bila hatiku berbicara

~Buat tak tau sajalah~

Posted on: Mac 15, 2007

Sekadar menyingkap perbualan aku dan suami petang kelmarin. Banyak benda yang kami bincangkan. Selalunya kalau kami berdiskusi ngan suamiku dia terlalu tegas dalam percapakan seolah dia becakap dengan apa entahlah. Kekadang aku mengingatkan dia supaya jangan terlalu emosi dalam bercakap..aku ni orangnya sensitif kalau suami cakap kuat aku kata kasar…tapi kalau aku tak apa. Tu lah kuman di seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak nampak hehehehe.

Aku buka topik memacam bab oku dan tak oku………pastu kamipun bla-bla dan bla lah hehehe. Bukannya apa katanya kita orang-orang oku ni kalau nak diikutkan kecik ati sana sini ngan orang-orang sekeliling tak kan ke mana kita………wat tak tau saja katanya selagi kita tak kacau orang dan orang tak kacau kita. Kalau nak ikutkan tekanan kerja kat pejabat, dalam komuter dan macam-macam sentiasa mencabar insan yang bergelar oku ni. Contohnya dalam komuter atau apa-apa saja kenderaan awam sudah jelas tempat oku tapi masih ramai yang ok berebut-rebut ngan oku. Tapi kalau satu-satu kita nak masuk dalam hati dan dok pk itu saja habis kita tak ke mana kita ni? misal kata tekanan kat pejabat( kata suamiku laaaa hehehe) sebagai oku kekadang kalau kita ni berkebolehan macam mana sekalipun orang akan memandang serong kat kita dan tak berapa yakin kebolehan kita dan kat belakang kita memacam cerita di sok sek sok sek…kalu kita tak dengar orang akan habag. Aduhaiiiii ….jadi oku ni kena banyak sabar dan anggap kata-kata nista dan segala 1001 kata-kata yang negatif tu adalah suatu cabaran untuk membakar semangat oku agar lebih berjaya lagi hari ini esok dan sampai ke akhir hayat.

Tapi kataku dah nama lagi manusia..apatah lagi oku mestilah sedih bila orang kata memacam…ya lah banyak sungguh dugaan dalam kehidupan kami…..belum mampu beli keterpun orang pertingkaikan………”alahhh………kerja watper kalu keterpun tak leh beli………….kalu tak mampu beli yang besar kancilpun jadiklah……….haaa tengoklah tu si fulan tu tak gi U dan kerja kampung pun boleh beli BMW dan honda accord”. tak paaa laa seconhand pun tapi dah nama lagi keter yang berjenama mahal kekekeke.


Pastu balik kampung lak jumpa lak ngan mak senakan ,sepupu, tujuh pupu atau apa-apa pupu lagik.” Haaa awwa mu duk lagi ni lagie koh”? aku faham benar maksud mereka tu….tersangat fahamnya kerana mereka nak sangat aku balik bawak keter baru depa diam malahan kagum lak……. Sapa tak nak tapi kalau dah belem mampu tak kan tak faham, depapun bukan tak pernah susah( alhamdulillah cukup dengan apa yang ada kami redha dan kata suamiku kita harus berusaha) .Adakah semua benda tu dapat membahagiakan manusia? Kalau aku lihat sendiri orang yang punya segalanyapun banyak gak masalah?Balik kat rumah mak mertua pun gitu gak pertanyaan…….huihhhh apa lagi menghadapi isteri adik iparku lak……….. aku pandang saja menantu kesayangan mak mertua aku pakai baju macam-macam fesyen………ada tu jubah berbelah berlapis-lapis yang aku suka……..tapi hihihi oleh kerana badanku pun agak naik sekarang ni masa aku nak beli jadik lak barut nangka hahahaha. Kalu aku pakai blaus murah dalam harga tak sampai RM 40 pun ditanya “hai berapa rego baju tu”? aku tak berape suka kalau di tanya harga contoh macam baju ker atau barang kemas atau benda lain juga laa kot…… tapi kalau cam benda lain seperti PC ker takpa lah sebab tu rasanya tak terlibat ngan barang perhiasan kita hihihih. Entah ini mungkin jugak akibat dari aku tak berapa suka bertanya berapa rego barangan yang orang lain punya…lainlah kalu suami beli apa-apa aku tanya…..tapi dia selalunya kata entah dah lupa…….kalau boleh dia koyak saja tanda harga yang tertera di barang-barang yang di beli…..seperti contohnya baju ker barang perhiasan diri yang di belinya ke aku………….tapi tak lah sampai beli telurpun nak sorok harga kekekeke. kita kena ingat kekadang orang tak berapa suka dengan sikap kita yang suka mengambil tahu hak orang lain……itu pada pandanganku saja tak tau pada pandangan orang lain…….tu laaa lain padang lain belalangnya lain orang lain pulak ragamnya……..

Itulah aku kata oku ni kenalah sabar dan tabahkan hati dalam menghadapi apa jua ujian hidup kalau tak..tak kan kemana kita ni..dan satu lagi aku pk orang-orang yang suka mengata ni memang dah terbiasa kalau tengok orang lain dari yang lain dia akan kata. Memang dah feil sesetengah orang  macam tu dah nak buat camner lagik. Dah macam tu dah sikap manusia tapi tak semua ek……..ada gak yang aku temui ok masih ramai lagi di luar sana yang  tak ok. Contohnya kalau gi masjid-masjid atau surau takde sorangpun yang akan bertanya….”naper ngan kaki tanganmu lagu tuh atau apa-apa pertanyaan yang menyakitkan atau yang menyentuh hati……….depa pandang jer( pandangan orang beriman ni lain, tapi pandangan rang yang tak beriman lain). Tapi padaku pandangpun bukan sebarang pandang ada gak tak baiknya…..bukan apa aku pernah bertemu orang yang suka memandang oku ni dari atas ke bawah jadi perhatiannya ( kekadang aku kata kat suamiku biaq pi lah depa nak pandangpun, depakan ada mate hehehe)…….. waaa ni dah lebih ni……..kalu nak pandang-pandangpun sikit-sikit dah laaaa wat relexlaaaa sekali imbas dah laaa……….kita bukan kenal ngan empunya diri orang oku tu pun……ingat yang kat atas dunia ni tak semuanya sempurna. Kata ayahku masa aku kecik-kecik dulu bila aku tengok semua kakak dan abangku ok tak oku macam aku, aku bertanya ayah kenapa aku ni oku. Ayahku kata “mu kena ingat Tuhe( Tuhan) jadi mu lagu tuh kerana dia nak suruh oghe lain sedar yang Maha BesarNYa ALLAH, DIA buleh menciptakan apa saja yang DIA mahu” itulah diantara kata-kata ayahku yang selalu menaikkan semangatku. Aku tahu ayah dengan mak aku sentiasa redha di anugerahkan anak sepertiku……….Terima kasih mak ayah aku bersyukur banyak-banyak kerana menjadi anak kalian.

Contohnya suamiku hari tu gi belajar kat kelas memandu adalah suara-suara sumbang( bukan orang atasanpun tapi kuli cina dan hindu carca marba yang tukang cuci tu,bukan nak mengata tp kalu nak bercakap tu ingat-ingatlah skit, cermin-cerminlah diri tu skit. Sesedap mulut mengata” kalu dah lagu tu tak yahlah nak belajar memandu” amboi tak sayang mulut bila aku minta duit hang”, kalu aku ni oku tak yah belajar memandu lah yer”? hahaha itu hanya perkataan-perkataan bodoh yang hinggap dalam kepalaku…..aku kata gitulah kat suamiku hehehe. suamiku kata buat apa nak balas balik buang masa saja, orang ada mulut orang akan bercakap apa saja………hmm itulah jawapannya. Aku ni barangkali lembut dalam kasar laaa skit kot bahasa hihihih tp kalu apa-apapun biar kena pada tempatnya, kalu orang nak kata apa katalah, kerana mereka ada mulut tapi kata-kata tu janganlah sampai terlalu merendahkan oku kerana kami juga punya harga diri. Tapi kata suamiku lak oku lak jangan terlalu sensitif sesangat……….buat macam biasa saja laaa…….apa-apapun ianya tidak akan berubah…….kerana itulah oku kena buktikan yang oku ni boleh berjaya. Aku tahu masih ramai insan yang prihatin dengan aku, masih sudi berkawan denganku…….kata semangat dari sahabat-sahabt ok dan tak ok menjadi pembakar semangatku, untuk meneruskan sisa-sisa hidup ini.

Aku bersyukur kerana terpilih menjadi oku……….aku tak kisah orang nak gelar kami insan apapun tapi aku tak suka perkataan cacat rasa terlalu hina sangat..memanglah aku sedar dalam banyak hal perkataan ini masih di guna pakai………aku pernah berselisih pendapat dengan seseorang dalam grup hanya kerana aku mempertingkaikan perkataan itu……..tapi dia dengan tidak rasa bersalah apa-apa tanpa menghormati perasaan aku membalas dengan perkataan kesat dan kasar……..kalaulah aku ni jahat sampai ke hari ini aku rasa malas nak maafkan perbuatan dia kat aku………..tapi aku sedar pergaduhan tidak akan dapat menyelesaikan segalanya hinggalah suatu saat dia mohon maaf padaku. Walaupun aku sudah memaafkan dia tapi untuk jalinkan persahabatan tak mungkin kerana katanya takut kita saling menyakiti di antara satu sama lain..yang aku hairan orang tu dah umurpun separuh abad dah hihihih. Biarlah lupakan saja….

Haaa malam tadi aku terima sms dari seseorang dalam bahasa omputih tapi aku faham laaa skit-skit……pas tu aku tanya sapa dia tak jawab……pas tu aku pun suruh bagitau suamiku dia kata tatau siapa agaknya tersilap nombor kot. Akupun cuba call dia tu tak jawab……..pastu aku hantar sms aku tulis bahasa yang lembut tapi pedas hehehehe……. rupanya bekas kawan opis suami aku yang tinggal kat Countryhomes dulu……..dia ambik no hp suamiku dengan kawannya. Wah kalau nak hantar sms kat orang jangalah buat orang kompius lak terus terang lah bagi tau nama… nasib baik aku tak hentam dalam bahasa kasar kerana kata suamiku takut-takut kawannya ker…….haa kawan tak kawan kalau melampau siap kat aku hihihihih……..hmm dah aku balas smsnya dalam loghat kelate baru nak habag sapa hehehe. Aku ni bukannya cemburu (ye ke tu ek hihihih) tapi kalau tak kena tempat aku memang marah………kalau ianya bertentangan dengan prinsipku suami tak suami aku  tegur. Padaku kalau dah termaktub haram tetap haram …kalau haram tak boleh jadi halal…..macam bersentuhan tangan lelaki perempuan ker contoh jer ler. Contohnya bersalaman…..kalau dah haram haramlah kenapa pulak dah tau masih nak salam-salam. Aku tau laaa tak bermaksud nak mengatal……..ya lah kan kalau gi majlis-majlis tertentu barangkali dah tak kuat iman terpaksa laaa kununnya…….alahaiii lelaki kalau bersentuh kulit lelaki dan pompuan kalu tak rasa apa-apa tu tipulah hik hik hik…………….opsss sorry aku cuma mempertahankan prinsipku saja….tapi lainlah kalau tolong orang jatuh sungai ker kenalah pegang perempuan tu demi menyelamatkan orang tu..tapi kalau dengan sengaja atau untuk menjaga hati banyak orang……….. kalau sekali boleh di maafkan tp kalau dah banyak kali tiada maaf lagi hehehe insyaallah pintu maaf sentiasa terbuka….aku tidak sekejam itu……sebagai satu peringatan saja……………… kerana kita bukannya budaya mat salleh siap ngan berjabat salam cium pipi lelaki pompuan pastu peluk-peluklak..lainlah lelaki sama lelaki pompuan sama pompuan tapi jangan lebih-lebih ek jadiknya lain plak kang susah . Tapi kalau yang muhrim kita tak apa……….macam ayah kita, abang kita…………tapi bagiku cukup ayah jer yang aku peluk cium kerana itulah lelaki yang banyak berjasa kepadaku selepas suamiku. Walau apapun aku bukanlah insan yang terbaik tapi aku belajar hendak menjadi insan yang baik……..aku insan lemah. Akupun terlalu cetek ilmu agama…….

Huihhh aku ni kalu brok brek pastinya ke lain….itulah kalau yang baik ambiklah sebagai sempadan yang tak baik anggaplah itu kelemahan diriku sendiri……….

tapi ada waktunya aku terlalu sensitif apakah kerana aku insan oku??????entahlah…………………aku jugak tidak sama sekali untuk menyalahkan orang lain tapi sekadar luahan hatiku …………hanya aku saja yang mengerti hati dan perasaanku. Hidup ini ibarat roda sekali ke atas sekali ke bawah…hari ini mungkin tidak dapat apa yang aku inginkan tapi aku percaya Allah itu Maha Kaya, Pemurah dan Maha Segalanya. DIA saja yang tahu apa hikmah disebalik kejadian ini ……….aku redha dengan apa yang telah ALLAH takdirkan kepadaku. Bimbinglah aku, anakku suamiku ke jalan yang KAU redha bukannya jalan yang KAU murkai.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2007
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 835,525 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: