bila hatiku berbicara

~SelamaT Hari Lahir Aku~

Posted on: Mac 2, 2007

Alhamdulillah hari ini pada 2 Mac 2007 bersamaan dengan 12 safar 1428 hijrah merupakan hari ulang tahunku yang ke 35. Wah dah berumur dah aku ni? kiranya sudah pertengahan usia……..aduhai cepatnya masa berlalu. Umurku sudah meningkat bagaimana dengan amalanku? sudahkah banyak bekalan ku untuk menuju ke alam yang satu lagi? Bagaimana mungkin aku bisa pergi kalau bekalannya masih belum cukup? Tetapi itulah lumrahnya kehidupan muda lawannya tua………tua lawannya mati…..tapi jangan lupa mudapun akan mati. Kematian tidak pernah mengenal berapa usia. Semoga diberi petunjuk-Mu Ya Allah.

Ya Allah ya Rabbi aku bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk aku menghirup udara segar ini.Ya Allah, ketika aku masih kecil kata ibuku …..aku ini merupakan anak yang tidak bermasalah, tidak punya penyakit…..aku senang dijaga…..mungkin itu kuasa Allah kerana di beri aku ini oku lalu mudahkan segalanya. Namun begitu ketika umurku dua belas tahun aku di serang asthma. Masihku ingat lagi ketika aku ditahap kritikal, ibu membaca yassin disampingku……dan ayahku menangis mengatakan………..”anakku sorang lagi bakal pergi menyusul abangnya”????……namun dengan kuasa Allah aku semakin beransur pulih. Besarnya pengorbanan mereka membesar dan mendidikku. Walaupun aku oku dan mungkin pada tanggapan orang lain aku tidak dapat berkhidmat kepada kedua orang tuaku…..namun kata ayahku tak mengapalah sekurang-kurangnya aku ini dijadikan teman buat mereka. Ya Allah sampai ke hari ini air mataku menitis bila mengenangkan pengorbanan mereka kepadaku. Aku tidak berkecil hati andai mereka tidak datang menziarahiku………..kerana aku faham situasi mereka. Ayahku sudah uzur..tiada apa yang dilakukan melainkan berbuat amal ibadat, berulang alik ke masjid.

Di hari yang penuh keberkatan iaitu hari jumaat, penghulu segala hari aku memanjatkan kesyukuran kerana masih lagi dipanjangkan usia………….dan alhamdulillah kerana telah memberi aku seorang suami yang sudi melindungiku. Teringat aku disaat tiga hari aku bakal diijabkabulkan kata Pak Mat jiranku( kini sudah bergelar arwah …meninggal duni ketika mengerjakan haji) “buat menyusahkan orang saja nak menikah, takkan lah orang tu sanggup nak bagi makan pakai kalau tak boleh buat apa-apa”? Maksudnya aku tidak dapat menyumbang dari segi kewangan. Namun aku bersyukur kerana sampai ke hari ini aku masih lagi dipanjangkan jodohnya..ku harap moga-moga panas sampai kepetang………Jodoh pertemuan ajal dan maut di tangan Tuhan.

Haaa kalau nak tau kisah selanjutnya nantilah aku sambung cerita lagi…tapi entahlah itupun kalau aku rasa rajin menulis..takut jugak nak tulis-tulis kisahku ini. Kepada semua yang sudi komen terima kasih. Wassalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2007
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 835,495 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: