ShoutBox

37 Respons sehingga kini »

  1. 1

    alhammasiyy berkata,

    assalamualaikum.. minta berlindung dari ape tu yer?

  2. 2

    nuriman berkata,

    waalaikumusalam……..maaf ya tak faham..shoutbox ni kosong aje xde postingpun…….berlindung dari apa tu? mungkin juga minta perlindungan dari Allah…sebagai manusia yang lemah……anda merujuk pada tajuk mana ya? boleh kalau bagitau saya..insyaallah saya perbetulkan…syukran…….

  3. 3

    alhammasiyy berkata,

    assalamualaikum..yer,puan ada beri komen pada blog saya yang bertajuk :

    http://alhammasiyy.wordpress.com/2007/12/24/melihat-si-hawaberdating-dengan-si-hawa/

    lepas tu puan kata nauzubillah..saya cuma nak tahu jer pada segi apa yang puan minta lindungan dari allah?? maaf,sekadar bertanya..

  4. 4

    alhammasiyy berkata,

    assalamualaikum…

    aik? tak paham la kak,kenapa kate :

    “maksudnya kaum hawa tidak boleh menjalinkan hubungan sesama jenisnya yg jelasnya haram…”

    maksud akak hubungan sesama jenis tu macam lesbian ke? tapi post saya tu bukan psal hubungan sesama jenis,hehhe,takpe la,saje je pun,apa2 pun syukran kerana sudi komen di blog tu…jazakillah

  5. 5

    nuriman berkata,

    ops ya ker..sorry erk….tak apa terima kasih hehehe.

  6. 6

    hilwanurnadwa berkata,

    Assalamualaikum
    hehe.. salam ziarah..

  7. 7

    nuriman berkata,

    waalaikumusalam…terima kasih datang ziarah….

  8. 8

    anakkawi berkata,

    aha, tumpang lalu ek..
    =P

  9. 9

    nuriman berkata,

    lalu ler tak kena bayar tolpun hehehehe

  10. 10

    kipp berkata,

    Syok gak baca entry awak…. insaf skit.. hihihi

  11. 11

    nuriman berkata,

    bacalah kalau ada yg boleh di ambil ikhitibar ambillah…….

  12. 12

    alhammasiyy berkata,

    assalamualaikum..

    terima kasih ye kak sudi bagi komen2 di blog saya tu,saya ni memang minat kucing,minat sgt2 arr,hehe,saya tengok nama kak ni sampai ke blog kawan saya,jauh kak merantau ye,hehe,bagus la,jauh merantau luas pengalaman..

  13. 13

    nuriman berkata,

    waalaikumusalam alhammasiyy..

    syukran jugak kerana sudi jenguk blog akak…akakpun suka jugak kucing masa kecik2 dul, sekarangpun suka tp hanya ada kucing liar kat sini……oh ya ke tak taulah akak ni mmg suka merantau hehehe…tp kawan yg mana tu? tak perasanlah pulak…

  14. 14

    NAZ berkata,

    SALAM..
    MEMANG BENAR APA YANG DIKATAKAN. IKLAN PETRONAS AIMAN MEMANG BENAR2 MENYENTUH PERASAAN,,
    LEBIHLEBIH LAGI JIKA KITA SUDAH BERGELAR AYAH..
    BARULAH KITA TAHU ERTI PERNGORBANAN YANG DICURAHKAN OLEH IBU DAN AYAH

  15. 15

    nuriman berkata,

    erm moga ramailah anak2 kita sepeti aiman..salam kemerdekaan dan selamat berpuasa………

  16. 16

    kak maz berkata,

    assalamualaikum…salam ziarah dari kakmaz

  17. 17

    nuriman berkata,

    Waalaikumusalam kak maz..salam kenal..apakah kak maz ini kak mazliah? maaf kalau tersilap..

  18. 18

    kak maz berkata,

    salam .. tak salah lagi…dah lama kita tak bersms ye..

    • 19

      nuriman berkata,

      keciknya dunia blog ni kak ya? seronok jumpa akak..maaf lama tak sms bukan dah lupa tp erm macam biasa sibuk dengan tugas harian hehehe..

  19. 20

    kuzairy pondan berkata,

    MMmmm…mmm sampai hati buang komen-komen I…ahh…mmm..m…mmmmmm….ah…au

  20. 21

    nuriman berkata,

    kuzairy saya tak buang u ada kat spam..

  21. 22

    Rossa976 berkata,

    Salam ceria wat kak nuriman dan teman2 semua…
    Aduyai…
    Saya bukan lah seorang yg anti pondan, saya sendiri ada kawan lelaki yg ada naluri perempuan, malah mmg berpakaian dan cara nya perempuan tapi dia sangat sopan malah lebih sopan dari saya sendiri yg mmg asli perempuan…kepada yg berkenaan, tak perlu saya sebutkan nama demi nak jaga hati, saya ni pun menumpang tulis kat blog kak nuriman seperti mana anda, so tak payah la nak dok au au…jangan menjatuhkan maruah awak sendiri…tak semua org blh terima…lagipun kadang2 komen awak tak bersesuaian dengan topik then macam mengganggu teman2 lain…pesanan saya, jadilah diri sendiri…takde org yg melarang awak utk tulis komen, itu hak awak, tapi tulis la sesuatu yg kita semua blh kongsi then tak menyakiti hati org lain…maaf la kalau ada yg terasa dengan komen saya kali ni…tapi apa yg saya katakan disini adalah pendapat saya…tak tau la plak dengan org lain…pinjam tag line amir rj3 i’m sorry!he3.

  22. 23

    nuriman berkata,

    Salam hari minggu untuk Rossa dan kekawan semua. Erm akak setuju apa yang rossa kata tu..maaflah kuzairy ya..kita bukannya nak menghina golongan mak nyah macam anda. Tetapi betul kata rossa kalau mak nyah sekalipun tak semstinya auh owh eh mmmmmmm dan macam2 bunyi lagi. Semalam saya tengok WW di astro awani bersama orang lembut yg berkerjaya namanya kalau tak silap kuchee ke kachee entahla lupa. dia bercakap biasa je takde pun nak uawww owh eh um ke apa ke, cuma perwatakan dia lembut, rambutnya cantik, alis keningnya yang cantik. Dia kata sebenarnya itu semula jadi, bukan di buat untuk menjadi mak nyah. Masa kecik2 mak dia bagi mainan pompuan, bila besar ianya dah tak boleh ubah, walaupun dia sendiripun tak ingin jadi begitu. Bukanlah bermakna mak nyah ni duduk di lorong2 gelap dan sebagainya faham2lah. Banyak mak nyah yang berkerjaya bagus..dan ada yang lebih sopan dan bergaya lebih dari pompuan tulen.

    Pernah masa saya sekolah dulu adalah sorang kawan tu bila saya pergi ke rumah dia, dia tunjukkan saya album gambar keluarganya. Saya terpegun melihat gambar perempuan yang cantik sangat. Dengan solekannya yang mengalahkan pompuan dan penampilannya kemas seperti perempuan sejati. Bila saya tanya kawan saya tu dia kata ini bapa sedara dia namanya contohlah ni ya..za.

    kebetulan abang saya kenal dengan bapa saudara kawan saya ni, sebelum dia jadi pondan nama dia zaki. Entahlah dunia2…bersyukurlah apa yang di anugerahkan Allah kepada kita…tak payahlah nak jadi sutun…

    lelaki yang menyerupai perempuan adalah haram..begitulah sebaliknya perempuan yang menyerupai lelaki pun haram. maaf ya kuzairy, kalau awak lelaki tulen kembalilah kepada asalnya.

    Awak pernah tengok cerita Sutun tak? biarpun lembut tetapi ada isteri dan anak2. Sebabnya dia ingin berubah biarpun suaranya lemah gemalai. tetapi kalau sudah ditakdirkan begitu usahlah belebihan, bimbang takut orang akan mengambil kesempatan atas kelembutan awak. Tp hati saya kuat mengatakan yang awak ni bukan mak nyah kan..cuma mungkin komen2 awak saja untuk menarik perhatian orang di blog ini. Tetapi komen2 awak banyak yang merapu maaf ya. tidak terniat untuk menyakiti hati awak kuzairy..

  23. 24

    Zainuha berkata,

    Assalamualaikum…

    lawatlah http://www.persada.net

  24. 25

    assiddiq berkata,

    Salam ziarah.. pelik nya shoutbox nih.. ketinggalan zaman sy upanya

  25. 26

    nuriman berkata,

    Salam..pelik ek..erm sayapun pelik hehehe…biasalah wordpress ni mana sama dengan blogspot atau blog lain.

  26. 27

    azurin berkata,

    saya sudah berkahwin 15 tahun tapi suami saya seorang yang panas baran. Silap sikit kena sumpah seranah maki hamun. Sering ungkit kisah lama-lama. Anak-anak selalu kena pukul dengan teruk.

  27. 28

    nuriman berkata,

    Simpati dengan puan dan anak2. Tak patut suami puan buat macam tu. Mungkin ada sebab2 yg dia tak suka, cuba puan bawa berbincang dgn suami dari hati kehati.

    http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=12144

    CUBA LIHAT SURAH THOHA AYAT 1-6. AMALAKAN SETIAP
    > HARI. CARANYA BACA
    > AYAT TADI KEMUDIAN HEMBUSKAN DI TENGKUK NYA LINTASKAN
    > DI HATI MEMOHON
    > ALLAH LUNAKKAN DAN LEMBUTKAN HATINYA.
    > KITA POHON PADANYA, KEPADANYA JUGALAH TEMPAT
    > SEBAIK-BAIKNYA KITA
    > MEMINTA PERTOLONGAN.

  28. 29

    nuriman berkata,

    Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat
    baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
    padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui,
    sedangkan kamu tidak mengetahui…

    Assalamua3laikum…

    Tidak semestinya. Itu dah mungkin perangai semula jadinya, sebagai isteri, kenalah banyak bersabar dengan kerenah suami. Allah akan memberikan pahala kepada isteri yg sabar dengan kekurangan yang ada pada suaminya. Insyaallah.

    Cuba cari punca kenapa dia sering bersikap demikian, elakkan dari suami melenting dan marah-marah.

    Di sini, saya ingin berkongsi doa dan zikir yang telah dan masih saya amalkan dalam menangani kerenah suami dan anak-anak. Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai isteri dan ibu, kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga.

    Untuk melembutkan hati suami yg garang dan menurunkan kadar suhu ‘panas baranannya’ amalkan seperti:

    1) Banyakan berdoa selepas solat, hadiahkan Al-Fatihah khusus untuk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi taufik serta hidayah.

    2) Baca surah Taha ayat 1-8..dan kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3x – “Ya ALLAH lembut kan hati suamiku (sebut nama)… sebagaimana Engkau lembutkan besi ditangan Nabi Daud”

    3) Ketika memasak basahkan lidah dengan zikir Ya-Latif sebanyak 129x di ikuti Surah As-Syura ayat 19 bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”

    4) Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

    Bila suami sedang naik angin dan marahnya meluap-luap, diamkan diri jangan dijawab. Dalam mendiamkan diri bacalah doa didalam hati dgn ayat:

    1) Dari Surah Al-Baqarah ayat 250 yg bermaksud – “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah iman kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.

    2) Dan bacakan ayat 200, surah Ali Imran yg bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

    3) Begitu juga, amalakan Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah.

    Syaitan memang suka mengapi-apikan suami yang sedang marah.. Silap sedikit, isteri jadi sasaran suami yg naik berang. Bila suami naik berang, bacalah ayat ini:

    1) Surah Al-Nahl ayat 99 yang bermaksud “ Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka.

    Ajaklah suami menghadiri majlis ilmu dan keugamaan supaya diberi jalan keluar untuk muhasabah diri, dengarkan ceramah-ceramah motivasi dan ugama supaya timbul kesedaran untuk memperbaiki peribadi. Bila Allah ingin memberi kebaikan pada hambaNya, Dia akan nampakkan kekurangan-kekurangan pada hambaNya. Jika kita sedar akan kekurangan kita dan ingin berubah, Insyaallah ada jalan keluar. Sebagaimana yang pernah saya dengar dari guru-guru ugama, jika kita tidak menghadhirkan diri untuk majlais ilmu selama 40 hari, hati akan menjadi keras dan susah nak terima hidayah.

    Janganlah berputus asa, jadikan doa cara berkesan membentuk peibadi suami dan anak-anak. Doa itu senjata mukmin. Wallahu’alam.

    http://www.bicaramuslim.com/

  29. 30

    hamba Allah berkata,

    Salam…sila lawat blog saya.macam-macam ada disana..

  30. 33

    Eza berkata,

    Asslamualaikum,

    Akak, saya suka blog akak ni. Kebetulan saya sedang mencari link untuk bertanya soalan kepada Ustazah Bahiyah atau Ustaz Wan Akashah. Tapi saya tak jumpa, sebaliknya saya jumpa blog akak ni.

    Saya rasa, mungkin saya boleh berkongsi masalah dan bertanyakan pendapat pada akak.

    Sebenarnye hal yang saya nak cerita ni bukan masalah sangat. Tapi lebih kepada kerisauan saya. Maklumlah saya baru berumahtangga. Usia rumahtangga saya pun baru sebulan. Dan sudah tentulah saya ni sedang bertatih untuk menjadikan diri saya ni seorang isteri yang cekap membuat kerja-kerja rumah & menjadi seornag menantu yang baik dlm keluarga mertua saya. Namun, saya ni boleh dikatakan seorang yang sensitif. Bila saya dengar sesuatu yang menyentuh hati, saya mula berfikir sehingga saya risau.

    Saya berasal dari keluarga yang sederhana. Begitu juga suami, malah lebih sederhana dari keluarga saya. Tetapi, adik-beradik suami saya, semuanya berpendidikan tinggi ke tahap (master/professional) dan boleh dikatakan cemerlang dalam kerjaya masing-masing.

    Saya terfikir-fikir akan hal ini pun sebab suami saya baru2 ni berbual dengan kakaknye yang baru beroleh Ijazah master tu. Di antara ayat yang disebut, ‘Anak2 Hajah Sabariah (ibu mertua) boleh tahan semuanye ye.’ Sudah tentulah dia bangga dengan kejayaan adik-beradiknye. Saya pun tumpang gembira.

    Tapi jauh di sudut hati saya, timbul rasa rendah diri dan terfikir mungkinkah saya ni memalukan suami saya dengan kedudukan saya. Saya hanya mempunyai ijazah dan bekerja sebagai eksekutif biasa dia sebuah syarikat persendirian.
    Kebetulan menantu lain dalam keluarga mertua saya juga seorang yang berpendidikan tinggi (master/professional).

    Maka saya nak nasihat akak akan hal ini. Mungkin, saya yang terbawa-bawa memikirkan perkara ini. Tapi akak sebagai seorang yang lebih pengalaman berumahtangga dari saya mungkin ada sepatah dua nasihat untuk saya.

    Terima kasih.

  31. 34

    Nur Amira berkata,

    Assalamualaikum,

    Eza, rasanya jawapan sudah terjawab oleh puan.

    Jangan terbawa-bawa sangat perkara yang remeh temeh. Cuba latihkan diri memikir ke arah positif. Bersyukurlah apa yang telah dianugerah Allah.

    Setip sesuatu yang terjadi, ada positif dan negatif, fokuskan kepada yang positif. Contohnya kenyataan yang dibuat berkenaan anak-anak ibu mertua, kesemuanya berjaya. Jadi jangan le banding dengan diri kita, dari dalaman diri kita anggap biasalah.

    Bagaimana dengan anak-anak orang lain yang tak berjaya, mereka menjalani hidup macam biasa je.

    Kalau boleh tu tambahkan ilmu dengan membaca buku bertajuk ‘Jangan Bersedih”,
    yang boleh membimbing kita membina jiwa yang kental demi mengharungi kehidupan yang mencabar

  32. 35

    nuriman berkata,

    Waalaikumusalam Eza terima kasih banyak2 kepada Nur Amira kerana tolong jawab komen ini. Betul kata Amira tu Eza, kiranya Eza beruntung berbanding dengan orang yg tidak berpelajaran tinggi. Ramai termasuk saya, kalau nak di bandingkan dengan suami jauh panggang dari api. Tetapi syukur alhamdulillah kerana ibu mertua terima seadanya saya. Kalau nak ikutkan belah suami ada yang jadi peguam…doktor, guru besar dan berpendidikan tinggi. Tiba2 masuknya saya dalam keluarga itu. Kalau nak ikutkan mulut orang memanglah kecik hati juga. Tak semua orang hendak menerima keadaan diri ini. Tetapi kita melihat kelebihan yg ada pada diri kita.

    Setiap dari kita berbeza dalam apa jua keadaan…walau apapun ibu mertua anda bualkan usahlah ambik hati sangat..mungkin itu hanya bualan kosong. Maaf itu saja..

  33. 36

    LaBa™ berkata,

    salam

    akak pekabo?

    juz nk bagitau
    blog Musafir KerdiL
    dalam list blog akak telah ditutup.
    diganti dgn blog baru ni

    mekaseh^^

  34. 37

    nuriman berkata,

    salam Laba mekasih dah lama tak jenguk akak ek..anak2 pekhabar? harap2 semakin comel2 blakow ek..


RSS Komen · URI Trackback

Katakan