bila hatiku berbicara

~Buat Adam Dari Hawa~

Posted on: Jun 12, 2007

Adam

Maafkan aku jika coretan ini
Memanaskan hatimu sesungguhnya aku
Adalah Hawa temanmu yang kau pinta semasa
Kesunyian di syurga dahulu, aku asalnya dari
Tulang rusukmu yang bengkok jadi tidak hairanlah
Jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan
Bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari
Landasan kerana aku buruan syaitan

Adam

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku
Lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman
Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya
Jika bilangan kaum mu mengatasai kaumku
Nescaya merahlah dunia kerana darah manusia
Kacau-bilaulah suasana
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
Yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
Tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu

Adam
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku
Tapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
Mesti tunduk ketika menjadi isterimu
Namun terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara

Adam
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
Kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita
Kau diberi amanah untuk mendidik aku
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku
Memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa
Di dalam redha Tuhan

Tapi Adam
Nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini
Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup
Dari hujung kaki sampai hujung rambut
Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya

Adam
Mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu
Tapi sekarang di waktu yg sama
Aku ke muka menguruskan hal negara
Aku ke hutan memikul senjata
Padahal, kau duduk saja
Ada di antara kamu yang menganggur tiada kerja
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba
Kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam
Marahkah kau jika ku katakan andainya Hawa terpesong
Maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik
Jika murid bodoh guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata
Hawa memang degil tak mahu dengar kata
Tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini.

Adam
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
Seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu
Aku adalah pengikut-pengikutmu
Kerana kau adalah ketua
Jika kau benar, maka benarlah aku
Jika kau lalai, lalailah aku
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu
Akalmu sembilan, nafsumu satu
Aku, akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam, pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai
Sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah

Adam
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri
Masih segan mengikut langkah para sahabat
Masih gentar mencegah mungkar maka kita tunggu dan lihat
Dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri
Dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu

`maafkan aku kerana aku sudah lupa dari mana aku mengambil sajak ini. Tetapi aku suka sajak ini~

Advertisements

1 Response to "~Buat Adam Dari Hawa~"

Hello administrator, I just wanted to give you a quick heads
up that your Web address: http://nuriman.wordpress.
com/2007/06/12/dari-adam-buat-hawa/ is being flagged as a
possibly malicious site in
my browser opera. I’d highly recommend having somebody look
into it. You can easily
lose a lot of site visitors due to this
issue. Very best of Luck.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Jun 2007
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Blog Stats

  • 840,937 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: