bila hatiku berbicara

KiaMat SudaH DeKat

Posted on: April 2, 2007

Petang semalam sambil tunggu anakku balik dari menghadiri motivasi di Kuala Lumpur aku on TV1. Wah ada sinetron dari Indon “Kiamat sudah dekat”. Aku tidak pernah jemu menonton cerita ini walaupun sudah berkali-kali di tayangkan di mana-mana stesyen TV. Bukannya apa aku suka watak-watak yang di tonjolkan di dalam drama tersebut dan sedikit sebanyak adalah jugak mesej-mesej yang boleh diambil.

Aku suka watak Fandy seorang yang tak tau apa-apa tentang agama……dan aku jugak suka watak seorang anak kecil( lupa nama dia) yang sedia membantu Fandy dalam mengajarnya solat. Dan aku terfikir kalaulah semua anak muda-muda yang begitu kan bagus……walaupun meminati muzik tetapi agama dan asal usul tidak di lupakan. Kalau kita tak tau kita kena belajar……..tapi hari ini bila kita tengok terlalu sedih keadaan anak-anak muda kita yang jauh terpesong dengan gejala-gejala yang tak sihatnya…….dengan mat rempitnya..dengan budaya punk, black metal dan anak-anak gadisnya pulak pun hancur lebur? siapa yang harus di persalahkan? Ibu bapa,diri sendiri atau kawan-kawan? Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan merekalah yang merubah diri mereka sendiri..samada hendak menjadi baik atau sebaliknya.

Kata orang kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi sedikit sebanyak kewangiaannya tempias jugak kepada kita…tetapi kalau kita berkawan dengan orang yang tak tentu arah kita akan rosak……carilah kawan yang boleh di buat kawan…andainya tersasar jauh pulanglah kepangkal jalan kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

seperti diriku yang mempunyai anak lelaki yang bakal menempuh alam remajanya…….sedikit sebanyak rasa gusar tu mesti ada jugak……..kerana aku tidak selalu berada di sampingnya..lambat laun dia akan ke asrama. Aku pernah bertanya anakku…”nak kalau di takdirkan ibu dan ayah sudah pergi adakah Hafiz akan solat? Adakah Hafiz akan menjadi anak yang soleh? Adakah Hafiz akan pergi ke masjid-masjid atau adakah Hafiez akan melupai segala pesanan ibu dan ayah”????? Jawapannya tidak….sekarang dia akan kata begitu adakah bila dia sudah besar dan terbang meningalkan ku dia akan ingat segala apa yang aku pesan????? Jauh di sudut hatiku selalu berdoa semoga dia akan menjadi anak yang soleh…..

Oh ya hampir terlupa aku..aku jugak sempat menonton cerekarama “mencari arah kiblat” ……cerekarama tu memanglah bagus……tapi yang aku tak suka si Eja tu sepatutnya bertudung dalam cerekarama tu barulah sesuai…….seperti drama “rebah di hujung pelamin” yang di siarkan di TV1 sempena maulidul Rasul. Hmm apa-apa pun itu terpulang kepada pengarah drama tersebut.

Sebenarnya aku ni taklah berapa gemar sangat menonton TV…….cuma kalau aku rasa nak tengok saja aku tengok…..tu pun kalau yang aku suka.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

April 2007
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 848,179 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: