bila hatiku berbicara

~Andainya Aku Pergi Dulu ~

Posted on: Mac 16, 2007

Bila ku baca blog adikku keshi yang bertajuk”dia takde” akupun adalah sikit nak luahkan segala isi hatiku yang adakalanya cepat sensitif dan adakalanya tak sensitif langsung..dan adakalanya aku sentiasa hepi seolah-olah aku tidak pernah punya problem. Tapi bak kata lirik lagu Mawi lah…(hmm minat lagu saja…….seperti gak ngan lagu Alleycats ni, tak minat orang yang menyanyinya).


Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada

Hmm tu laaa kita ni kekadang nampak saja hepi tersengih bila orang tengok tapi orang tak tau hati kita. Biasalah tu, tidak dinamakan manusia kalau tidak punya masalah. Macam aku kalau ada problem aku lebih suka menulis sesuatu kat blog ni….tak kiralah tulis apapun..tulis citer kucing ker arnab ker hehehe. Padaku menulis ni dapat menghilangkan segala tekanan yang ada dalam diri aku. Seolah-olah kita sudah lepas satu beban kalau kita meluahkan di sini…………….aku tak kisah kalau orang nak baca atau takpun. Tapi hatiku puas. Aku mernulis bukan kerana nama atau glamer..tetapi kerana aku minat. Sebab itulah aku tidak mempromosikan blog aku di mana-mana. Kalau orang terjumpa itu kira rezeki merekalah. Atau mungkin mereka terjumpa link di  blog teman-temanku. Mungkin kerana itu aku tidak ramai teman…kerana aku ini pemalu sebenarnya….hahaha. Bagiku kalau orang nak baca………silakanlah tak nak pun tak apa………

Aku tertarik dengan lirik lagu dari kumpulan Alleycats walaupun aku tak minat kat penyanyinya tak semestinya aku tak minat kat lagu dia. Kan aku ni minat ngan irama yang sentimental . Semua orang mengimpikan untuk masuk syurga insyaallah hanya Allah saja yang Maha mengetahuinya. Dulu ketika aku tinggal di rumah sewa  bersama suami dan mak mertuaku di taman…???? ada seorang ustaz yang berkata” haaa pandai sungguh hindu ni nyanyi lagu ni yang tang lirik “andainya ku pergi dulu……ku nantimu di pintu syurga”tapi dia( penyanyi) sendiripun tak bersunat/berkhatan”. Tetapi aku percaya kalau Allah nak campakkan hidayah DIA akan campak kan kepada siapa saja insan terpilih. Kita kadang-kadang  cepat mengata..cuba kita tengok Muhammad Mortty( sorry kalau eja tak betul dah lupa camne nak eja nama dia) yang pendaki puncak gunung tertinggi di dunia tu Gunung Everest……….siapa sangka di saat kematiannya dia adalah muslim. Sebab itu kita tidak boleh menghukum orang lain walaupun dia bukan islam. Bukankah kita ini semuanya makhluk Allah. Tapi aku percaya ustaz tu hanyalah melawak kerana dia ni suka buat lawak.

Dulu ketika aku masih bersama ibu dan ayahku, aku terlalu rapat dengan mak aku, aku buat kuih jualan sama-sama dengan mak aku sampai pukul dua pagi. Macam-macam yang kami borakkan… kami ketawa …tetapi adakalanya kami menanggis bersama kalau ada cerita-cerita sedih yang kami ungkitkan. Pendek kata aku rasa aku bertuah walaupun aku tiada teman untuk sebaya untuk berbicara tetapi aku masih ada seorang ibu yang sentiasa melayan kerenahku. Apa tidaknya ketika mak pergi jualan di kedai mak selalu beli stem dan segala peralatan menulis untukku…….. tapi ibu amat memahamiku, hobiku…….dia adalah ratu hatiku sampai ke akhir hayatku.

Adakalanya ibuku lah yang menjadi mangsaku mengepos segala surat-suratku selain dari posmen hehehe……….bukannya sedikit, kekadang sampai sepuluh lebih. Haa stemnya jangan kiralah berapa banyak aku dah habis………tapi ada seorang pakcik tu bagitau aku bagaimana untuk menangkalkan cop di stem hihihih kerja orang takdak pitih kui kui kui. Tu dulu kalau sekarang ni aku tak buat dah hihihih, dah bertaubat hahaha dan aku tak kan perturunkan kepada anakku……kerana anakku bukannya minat menulis surat seperti aku tapi minat hp pulak, minat sms . Maklumlah budak zaman sekarang serba serbinya canggih. Kalau tak pun tulis jer emel. Jauh bezanya ngan zaman aku dan suamiku dulu.

Aku penah berkata kepada ibuku……..”kalau boleh biarlah orang( aku membahasakan diriku orang kepada mak ayah dan adik beradikku sampai ke hari ini) mati dulu mak? orang tak sanggup melihat atau menyaksikan yang ibu dan ayahku pergi dulu”. Pengelaman melihat bagaimana keadaa arwah nenekku ketika menghadapi sakaratul maut membuatkan aku takut dan insaf. Masih tergiang-giang lagi di telingaku arwah nenekku menyebut kalimah Allah dengan kuat sekali di saat akhir. Dan aku hanya mampu melihat……….itulah yang dikhabarkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W sakitnya menghadapi sakaratul maut tidak terkata. Nabi Muhammad S.A.W walaupun rohnya di cabut dengan kasih sayang oleh malaikat Jibril masih terasa sakitnya..inikan pula kita”????? Na’uzubillahhiminzalik………….sama-samalah kita berdoa semoga setiap amalan kita di terima dan di permudahkan keluarnya roh dari badan. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. ALLAH HU AKBAR.

Kata ibu ku..tidak tahu siapa yang pergi dulu itu urusan Allah…….walau apapun kita kena redha. Tapi aku berkeras mengatakan yang aku hendak pergi dulu dari ibuku??? Kenapa aku berkata begitu ketika itu…kerana aku tidak mahu sekiranya ibuku pergi aku di tinggalkan dalam  sendirian……aku tahu aku punya ramai adik beradik dan mereka sanggup menjagaku tetapi sampai bila? Sampai aku tua? aku harus merancang masa depanku juga ketika itu…… tapi siapa yang nak kat aku hehehe????. Atau aku ini hanyalah menjadi pengasuh anak-anak mereka??? oh tidakkkk….. aku adikpun tak ada bagaimana aku harus menjadi pengasuh anak mereka??? itu hanyalah kemungkinan yang aku reka sendiri andainya ibu dan ayahku sudah tiada lagi dan kalau aku tidak bernikah, tapi aku tidak tahu perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan kita sendiri. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.

Sekarang setelah dua belas tahun aku bergelar isteri orang….begitu jugaklah yang aku pinta. Biarlah aku pergi dulu sebelummu abang, kerana aku tidak mahu menyaksikan orang yang aku sayangi pergi terlebih dahulu. Bagaimanakah kehidupan aku andainya itu terjadi? Sebab itulah aku seringkali berdoa “Ya Allah, kalau KAU nak ambil salah satu di antara kami KAU ambiklah aku dulu, kerana aku tidak sanggup berpisah dengan orang yang aku cintai dunia dan akhirat. Andainya aku pergi dulu kalau baik amal ibadatku insyaallah aku akan menantimu di pintu syurga”. Cuma aku berharap kau redhailah aku yang terlalu banyak menyakiti hatimu, kerana aku bukanlah isteri yang terbaik buatmu. Bukankah seorang wanita itu begitu mudah memasuki syurga hanya menjaga solat,puasa dan menjaga maruah dirinya? dan itu bergantung dengan redha seorang suami…..maka wanita itu boleh memilih mana-mana pintu di syurga yang dia suka? Bukankah begitu???? Dan aku terlalu mengharap redhamu wahai suamiku.

Sejak akhir-akhir ni aku mudah sangat tersentuh, entahlah barangkali bila umur sudah meningkat begitulah yang aku rasai agaknya. Dan persoalan itu hinggap lagi di benakku. Andainya aku pergi dulu senanglah kau wahai suami untuk mencari isteri baru hihihih. Jangan main-main masa aku hidup ni langkah mayat aku dulu wakakakaka. Sebab itulah aku selalu mendoakan biarlah aku pergi dulu, biarlah kau menikmati kebahagiaan yang tak mampu 100% aku berikan kepadamu…katamu kalau kau yang pergi dulu tentu aku akan menikah lain…huihh gilak sapa yang nak kat aku ni?…lainlah kalu aku ni kaya raya…..orang tu bukannya nak kan aku tapi harta aku. Tapi aku tidak akan bertemu insan sebaikmu lagi andainya kau pergi dulu….sebab itulah aku nak aku yang pergi dulu darimu. Kalau aku pergi dulu kau boleh kawen lain agaknya kuburku masih merah lagi kau dah kawen kekeke…tentu isteri baru mu tu lebih baik dari aku..boleh cakap orang putih dan boleh bincang-bincang pasal hal pejabat tapi aku nii.. tak punya apa( cam lagu Ina Naim laa pulak hihihih) . Katamu tidak akan abang temui insan sepertiku lagi…….. memanglah abang tak mungkin temui insan seperti ku…..kerana keokuan manusia itu berbeza-beza..kau gitu aku gini orang lain pulak lagu lain plak….mana bisa sih kau mau cari pengantiku kerana ngak mungkin jumpa sama sekali kok huhuhu inilah akibat penangan suka tengok citer Indon hehehe.

Ahh…….kalau nak ikutkan orang lelaki ni kalau nak kawen lain tak nanti isteri pergi dulu..isterinya masih adapun ditipunya hidup-hidup……tapi aku percaya siapa suamiku……..jangan sampai kepercayaanku hilang seratus peratus kerana itu adalah harga yang termalah bagiku. Yang aku pelik ni orang zaman sekarang kalau nak kawen lain mesti pilih anak dara,sedangkan zaman nabi Muhammad S.A.W dulu memilih janda-janda yang teraniaya dan hanya Syadatina Aisyah sajalah isteri nabi yang masih anak dara. Itulah sifat terpuji yang ada pada diri Nabi kita Muhammad S.A.W. Nah……yang aku pelik lagi laaa kalau nak kawen dua tiga atau empat nak ikut sunnah nabi kata lelaki. Tetapi padaku zaman sekarang bukan ikut sunnah tapi ikut nafsu. Kalau tidak kerana tekanan tiadalah seorang isteri yang sanggup membunuh anaknya sendiri kerana bila tidak dapat kawal kemarahan semuanya akan jadi..minta jauh lah tu. Mintalah perlindungan dari Allah S.W.T.

Walau bagaimanapun kita tidak boleh menolak hukum hakam yang telah di tetapkan oleh Allah S.W.T. Kahwinilah olehmu wahai lelaki kalau kamu berlaku adil atau mampu dua tiga atau empat. Dan kalau kamu rasa kamu tidak berlaku adil cukuplah hanya satu satu saja. Tapi kalau cukup-cukup dapat gaji makan bulan jangan kau mimpi hihihi.

Berkahwin senang tetapi tanggung jawab lepas kahwin yang susah, silap-silap kita ini akan terjun ke lubang neraka. Na’uzubillahiminzalik. Itulah yang kita takut…….


andainya aku pergi dulu redhailah aku wahai suamiku. Kerana aku tahu setiap yang bernama manusia pasti melakukan kesilapan. Dan aku tahu kau selalu memaafkan aku begitu juga aku sentiasa memaafi kesilapanmu. Kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Cuma satu pintaku andai aku ni punya banyak wang aku teringin sekali mengerjakan haji iaitu menyempurnakan rukun islam yang kelima, yang menjadi impian setiap yang beragama islam. Bila aku terbaca novel pasal pergi Mekah menunaikan haji dan umrah..hatiku bagaikan di tarik-tarik untuk ke sana…..mencium Hajarul Aswad….dan melihat Kaabah…..juga makam Nabi Muhammad s.a.w . Aku tahu aku ini orang yang tak baik. Tapi bukankah di sana tempat menghapus dosa? Dan kita sentiasa mendoakan semoga segala amal ibadat kita di terima Allah?

Aku suka sangat bila melihat pengacara tv3 Norzie dan suaminya Aidid ketika mereka mengerjakan ibadat haji baru-baru ini. Muda-muda lagi dah pergi ke Mekah alhamdulillah…yang penting Norzie sudah bertudung…cantik pulak tu, semoga masih ramai lagi yang akan menyusul Norzie selepas ini.

Sekadar ini saja bicara hatiku……….

Kematian itu adalah pasti, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Tuhanku, aku tak layak untuk syurga-MU tapi tak pula aku sanggup masuk neraka-MU, dari itu ampunkanlah segala dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya KAU maha pengampun segala dosa besar. Ampunkanlah segala dosa suamiku,anakku dan kedua ibu bapaku juga saudara seislamku……amin ya robbil alamin.

Alleycats

Andainya Aku Pergi Dulu

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa

Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah

Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2007
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 912,645 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: