Selamat pengantin baru Ally dan Farah Lee..
Posted by: nuriman on: Januari 20, 2012


p/s manisnya Farah….
Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi,36, akhirnya sah bergelar suami selepas dua kali lafaz
nikahkepada Nurfarahin Romli,23, atau Farah Lee dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, pagi Jumaat.Majlis yang agak meriah itu dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan juga rakan masing-masing.Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan kira-kira pukul 10 pagi oleh jurunikah Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu iaitu Mohd Abu Bakar.

Pihak lelaki memberikan mas kahwin berjumlah RM250 serta tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan yang antaranya terdiri daripada Al-Quran, sebentuk cincin, baju kurung, telekung dan sejadah.Pengantin perempuan pula membalas sembilan dulang antaranya telefon bimbit, baju Melayu, cincin, jubah dan manisan
Ally dan Farah ditemukan oleh ahli keluarga mereka pada hujung Ogos tahun lalu sebelum majlis merisik diadakan pada bulan Syawal lepas. Kedua-dua pasangan tersebut kebetulan merupakan orang Terengganu.
Farah masih menuntut di sebuah universiti di Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan mekanikal manakala Ally adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem, University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat.
p/s saja tak tau nak update apa..ni pun kira oklah kan..apa2pun kita ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat pasangan ini…semoga kekal kehujung nyawa…..
Like this:
3 bloggers like this post.
Januari 22, 2012 pada 8:12 pm
salam mendirikan baitul mal.