bila hatiku berbicara

~Terima kasih Teman~

Posted on: April 15, 2007

Malam tadi hpku berdering beberapa kali tertera nama Lea……”awwa dah tidur ke?saya nak datang rumah ni? suara Lea kedengaran di hujung talian. Saya nak hantar lauk ni……….kebetulan nak pergi ambil suami di Taman Jaya. Tapi saya masak tak sedaplah”? Alahai Lea wat susah-susah ajelah………malam-malam pulak tu aku mencelah……..tak apalah……..lagipun saya dah lama tak tengok awak”. Bagiku kalau orang lain masak memang sedap hihihi.

tepat jam 10 Lea dan anak-anaknya sampai ke rumahku……..tahu-tahu sajalah Lea kalau dia datang tak cukup tangan di bawanya buah tangan kepadaku. Kadang-kadang aku rasa malu pulak…..tetapi Lea terlalu baik denganku. Aku dalam diam jatuh sayang padanya……..sayang sebagai saudara seislam.

“Awwa saya tak boleh lama ni………nak pergi ambil suami pulak ni…..nanti lain kali kita cerita panjang ye? Awak jaga diri baik-baik ye?” Ku buka mangkuk yang masih panas……terbitlah aroma ikan masak asam pedas………alhamdulillah kebetulan malam tadi aku tak menjamah sebarang makanan gara-gara tak tahan dengan bau ikan salmon. Entahlah aku memang tak suka makan ikan yang bersaiz besar……..tekak aku agak sukar untuk menerim ikan-ikan yang besar aku jadi loya…………jadi aku lebih suka memilih ikan yang kecil-kecil……

Lea adalah suatu nama yang suatu waktu dahulu begitu asing bagiku…….aku cuma melihat penulisannya di grup relexjap. Pertemuan aku dengannya bermula ketika aku mula-mula menulis kisah hidup di relexjap. Aku memang hobi menulis………kalau nak kata menulis tu tak tepat sebab aku ni lebih kepada bahasa pasar dan mengunakan slanga-slangan yang entah apa-apa. Pada mulanya aku takut-takut hendak menceritakan pengelaman pahit manis sebagai oku di relexjap……….aku takut nanti orang kata apa……..tetapi kalau aku tak mencoretkan kisah suka dukaku……..aku nak tulis apa? aku bukannya pandai menulis novel seperti orang lain…………aku tak pandai nak berkhayal untuk menzahirkan sebuah novel melainkan diadaptasi dari kisah kehidupanku. Aku memang berhasrat untuk membukukan kisah kehidupanku. Tapi aku tidak tahu bila. aku tidak seperti orang lain. Aku agak pemalu ya amat. Kalau orang lain mempromosikan blog tapi aku malu.

Masihku ingat lagi di awal pertemuanku dengan Lea, dia telah mengikuti kisah suka duka hidupku sebagai oku…………aku bukanlah bermaksud untuk mempromosikan kisah kehidupanku. Tapi sudah ku katakan, kalau aku tidak menulis kisahku aku nak tulis apa lagi????? Pada mulanya aku terasa cuak jugak, maklumlah dialah orang yang pertama ingin menemuiku dan menghantar emel yang beserta no telefon pejabat dan hpnya. Pada pendapatku dia berterus terang dan jujur orangnya…..

Dialah teman cyberku yang pertama ku temui di group relexjap( sebelum ini ada aku jumpa rakan syber dari grup lain. Selepas itu di susuli oleh kawan-kawan dari grup gabungan komuniti orang kurang upaya. Menyingkap kembali pertemuanku dengan Lea………dia membawakan aku beberapa buah novel………..dan yang paling aku tak lupa sepasang batik star mawi . Sampai ke hari ini aku sudah membaca novel-novel itu lebih dari sepuluh kali, aku sememangnya gemar membaca novel-novel. Terlalu baiknya dirimu teman. Namun begitu teman aku tidak pernah mengharapkan apa-apa dalam persahabatan kita……baik dirimu Puan Epel atau teman-teman yang lainnya. Cukuplah kalian sudi menjadikan aku sebahagiaan dari sahabat kalian aku besyukur banyak-banyak.

Aku juga tidak pernah lupa kawan-kawan oku  penglihatan yang bersusah payah datang menemuiku. Kak Siti dari Sabah, Kak Ros  dan ramai lagi…………aku tidak pernah lupa kepada Kak Siti, dia juga terlalu baik denganku…..walaupun diantara aku dan dia pernah ada krisis dalam grup komuniti. Tetapi demi menghormati dia sebagai orang yang lebih berusia aku mengalah……….kerana aku sedar…..kadangkala kita selalu mencari silapnya orang…….tetapi silap kita sendiri tak nampak. Kak Siti merupakan seorang oku penglihatan………..tetapi memegang jawatan sebagai ketua wanita Sabah bagi oku penglihatan.

Wahai teman-teman rakan cyber yang pernah singgah dalam hidupku…….terima kasih kerana sudi menjadikan aku kawan kalian……….dan seandainya di izinkan Tuhan aku ingin mengenali lebih ramai lagi rakan-rakan cyberku. Kerana hanya dengan ini saja aku dapat mengenali dunia luarku dengan lebih jauh lagi.

Sedar tak sedar jam sudah menunjuk ke angka 11:43………..matakupun dah kuyu aku akhiri dengan lafaz assalamualaikum……..insyaallah nanti aku sambung ceritaku dulu……….err suamiku kata “awatnya duk cerita kisah-kisah silam kat blog tu? aku kata alaaa ni kat blog……dulu kat Relexjappun cerita gak, takde bezanya, lagipun kerana minat menulis aje. Bukanlah tujuanku untuk mempromosikan keokuanku……….tetapi aku tidak ada teman untuk berbicara hanya ini saja tempat aku mencurah rasa dan ianya tak ubah seperti seorang teman setia yang sentiasa sudi berbicara dengaku iaitu PC ku ini.

Advertisements

2 Respons to "~Terima kasih Teman~"

terima kasih juga buatmu Iman!
kita di sini sama-sama memerlukan. setelah khatam blog Iman ni, barulah
lara tahu yg Iman adalah golongan oku. Boleh lara tahu oku utk kategori apa? itupun kalau Iman tak keberatan…

Jgn buat alasan! teruslah menulis, kalau tak bagus kenapa tulisan Iman
masih diikuti??

salam sayang
~Lara~

Terima kasih Lara, saya entahlah tak berapa pandai utk mengunakan bahasa2 novel.itulah sy menulis ada slanga…………sy oku anggota……..terima kasih kerana sudi menjejak saya………..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

April 2007
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 853,962 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: