bila hatiku berbicara

KaSiH SAyAng AllAH

Posted on: Mei 21, 2007

“..Ya Allah Engkau Tuhanku.. Tiada tuhan melainkan Engkau.. Engkau cinta agungku.. Nabi Muhammad pesuruhMu..” Ya Allah Engkaulah pelindungku Engkaulah sumber ilhamku. Engkaulah pemberi rezeki di kala susah atau senang”. Maha Pengasih dan Maha Penyanyangnya KAU kepada kami YA Allah, Aku hambamu ini sebenarnya malu kepada-MU kerana aku ini hamba-MU yang kadangkala lalai dan alpa dalam mentaati-MU. Aku seringkali meminta-minta…..ENGKAU tidak pernah melupai aku di saat orang lain melupaiku…….aku masih ada ENGKAU. Terima kasih TUHAN. Jadilah aku insan yang sentiasa bersyukur dengan rahmat dan kasih-MU kepada kami.

Jumaat lepas teman se opis suamiku yang ku panggil dia Kak Thusee ( orang Jawa) call. “Awwa lauk ada lagi ke kat rumah, petang jumaat akak balik Johor”?? aku dengan teragak mengatakan “ya….masih ada” walhal dah habis….yang tinggal cuma ikan bilis, ikan masin, telur dan sardin tuna…..ku kira tak mengapalah makan tu sajalah dalam seminggu ni sementara suamiku pulang nanti. “Tak nak pesan apa-apa ke akak nak ke pasar malam ni? nak beli ayam ke, ikan ke? aku kata tak apalah kak……….ala cakap jer jangan malu-malu”. Tak apalah kak akak beli jer lah yang patut untuk di makan malam ni tak payah masak”. Dia begitu perihatin kepadaku,………itulah teman di kala susah dan senang…di manakan ku cari gantimu wahai teman yang merupakan kakakku.

Itulah di antara perbualan aku dengan kak Thusee. Apa yang ingin aku paparkan di sini adalah kisah aku yang kurang upaya. Sekali lagi aku katakan di sini..aku bukanlah meraih simpati dengan apa yang ku tuliskan di sini. Tapi aku cuma ingin meluahkan rasa hatiku sebagai insan kurang upaya. Aku sebenarnya dulu ragu-ragu untuk menulis kisah-kisah aku sebagai oku……..aku malu takut di kata orang…..dah “oku tu duduklah diam-diam….buat cara oku”……..tapi aku suka menulis….apalah gunanya aku punya idea yang tak seberapa kalau aku tidak luahkan..apalah gunnya aku punya IT di rumah kalau aku tak pergunakan . Ini sajalah dunia aku……dunia oku yang bagaikan terikat kaki dan tangan dek kerana aku oku. Untuk pengetahuan kalian……ke mana aku pergi aku pasti memerlukan bantuan dari suamiku…….untuk ke pasaraya aku memerlukan teman…..aku tidak boleh bersendirian. Dalam banyak hal aku memerlukan suamiku yang selalu memahami keadaanku. Hanya dia saja yang mengerti bagaimana keadaan aku………aku tidak biasa seperti oku-oku yang lain, menolak kerusi roda dan bertongkat berjalan sendirian…aku memerlukan teman…..suamiku tempat aku berpaut…..memegang tangannya………..

Bukan aku tidak belajar berdikari……..pernah aku katakan kepada suamiku…aku akan belajar berdikari kalau suamiku ada kenderaan dan aku punya lesen memandu………insyaallah masa itu baru aku boleh berdikari. Aku bukan seperti orang lain…..kakiku pun tidak mampu untuk bergerak jauh-jauh. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini keadaannya bertambah parah bila berjalan atau berdiri lama. Tapi tak mengapa semangatku kuat..kata orang ukirkanlah senyuman itu walaupun di hati hanya tuhan saja yang tahu. Begitulah juga aku…………kalau nak ambil teksipun mereka bukannya mesra oku……..kalau ada segelintir saja. Terfikir jugak di hatiku bagaimanakah kalau suatu saat nanti suamiku tiada? kepada siapa hendak aku mencurahkan kasih ini? Itulah aku selalu berkata “biarlah aku pergi dulu”. Padahal ajal maut di tangan Tuhan…Dialah yang Maha Mengetahui…………..ketika itu bagaikah nanti aku???? Ya Allah……andai ditakdirkan KAU ingin mengambil salah seorang diantara kami biarlah aku pergi dulu.

Saban malam dan waktu suamiku selalu mengirimkan sms dan menelefonku……….”siankan kat ayang abang tak boleh tolong beli lauk”, abang sedih. “Tak mengapa abang”………….selalunya dia akan bertanya aku makan ke,lauk apa,masak apa………tapi semalam aku kata buat kari tuna. Alhamdulillah ada juga makanan untuk di makan…….bayangkanlah bagaimana susahnya kehidupan insan-insan yang di paparkan di kaca TV3 Bersamamu??? Betapa susahnya mereka..tempat tinggal……pakaianpun tidak berganti. Kita di uji dengan sedikit ujianpun sudah kalut………tapi aku sudah biasa begini………….aku pernah lalui kehidupan perit seperti mereka……………..itulah sebabnya aku akan hulurkan sedaya yang termampu.

Aku bersyukur kerana anakku tidak cerewet dalam memilih makanan…aku pulak yang menitis air mata melihat anak makan. “Maafkan ibu Afiez……hanya ini saja yang mampu ibu sediakan”, tak mengapalah ibu dah ok dah ni Afiez faham”. Petang semalam sambil aku membaca eme-emel……..aku mendengar bunyi hon kereta. Kak Thusee bersama keluarganya……ku ingat itu Lia tapi bukan………..dia datang membawakan nasi minyak dan lauk pauk…..alhamdulillah………..kasihnya Allah kepada hamba-NYA. “akak bawak nasi minyak kenduri dari Johor ni..rasalah………alhamdulillah terima kasih kak………akak nak pergi pasar tani esok nak kirim tak? akak cuti esok”? itulah yang selalu dia tanya kepadaku……….dia bagaikan kakak kepadaku. Begitu juga suaminya. Terima kasih banyak-banyak kakak dan abang semoga Allah memberimu kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Itulah dunia oku sepertiku…kalau ada wang di tangan sekalipun…..kalau tak boleh pergi bergerak tak guna juga……..alhamdulillah aku punya anak seorang ini…. dialah yang banyak membantu….”kalau Afiez tak bantu ibu sapa lagi….Afiez sayang ibu”……..tak tahulah aku bila dia ke asrama nanti??? tinggal aku sendirian meniti hari-hari yang kian suram tanpa mendengar suaranya lagi. Aku memohon maaf kalau aku ini hanyalah meluahkan rasa di sini…..bukan niatku..tapi akan ku abadikan segala kisah suka dukaku di sini. Izinkanlah aku………….biarkan hatiku berbicara di sini…..

AKU TANPA CINTAMU~Nyanyian : Mirwana dan Jay Jay

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah Kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

Advertisements

3 Respons to "KaSiH SAyAng AllAH"

Lor.. cik abangnye lom balik lagi ke? isyy…. ciannye! rindu-rinduanler tu! hehehe… Iman, rasanya kat M’esia ni masih ada/ramai insan yg prihatin dan mengambil-berat tentang masalah2 dlm komuniti kita. Syukurlah kita berada di sini. Bukan di Jogja yg sering gempa, bukan di Iraq yg sering bergolak 🙂 Sy bangga mengenali Iman yg dikategorikan OKU, namun sgt berdikari pada pandangan saya. Syabas! harap kuatkan semangat ya!

Sy adalah insan biasa yg kadang kala di uji…….mungkin Lara tidak tahu sy tinggal di kawasan org yang tidak prihatin dgn jiran…..kau ..kau aku….aku..org nak masuk rumah ke…nak rompak ke itu urusan kau……..pengelaman mengajar sy mengenali hati budi org lain Lara……kawan2 sy jauh…….yg dekat cuma teman satu opis suami saja……..dialah insan yang terlalu mengambil berat tentang diri sy………
ya kat sini ramai perihatin.tp sy banyak pengelaman Lara…….dr menaiki bas….ktmb atau flight sekalipun…kalau naik flight kalau kita duluan….pramugari akan kata haaa ni vip dah naik dulu..walaupun dalam bahasa omputih tp suami sy faham.
kisah suka duka oku hanya oku itu sendiri yg faham Lara……tp tak mengapa…..semua itu akan menjadi pembakar semangat sy utk lebih kuat dan tabah…alhamdulillah hari ini hariku….esok lusa hari kalian……….bersabarlah duhai hati…………….

mungkin lara pernah terbaca kisah suka duka sy tika menaiki bas di rj dan banyak kisah berselindung di sebalik satu nama?????…….itulah hakikat kehidupan oku lara…tp bersyukur…..alhamdulillah asam garam dalam kehidupan.bukankah setiap dr yg bernama manusia tidak pernah terlepas dr ujian………….maha suci Allah………syukurlah……………..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mei 2007
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 840,719 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: