bila hatiku berbicara

‘Ina’lillahi wainnalillahi rajiuun’

Posted on: Mei 4, 2007

Assalamu’alaikum Wr.Wb.

‘Ina’lillahi wainnalillahi rajiuun’

Dari Allah kita datang ,dari Allah kita akan kembali’. Asal pada diri yang satu kembali balik pada yang satu. Apakah halnya jika kita tidak dapat dikembalikan kepada yang satu .Cakap memang banyak senang.Hinggakan menjadikan cakap itu tak mempunyai makna lagi. Cakap kita itu hendaklah diperiksa, ditakuti tidak diterima.

Tentu jalan hendak menuju kepada Dia yang satu itu ada. Jika cakapNya sudah ada. mengapa ramai pula yang maseh tidak menemui jalan itu. Kenapa kita maseh mencari jalan selain jalan yang ada pada diri kita ini.

Tidakkah kita ketahui dan memikirkan. apakah akan berlaku pada diri yang tidak menemui jalan itu? Sudah kah ada apa2 khabar dari mereka yang telah terlebih duluan meninggalkan kita semua.Jika ada, tentunya membawa pesan , cara2 untuk kita boleh kembali kepada Nya.. Satu kali dia jalan, satu kali dia naik, dan satu kali dia wafat.

Wassallam

Sumber renungan dan ikhtibar~

DARI PIHAK PENGURUSAN


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa Susanna Jafri, salah seorang Moderator Relexjap telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi bersama suami dan anak dalam kandungan yang berusia 6 bulan.

Arwah dan suaminya, Saudara Johari yang juga dikenali di Relexjap dengan nama ‘Jebat Kasturi’, telah terlibat dalam satu kemalangan di kawasan Kajang.

Kedua pasangan berkenaan telah diijabkabulkan pada tahun 2006.

Ketika posting ini ditulis, kedua jenazah sedang berada di Hospital Serdang untuk menjalani post mortem dan akan dikebumikan lewat petang ini.

Susanna, 33, atau dikenali dengan Sue Jafri adalah merupakan salah seorang Moderator awal sejak penubuhan Relexjap dari tahun 2000. Manakala Jebat Kasturi pernah menghiasi Relexjap satu ketika dahulu dengan artikel-artikel berbentuk ‘trivia’ dan maklumat am melalui Topik Trademark Peribadi ‘Info Dari Jebat Kasturi (IDJK)’.

Pemergian arwah Sue dan Jebat Kasturi merupakan kehilangan besar bagi Relexjap.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kedua mereka dan ditempatkan di kalangan mereka yang diredhaiNya.

Al-Fatihah.

~Baru sebentar tadi aku sempat membuka mail yahooku……..moderator relexjap meninggal dunia? Walaupun aku tidak begitu aktif di grup relexjap tapi itulah di antara grup yang paling aku minati. Keana dalam grup inilah aku berani menceritakan kisah suka duka hidupku sebagai oku. Masih ku ingat lagi bila mana aku tersilap menulis dalam ceritaku dulu aku jadi mengelabah………..tapi aku gembira kerana moderator relexjap selalu saja melayan kerenahku. Bagiku mereka semua baik-baik. Aku hanya kenal nama Jebat Kasturi suatu ketika dahulu tapi aku tidak begitu mengenali Susanna. Doaku semoga Allah menempatkan roh mereka di sisi orang-orang yang beriman Al Fatihah dariku.

Advertisements

2 Respons to "‘Ina’lillahi wainnalillahi rajiuun’"

Iman, how r u? harap Iman sihat2 ye, berita sedih ni pun dah sampai ke pengetahuan lara, kat email tp 2-3 ari ni cam sibuk sikit 😦 anyway, kita doakan kesejahteraan mereka di sana hendaknya, dah tertulis mereka pergi sekeluarga kan?

ok Iman, jaga diri, jgn nakal2 tau hehehehe…. 😉

Ya Lara Trima kasih kerana masih sudi menyapa…….entahlah sejak akhir2 ini sy mmg rasa tiada kawan huwaaaa…moga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman…….kalau dah ajal begitulah akan sampai jua tidak kira di mana….kira2nya bilakah gilian kita ini? Ya allah rasanya masih ingin mengecapi kehidupan ini lagi….hidup dan mati itu urusan Allah………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mei 2007
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 835,495 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: