bila hatiku berbicara

Sabar aje lah~

Posted on: Julai 23, 2007

Sabtu 21 Julai 2007

Suamiku telah dibenarkan keluar dari PPUM. Biasalah suamiku hospital sudah jadi rumah kedua dia( hehehe jangan pergi rumah bini dua sudah lah). Biasalah aku ni bila dah suami tinggal kat ward beberapa hari kat rumah keringlah. Barang dapurpun kurang………kalau adapun ikan yang seminggu lepas manalah nak lalu. Aku tak tau apa yang enak untuk di makan sejak akhir-akhir ni,seleraku memang tak berapa ada. Aku masak asam pedas, kari lepas tu aku sedekahkan kepada kucing-kucing liar. Hafiz ku suruh dia beli apa yang dia nak makan kat restaurant melayu satu-satunya di kawasanku ini.

alhamdulillah suamiku pun sudah sihat penyakitnyapun sudah sembuh menurut kata doktor, tetapi lepas sembuh yang tu timbul yang lain pulak…….nampak gayanya suamiku kena sentiasa makan ubatnya.

Pagi semalam(ahad) tepat jam 10.00 pagi hpku berbunyi tertera nama Epel………aku agak kelam kabut jugak sebabnya kunci gate gril dan pintu utama rumahku di kunci oleh Hafiz dan dia telah membawanya bersama ke section 14 beli barang dapur( alahai siannya suamiku baru keluar ward dahpun pergi beli barang…..tapi kalau bukan dia siapa lagi????). Itupun kerana aku yang menyuruh hafiz membawa kunci……maklumlah pergerakankupun agak terbatas…..tak pantas berlari hehehe. Tapi aku sian jugaklah kat Epel dia datang kerana nak jumpa aku, bukan saja gate berkunci semuanya pintu berkunci, aku hanya lambainya saja…….entahlah hampir dua tahun tinggal di sini belum di buat kunci pendua(agaknya aku ni sentiasa ada kat rumah kot)….kalau ada cuma kunci gate saja. Terkilan jugak….tapi apalah dayaku……..nak keluar ikut pintu dapur pulak agak sukar ( silap terjatuh longkang lak dengan bawak tongkat ni) dan kalau Hafiz yang kunci gril memang kunci dia simpan terlalu cermat kunci hingga aku tak jumpa. Terfikir jugak aku kalau jadi apa-apa susah di buatnya…….selalunya dia hanya mengunci gate saja tapi semalam habis di kuncinya……hai siannya.

suami dan anakku pulang hairan siapa yang bagi buah tersangkut di gate? Aku bagitau laa Epel datang..alahaiiii ingat takde sapa datang maaf ya Epel…budimu tidak dapat kulupai sampai bila-bila. Dahulu kita selalu berskype beramai-ramai. Malam saja terus on skype…..tapi kini segalanya tinggal kenangan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Julai 2007
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 840,937 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: