bila hatiku berbicara

AyAhKu SaKiT

Posted on: Jun 4, 2007

2 June 2007 hari sabtu

Aku menerima sms dari anak buahku Shuhada. “Mak su tok ayah sakit mlm kemarin gi spital, tok ayah di serang asthma tiba2 x bleh tidur sampi kepagi.” Hatiku berdebar-debar bila membaca sms dari Shuhada. Kataku kenapa mereka tidak menelefon aku untuk memberitahu yang ayahku sakit??? Aku faham benar dengan perangai ayahku dia tidak mahu menyusahkan anak-anaknya. Tambah-tambah lagi aku yang agak sukar untuk bergerak ke mana-mana…. ayah faham sangat situasiku. Namun sebagai anak aku rasanya serba tak kena. Aku menelefon di kampung bertanya khabar ibuku mengatakan yang ayahmu malam marin tu lelah teruk sampai berbunyi nafasnya….ibuku ingat ayah akan pergi tanpa sempat ibu memohon ampun dan maaf kerana abangku telah membawanya ke Hospital Tengku Anis.

Di sana ayah di sedut untuk melegakan pernafasannya. Berderai air mataku bila mendengar cerita ibu yang ayahku sakit……….kataku “orang nak balik mak……..biarlah orang kurang budget sekalipun…orang cuma nak melihat mak dan ayah saja………tak payah susah-susah ayahmu dan sihat sikit dah, kalau ada apa-apa mak telefonmu”.

Malam tu aku tak boleh tidur……bila aku terjaga aku ingat ayahku……wajah ibu dan ayah silih berganti…aku rasa bagaikan akan kehilangan orang yang aku sayangi. Tepat jam satu pagi aku bangun solat memohon doa kesejahteraan ibu dan ayahku..moga ayah cepat sembuh. Bila aku terlena aku bermimpi ayah sudah tiada lagi..bila aku pulang aku hanya melihat ayah sudah siap di kapan……….aku memanggil-manggil nama ayahku……bila aku tersedar air mata tunggu masa untuk tumpah……….dan Hafiz kejutkan aku solat subuh.

Pagi semalam suamiku kekelas memandu….selepas tu suamiku bergegas pulak ke Hentian Putra dan KL Central untuk membeli tiket untuk balik kampung. Tapi malang semua tiket habis di tempah…aku sedih suamiku lagi sedih. Dalam keadaan dirinya yang tidak sihat dia gagah juga untuk bertanya merata bas semata-mata untuk membolehkan aku balik. Dalam soal ini aku banyak menyusahkan suamiku. Aku bukan bemaksud begitu……….aku menghargai segalanya tapi dalam masa yang sama tanggung jawabku sebagai anak untuk menziarahi ayahku yang sakit. Ya Allah andai KAU kurniakan aku sepasang kaki yang boleh aku bergerak bebas aku tidak ingin menyusahkan insan yang aku cintai dunia dan akhirat..tapi apalah dayaku. Bertimpa-timpa ujian yang mendatang. Walaupun suami tidak pernah merasakan apa yang dia lakukan tidak menyusahkannya tapi aku yang berfikiran begitu. Padahal dia tidak pernah merungut……….

dalam keadaan aku yang terdesak kalau tidak kami sendiri yang ikhtiar siapa lagi?itulah jiran sekampungku pernah berkata……”belilah kereta senang kalau ada kecemasan nak balik kampung”. Berbicara memang manis………tapi mereka bukannya pernah duduk di tempat aku. Sabarlah duhai hati. Aku tidak mahu melakukan diluar kemampuanku…suamiku sudah berusaha dan buat yang terbaik untukku. Aku tidak mahu menjadi isteri yang tidak mengenang budi…..dan aku juga tidak mahu menyesal kalau terjadi apa-apa kepada ayahku. Aku tahu ajal maut di tangan Allah……….tapi segala kemungkinan boleh terjadi. Ayahku sudahpun berusia…………..semua kawan-kawan ayah sudah tiada…aku sedar suatu hari nanti ayahku akan pergi jua……….dan aku sebagai anak akan menyesal seumur hidupku kalau aku tidak pulang ke kampung menziarahi ayah.

Aku berharap hari ini mentari akan bersinar untukku……….”moga ayah cepat sembuh panjangkanlah umur ayahku……..pertemukanlah aku dengan ayah dan ibuku…….. itulah doaku……dan insyaallah akan anakmu usahakan bertemu denganmu ayah………..jangan bersedih aku…….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Jun 2007
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Blog Stats

  • 840,719 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: