bila hatiku berbicara

~Apalah nak jadi ni~

Posted on: Februari 20, 2007

Isteri enggan bermadu jerut mati 2 anak

Oleh NURUL HUDA HASSAN

PULAU PINANG 19 Feb. – Seorang isteri yang berang kerana suaminya dikatakan hendak berkahwin lain, bertindak menjerut leher dua anak mereka yang masih kecil sehingga mati dalam satu kejadian menyayat hati di Bayan Lepas, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, suspek yang berusia 30 tahun dipercayai menjerut leher dua anaknya, Muhammad Aliff Haqimi, 5 tahun 7 bulan dan Muhammad Aliff Hazmi, setahun 5 bulan, ketika mereka nyenyak tidur.

Difahamkan, selepas menjerut leher dua anaknya, suspek menyelimutkan mayat mangsa sebelum si suami pulang ke rumah kira-kira pukul 11.45 malam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin berkata, siasatan awal mendapati dua kanak-kanak itu dijerut dengan wayar seterika.

Katanya, mayat dua kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil di salah sebuah bilik tidur di rumah berkenaan.

Menurutnya, sebelum kejadian, suspek dikatakan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya sambil mengugut hendak membunuh dua anak mereka, jika si suami yang berusia 28 tahun itu enggan pulang segera ke rumah.

Bagaimanapun apabila SMS itu tidak berbalas, kemarahan si isteri semakin tidak terkawal lalu menjerut leher dua anaknya hingga mati di rumah mereka di Flat Taman Indah, Lebuh Batu Maung, Bayan Lepas.

‘‘Namun begitu, si suami tidak membalas SMS tersebut dan hanya pulang ke rumah kira-kira pukul 11.45 malam,’’ katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Menurut Hatta, sampai di rumah, si suami terus masuk tidur dan tidak mengetahui apa yang telah terjadi kepada dua anaknya itu.

‘‘Pada pukul 7.40 pagi ini sepasukan polis dan Unit Forensik bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada jiran keluarga terbabit,” katanya.

Difahamkan suami suspek yang bekerja sebagai pemandu lori hanya mengetahui dua anaknya dibunuh sewaktu polis tiba ke rumah berkenaan untuk menangkap si isteri.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu, polis kini menahan suspek dan suaminya bagi membantu siasatan kes bunuh berkenaan.

Katanya, mayat dua beradik itu telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Menurut Hatta, kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Ini adalah kejadian kedua melibatkan pembunuhan anak oleh ibu atau bapa dalam tempoh seminggu apabila 14 Februari lepas, seorang bapa menjerut leher dua anaknya selepas dikatakan berselisih faham dengan isterinya.

Dalam kejadian di Villa Angsana, Sentul, Lee Tian Siang, 39, yang tertekan selepas gagal memperoleh Ijazah Kedoktoran (Ph.D) ditemui mati akibat meminum bahan pencuci lantai selepas menjerut leher dua anaknya, Lee May Shan, 9, dan Lee Wei Shan, 7.

Sementara itu, Pakar Patologi HPP, Datuk Dr. Bhupinder Singh berkata, dua kanak-kanak itu disahkan mati ekoran sesak nafas akibat dijerut.

Katanya, kedua-dua mangsa telah mati 12 jam sebelum mayat mereka dibawa ke HPP untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, jiran suspek memberitahu, kira-kira pukul 6.45 pagi ini suspek datang ke rumahnya sambil menangis tanpa henti.

‘‘Dia datang ke rumah tapi tak cakap apa-apa… cuma menangis dan kemudian mengajak saya ke rumahnya.

‘‘Saya tanya lagi kenapa dan apa yang terjadi… dia jawab, saya tak tahu apa yang saya buat… anak-anak saya sudah tiada,” ujarnya.

Menurut jiran itu, dia mengucap panjang sejurus melihat keadaan mayat dua beradik itu yang kaku lalu mengambil kain dan menutup mayat tersebut.

Katanya, dia kemudian menyuruh suspek mandi dan mengambil wuduk dan meletakkan surah Yasin pada kepala salah seorang mangsa.

‘‘Saya kemudian memberitahu suami saya yang terus menelefon pihak polis,” katanya.

Sementara itu, jenazah dua beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Batu Maung selepas waktu Asar hari ini.

~aku tak tau nak komen apa……padaku si isteri ini terlalu tertekan atau mengikut perasaannya sendiri hingga tergamak membunuh anaknya sendiri? Jangan terlalu mengikut kata hati…. mintalah berlindung dari ALLAH S.W.T agar dijauhkan dari semua ini. Rasanya aku tak tergamak hendak mencederakan anak sendiri atau anak orang lain………malahan cicak sekorpun aku tak tergamak hendak membunuhnya…..kalau korang nak tau aku ni cukup takut dengan darah…….
masa aku balik kampung baru-baru ni abangku pasang VCD tebusan Iraq kena sembelih tu. Oleh kerana aku teringin sangat nak tengok aku duduk di sebalik langsir dan tutup mata sebelah huhuhu tengok macam MR Bean muahahaha…………..


Seorang ibu patut melindungi anaknya tapi sebaliknya pula..kasihan anak yang berdosa. Aku rasa suaminya tu pk isterinya main-main saja….tapi rupanya betul…yang suami plak janganlah kalau dah senang sikit nak pasang lagi satu pk sama perasaan isteri. Memanglah  berpoligami  itu sunah Nabi lelaki boleh kawen 4….kawen ramai bini ni memanglah madu bagi suami….tapi hempedu bagi isteri……..kalau kaya raya tak apalah atau berlaku adil jangan hanya pk kaya raya saja, yang miskinpun teringin kawen lebih kalau di beri peluang……ni takutnya nak bagi nafkah zahir tak cukup……….jangan hanya ikut nafsu jer lah. Teringat aku kepada jiranku yang mana suaminya jugak pemandu lori…….setahun bernikah dengan bini muda baru lah bini tuanya tau…..apa lagi….mengamuk sakan sampai pengsan. Tapi selepas lima tahun segalanya dah ok…….isteri pertamanya lak yang tolong masak kan air sirap untuk madunya berniaga. Walaupun tak berapa sehaluan tetapi katanya redhalah saja………kalau diikutkan memang hati isteri mana yang sanggup berkongsi kasih, tapi sudah suratan takdir tercatat begitu apa nak buat kena terimalah… dari suami kita buat maksiat lebih baik redha saja. Cewah… senanglah aku bercakap kerana tak kena kat batang hidung sendiri…. tapi minta jauhlah kerana aku bukan tidak mau berteduh dibawah payung emas tapi imanku terlalu tipis…senipis kulit bawang. Akupun tak tau nak komen apa dah hanya empunya diri saja yang mengerti dan yang mengetahuinya…….tapi aku percaya ibu itu sayangkan anaknya tetapiiii mungkin masa tu dia tak ingat apa-apa.Sedar- sedar  anaknya dah mati kerana masa tu iblis sedang menguasainya …
cuma satu jer aku nak katakan kepada siibu ini……sanggup mengandungkan zuriat sendiri sehingga sembilan bulan tapi ……….tengoklah apa yang telah dia buat???? sakit woiii masa nak keluarkan zuriat. Walaupun aku tak pernah rasa tapi dari cerita-cerita mak aku dan kakak aku yang melahirkan anak ni 50-50 ibarat nyawa dihujung tanduk. Janganlah mempersiakan anak-anak amanah Allah itu……ingatlah 5 perkara sebelum tibanya lima perkara……..waktu sihat sebelum sakit……waktu muda sebelum tua dan hidup sebelum mati……….
Ya Allah jauhilah aku dari perbuatan-perbuatan keji ini amennnnnnnnnnn, semoga Allah memberi hidayah kepada wanita ini……..

Advertisements

5 Respons to "~Apalah nak jadi ni~"

ya.. wanita itu TETAP ibu yg mengandungkan 9 bulan & menyabung nyawa melahirkan.. semoga dia insaf & diampunkan Allah..

terima kasih di atas komen anda semoga sudi berkunjung lagi

kadang kala manusia tidak dapat berfikir secara waras apa tah lagi dalam keadaan yang tertekan. mungkin di sebabkan tidak dapat mengawal diri jadi anak-anak lah menjadi mangsa…

Betul tu lily…..tapi sebagai seorang yang bergelar ibu rasanya tidak tergamak, berat mata memandang berata lagi bahu yang memikul.semoga ibu itu akan insaf……….walau apapun syurga sedang menanti anak2 yg tak berdosa itu.salam perkenalan lily………..

ya allah…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Februari 2007
I S R K J S A
    Mac »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728  

Blog Stats

  • 845,722 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: