bila hatiku berbicara

InILah ReaLitI KeHIduPaN

Posted on: April 13, 2007

Saya tak pernah dendam mereka’

Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: “Saya tidak pernah membuang tujuh anak saya dan memaafkan segala perbuatan mereka, namun saya lebih rela tinggal di Pusat Jagaan Warga Emas,” kata Bakhtiar Ramli (bukan nama sebenar), 63, ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, dia tidak pernah menyimpan dendam kepada semua anaknya walaupun ada antara mereka pernah mengguris hatinya serta mengeluarkan kata kesat terhadap isterinya.

Bagaimanapun, katanya, dia kini lebih rela menumpang di Pusat Jagaan Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Saya akui, sebagai bapa mungkin saya tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik atau seperti bapa lain.

“Mungkin juga saya tidak mampu menyediakan yang terbaik kepada mereka selama ini. Tetapi, walau apapun yang berlaku, saya tetap menganggap mereka bertujuh anak saya dan tidak pernah membuang mereka daripada hidup ini.

“Namun, saya tidak mahu lagi tinggal bersama anak kerana bimbang kejadian lama berulang,” katanya ketika ditemui sebelum dihantar ke Pusat Jagaan Warga Emas, di sini.

Menurutnya, antara yang paling menyedihkan ialah apabila terpaksa menyambut Aidilfitri dan Aidiladha tanpa anak dan 10 cucu yang diketahuinya, namun bersyukur kerana masih ada saudara yang sanggup membela dia dan isteri.

Katanya, itulah antara saat paling sebak pernah dilaluinya terutama apabila melihat keluarga lain bergembira bersama kaum keluarga masing-masing.

Sabtu lalu, Harian Metro melaporkan tujuh beradik boleh disifatkan sebagai anak derhaka apabila sanggup membuang Bakhtiar Ramli dan isterinya yang menghidap penyakit asma dan sakit mental, sejak setahun lalu, hingga pasangan warga emas itu terpaksa menumpang dan menagih simpati di rumah saudara mereka.

Lebih menyayatkan hati, seorang anak pasangan terbabit sanggup memaki hamun ibu mereka yang menghidap sakit mental ketika mereka menumpang di rumahnya di Kangkar Tebrau di sini, sebelum ini, menyebabkan pasangan itu mengambil keputusan untuk melarikan diri.

Berikutan itu, pasangan berkenaan bertekad tidak mahu lagi tinggal bersama anak mereka, walaupun jika dipujuk dan lebih mengharapkan ihsan JKM bagi menempatkan mereka di rumah orang tua.

Semalam Harian Metro melaporkan beberapa Ahli Parlimen mengutuk perbuatan tujuh anak warga emas terbabit di Dewan Rakyat sambil mencadangkan tindakan diambil terhadap mereka.

Sementara itu, Pegawai JKM Johor Bahru, Manayi Ibrahim, berkata anak sulung lelaki itu hasil pernikahan terdahulunya sudah bertemu beliau dan memberitahu masalah sebenar keluarga mereka.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya kini masih mengesan enam lagi anak lelaki itu termasuk empat hasil perkongsian dengan isterinya sekarang.

Bakhtiar dipetik sebagai berkata, dia melarikan diri selepas seorang daripada anaknya sering memarahi dan mengeluarkan kata-kata kesat ke atas isterinya yang sakit mental.

Walaupun sering dinasihatkan, anaknya itu tetap berdegil dan terus mengulangi perbuatan itu menyebabkan pasangan itu melarikan diri, Februari tahun lalu dan tinggal bersama seorang saudara di Taman Molek, di sini.

~Na’uzubillahhiminzalik…..inilah dunia akhir zaman yang mana Rasulullah s.A.W telah bersabda di akhir zaman ibu bapa melahirkan tuannya sendiri….inilah terbuktinya melahirkan anak yang durhaka(takut rasanya nak sebut perkataan tu)? Ingatlah wahai anak……redha Allah itu terletak kepada redha kedua ibu bapanya…..kalau kedua ibu bapa tidak redha Allah tidak akan redha tak bau syruga anak-anak yang mendurhaka kepada ibu bapanya. Sedih hati aku bila mengenangkan nasib pasangan ini, betullah………sepuluh anak tidak bisa menjaga kedua ibu bapa mereka……tetapi ibu bapa sanggup menjaga anak-anak mereka walau sekeliling pinggang.

Dari awal mengandung ibu sudah bersusah payah membawa janinnya ke sana ke mari…..bila tiba saatnya untuk melahirkan zuriatnya ibu tidak pernah mengeluh walaupun sakitnya ibarat nyawa di hujung tanduk….dan sebagai seorang ibu hanya mendoakan yang terbaik untuk anaknya……. cabaran selepas melahirkan banyak pula…tetapi kedua ibu bapa tidak pernah mengeluh menjaga anak-anaknya, malah mereka gembira melihat tawa dan tanggis anak-anak mereka, tetapi kenapa tergamak anak-anak melakukan begitu kepada kedua ibu bapa mereka????.

Ingatlah, sampai saat nanti anak mereka pula akan memperlakukan begitu kepada mereka yang durhaka kepada kedua ibu bapanya. Teringat aku ketika mendengar ceramah dari Ustaz Ahmad Ismail( peminat Ustaz Ahmad Ismail). Sepasang suami isteri melayan ibunya dengan buruk, iaitu dengan mengurung ibu tua di gubuk buruk di belakang rumah…..dan di beri bekas makanan dengan tempurung kelapa…..siapa pernah mendengar ceramah dari ustaz ini pasti menitis air mata. Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki yang sentiasa memerhati perilaku ibu bapanya kepada neneknya. Suatu hari ketika melintas di suatu parit( atau longkang besar) bersama dengan kedua ibu bapanya ternampaklah anak ini satu tempurung terapung di dalam air……..anak ini lalu berkata” ibu kalau ibu sudah tua saya akan beri makan ibu dengan tempurung itu”. kita takut pembalasan Allah kepada kita seandainya kita tidak berbuat baik dengan ibu bapa kita……itulah aku selalu berpesan kepada anakku hormati ibu dan ayah dan orang-orang yang lebih tua dari kita. Tidak di nafikan hati seorang ibu sepertiku mudah tersentuh, tambah-tambah oku sepertiku ini kalau anak meninggi suara sikit aku dah mula terasa inikan anak yang sanggup memaki hamun ibunya sendiri yang sakit pulak tu???? Seorang anak hendaklah sentiasa berlemah lembut dengan ibu bapa mereka…….besar pahalanya….sedangkan memandang kedua ibu bapapun sudah dapat pahala jangankan untuk berbuat baik. Takutlah pembalasan Allah wahai anak…..bertaubat dan minta ampunlah sebelum kedua ibu bapa kita sudah tiada lagi di dunia ini. kita tak tau entah esok atau lusa mereka akan pergi meninggalkan kita……….kita jangan hanya menyesal di kemudian hari…ini juga merupakan peringatan untuk diriku sebagai anak dan sebagai ibu. Aku bersyukur kerana Allah telah memanjangkan usia kedua ibu dan ayahku. Walaupun ayahku hampir mencecah ke angka lapan puluh tahun tetapi ayahku masih kuat….dan alhamdulillah ayahku tidak pernah nyayuk kerana setiap saat Al-quran menjadi basahan lidahnya saban hari dan malam. Ya Allah aku benar-benar bersyukur kepada-Mu. Bagiku dalam dunia ini aku hanya ada satu ayah dan satu ibu yang tidak ternilai dari segala harta benda di dunia ini. Andainya mereka pergi tidak akan ada pengantinya lagi, namun aku sentiasa berdoa semoga mereka di panjangkan usia……..supaya aku berpeluang untuk menjaga mereka pula. Sebagai anak rantau aku tidak selalu pulang ke kampung menjenguk mereka oleh kerana keadaan fizikal yang tidak mengizinkan………namun aku percaya mereka memahaminya. Terima kasih ibu….terima kasih ayah.

Padaku biarlah ibu bapa kita sesusah mana sekalipun tetapi bila kita besar dan yang dah berkerja tu….. janganlah ibu bapa kita di pinggirkan. Sesungguhnya ibu bapa tidak pernah mengharapkan apa-apa dari anak-anak mereka………….mereka hanya mengharapkan kasih sayang dari kita. Tetapi sebagai anak yang baik kenanglah jasa ibu bapa kita……..hulurkanlah sumbangan seikhlas mungkin………..mereka ibu bapa kita…………benarlah syurga itu di telapak kaki ibu.

Selalunya aku dan suami kalau ada kisah-kisah begini aku ajak anakku hafiez sama-sama membaca kisah sebegini. Aku tenung wajahnya dan aku bertanya “Hafiez, bila sudah besar nanti adakah Hafiez sanggup menjaga ibu dan ayah? sanggup katanya……dan aku bertanya lagi adakah Hafiez akan hantar ayah dan ibu ke rumah orang-orang tua? aku sengaja hendak menduga anakku…dia kata tidak ibu Hafiez sayang ibu………kekadang bergenang air matanya kalau aku cerita begini……….sebagai seorang ibu aku bersangka baik, dan insyaallah anakku tidak begitu. Aku tidak kisah seandainya di takdirkan hanya inilah sahaja permata hatiku…..asalkan kalau aku panjang umur boleh menumpang kasih dari anak dan cucu-cucuku. Anak seorangpun tidak mengapa asalkan menjadi anak yang soleh alhamdulillah…..aku redha dengan pemberian-MU Ya Allah. Apalah ertinya anak tujuh kalau satupun tidak dapat menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa mereka……..aku ucma ingin bertanya apa yang ada dalam fikiran anak-anak pasangan ini kepada ibu dan bapa mereka, adakah kerana:

1. Ibunya sakit mental dan sakit asthma? aku percaya ibunya sakit kerana tekanan perasaan dan rindu kepada anak-anaknya, dan bertambah parah lagi kerana salah seorang anaknya sanggup memaki hamun ibunya? Inikah balasannya seorang anak kepada ibunya yang melahir dan membesarkannya? Kalau kedua ibu bapa kita tidak dapat memberi kemewahan untuk kita apakah kita membalasnya begini? Ingatlah harta dan segala pangkat jugak nyawa kalian sendiripun hak Allah…..kalau hari ini di cabut nyawa kita bagaimana? ketika itu tiada penyesalannya lagi melainkan jawablah di hadapan Allah s.w.t. Walau apapun buruk atau sebagainya ibu adalah ibu kita…………kita tidak perlu malu walau apapun keadaan ibu dan ayah kita.

Oh ya baru sebentar tadi aku menonton sinetron dari Indonesia yang bertajuk Bunda. Dinna (anak Andhini) tidak dapat menerima ibunya yang berstatuskan pe……(menjual maruah diri bahasa lembutnya)…..lalu ibu ini membawa hati yang luka kerana anaknya tidak dapat menerima ibunya…..setelah dia tersedar yang hasil dari menjual maruah diri ibunyalah dia membesarkan Dinna dan menanggung segala persekolahannya hingga menjadi seorang lawyer…. Dinna terpaksa di serahkan kerumah asuhan kanak-kanak, kerana ibunya tidak mahu Dinna tahu yang ibunya seorang pe…….tetapi akhirnya Dinna telah sedar dan mencari ibunya yang sudah pergi………sudah terlambat. Walaupun ini hanyalah sinetron dari lakunan tetapi sedikit sebanyak bleh kita ambil sebagai renungan dan iktibar. Itulah sebabnya, ketika ibu dan ayah kita masih ada sayangilah mereka……..kasihilah mereka…….kasihanlah mereka, jagailah mereka……..ingat kita jugak akan tua………apa rasa kalau di takdirkan anak kita buat begitu balik kepada kita??????

2. Adakah anak-anak pasangan ini tidak pernah mengaji ilmu agama? tidak pernah ke masjid atau mendengar ceramah-ceramah agama di surau atau masjid? selalunya pak-pak ustaz ada menceritakan kisah-kisah anak yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya. Ingat kisah Al-Qomah???????Anda semua tahu kisah ini kan? Sedih nya………..kasih seorang ibu walaupun pada mulanya tidak memaafkan anaknya tetapi mungkin itu hanyalah untuk melepaskan rasa kesedihan……tetapi pada hakikatnya seorang ibu atau ayah tidak pernah membenci anak-anak mereka sebagaimana pasangan ini.

3. Tidak adakah perasaan kasih dan sayang yang terbit dari hati anak-anak ini kepada ibu dan ayah mereka? apalah salahnya kedua ibu bapa mereka? suatu hari Rasulullah s.a.w telah di tanya oleh seseorang ………siapakah yang harus di muliakan???? Nabi menjawab ibu mu…..ibumu…ibumu sebanyak tiga kali baru ayah.

Ya Allah jadilah aku anak, isteri dan ibu yang terbaik untuk keluargaku. Segala apa yang aku coretkan ini hanyalah luahan perasaan dari hatiku yang mudah tersentuh..mungkin jugak aku ini bergelar oku maka hatiku mudahsensitif….yang baik ambillah dan yang tak baik itu anggaplah itu lahir dari kelemahan aku sendiri…Jazakallah hikhairan khasiran …….assalamulaikum………..

P/s walau apapun yang telah anak-anak lakukan kepada kedua ibu bapanya, sebagai ibu bapa doakanlah mereka……mudahan Allah akan memberi hidayah kepada mereka…….ini juga merupakan ujian dari Allah untuk pasangan ini dan mungkin masih ramai lagi yang mengalaminya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

April 2007
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 848,179 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: