang ni saya dah tak percaya dengan mana2 produk…rasa selamat tanpa sebarang alat solek…nak pulih kembali tu bukannya senang…tak mahu dah menyesal sangat….


Kalendar

Mei 2010
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 913,637 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada