bila hatiku berbicara

Mencari Menantu

Posted on: Mac 29, 2007

Alhamdulillah akhirnya hasratku malam ini tercapai juga untuk melihat pasangan-pasangan pengantin baru realiti TV9 mencari menantu di ijabkabulkan. Insyaallah kalau tiada aral aku teringin menonton lagi kemuncak cinta mereka pada 31 mac ini. Tapi hehehe seperti biasalah aku ni hanya suka menonton saja realiti tv ni…..ni jer yang aku tengok… lain-lain aku tak pernah tengok….AF ker,Maklaysian Idol ke apa ke namanya lagi … aku tak minat buang masa saja tengok….bukannya dapat apapun kat kita. Depa gak yang kayaknya. Tapi yang mencari menantu ni aku teruja pulak untuk menontonnya. Tapi satu sen duit sms aku tak pernah melayang bab-bab realiti TV ni……..tengok jer duit tak melayang beb buat rugi jer..baik bagi kat bersamamu ke…….yayasan Nurhikmah ker..

Pasangan ini semuanya cute dan hensem belaka……..haaa tu tak penting………yang penting mereka ini adalah pasangan yang serasi dan beriman…..sesungguhnya jodoh mereka telah di tentukan sedari azali lagi. Hampir menitis air mataku bila melihat pasangan Izan dan ibunya menanggis takala ibunya melafazkan kata-kata untuk anakandanya. Terkenang aku pada saat aku menempuh ke gerbang perkahwinan dulu tu citer lain kali lah hehehe. Ibu mana yang tidak sedih bila melihat anak yang di kandung dan di tatang bagaikan minyak yang penuh kini sudahpun menjadi milik orang. Hmm kalaulah aku ada anak perempuan teringinnya aku menanti saat-saat begitu??? tapi apakan dayaku anakku lelaki….tak mengapa alhamdulillah syukur kepada Allah….nanti sampai saat dan ketikanya anakku jua akan melangkah ke alam perkahwinannya juga.

Yang paling aku suka tengok pasangan Danial dan Adawiyah……..telah di takdirkan jodoh mereka sepadan..alhamdulilah pertemuan dua budaya…..kerana cinta dan kasihnya Danial kepada islam lalu dia sanggup meninggalkan agama asalnya demi mencari keimanan yang sebenar, lalu di kurniakan Adawiyah sebagai permaisuri hatinya sebagai pembimbingnya ke jalan yang benar, jalan yang Allah redha…..sesungguhnya agama disisiku adalah islam. Bab kata Danial kepada ibunya ketika di majlis pertunangannya dulu………kata dan lafaz kasih dari seorang anak kepada seorang ibu tercinta. “Ibu, walaupun saya bertukar agama tetapi saya tetap akan menjaga ibu hingga ke akhir hayat,saya tidak masuk melayu tetapi saya masuk islam” Islam adalah agama untuk semua bangsa”. Syahdunya bila Danila melafaz kata itu.

sebenarnya sebelum aku menonton realiti TV mencari menantu tu……aku sudah mendengar ceramah yang suamiku sampaikan…..petang tadi. Ada penceramah yang baru memeluk agama islam yang memberi ceramah di tempat kerjanya. Alhamdulillah kerana Allah telah membuka pintu hatinya untuk menerima islam. kita sebagai islam yang tulin ini hendaklah menunjukkan contoh-contoh yang baik kepada mereka yang bukan seagama dengan kita, barulah mereka teruja untuk mendekati agama kita. Alangkah malangnya kita sebagai orang islam memandang rendah kepada bangsa lain…kerana kita tidak tahu kalau Allah hendak campakkan hidayah kepada mereka…..tidak mustahil mereka akan mencari agama yang Allah redha iaitu islam.

Lancarnya Danial ketika upacara akad nikah itu….wah teruja lagi bila dia panggil sayang kat Adawiyah…..alhamdulillah kepada pasangan ini aku mendoakan semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat. Sayunya hati bila melihat titisan air mata mereka? Barangkali begitulah kalau aku bakal menjadi mak mertua nanti hihihih. Wah mataku pun dah mengantuk bangat nih……. aku rasa dah pagi dah ni…..tepat jam dua belas malam………….assalamualaikum.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2007
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 848,415 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: