bila hatiku berbicara

Ditinggal ibu angkat~

Posted on: Julai 28, 2007

SUNGAI PETANI: Seorang budak perempuan berusia 12 tahun ditemui kesejukan dalam hujan lebat di belakang sebuah rumah di Taman Sejati di sini, malam kelmarin selepas dipercayai ditinggalkan ibu angkatnya di sebuah pasar raya, di sini.Dia ditemui basah kuyup oleh sepasang warga Indonesia yang kebetulan melalui belakang rumah terbabit untuk pulang ke rumah sewa mereka, kira-kira jam 8 malam, ketika hujan lebat lalu membawanya pulang ke rumah sebelum menghubungi polis.

Nor Azrin Mohd Isa, 12, dari Taman Anggerik, Seremban, Negeri Sembilan, mendakwa ditinggalkan ibu angkatnya di sebuah pasar raya di taman terbabit selepas mengikut wanita itu dari Seremban dengan menaiki bas ekspres.

Katanya, ibu angkatnya yang berusia 36 tahun memberitahu mahu ke Kedah kerana hendak menemui rakan dengan menaiki bas ekspres di stesen bas Seremban, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

“Kira-kira jam 2 petang semalam (kelmarin), saya dan ibu angkat tiba di plaza tol dekat Taman Sejati dan kami berdua turun di situ.

“Saya kemudian dibawa ke sebuah pasar raya berhampiran taman terbabit dengan alasan untuk membeli buah.

“Ibu angkat kemudian mengambil sebungkus epal dan meminta saya menunggu di bahagian buah-buahan dalam pasar raya kerana dia mahu ke kaunter untuk membayar harga buah itu.

“Bagaimanapun, selepas lebih 15 minit ibu angkat tidak datang mengambil saya,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di Balai Polis Sungai Petani, malam kelmarin.

Nor Azrin berusaha mencari ibu angkat dalam dan luar pasar raya serta di kawasan perumahan berhampiran, namun gagal menyebabkan dia terlalu takut kerana tidak mengenali sesiapa.

“Disebabkan terlalu letih dan takut akibat ditinggalkan ibu angkat, saya duduk di belakang sebuah rumah di situ kerana ketika itu hujan lebat menyebabkan baju saya basah kuyup,” katanya.

“Namun saya bernasib baik apabila ditemui dua warga Indonesia dan membawa saya ke rumah mereka,” katanya.

Sementara itu, polis Kuala Muda kecewa dengan sikap pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang enggan menerima kanak-kanak terbabit ketika dibawa ke pejabat oleh anggotanya, kelmarin, selepas ditemui di Taman Sejati.

Jurucakapnya berkata, sepatutnya pegawai JKM mengambil dulu kanak-kanak itu dan menempatkan di tempat selamat, bukannya memberi alasan perlu mendapat perintah mahkamah.

~kasihannya…. dah ada anugerah Allah di depan matapun dipersiakan, kalau akulah teringin sangat mengambil anak angkat. Tapi sayang keadaan yang belum mengizinkan . Aku selalu membaca kisah-kisah anak atau bayi yang ditinggalkan….ada yang masih hidup dan ada yang sudah meninggal, ada yang menjadi rebutan.

Pernah aku berkata kepada suamiku…andainya aku bertemu dengan bayi tesebut aku teringin sangat nak jaga seperti anakku sendiri…….tapi terlalu susah…apatah lagi dengan kewangan yang tidak begitu stabil. Tapi padaku kalau ada anugerah itu aku rasa insyaallah rezeki anak itu ada. Teringin sangat memeluk bayi kecil seperti yang telah ku lalui dua belas tahun yang lalu……….mudahan suatu hari nanti impianku akan terlaksana juga insyaallah……kalau bukan dari darah dagingku sendiri, anak angkatpun tak mengapalah. Rindunya nak dengar tangisan bayi…berbahagialah bagi orang yang dinugerahi anak-anak yang ramai, hargailah anak-anak sayangilah mereka……(tapi kenapa ada ibu bapa yang sanggup mendera anak sendiri sehingga mati?????)……kerana bagi orang tidak punyai anak rasa terlalu sunyi sepi.

Seperti diriku, mungkin akan terasa kesunyian bila anakku tiada di sisi. Lambat laun dia akan tinggalkan aku juga untuk menunaikan tangungjawabnya sebagai seorang pelajar….tentunya aku bersendirian..hanya komputer tua inilah yang bakal menemaniku kelak……………hmm itulah putaran hidup. Yang kecil akan besar dan yang besar akan tua…dan yang tua akan matilah. Tapi kena ingat yang mudapun mati juga.

Advertisements

2 Respons to "Ditinggal ibu angkat~"

akak guest book akak dah takder ker?

penat carik ni ha…

abg fadzil , kak awwa dan hafiz sihat sihat ker? harap2 dilindungi Allah selalu

akak dah buang guest book tu, x cun besar kalau ada apa2 tinggal komen jer ek?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Julai 2007
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 848,179 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: