bila hatiku berbicara

MiMpiKu Di KotA LonDoN

Posted on: April 21, 2007

Malam tadi suamiku khabarkan kepadaku yang dia akan pegi berkursus di Melaka Dan Negeri Sembilan selama tiga minggu. Ini bermakna aku akan ditinggalkan sementara bersama Hafiez. Seingatku sepanjang suamiku kerja inilah dia pergi paling lama, selalunya habis lama seminggu. Terfikir-fikir jugak aku bagaimanakah nanti aku nak pergi beli barang dapur? selama ini aku pergi bersamanya di Midvalley. Ahh..tak mengapalah selalunya aku ni kalau suami tak ada di rumah bukannya makan sangat….rasanya bolehlah aku habiskan menganti puasaku yang tinggal beberapa hari…kata orang lebih baik terlebih ganti dari terkurang……mana tau ketika aku berpuasa tertelan air ke hihihi????

Kataku tak apalah bang, beli barang basah untuk seminggu pastu makanlah ikan masin atau ikan bilis, alau teringin sangat nak makan lauk pauk yang sudah di masak ada restaurant Melayu dekat dengan Seven 7. Hafiez boleh pergi beli dengan basikal. Entahlah aku ni nak kata bimbangpun dah tak jadi bimbang kalau terdesak……..lagipun Hafiez ni kalau naik basikal pusing habis merata-rata tempat sampai ke UH dan UM. Semua tempat dia hafal mana jalan shortcut atau jalan mati, budak-budak tau-tau sajalah. Tapi akulah pulak yang bimbang……maklumlah duk tengah bandar. Kalau kat Countryhomes dulu orang akan kenal siapa Hafiez. Tapi di sini tiada sesiapa yang kenal atau peduli. Inilah cabarannya hidup di tengah-tengah bandar………jiran-jiran cuma betandang bila hari raya itupun kalau di adakan open house….kalau tidak tak siapa yang bertandang. Jauhnya beza suasana di kampung. Pendek kata anakmu anakku jua….tapi di sini anakku……. anakku……anakmu……. anakmu. Jalanlah dalam hujan atau dalam apa keadaan sekalipun itu ko punya masalah. Alahaiiii aku kalau boleh suatu saat nanti akan tinggalkan tempat ini…….aku akan bermastautin di kampungku, damai tenang dan kuatnya ikatan silaturahim. Ukhuwah sesama islam terjalin dengan kukuh…….rasaku kalau terkejut tergempar jam dua pagi atau tiga pagi…….rumah jiran boleh di ketuk dan adalah bantuan.Tapi kalau di sini hanya ada polis atau rakan kod.

Haa awatnya dah terlepas cakap benda lain plak…….bukan saja nak mengata………tetapi dalam keadaan diri yang tidak sempurna adalah terlalu sukar untuk ku mulakan sebuah silaturahim di sini…….semuanya kerana pergerakanku terbatas. Begirulah  hidup di sini…aku tidak sesekali menyalahkan sesiapa…….mereka bukan tidak tahu siapa aku. Aku cuma ada rakan cyber saja.

Ni saja nak bercerita malam tadi tak pasai-pasai aku mimpi atau mengarut aku pergi belajar di London gilak apa???? Memanglah seronok walaupun itu hanyalah mimpi……..seorang oku terpaksa berpisah jauh dengan keluarga demi mencapai cita-cita dan impiannya………..hahaha sampai saat dan ketika aku hendak berangkat ibuku berkata…….”pergilah demi memenuhi impianmu nak……..kataku “betapa beratnya untuk aku pergi meninggalkan ayah dan ibu……..bagaimanakah keadaanku di sana nanti”?

Aku lantas memeluk ibu dan ayahku dan kami menanggis teresak-esak……..sedar-sedar air mataku membasah pipi……rasa seperti betul-betul aku menanggis……..dalam hatiku berbunga sebuah harapan moga-moga anakku pasti akan menjejakkan kakinya ke luar negara. Padaku biarlah anakku ke Madinah , Mekah, Mesir atau mana-mana universiti islam di negara timur tengah( wah tinggi sungguh impianku, harapnya menjadi kenyataan). Andai kata aku terpaksa berpisah dengan anakku tentu aku menanggis. Rasaku sepanjang hidupku tak pernah lagi berpisah dengan anakku terlalu lama…..tapi tak mengapalah…..belajarlah berdikari wahai anak…….insyaallah anakku akan merasai tinggal di UIA pada 27,28 dan 29 april ini, bagi menghadiri motivasi. Moga dengan situasi yang berbeza akan memberinya mood yang baik untuk belajar demi UPSRnya……..sebagai ibu aku mengharapkan yang terbaik. Tapi tanpa usaha mana mungkin segala impian kan menjadi nyata………..entahlah. fikir-fikirlah nak demi masa depanmu……..tidak ada sesiapa yang akan mengubah nasibmu melainkan dirimu sendiri. Aku hanya mendoakan yang terbaik…..andai sebaliknya banyak-banyaklah bersabar…..insyaallah suatu saat nanti sinar kejayaan akan menjelma jua.

Advertisements

4 Respons to "MiMpiKu Di KotA LonDoN"

owh, jd Iman tinggal di area sana ye! erm dulu lara kerja di area situ tau, jln 223 (stesen LRT Asia Jaya). tp skrg dah tak kerja lagi, kerja tu masih kerja, cuma skrg kerja tanpa gaji huhuu..

Iman, kalau puase dulu tertelan air, lara dulu ske terkorek idung! hehehe… iyelah! lara pun nak ganti poselah jugak, sib baik Iman igtkan…

p/s – kirim salam to Hafiez ye!

Err Lara saya rasa Lara ni adik kepada saya kot? saya tinggal di area Uh dan Um Asia jayapun dekat jer……..my hubby naik Putra Lrt ke tempat kejenya..Lara suri rumah?tentu ada bisnes kan huhuhuh…..Lara perasan tak blog sy ni agak bercelaru nak kecilkan gambarlah……

kat syeksen 11.datanglah umah hihihih, Nur Kasihpun tinggal di PJ gak…….yang kat Rj gak…….tapi dah lama x ym dia.

owh kat seksyen 11 ye! a’ah ntah-ntah lara ni kakak iman tak?? ekekeke
Bisnes kat umah? lorr bisnes ngan anak2 jer la Iman, takder gaji pon 😀
sungguh nih! oh Nur Kasih tu ye…

Iman, mana ada celaru, kite nengok ok je. gambar mana yg nak dikecilkan tu?? nnti jadi cam lara, konon2 nak ubah2, last-last byk file yg
sudah terdelete huhuhu… chek takmo dah….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

April 2007
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 835,495 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: