bila hatiku berbicara

HaTi SeOraNG Ibu

Posted on: April 18, 2007

anakku………..

setiap kali kakimu melangkah keluar pergi ke sekolah

setiap kali itulah….hati ibumu ini pastinya berdebar-debar………..

terdetik di dalam hati ini bagaimanakah

nanti dikau dalam perjalanan wahai anakku?

walaupun jarak sekolah dengan rumah hanyalah lima minit berjalan kaki

tapi hati seorang ibu terasa bimbang wahai anakku.

tak lupa ibu panjatkan doa semoga dirimu selamat pergi dan selamat pulang

anakku, hari ini ibu menanggis keranamu, menanggis kerana ibu

tidak bisa menjadi ibu yang baik kepadamu

ibu tidak dapat memenuhi segala kehendakmu anakku

adakah itu tandanya ibu tidak menyanyangimu wahai anak?????

anakku………….

fahamilah ibu ini……….. kalau boleh ibu ingin selalu memenuhi segala kehendakmu

tetapi keadaan nak…..semuanya kerana keadaan yang masih belum mengizinkan?

Adakah kerana ibu tidak mampu untuk menyediakan sebuah komputer hanya

semata-mata untuk dirimu bermain game itu tandanya ibu tak sayang kamu??????

adakah itu tandanya ibu dan ayah tidak menyanyangi kamu wahai anakku?

Bolehkah dikau belajar untuk bersabar wahai anakku??

ingatlah anakku………tidak semua yang kita mahu semuanya akan tercapai dengan

sekelip mata????

Ahh…anakku kau masih belum matang

kau masih belum mengerti jerit perih yang telah kita sama-sama lalui suatu waktu dahulu…kerana ketika itu dirimu masih belum mengerti

belajarlah bersyukur wahai anak

kalau dulu kita hanya mampu tinggal di kawasan setinggang di Setapak Garden

tapi dengan berkat kesabaran kita Allah gantikan tempat itu dengan yang lebih baik

walaupun ini semua bukan milik kita

dan hanya untuk seketika tapi bersyukurlah anakku

anakku….

berkali-kali ibu berpesan kepadamu agar jangan selalu buat ibu menanggis

tapi……………..hari ini dan semalam???????

barangkali perhubungan ibu dengan Allah s.w.t masih lagi tidak kukuh

sebab itu Allah sentiasa menguji ibu…………

itu tandanya Allah sayang kita nak

Allah beri peluang kepada ibumu yang lemah ini ujian supaya ibu

dapat memperbaiki setiap kekurangan dalam diri ini

Sebab itulah ibu takut nak……….

ibu takut bila baca dalam akhbar layanan anak-anak kepada ibu bapanya

walaupun tidak semua

tetapi kenapa masih wujudnya rumah seperti rumah Sri Kenangan????

kenapa ibu dan ayah yang sudah berusia emas di tempatkan di situ?
Anakku……….

katamu……….Hafiez akan jaga ibu dan ayah……..Hafiez akan beri apa saja kemahuan ibu

tapi bukan itu yang ibu mahu wahai anak

tapi ….cukuplah kasih sayangmu nak………

itulah yang paling ibu nantikan

Anakku………….

bersabarlah………bukan ibu tak sayang………..malahan ibu terlalu mengasihimu lebih dari segalanya-galanya

andai itulah kehendakmu insyaallah andai di izinkan Tuhan pasti ibu penuhi suatu masa nanti

bersabarlah sayangku………..

anakku………

setiap saat ibu sentiasa menadah tangan memohon doa dan kasih sayang-NYA moga

diberikan ibu seorang anak yang soleh

iaitu dirimu

kerana ibu tidak punya zuriat lain selain dari kamu nak

Insyaallah………..ibu percaya dan yakin dirimu adalah anak yang baik

tapi ibu tidak menafikan nalurimu

sebagai seorang yang bergelar kanak-kanak

apa yang di cerita kawan-kawanmu

menjadi tarikan untuk dirimu mendapat apa yang mereka ada

bersabarlah anakku

suatu saat dan ketikanya pasti semua akan menjadi milik kita

~hmm saja aku cuba luahkan apa yang aku rasa. Bukannya apa aku rasa agak tertekan sekarang bila anakku selalu berkata, “ibu tu tak apa duduk depan komputer berjam-jam…kalau Hafiez nak main games tak boleh. Duhai anakku….macamlah aku tidak pernah bagi………hari minggu takde kerja lain games-games……bagikan berhantu pulak bilik komputer ni. Bukan tak nak bagi selalu dia main games…..tapi dia ni tersangatlah pandainya…. sampai habis komputer di baham virus hehehe.

Peliklah budak-budak sekarang ni semuanya kalau nak mesti mendesak-desak……rasanya aku dengan ibu bapaku jangankan desak nak itu dan ini…jelingan tajam merekapun dah buat aku takut…Bak beli barang murahpun tak mampu.

barangkali budak zaman sekarang tak pernah lalui apa yang pernah aku lalui….sebab itulah barang-barang bernilai ribuan ringgitpun hendak di capai dengan sekelip mata. Sekarang ini anakku pulun kumpul duit belanja untuk dapatkan sebuah komputer wajarkah itu? Kata ayahnya nantilah Hafiez dapat no satu periksa semester pertama ayah beli……kalau tak nombor satupun sekurang-kurangnya semua mata pelajaran dapat A. Haaa…….kalau dulu dia kalut nak kan Hp, kali ini bercita-cita nak dapat semua itu, hai anak tinggi sungguh citarasamu…..ibu dan ayahmu pun masih lagi pakai hp yang orang lain tak pakai kamu bercitarasa tinggi……….kalau boleh semuanya yang canggih-canggih.

Kataku belajarlah rajin-rajin supaya apa yang kamu mahu tercapai anakku…..jangan mengharapkan bulan jatuh ke riba kalau tanpa usaha. perlu pengorbanan dan usaha yang keras dalam mengejar ilmu dunia dan akhirat.

Entahlah baru sekarang aku rasa menjaga anak ni memerlukan banyak kesabaran. Ya Allah KAU bimbinglah anakku ini……..

aku tidak salahkan anakku kalau sesekali dia memberontak…….tetapi hati kecilku menanggis…barangkali bagaimanalah hendak aku menangani anak yang ramai????? kalau hanya seorang amanah Allah tidak dapat ku jaga dengan baik? aku tahu pengaruh luaran terlalu banyak…. ini ujian buatku……….dia masih kecil kalau dia dah besar bagaimana? Aku hanya berharap agar semuanya akan menjadi lebih baik.

hari ini bukannya semalam…………ini bukannya zaman aku dulu……….sekarang manusia semuanya mengejar metrealistik………..dibagi betis nak peha di bagi satu bukit emas nak segunung emas seperti cerita Sabaruddin tukang kasut tu…..tak pernah rasa puas dengan apa yang ada……sebab itulah sana sini orang suka mengumpul kekayaan………..biar harta melimpah ruah…………..biar maruah diri tergadai demi kerana harta dunia yang bersifat sementara ini. Na’uzubillah himin Zalik………yang sempurna itu hanyalah Allah s.w.t.

Airmata Ibu (Datuk CT)

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda…
Duhai ibu

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

April 2007
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 845,722 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: