bila hatiku berbicara

Baju PenGanTiN ku

Posted on: Mac 30, 2007

Alhamdulillah ada jugak pakaian untuk di pakai

Alhamdulillah syukur…dalam kenangan

Pagi ni tatkala aku bersama anakku, aku menceritakan kisah-kisah keluarga kami, cerita tentang perkahwinan kami….lalu aku bangun dari tempat dudukku dan aku mengambil sesuatu dari almari pakaianku…….lantas aku menghulurkan kepada anakku………sambil berkata kepada anakku……”inilah pakaian pengantin ibu, murah saja harganya….kalau harga baju orang lain beratus ribu” (kalau aku harga baju tu dah boleh beli rumah dah hihihi)……ku cukuplah dengan harga yang terlalu murah. Tak mengapalah……..teringat aku dengan satu ceramah yang ku dengar…kalau tak silap penceramah itu dari Singapura iaitu Ustaz Ahmad Ismail. Katanya takala puteri Rasulullah memakai pakaian pengantin sahabat Rasulullah iaitu syaidina Abu Bakar menanggis bila melihat baju puteri Rasulullah bertampal dua belas. Masya-Allah………..kalau puteri Rasulullah yang sudah tetap menjadi pemimpin wanita di syurga memakai pakaian bertampung dua belas apa lagi kita?( kalau nak dengar kisah tersebut carilah cd atau keset Ustaz Ahmad Ismail, memang kalau dengar ceramahnya boleh menitis air mata kita, akupun tidak tahu sekarang ini ustaz ni masih ada lagi atau tidak). Zaman sekarang……kalau nak menikah terlalu bermewah hinggakan membawa kepada pembaziran. Ah……itu hak mereka….tapi bagiku cukuplah segalanya bersederhana, yang penting tidak membebankan ibu bapa dan anak itu sendiri. Tapi bagi golongan yang mampu tidak menjadi masalah bagi mereka. Citarasa manusia itu berbeza-beza.

Teringin aku mengabadikan dalam blog ini……..tetapi sayangnya aku tidak punya scaner dan kemera digital hehehe. Dulu baju pengantinku kecil saja……..padanlah dulu anak dara tak segempal macam sekarang ni……….kalau dulu 47 kg habis kecil……..tapi sekarang huwaaaaa….baju tu pun dah tak muat. Betullah bila umur kita meningkat di tambah pulak dengan beranak pinak hormon dalam badan kita berubah.


Memanglah hukum alam…..budak kecil akan jadi besar…..dan seterusnya orang muda jadi tua…dan seterusnya di mana lagi kita kalau bukan di KUBUR??(tak kan lah nak muda sokmo hihihih)???? sudah cukupkah bekal amalan kita? Ya Allah aku takutnya….pagi tadi bila aku terjaga dari tidur aku dengar orang azan subuh bercampur dengan lagu hindustan. Aku cukup marah sekali. Langsung tidak menghormati azan subuh yang berkumandang………aku agak itu mungkin jiran India kami.
Kalau orang islam waktu itu di galakkan membaca al quran dan berzikir……….bukannya mendengar lagu-lagu menyembah tokong….tak sedap betul halwa telinggaku pagi tadi. Tapi apa nak buat itu hak mereka….kalau suami dan anakku buat kerja tu aku tak teragak-agak untuk menegur mereka. Menegur kepada kebaikan tak mengapa…..lagipun umur kita dah sampai ke peringkat yang takde masa nak bergalak-galak macam orang muda. Saling tegur menegur itu membawa kepada kebahagiaan untuk semua…..tapi ada orang tak suka……..padaku terbuka insyaallah.

Ku ambil baju pengantinku ku lipat………..kataku kepada Hafiez “nanti suatu saat ibu tiada lagi di dunia ini….jangan dibuang baju ini..simpanlah untuk kenangan. Kalau tidakpun bagilah kepada cucu-cucu perempuanku. Sementara aku masih ada akan ku simpan menjadi khazanah yang amat berharga untuk kenanganku di masa akan datang. Kenangan dua belas tahun lalu menjelma kembali……..baju inilah yang ku pakai ketika di ijabkabulkan….baju ni jugalah yang terkena kek aising ketika aku bergambar dulu……tapi sayangnya aku tiada gambar pengantin kerana semuanya tak jadi….kerana gara-gara aku malu sangat ,sebab ramai yang nak tengok aku………aku memang tak suka di pertontonkan walaupun mereka nak melihat aku dari dalam kamar pengantin. Wah itu pengantin zamanku dulu…penuh dengan adat lama……..kalau zaman sekarang pengantin di pertontonkan di khalayak ramai dengan memakai baju jarang,berkembang bagaikan telanjang. Tapi aku tau dosa dan pahala……bukan memuji diri sendiri……tetapi cukuplah dengan bertudung labuh dan tanpa make up yang tebal aku di ijab kabulkan oleh tuan imam berwalikan ayah aku. Wah wah ni akan ku sambung di citer aku kemudianlah hihihih…….sebenarnya kisahku dulu saja aku tulis kat relexjap…….dengan tajuk “suratan takdir atau kebetulan”. Sekadar bercerita sahaja.

Ahh……cukuplah……salam jumaat buat semua selamat menyambut maulidul rasul…banyak-banyak berselawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Sekeping poskad kasih dari seorang suami kepada isterinya….tapi sayangnya…aku tidak dapat mengabadikan gambar bunga cute tu hihihih siannya aku………terima kasih abe sayang sama-sama kita mencari keredhaan-NYA ameennnn…. (bagus jugak kalu merajuk ni hihihihi).

Awwa, Kaulah Isteriku untuk selamanya ke akhir hayat

Usah kau gusar lagi, abang tetap sayang, kita sama-sama mengemudi kehidupan ini menuju ke alam akhirat dengan keizinanNya sentiasa memohon keredhoanNya dan bersama di dalam syurga di akhirat yang berkekalan. Marilah kita bersama menambah bekal untuk perjalanan ke alam yang kekal abadi.

Abe

Advertisements

21 Respons to "Baju PenGanTiN ku"

Assalamulaikum,

Ustaz Ahmad Ismail masih sihat dan masih menetap di Singapura. Saya adalah anak saudaranya.

Syukur ada penghayatan apabila mendengar siri ceramah beliau.

Sekian,
Din

kak, nanti epel dtg..epel amikkan gambo baju akak tu ek..pastu bule akak letak dlm blog akakkan…

Waalaikumusalam

alhamdulillah kerana anda adalah anak buah ustaz Ahmad Ismail……..sampai ke hari ini saya tercari2 cdnya…..memang kalau mendengar ceramahnya banyak memberi iktibar dan keinsafan kepada diriku yang terlalu naif ini……kalau nak diikutkan dulu saya selalu membeli kesetnya bersiri2 pulak tu…dari bab kematian dan mamacam2 bab lagi…..tapi sayangnya keset tak kekal lama kerana rosak.tapi kalau cd atau vcdnya tak rosak.sampai ke hari ini sy tercari2 di mana utk sy dapatkan cd atau vcdnya…….terima kasih saudara

epel tak yah buat malu saja hihihih….saja2 jer……….

Askum,hai best tau your stories,w/pun i x bca habis lg but i really like this.

Liana sekadar berkongsi kisah saja xde apa2pun..mekasih singgah sini..datang lagi………..

salam kenal.. blog yg menarik..

salam kenal jugak Zino..tak menarik tara manapun Zino…saja mengisi masa lapang………

bila nak update ni? hehe

salam zino entahlah Zino..banyak lagi benda yg nak kena pk berclaru jadinya…..apa2pun mekasih ya datang sini…….

datang lagi meninjau.. hehe

datanglah Zino..tp kan nak gak tau siapa Zino ni…duk kat mana anak sapa hehehe…aik banyak tanya lak..mekasih ya kerana sudi datang…

saya baju pengantin sewa aja….tak mampu nak beli …huhuhu…pinjam kat kawan aja pun

alah beli yg paling murah sekali ridwanto..kalau nak sebut harganya alahai malu mak aiiii…itu bukan baju pengantin rasanya bg org zaman sekarang…………..

tak apa…asalkan kita bahagia sehingga akhirat….

akak baru perasan komen Ridwanto nih…erm betui tu ameeennn………….moga bahagia hingga ke syurga………….

salam
selalu masuk sini tapi rumah ni macam lengang je.. tuan rumah dia ni sibuk la kot hehe

salam Zino..mmg akak akui..rumah ni lengang..tu lah nak buat lagu mana ideapun takdak..lagipun loni sibuk dok baca crita2 hangat kat blog org…adossss macam2……..kalu nak baca citer2 kat blogspot akak tu andai itu takdirnya utkku..blog ni dah macam rojak..tu la tak berapa minat nak tulis citer dah..n copy2 aje lah kot……….

saya pun kalo bole nk pakai yang menutup aurat dan labuh tudung nye.tapi kadang-kadang masyarakat sekeliling dan orang yang tak memahami konsep menutup aurat akan mengata di belakang.tak faham la dengan orang-oarang sekarang ni.

salam tahun baru …
selalau juga meninjau kat sini tapi tak ada cerita baru.. bila nak update ni hehe

Salam tahun baru jugak utk Zino…dah update dah sikit2 tu……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2007
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 845,678 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: