bila hatiku berbicara

Ally kahwini pilihan keluarga

Posted by: nuriman on: Januari 14, 2012

 

 p/s ini baru betui…..lembut, cantik nampak macam solehah gitu…

Pengacara popular, Ally Iskandar, 36, bakal menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan keluarganya, Farah Lee, 23, pada 20 Januari ini.

Menurut Ally, majlis pernikahan mereka akan diadakan di rumah Farah yang terletak di Kampung Atas Tol, Terengganu.

“Majlis ini akan diadakan secara kecil-kecilan. Ia hanya dihadiri sanak-saudara dan teman rapat sahaja. Bagaimanapun, pihak saya masih belum menentukan sebarang majlis sebelah lelaki,” katanya yang berkenalan dengan Farah selama hampir empat bulan.

Ditanya apakah yang membuatkannya terpikat kepada Farah, Ally berkata, dia kagum dengan keperibadian Farah.

“Dia seorang yang sangat menjaga tingkah laku, malah untuk berjumpa dengannya pun saya perlu berjumpa dan meminta izin keluarganya terlebih dahulu,” katanya yang turut terpikat dengan penghijrahan bakal isterinya yang bertudung sejak menyambung pelajaran di Korea.

3 Respons to "Ally kahwini pilihan keluarga"

assalamualaikum…

setuju tak kalau kak kata, kedua-duanya persis adik beradik, raut wajah, mata, hidung, senyuman…seakan sama..MAHA SUCI ALLAH..inilah kurniaanNYA…

ia betul.. seiras.. tu dinamakan jodoh kan.. walaupun ally lambat kawin.. penah putus tunang.. tapi ni dinamakan jodoh..

hepy untuk ally+farah.. semoga berbahagia..

waalaikumusalam yup sy pun kata gitu gak…cuma tak luahkan blog je…sejuk mata memandang..hrp jodoh diorang kekal hingga ke akhir hayat..pernah jumpe Ally masa singgah sahur balik kg dua tahun lepas di Kl Central…dia ni baik tak sombong…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2012
I S R K J S A
« Nov   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 407,509 hits

Shoutbox

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 59 other followers