bila hatiku berbicara

Aku MarAh Dan GerAmmmmmm~Kisah Benar Dari Seorang OKU

Posted on: Jun 11, 2007

Dah lama aku tak menulis apa-apa kat sini….entahlah sejak akhir-akhir ini aku terlalu bizi dengan tugasan rumah tangga dengan anakku Hafiez yang bakal menduduki peperiksaan UPSRnya. Sebagai ibu aku kenalah menyokong dan memberi semangat untuknya agar jangan terlalu leka dengan games dan tv saja.

Saja aku ingin menceritakan ketidakpuasan hatiku ketika aku pergi shooping di Mid Valley pada hari ahad yang lepas. Oleh kerana rumahku tidaklah begitu jauh aku mencadangkan kepada suamiku untuk memberli barang-barang dapur di Carrefour selepas asar . Selalunya di sinilah kami membeli belah, kalau suamiku pergi pasar tani aku agak sukar untuk mengikutnya kerana tidak mesra OKU Sebagai OKU senang untuk aku bergerak mencari barang.

Dari satu tempat ke satu tempat suamiku menyorong wheel chair yang ku pinjam di tempat itu……bukannya apa kalau nak berjalan agak jauh jugak untuk menuju ke satu tempat……..jadi suamiku selalu pinjam wheel chair kat situlah memandangkan aku tiada kenderaan aku malas untuk membawa wheel chair sendiri…..lagipun aku malu wheel chair aku berkarat.

Habis membuat pembayaran di kaunter, aku melihat jam di handphoneku dahpun jam tujuh lima belas minit. Selewat-lewat sampai ke rumah dalam pukul tujuh empat puluh lima atau pukul lapan kerana tau-tau sajalah hendak beratur menanti teksi lagi. Selalunya anakku yang beratur…hmm nasib baik ada anakku sorang ni…..sementara menanti suamiku pergi hantar wheel chair aku menjaga barang-barang yang aku beli.

suamiku menyuruh anakku beratur…malangnya terlalu ramai orang. Anakku kebarisan belakang sekali tak mengapalah yang penting sempat solat maghrib……..nak solat maghrib kat sana tau-tau sajalah keadaan aku tidak mengizinkan,kecuali kalau terdesak sangat.

tak berapa lama suamiku kembali ke tempatku menanti barang kami. Aku sempat melihat Hafiez berlari kearah kanan jalan bukan di tempat biasa. ketika itu hanya ada empat orang di hadapan Hafiez….bermakna tak lama lagi giliran kami pulak untuk menaiki teksi. Tapi malangnya pengawal tersebut mengarahkan Hafiez pergi ke seberang jalan….memandangkan hujan lebat. Tapi yang aku dan suamiku geram sangat pengawal mengarahkan Hafiez duduk di barisan belakang sekali(padahal dah nak sampai giliran kami menaiki teksi)……………nampak gayanya lama lagilah untuk kami dapat teksi.

Dengan semangat oku boleh hehehe suamiku pergi jumpa pengawal tersebut………menerangkan yang budak ni( Hafiez dah hampir sampai giliran untuk naik teksi). Berlaku jugaklah perselisih faham di sini. (Untuk menyedarkan pengawal yang hanya nak menang sendiri walaupun dah memang dia yang silap) . Barangkali pengawal tu ingat Hafiez tak ada mak bapak balik seorang-sorang ke rumah?atau mentang-mentang Hafiez hanyalah seorang budak yang beratur demi untuk menolong ayah dan ibunya pengawal itu memandang endah tak endah?KERANA DIA BUDAK???????? apakah ini layanan pengawal tersebut kepada kami? Dengan geram teksi yang sepatutnya mengambil penumpang lain kami naik………ketika ini aku dah tak kisah potong ke apa ke……..hati cukup panas…..geram dan marahhhhhhhhhh.

Hafiez bagaikan faham perasaan kami….dia kata sukarnya tak ada kereta sendiri…….aku kata Hafiez kena belajar rajin-rajin……..hanya Hafiez saja satu-satunya harapan yang ibu dan ayah ada. Sem0ga kehidupan anakku tidak seperti ibu dan ayahnya………..

Dan kami insyaallah akan berusaha juga kearah itu…..betapa hinanya kerana menjadi OKU. Betapa kami di pandang rendah kerana kami takde kereta. Kekadang aku sedih……….tapi suamiku kata jangan bersedih………La Tahzan…….insyaallah sampai masanya kehidupan akan berubah.Hanya inilah saja yang sempat aku luahkan……………..ya LA TAHZAN.

~yang nyata peristiwa begini bukan pertama kali aku alami banyak dan banyak…..nanti kalau ada masa aku menulis lagi~

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Jun 2007
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Blog Stats

  • 845,678 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: