bila hatiku berbicara

SyAfIqAh~DaLaM KeNaNgAn

Posted on: Jun 26, 2007

26 June 2007 Bersamaan dengan 10 Jamadilakhir 1428H

Pagi tadi tepat jam 9.00 pagi kalau tak silap aku terdengar dua kali mesej di hpku berbunyi (satu dari suamiku dan satu lagi dari Kak Ain). Suamiku pulak memberitahunya yang Kak Ain menghantar sms melalui Hpnya dan memforward ke hpku. Biasalah kami ni tak kisah kongsi hp..hp suamiku hpku jugak. Jadi kalau member nak no phone aku tak kisah nak bagi no manapun.  Kak Ain telah mengirimkan sms itu pada jam 6.30 pagi tetapi hp suamiku kehabisan bateri. ketika itu aku sedang menghabiskan membaca novel…..aku tidak mempedulikan sms itu kerana anggapanku itu hanyalah dari Celcom biarkan sajalah……..

tetapi perasaanku bagaikan ditarik-tarik untuk mengetahui siapa yang menghantar sms…..”AWWA, PIKAH ANAK BUAH KS YG KAK AIN JAGA TU DAH MENINGGAL DALAM PUKUL 4 PAGI TADI SAKIT LUKiEMIA Norain@Kak Ain……..

Habis membaca sms tu aku rasa tangan kaki sejuk. Aku sedih……rasa terkejut dan pipi terasa panas dengan air mata. Aku khabarkan kepada Hafiz, Syafiqah anak buah Uncle Ks sudah tiada lagi. Hafiz kata tak sangka dan diapun turut bersedih. Aku kata sama-sama kita hadiahkan Al Fatihah untuk Allahyarhamah Syafiqah. Biarpun hanya bertemu dua kali tapi entah mengapa aku jatuh sayang kepada anak kecil yang bernama Syafiqah. Ya Allah sayangnya Allah padamu Syafiqah. Syurgalah tempatmu nak.

Masih terbayang lagi wajah comelmu di saat aku memeluk dan dan mengusap rambutmu takala pertemuan suatu waktu dahulu. Betullah aku rindukan seorang anak perempuan hinggakan anak orangpun aku sayang. Tak mengapalah Allah sayangkan dirimu…..Al Fatihah. Innalillah hiwaiinna ilaihi rajiun. Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita di kembalikan……..tenanglah dikau di sana wahai Syafiqah. Al Fatihah…….

~aku telah menelefon Ks untuk mengucapkan takziah…….sayu aku dengar suara KS…….doaku semoga Ks dan semua familynya tabah. Untuk Ks semoga ukhuwah kita kan berpanjangan walau di mana kita berada…untuk Epel, Pie,Keshi, Fida,Lia dan yang pernah bertandang ke teratakku……..sesungguhnya pertemuan itu adalah sesuatu yang terindah.kalian teramat baik~.

~Wajah-wajah comel Syafiqah terdapat dalam blog KS…….Fiqah sungguh comel…….Allah lebih menyanyangimu.

Maut datang menjemput tak pernah bersahut

Malaikat datang menuntut untuk merenggut

Manusia tak kuasa untuk berkata-kata

Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka

Terimalah habuanmu seadanya

~sudahkah anda mengerjakan SOLAT~

Advertisements

2 Respons to "SyAfIqAh~DaLaM KeNaNgAn"

Alfatihah…. tuhan lebih menyayanginya…ya! sy baru saja mengerjakan solat Isyak, terima kasih.

Al FATIHAH……..amanlah dikau di sana di sisi wahai anak…………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Jun 2007
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Blog Stats

  • 845,678 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: