bila hatiku berbicara

Aku PuN MeNaNTi TApIiiiiii??????

Posted on: Mei 28, 2007

10 tahun nanti zuriat

Oleh Masni Ros Pakir Mohamad
masni@hmetro.com.my
MELAKA: “Penantian saya hampir 10 tahun untuk mendapatkan anak akhirnya menjadi kenyataan apabila seorang bayi perempuan seberat 2.7 kilogram menerusi hasil pensenyawaan benih luar rahim (IVF) selamat dilahirkan.


“Inilah rezeki namanya dan sekali sahaja mencuba IVF, kami berjaya mendapatkan anak sejak berkahwin pada 1998,” kata Tang Pui Kan, 37.

Bayi itu dilahirkan pada jam 9.03 pagi kelmarin menerusi kaedah pembedahan yang dilakukan oleh sepasukan pakar perbidanan Pusat Perubatan Mahkota melalui inisiatif Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).

Menurut Tang, peluang yang diberikan oleh TAFF sangat bermakna kepadanya dan suami, Tai Chen Ho, 40, kerana sudah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan anak.

Katanya, dia turut menggunakan kaedah inseminasi intrauterin (IUI) atau penyemaian sperma dalam rahim sebanyak tiga kali tetapi semuanya menemui kegagalan.

Beliau yang juga seorang guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Hua, Paya Rumput berkata, inisiatif TAFF itu seakan memberi satu cahaya kepada golongan yang berpendapatan rendah sepertinya untuk mendapatkan zuriat menerusi kaedah IVF yang kosnya amat tinggi.

TAFF ditubuhkan pada Ogos 2004 oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan dilancarkan Mac 2005 bagi membantu pasangan yang bermasalah bagi mendapatkan zuriat.

Sejak ditubuhkan, TAFF menerima lebih 1,500 permohonan dan sudah membiayai 102 pasangan menjalani rawatan terbabit.

Tunku Azizah Aminah Maimunah yang juga Pengasas dan Presiden Seumur Hidup TAFF berangkat melawat pasangan terbabit serta menamakan bayi berkenaan, Tai Xin Hui. Hadir sama isteri Yang Dipertua Negeri Melaka, Toh Puan Zurina Kassim.

Menurut Tang, nama Tai Xin Hui dipilih kerana ia bermaksud bunga yang indah.

Sementara itu, Tengku Puan Pahang berkata, kos rawatan IVF di antara RM20,000 hingga RM30,000 bagi setiap rawatan dan penubuhannya untuk membantu wanita memiliki anak.

Katanya, memang tidak dapat dinafikan rawatan menjalani kesuburan menelan kos yang agak mahal dan hampir semua peserta program TAFF tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh tetapi berhasrat mendapatkan zuriat.

Setakat ini, seramai 14 lagi pasangan suami isteri dari seluruh negara menyertai program IVF TAFF dan bakal menimang cahaya mata sehingga Oktober ini.

Beliau berkata, yang paling menggembirakan apabila ada di antara mereka bakal melahirkan anak kembar tiga.

“Saya yakin pasangan yang akan mendapat anak kembar tiga itu akan lebih gembira kerana penyertaan mereka dalam program ini dapat memberikan kesuburan selepas bertahun-tahun menunggu kelahiran cahaya mata mereka,” katanya.

~Ramai yang bertanya saya tentang artikel ini. Di mana untuk mendapatkan borang dan berbagainya lagi. Untuk makluman saya tidak kena mengena dengan TAFF. Saya mengambil artikel ini di dalam harian metro. Jadi saya tidak tahu menahu tentang TAFF kerana saya belum mencubanya lagi. mohon maaf ya…semoga anda yang bertanya akan mendapat keterangan dengan menelefon TAFF yang terdapat di ruangan komen anda. Harap maklum….

Advertisements

16 Respons to "Aku PuN MeNaNTi TApIiiiiii??????"

Assalamualaikum…

Boleh tak saya bagi saya nombor tel Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (Taff) atau nyatakan sekali cawangan-cawanganya.

Bolet tak berikan nombor telepon dan alamat cawangan – cawangannya.

Bagaimana saya perlu membuat permohonan? Adakah saya perlu mengisi borang? Di mana saya boleh mendapatkan borang?

Untuk pendaftaran taff mcmana yer

Sesiapa yang berhasrat untuk memohon bantuan TAFF boleh menghubungi talian 09-7533241 untuk keterangan lanjut.

Bagaimana saya perlu membuat permohonan? Adakah saya perlu mengisi borang? Di mana saya boleh mendapatkan borang? Boleh dapatkan no.telefon TAFF.

Maaf cik, saya bukannya org yg berurusan dgn TAFF. cuba cik mencari dalam It…kalau nonya cik boleh hubungi no tel TAFF 09- 7533241 untuk keterangan lanjut. Sayapun terjumpa artikel ini di dalam akhbar utusan atau b harian saya sudah lupa. cuba2lah cik hubungi no yang saya ambil dari akhbar tempohari.

awak boleh tel TAff terus Tel No 09-5733241

mekasih atas info ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

For those who are interested ,you can access this webpage.
http://www.islandfertility.com/taff.htm.
I’m also waiting to be one of the shortlisted.

waalaikumusalam ustazah…apakah ustazah salah seorang kakitangan TAFF? atau ustazah pernah mencuba kaedah ini?

Ramai orang bertanya dengan TAFF. Saya hanya penyampai maklumat. Segala pertanyaan tentang TAFF, sila hubungi alamat atau no telefon di bawah…

Yayasan Fertiliti Tunku Azizah
(Tunku Azizah Fertility Foundation)
Istana Abdul Aziz
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur

Tel: 09-7533241
Email: taff2004@streamyx.com

Status:

Pertubuhan amal yang didaftar di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan ditubuhkan pada 11 Ogos 2004

Antara matlamat penubuhan:

Menyediakan bantuan kewangan kepada pasangan suami isteri kurang berkemampuan yg menghadapi masalah kesuburan untuk mendapatkan rawatan perubatan serta menyediakan kaunseling serta khidmat sokongan berkaitan.

di copy dari blog haniey

Wanda terima kasih info ini..mmglah kalau berkemampuan ingin sekali mencuba kaedah ini….teringin sangat nak baby tp nak buat macam mana..kalau kita nak gi kat TAFF kosnyapun mahai jugak..bukannya di biayai sepenuhnya..di bayar separuh aje..ttp okeylah bagi yg berduit..misal kata kalau kos rm 10.000 kita kena gak siapkan rm5000 apa betul ke begitu?. buat masa sekarang ni hanya berserah sajalah…hanya takdir yg menentu segalanya….

1. Macam mana nak regsiter utk mendapatkan kemudahan di TAFF?
2. Boleh berikan senarai panel klinik TAFF?

Apa syarat minima utk memohon mendapatkn pembiayaan drpd TAFF?

Untuk pendftaran staff mcmana yer

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mei 2007
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 835,495 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: