bila hatiku berbicara

SUnGai Congkak mengamit keNaNgan

Posted on: Februari 21, 2007

Assalamualaikum saja aku nak cerita sikit bagaimana perasaanku ketika sampai di Sungai Congkak di blogku yang pertama aku tak suarakan…entahlah aku lebih senang di sini luahkan di sini. Hari ahad yang lepas aku diajak oleh kawan-kawanku……..( kawan-kawanku ini kalau korang nak tau adalah rakan cyberku………tapi alhamdulillah kerana semua mereka ini baik kepadaku dan family. Untuk pengetahuan kawan-kawan yang masih belum mengenaliku….aku adalah seorang yang dilahirkan oku semenjak azali lagi…..namun begitu aku harus redha dan bersyukur kerana kata ayahandaku “walau apapun keadaan dirimu nak,kamu harus bersyukur kerana masih ramai lagi insan yang lebih teruk darimu”. Sampai ke hari ini aku pegang segala kata-kata ayahandaku itu.

Ok aku nak citer tentang Sungai Congkak…..itu merupakan kali kedua aku ke sana…pergi kali pertama tak turun…….cuma tengok-tengok saja…..tapi kali kedua ni aku turun jugak walaupun aku teragak-agak….maklumlah berjalan pakai tongkat ni silap-silap haribulan tergelincir…tapi aku alhamdulillah boleh………cuma suamiku agaknya tak berapa ok hihihih tak apalah..tak usah cerita tentang dia tu………

aku agak rasa terkilan kepada rakan oku yang membawa kami ke Sungai Congkak dia tu (pemandunya lah. Wah macam tak oku ler….oleh kerana tempat parking tak mesra oku..tiada tempat yang elok, dia tak boleh turun kerana tidak mesra kerusi roda……….aku kesian jugak dalam hati…..tapi aku pendamkan saja.. Aku tau hati seorang oku kadang-kadang teringin nak buat seperti orang normal buat…tapi tak mampu. Namun begitu dia ni punya semangat yang kuat…….ditambah lagi dengan adanya permaisurinya yang terlalu baik dan mengambil berat tentang suaminya ini…………..alhamdulillah isteri mithali..walau apa pangkat dan apa saja yang di sandangnya dia sanggup bersama oku…..aku kagum……aku bukan memuji tetapi realiti.

Kawan di Internet ni ada yang ok ada yang tak kata seseorang tu……alhamdulillah mereka ini begitu baik dengan aku dan familiy……..mereka seringkali mengunjungiku………..aku selalu berdoa moga-moga kebaikan yang mereka hulurkan itu tidak membuatkan aku terlalu bergantung kepada mereka…maksubnya aku tidak kisah kalau mereka tidak mengajak aku ke mana-mana saja………padaku persahabatan cukuplah saling memahami……….

tapi mereka seperti memahami kami……selalu mengajak aku ke mana-mana…………..sesekali teringin jugak aku menolak pelawaan mereka tetapi tak sampai hati………..tetapi kalau aku punya alasan yang kuat ada urusan aku mohon mereka memahaminya…..kerana takut kalau terlalu makan budi…………aku tidak mampu untuk membalasnya…………

Advertisements

12 Respons to "SUnGai Congkak mengamit keNaNgan"

Salam…persahabatan yg ikhlas tidak mengenal bentuk fizikal.Tahniah kerana anda saling memahami dan bersyukur dgn seadanya.Nasihat drp. saya yg juga kerdil, jgnlh menaruh syak wasangka buruk dgn pertolongan kawan yang ikhlas. kawan sejati susah dicari di zman skrg. Saya pun akan caping di sg.congkak hujng bln dpn…
wsaalam

salam persahabatan jugak..saya tak berapa suka ke sungai congkak rasa cam x sesuai jer….rasa sian kat kawan sy tu dia nak p situ..tp dia x turun dek kerana kepayahannya berkerusi roda…

bukan salah sangka..tp dalam hidup sy kalau boleh tak mau menyusah kan org lain…kalau bukan kerana terdesak yg amat sangat..ini bukan sekadar kawan tp sudah sy anggap sebagai saudara sy….
dari satu komuniti kami jalinkan persahabatan hingga ke hari ini alhamdulillah…syukran…….

Assalamualaikum cahaya…

Setiap kita yang dilahirkan mempunyai keistimewaan sendiri. Tiada beza kita disisi’nya’ walaupun dari segi fizikal mungkin berbeza tapi tidak dari segi akal yang dibekalkan dan setiap orang mempunyai kelebihan masing masing…Tabahkan hati dalam menghadapi kehidupan.

waalaikumusalam…

tiada yg kekal melainkan Allah…ianya hanya berbentuk sementara biarlah…kerana semuanay telah di takdirkan…mekasih ya…salam persahabatan……..

salam sayang buat kak iman…

kesusahan dan keperitan hidup ini akan menjadikan kita insan yang lebih tabah…

tiada beza fizikal seseorg sbb yang Allah SWT lihat adalah ‘HATI’… kalau pun elok dan sempurna fizikal tapi hati kelam, penuh dengan dosa dan noda… tak akan di pandang oleh ilahi Rabbi… Tubuh badan hanya pinjaman dan suatu ketika nanti Allah SWT akan mengambilnya balik…

tenang menempuhi segala dugaan dan ujian.. disebaliknya ada 1 Hikmah yg tersembunyi yang cukup besar….

salam sayang buat akak…
doa sue sentiasa untuk akak…

salam kasih sayang utk Sue

kekadang kan Sue, kalau akak ralit berblog akak tak rasapun yg akak ni oku ke apa ke..almaklumlah sue wujudnya akak di alam maya…itulah yg rasa seronok….kalau dulu x mau org tau siapa diri ini rasanya biarlah rahsia…tp bila akak ke satu komuniti oku mereka semuanya okey seolah tiada apa yg kurang kat depa akak rasa ada keyakinan diri….

ada seorang kawan tu dia kemalangan jalan raya ketika berumur 25 tahun di takdirkan allah telah mengambil balik penglihatannya…dia berduka cita bertahun2…sehinggalah dia bertemu dengan satu komuniti oku dia tanya org kat situ kenapa u all semua nampak macam hepi saja..pastu sampai ke hari iini dia boleh menerima kenyataan yg dia jugak boleh hidup gembira seperti org lain….berlainan dengan akak yg di lahirkan oku sedari lahir lagi rasanya insyaallah tidak terlalu kekok menjalani kehidupan kerana sudah terbiasa…

sekarang ni akak tak pk sangat tentang bagaimana fizikal ttp akak takut andai tiba saatnya jasad ini di ambil balik oleh TUAN EMPUNYA HAK diri ini tidak cukup bekalan. Ya Allah ada org takut kerana paras rupa tidak cantik dan sebagainya ttp aku takut dan bimbang andai diri ini menghadapi detik2 itu…..moga2 Allah memandang kita semua di hari penghisaban ini…kerana di sana kelak tidak di pandang segala rupa paras pangkat dan bentuk fizikal….

Mata Hati
Artist: Hijjaz
Song Category: Nasyid

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Barakallahu fik’ buat kak iman…

Alhamdulillah… ada keinginan yang kuat dlm hati akak untuk bertemu dengan Rabb dkt akhirat kelak…

kita sama2 tambah dan perelokkan ibadah ye akak… sbb kita ni ibarat TETAMU DEKAT DUNIA ni… sebaiknya kita tahu sapa diri kita dan tujuan apa kita ada dekat dunia ni iaitu sekadar di UJI olehNYA… kita tetamu Allah SWT hanya ada beberapa saat@minit@jam dekat dunia ni… 1 hari dunia = 1000 tahun dekat akhirat (Surah Sajadah: 5)… nyatakan dan jelaskan kita hanya tetamu!….

betullah cakap akak… kekdg org risau sbb rupanya x cantik sehingga sanggup berabes wang ringgit semata2 nak beli make-up nak bagi tambah cantik untuk tatapan umum tapi x pernah pulak nak fikir bagi CANTIK IBADAH pada ilahi…

apa yg perlu di utamakan.. kita perlu belajar n terus belajar ilmu agama Allah ni agar tidak bawa BEKALAN SIFAR ke akhirat kelak…

sue nak bagi sedikit doa yg elok akak baca nak perelokkan doa ni tp mungkin akak dah tahu tang doa tuhh… doa tuh cukup bagus… doa yang Rasulullah bagi dekat Muaz bin jabal… kalo akak tak tahu.. nanti sue bagi ya…

sue sayang akak.. teruskan perjuang dan belajar ilmu agama Allah… moga diberkati selalu olehNYA… ameennnn yaa Rabbal alamin

salam pagi khamis buat sue………

Masya-ALLAH indahnya bahasamu Sue…teringin mengenali siapa dirimu dik…….

boleh di kongsi bersama doa itu di blog akak ini ya? rasanya akak tak tau tang doa tu atau kalau dah tengok mungkin pernah terbaca …….kalau Sue sudi boleh di kongsikan di sini…boleh kan….

salam kasih sayang buat kak iman…

sue cuma insan biasa jer akak… masih terlalu cetek ilmu agama n masih berusha mencari ilmu sbg bekalan tuk masa hadapan terutamanya ke destinasi terakhir…

sbg manusia kita kena jaga adab2 kita sesama insan kan… kena jaga akhlak n silaturrahim sesama seagama… baru rasa tenang jer idup ni… ramai yg menyayangi…

tang doa Muaz bin Jabal tuhh, bagi sue mang cukup baik dlm meminta tolong pada Allah untuk bantu kita perbaiki ibadah kita padaNYA.. lebih2 lagi meminta Rabb untuk bantu kita agar sentiasa mengingatiNYA n mensyukuriNYA… kita ni insan yg lemah n sangat kerdil, sememangnya tak ada kekuatan tanpa pertolonganNYA… InsyaAllah sue bagi akak nanti yer…

sue tengah buat gak artikal doa2 tuk dptkan zuriat yg beriman, masih dlm proses… tak tau bila nak terbitkan lagi… doa tuhh sue dah buat cuma tinggal nak mengarang ayat, biasalah kekdg ada jer halangan nak berdakwah ni… tugas2 harian n mslh2 yg dtg dari persekitaran… smpi nak masuk blogs kesayangan sendiri pun tergendala ajer… hehehe… tungguuu…

bagus gak akak yer sbb ada gak zuriat penyambung amalan.. akak didik dia bebaik yer dengan didikan agama spy tak rugi dkmudian hari… doakan dia setiap hari dengan doa pelembut hati yer, spy anak akan ikut cakap akak…. n x abaikan agama…

pjg plak kata2 sue ni…

jumpa kak iman diwaktu yg lain… ati2 je yer… moga bahagia selalu hendaknya…n sentiasa dibawah naungan Allah SWT.. ameennn Rabbal alamin…

salam sayang dari sue….

insyaallah lah sue sama2 kita saling tegur menegur di antara satu sama lain…ktia sama2 belajar mana yg kurang..akak akui akakpun cetek dalam ilmu agama…sbb itulah kalau ada usrah ke al kuliyah, al hidayah dan sewaktu dengannya akak tengok d tv dan dengar di radio…selain dari membaca….

alhamdulillah Hafiz adalah anugerah yg tidak ternilai besarnya…mudahan dia akan menjadi anak yg soleh….tidak di nafikan dalam mendidik anak perlu banyak bersabar….faham2 ajelah dah nama lagi anak2 kan…….

akakpun suka jugak mempunyai blog2 yg berunsur dakwah ttp tu lah buat masa sekarang cuma copy aje kat mana2…moga2 dapat kita kongsi bersama…..okey salam kasih sayang ukhuwah…..

Salam kasih sayang dan salam bertemu kembali…

tang doa Muaz tuhh, sue sertakan dekat sini yer… sue rasa akak tahu kot doa ni @ mungkin akak amalkan jugak… doa ni yang buat Muaz bin jabbal mempunyai darjat yg tinggi disisi Allah… sama2 kita jadekan doa ni sbg doa amalan harian yer akak…

“Allahhumma a’inni ala zikrika, wa shyukrika, wa husni ibadatika”
ertinya= Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMU, mengsyukuriMu dan memperelokkan ibadahku padaMU

amalan..
bole gak dibaca sebagai penambahan doa selepas solat fardhu dan bole dibaca semasa wirid pas solat… sue baca semasa wirid, sebelum baca “ilahi yaa Rabbi Subahanallah 33x sambung alhamdulillah 33x n allahukbar 33x…

fadhilat..
bagi sue doa ni ada keunikkan dan keistimewaan yg tersendiri sbb kita sememangnya dicipta ngn kelemahan (…. manusia itu dijadikan berkeadaan lemah” (Surah An-Nisa:28) ) tanpa pertolongan dariNYA mang tak ada kekuatan untuk terus beribadah ngn godaan syaitan lagi yg setiap hari ada jer bisikan suruh buat benda yg bercanggah dlm agama… kunun2 spy ada teman mereka ni dekat neraka kelak… nauzubillah… moga kita bukan termasuk golongan itu… moga ngn doa dkt atas tuh, Allahi akan bantu kita untuk menngingatiNYA yg pling penting bantu kita untuk memperbaiki ibadah2 kita…

wAllahualam… apa yg baik dtg dr Allah dan yg buruk tuh sememangnya dari diri sue yg lemah+kurang ni…

~ Allah tidak pandang rupa paras hambanya tetapi Allah pandang pada amal kebaikkan n ibadah hambanya… sama2 mencari keredhaan n teruskan berjuang selagi roh masih berada dlm jasad ni…

salam…

salam kasih sayang dan jumpa kembali…dua hari tak jenguk blog ni…terima kasih banyak yg sue kerana masih sudi jenguk blog ni lagi…….n mekasih doa tu insyaAllah sama2 kita amalkan .doa tu akak pernah baca jugak…sori ya sue akak x banyak idea seperti sue utk membalas komen ni……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Februari 2007
I S R K J S A
    Mac »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728  

Blog Stats

  • 853,977 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: