bila hatiku berbicara

Jarangnya tudung

Posted on: Mac 27, 2007

Hari ahad yang lepas aku di ajak oleh suami dan anakku ke Midvalley untuk membeli barang-barang dapur…..pada mulanya aku agak malas hendak ke mana-mana sejak akhir-akhir ni. Aku rasa keadaan kakiku rasa semakin teruk….memanglah berdiri ok…tapi kalau aku nak bengkokkan dia pulak alahaiiii tu laaa yang sakit. Nak kata tak makan ubat aku dah ambik kalsium lah dan memacam lagi. Cuma aku tak tahan minum susu……cakaplah untuk kalsium ker apa ker aku memang tak suka susu tepung. Tapi kalau susu pekatpun itu bolehlah……….tapi tu pun aku tak suka.

Dalam duk mencari tudung aku mencuba tudung warna putih yang suamiku beli ketika dia ke Trengganu baru-baru ni. Eh nipisnya tudung tu………kalau pakai anak tudung warna hitam nampak pulak dengan jelas, leherpun nampak ……aku pernah nampak orang yang pakai tudung nipis ni nampak rambut kat dalam tudung tu. Itulah masalahnya aku nak beli tudung jarang yang aku temui tudung yang menepati cita rasaku asyik……… nipis jer…..kadang-kadang aku tak tau nak pakai tudung yang mana satu…. mungkin sebab itulah aku selalu pakai tudung yang sama kalau ke mana-mana. Selalunya kalau tudung yang di beli kat Mekah takde lah jarang sangat………..selesa untuk di pakai.

entahlah, senang-senang beli jer kain untuk di buat baju buat tudung…….nak buat macam mana dah susah sangat nak cari tudung yang sempurna. Kalu nak pakai dua lapispun boleh jugak……..entahlah……..

Petikan dari majalah hidayah keluaran mac 2007

zaman sekarang ni, ramai wanita yang tidak bertudung yang tidak menutup auratnya. Kalau bertudung pun, hanyalah sebagai satu fesyen saja. Ada yang bertudung nampak jambul, ada yang nampak pusat dan perut, ketiak pun nampak. Rasulullah s.a.w “wahai anakku Fatimah, adapun kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka ini ialah tentagn wanita-wanita yang tidak menjaga rambutnya( tidak bertudung) di hadapan lelaki”.

Wahai kaum wanita tutuplah aurat-auratmu dengan sempurna……..sesungguhnya azab Allah teramat pedih. Dunia ini hanyalah sementara…di sana kekal abadi.

p/s “jarang”adalah dalam loghat Kelate sama makna dengan nipis……tapi oghe Kelate sebut “jaghe” hihihi.

Advertisements

2 Respons to "Jarangnya tudung"

a’kum kak, menjawab soalan akak, saya oghe kelate gak. ejaan “jaree” tu lagi tepatnye “jaghe”.baru ade nahu. hehehe

waalaikumusalam…hihihih betul luper ek trima kasih ek…..nati akok uboh deh.hihihih lamo tak kecek ngan oghe kelate kekekeke..gitu lah jadinya………….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2007
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 848,179 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: