bila hatiku berbicara

~CeRitaKu PaGi InI~

Posted on: Julai 27, 2007

Pagi ni aku ada mood untuk menulis sesuatu……..alhamdulillah sekarang ni sudah hampir jam 4.31 pagi. Rasa segar pulak bila bangun pagi-pagi begini….selalunya aku ni tidur awal dan bangunpun agak awal sedikit. Ku jenguk blog sahabatku KS aku baca cerita-cerita di blognya.Lepas tu dari satu blog ke satu blog…….tapi itulah aku kadang-kadang segan untuk menyapa.

Sejak akhir-akhir ni kesihatanku agak tak stabil…….apatah lagi bila hujan dan panas…..cuaca panas sangatpun tak boleh sejuk sangatpun tak boleh. Tapi itulah sudah menjadi kewajipan aku sebagai isteri mengurus semua rumah tangga dari dalam rumah hingga ke luar rumah…………..di halaman rumah ku agak teruk kerana aku tak berdaya untuk melakukan seorang diri. Susah kalau hanya seorang berminat untuk melakukan kerja-kerja begitu.

Ku buka emel dan ku baca ada emel dari sahabat setiaku AYONG. Dia adalah rakan cyber yang masih setia denganku…….dia ku kenali ketika mula- mula aku mengenali dunia Internet( 1999). Alhamdulillah walaupun Ayong di kurniakan anak yang ramai tapi tercapai juga cita-cita Ayong untuk menyambung PHDnya di UK. Aku bangga sekali kerana punyai rakan cyber yang tidak pernah memilih kawan. Apatah lagi insan sepertiku. Seingatku dia lah rakan cyber yang paling lama ku kenali. Dia ku kenali di dalam group keluarga. Yang peliknya sampai ke hari ini dia tidak pernah memberi tahu namanya. Dan aku hanya memanggilnya dengan nama Ayong saja. Bagiku mungkin aku sudah tahu namanya atau mungkin juga tidak. Kerana suatu ketika dahulu aku pernah memintanya menghantar telekung dari Indonesia. Kebetulan dia hendak ke sana makanya dia bertanya aku nak kirim sesuatu tak melalui emelku. Aku pesan telekung dan baju melayu untuk Hafiz. Dia telah memberi satu nama untuk di Bank In duitnya atas nama….???? . Dia kata itu nama ibunya…atau kalau namanya pun aku tak kisah. Bagiku aku berkawan bukan kerana nama. Sampai ke hari ini dia masih mengirim emel dan kad raya buatku.

Malam tadi aku bertanya khabar salah seorang akan Cyberku iaitu Lissa……lama sungguh aku tidak merisik khabarnya. Alahai rupanya dia sudah berjauh hati denganku, kerana lama aku tidak mengirim sebarang khabar buatnya. Bukan aku sudah melupainya..tetapi aku memangnya begini……kalau orang menyepi tanpa berita, ku kira orang itu sudah melupai aku…..mungkin tidak sudi lagi menjalinkan persahabatan denganku, itulah aku menghadkan agar aku menjauhkan diriku dari mereka. Aku tidak pernah melupainya juga rakan-rakan yang lainnya .Bagiku kalau dah kenal biarlah sampai bila-bila………..tak kiralah walau bagaimana carapun perkenalan kami. Kalau dulu aku bersusah payah menulis surat, membeli stem dan mengepos semata-mata untuk mencari kenalan, tapi kini segalanya canggih.

Barangkali itulah perasaan seorang yang bergelar OKU mudah benar berjauh hati. Aku faham perasaannya. Aku kalau berkawan tidak ingin berpisah lagi…….sejak kebelakangan ini aku rasa kehilangan. Tak mengapalah aku masih lagi ada insan yang masih sudi menjalinkan persahabatan denganku……..yang pergi biarlah berlalu….andai ada umur kita pasti bertemu lagi. Aku pernah kehilangan sahabat ku Mimi dan Kak Asmi di Bandar Countryhomes…….mereka ini insan yang banyak membantuku di kala suka dan duka.

Masihku ingat lagi ketika suamiku terlantar sakit di Damai Hospital akhir tahun 2004 kerana menjalani pembedahan ketumbuhannya. Kak Asmilah yang membawa aku ke sana…….detik ini lah aku di uji dengan konduktor bas yang sewel dan pemandu teksi gila tak berhati perut… Aduhaiii banyaknya kisah suka dukaku kalau nak bercerita tak habis.

Ah, matapun terasa mengantuk…..insyaallah sebentar lagi azan subuh akan berkumandang…….tapi sayangnya sayup-sayup saja kedengarannya lantaran Masjid Bulan jauh di section 14. Susahnya hidup di tengah-tengah masyarakat begini. Gereja dan kuil berlambak……tapi masjid jauh bagi kami yang tidak punya kenderaan. Aduhhhh sabar sajalah aku. Aku kasihan kepada anakku kerana hanya cuti sekolah sahaja mengikut ayahnnya bersolat jumaat di Balai Polis Dang Wanggi. Kata suamiku dah di robohkan..na’uzubillah himinzalik….mengikut kata mereka akan di buat masjid dalam komplek tersebut harapnya mereka tunaikan janji mereka itu.

Alahai mataku pulak rasanya seperti nak terpejam….mungkin ketika ini masih ada insan yang sedang di buai mimpi nan indah………..alangkah baiknya kalau aku boleh berlari seperti orang lain dan berjongging…….tapi itu hanyalah impian yang tidak mungkin kesampaian…….aduhai untuk apa di rintih kalau itu sudah suratannya takdir. Buatlah apa yang terdaya wahai aku.

Hari ini merupakan hari pertama suamiku pergi belajar memandu….wah suamiku selama ni tak pernah pegang stereng kereta gi mana nih? kalau dulu bukannya tidak mau mengambil lesen memandu…….tapi ada-ada saja halangannya. Buat suamiku moga seksus.

El Layali

Artist: Nawal El Zoghbi
Album: El Layali

الليالي رجعتلي تاني
El layali ragaitni tani,

حب قلبي من جديد
Hob qalbi min gideed.

بعد غيبة جاني راح نداني
Baad ghiba, gani, rah nadani.

خلى عمري كله عيد
Khala omri kolo aaid.

كنت فين يا شاغللي هوايا
Kont fein ya shaghili hawaya?

كنت فين ياللي قلبك معايا
Kont fein yalli qalbak maaya?

ليالي .. ليالي .. ليالي
Layali, layali, layali.

حبك يا غالي غيرلي حالي
Hobak, ya ghali, ghayarli hali.

على شوقي ليك باصحى وبأنام
Alla shoqi leik, bashar wa banam.

علمت روحي تهواك يا روحي
Alimt rohi tihwak, ya rohi.

وتذوق معاك أجمل غرام
Wit dooq maak agmal gharam.

لو غبت عني لحظة بتوحشني
Law ghibt aani lahza bitewhashni.

وأنده عليك طول الساعات
Wandah aleik tool el saat.

وياك يا عمري إحلو عمري
Wayak ya omri, ihlaw omri.

ورجعلي بيك عمري اللي فات
Wa rigeili beek omri elli fat.

~walaupun aku tak berapa faham dengan lirik lagu dari Timur Tengah ni tapi aku minat dengar lagu ni~

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Julai 2007
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 853,977 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: