bila hatiku berbicara

Aku PaSrAh

Posted on: Julai 15, 2007

Alhamdulillah hari ini dahpun hujan walaupun tak lama tapi bolehlah basah-basah tanah. Sekurang-kurangnya dapat menyejukkan alam sekitar dari kepanasan…..dan dapat menyegarkan pokok-pokok yang layu.

Petang tadi aku tertidur…..rasanya aku jarang sekali nak tidur waktu siang hari…..tapi semenjak suamiku batuk tak henti-henti seminggu ni aku tak boleh tidur. Bukan kerana terganggu tapi kerana kasihan…….barangkali itulah pengorbanan kecilku untuknya….

malam tu aku terpaksa bergilir-gilir melihat anak yang demam panas lepas tu jenguk suami pulak……..nasib baik aku tak demam alhamdulillah. Kalau tak siapalah nak masak……dan banyak benda yang terbengkalai kalau aku juga sakit. Allah Maha Mengetahui kesusahan kami. Kalau orang lain sakit demam ada keluarga yang datang menjenguk walhal dari jauhpun akan datang……..tapi aku????? beginilah kami ni. Tapi alah bisa tegal biasa….bagiku tak usah di layan sangat….kalau demam teruk pergi hospital, kalau perlu masuk hospital. Barangkali orang lain tak pernah alami kehidupan seperti aku. Tahun lepas suamiku masuk hospital aku hanya pasrah……perginya sendiri dan tiada siapa yang menunggunya……….dia faham aku, aku faham dia…..jadiku tak perlu menyusahkan sesiapa, kecuali bila terlalu terdesak aku menelefon rakan se opis suamiku. Diapun amat memahamiku sentiasa menghulurkan bantuan walau aku ni jenis pemalu dan tak suka menyusahkan orang lain.

Setelah suamiku menjalani operation membuang ketumbuhannya pada akhir tahun 2004 yang lalu….suamiku seringkali tak sihat. Pergi PPUM kata sakit tu …….pergi homeopaty kata sakit lain. Mana satu nak percaya? Tapi aku tak kisah..kalau sakit pasti ada ubatnya…..untuk apa aku merintih seolah tidak redha dengan apa yang telah Allah kurniakan. Bukankah kesakitan itu penghapus segala dosa?

Cuma adalah suatu ketika aku menebalkan muka meminta pertolongan dari orang yang berpangkat pengarah yang kerja satu tempat dengan suamiku,cuma bahagian lain….aku terpaksa walaupun aku malu teramat sangat. Waktu itu aku  terfikir-fikir nak minta tolong siapa nak tolong hantar barang-barang keperluannya? Nak minta tolong Kakak satu pejabat dengan suamiku aku segan pulak…sebab rumahnyapun jauh jugak dengan rumah aku. Tapi dia ni dekat cuma tak mesra……teman tapi tak mesra gitu.

aku  sebolehnya tak mahu menyusahkan sesiapa…termasuk keluargaku atau keluarga belah suamiku dari kampung. Bagiku mereka tahu tak tahu sama saja….kalau tak dengar sakit teruk atau operation jangan harap nak datang. Pengelaman 2004 banyak mengajar aku erti kasih sayang hingga ke hari ini sentiasa melekat di hatiku. Kalau orang lain nak pergi operation berhantar tapi suamiku sendiri dengan menaiki Bas Metro. Hari operationnya aku hanya berendam air mata kerana aku tidak mampu pergi dan aku huwaaaaa. Ya Allah kalau nak kata terlalu berat ujian itu tidak sama sekali kerana Rasulullah hendak mengembangkan agama islam lebih teruk di ancam oleh puak-puak kafir. Ujian ini hanya sedikit…….Allah tahu kemampuan hamba-NYA sebab itulah ujian apa saja terhadap kami terlalu kecil.

Pagi tadi aku baru perasan kiriman sms dari Epel……sian Epel demam panas masuk ward dahpun nak masuk empat hari……aku tak perasan sms kerana hpku tak ada kredit. Kalau tidak aku tak pernah berenggang dengan hpku itu. Aku call Epel tak berjawab agaknya tak larat kerana kesakitannya.Lalu ku suruh suamiku call suami Epel untuk bertanya khabar..katanya sakit tonsil. Sebagai seorang yang agak rapat dengan Epel aku rasa terkilan kerana tidak dapat nak jenguk Epel. Aku bukan tak kenang kebaikan Epel padaku…….tapi dalam keadaan suamiku yang sakit……..aku tak berdaya………maafkan aku Epel. Doaku moga dirimu akan sihat seperti biasa…….dan insyaallah akan ceria seperti dulu. Barangkali aku bukanlah sahabat yang terbaik untukmu Epel. Namun begitu aku sentiasa mendoakanmu Epel. Semoga Epel cepat sembuh. Ameennn……..

Oklah anakku pun dah suruh buat roti telur………aku stoplah dulu ceritaku ini. Aku selalu menyatakan di mana-mana blog apa-apa saja ceritaku hanyalah sekadar berkongsi kisah suka dan duka sebagai seorang OKU. Pun begitu jangan ada yang tersilap faham dengan apa yang aku paparkan ini. Pernah suatu ketika dahulu bila aku menceritakan kisah kehidupanku……..dia kata “untuk apa awak bercerita kalau bukan hanya untuk menagih simpati”? Allah Hu akbar…..aku tak begitu….aku menulis kerana aku suka menulis dan aku tak tahu nak tulis apa, aku bukan pandai untuk menyusun ayat menjadikan ianya sebuah novel. Aku bukan pandai hendak   berimiginasi seperti orang lain lalu tercetusnya suatu idea yang canggih. Salahkah aku menceritakan kisah kehidupan suka dukaku sebagai OKU? Aku bercerita kerana aku suka tu saja.

Advertisements

2 Respons to "Aku PaSrAh"

salam kak…
kita tak kisah pun akak tak dtg jenguk..paham sgt keadaan akak. Terima kasih sudi doakan epel cepat sembuh. Ni dah hampir sembuh pun ni kak…mekasih ye…

salam epel,alhamdulillah………..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Julai 2007
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 853,962 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: