bila hatiku berbicara

Muafakat mampu jamin kebahagiaan

Posted on: Mac 20, 2007

LUMRAH dalam setiap rumah tangga, tiada yang tidak dilanda badai kerana pasti akan berlaku pertelingkahan antara suami isteri walaupun puncanya terlalu kecil.
Kaunselor Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negeri Melaka, Jalaluddin Abd Aziz, berkata bagi mengurangkan risiko berlakunya masalah, suami khususnya perlu menunjukkan penghargaan terhadap segala pengorbanan isteri seperti mengucapkan terima kasih dan memuji masakannya walaupun rasanya tidak begitu enak.

Cara itu, katanya, secara tidak langsung dapat membuatkan hubungan suami isteri bertambah mesra. Begitu juga isteri perlu menjaga hati suami dengan tidak melakukan perkara yang boleh membangkitkan kemarahannya.

“Komunikasi dan interaksi yang berkesan amat penting dalam rumah tangga kerana melalui perbincangan daripada hati ke hati dapat membentuk kebahagiaan dan menjalin kemesraan yang berkekalan. Pasangan yang sentiasa menjaga mutu interaksi biasanya bersedia menghadapi segala cabaran bersama kerana mereka boleh menerima pandangan yang diberi pasangannya,” katanya.

Beliau juga menyarankan agar pasangan yang berniat mendirikan rumah tangga benar-benar sanggup dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga kerana tugas itu menuntut pengorbanan yang tidak terkira.

Pasangan juga perlu berbincang bersama agar dapat mencapai kata sepakat dalam membentuk keluarga yang harmoni supaya segala masalah mahupun konflik dapat dielakkan.

Justeru, segala perselisihan yang berlaku dalam perkahwinan tidak perlu dikesalkan kerana selagi ada jalan untuk memperbaikinya maka berusahalah dan jangan jadikan perpisahan sebagai jalan terbaik.

Beliau berkata, perselisihan faham adalah asam garam rumah tangga yang perlu dihadapi setiap pasangan agar hubungan menjadi lebih matang dan semakin serasi bersama melayari bahtera perkahwinan.

“Bergaduh, berselisih pendapat, bertikam lidah, cemburu hanyalah satu bentuk ujian yang tidak akan memisahkan anda dengan orang tersayang selagi kita tidak membenarkannya.

“Yang pasti, suami isteri perlu bekerjasama dan sering menyokong antara satu sama lain tidak kira sesukar mana halangan yang terpaksa dihadapi kerana melalui kesepakatan dan persefahaman yang terjalin akan membuatkan pasangan sentiasa hidup dengan gembira walau sekuat mana badai melanda,” katanya.

 

~Berselisih sekali sekala tu biasalah, tapi janganlah sampai mendera atau yang lebih takut membunuh pulak. Masih terkenang di saat diri ini melangkah keluar dari rumahku ketika menuju ke utara tanah air, iaitu ke rumah suamiku dua belas tahun yang lalu( insyaallah tak lama lagi akan sambut ulang tahun yang ke 13) ayah, ibu, kakak dan abangku berpesan agar aku jaga tingkah laku ketika di rumah orang. Kalau ada apa yang tak tahu tanya. Ayahku pulak siap pesan kepada mak mertua aku agar ajar aku masak huwaaa, dan tolong tegur mana yang aku buat silap, maklumlah sebagai anak bungsu yang tak pernah ke mana-mana selain dari rumah kakak dan abangku…aku tidak biasa ke rumah orang lain.

Tapi alhamdulillah berkat sabar dan tunjuk ajar dari mak mertuaku yang sentiasa melayan kerenahku, aku dah jadi pandai masak kari hihihih. Ya lah orang Kelate ni manalah suka kari kalau masak karipun sebulan sekali kot, lainlah kalau mak mertuaku hari-hari karipun tak apa hehehehe. Kalu nak dikutkan duk ngan mak mertua ni walau baik macam manapun ada gak makan hati( maklumlah aku ni kan sensitif). Tapi alhamdulillah kerana suami faham situasiku dan situasi mak mertuaku. Kalau suami yang tidak memainkan peranan gara-gara mak mertuapun rumah tangga boleh hancur. Tu lah apa-apapun kena bertolak ansur.

~ya betul sebagai suami isteri hidup ni mestilah bertolak ansur,kalu ada perselisih kecik-kecik tu abaikan sajalah. Buang yang keruh ambik yang jernih……..

Advertisements

4 Respons to "Muafakat mampu jamin kebahagiaan"

salam kak..maaf lah lama tak contact akak…busy sgt kak…huwaaaa!!!! akak doakan ye..moga mudah urusan kita sume..ameen…

salam epel…..xpe x contengpun,akak faham kok hihihih. Insyaaallah semoga kita semua dalam keberkatan-NYA ye..amennnn….

yang mana satu no hp akak yg aktif skrg? epel anto banyak sms takde 1 pun yg delivered…hihihi..sumenya pending…

lho epel yg lama tu masih aktif lagi.cuma utk sms jer……kalu nak call huhuhu rosak..entah dian ak suruh tukar yg baru tu hihihihi…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2007
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 845,722 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: