bila hatiku berbicara

~Lalainya aku~

Posted on: Ogos 1, 2007

Ahad lepas aku dan family seharian berada di rumah rakan seopis suamiku iaitu Kak Thusee dan Abang Zam di Jalan klang Lama. Inilah pertama kali aku ke rumah mereka setelah di jemput oleh Abang Zam. Sebelum ini Kak Thusee dan Abang Zam lah orang harapan kami, kalau kami dalam kesusahan aku tanpa segan silu menelefon untuk meminta bantuan dari mereka. Baru-baru ni suamiku masuk ward, tahun lepaspun masuk ward juga. Dialah yang membawaku ke PPUM. Kak Thusee tanpa segan silu mengambil kerusi roda ,dan menolakku untuk ke ward. Bagiku yang bertongkat dan berpenyakit asthma, aku tidak mampu untuk berjalan jauh…….dalam rumahpun aku guna kerusi roda.

Tiap-tiap minggu mereka mengajak suamiku ke pasar tani dari mula kami pindah hingga ke hari ini. Apalah salahnya kali ini aku pula yang berkunjung ke rumah mereka. Lagipun mereka menjemput kami tak kan lah kami nak hampakan harapan mereka pula. Kata Kak Thusee sudah lama nak ajak kami sekeluarga berkumpul dan makan-makan. Tetapi kerana tuntutan kerja, terkejar ke sana ke sini . Hari ahad lepas barulah terlaksana impiannya. oleh kerana aku agak jarang ke mana-mana, aku menjadi semakin letih bila sampai ke rumah. Bukannya apa, kalau di rumah aku rasa nak baring aku baring, dan buat apa yang aku suka. Tetapi sehari suntuk di rumah orang meletihkan aku. Walau bagaimanapun aku gembira hari itu. Teman ketawa senang untuk di cari…tetapi teman ketika berduka lara agak payah di cari. Allah sajalah yang membalas segala kebaikan mereka. Sebagaimana Kak Thusee mendoakan aku begitu jugalah aku. Semoga Allah memberi kabahagiaan buat mereka dunia dan akhirat.

Balik dari rumah Kak Thusee aku memang terlupa untuk berpesan kepada Hafiz agar mengunci gate, grill dan pintu. Selalunya Hafiez ni selalu kena pesan untuk mengunci pintu, kalau tidak dia cuma tutup daun pintu saja…lepas tu segala gate, grill dan daun pintu terus di biar begitu saja. Pagi isnin, bila aku buka daun pintu tak berkunci, aku jadi terkejut beruklah, bimbangpun ada, manalah tahu kalau ada orang masuk seperti dulu lagi di rumahku. Lebih teruk lagi segala gate dan grill terbuka. Di rumah kami banyak pintu untuk laluan keluar, jadi untuk memudahkan kami hanya melalui satu pintu, iaitu pintu garaj sahaja. Itulah laluan yang paling dekat untuk ke gate. Kalau ke pintu utama agak jauh kena pusing sedikit. Aduh, lalai lagi, nasib baik tiada apa kejadian yang tidak dingini berlaku. Kalau tidak, tak tahulah bagaimana nasib kami malam tu. Semoga Allah lindungi kami dari segala mara bahaya.

12.00 tengahari Hafiez ke Sekolah (tanpa mengunci gate) aku terdengar bunyi sesuatu seperti loceng berada dekat dengan pintu utama rumahku. Rupanya bull dog berwarna koko memasuki pagar rumahku. Jinak pulak binatang tu puas aku halau dia buat tak tau saja, rasaku ini anjing kesayangan jiranku berbangsa Tionghua Madam Lisa. Sekali aku goncang gril dia terus cabut. Nasib baik aku duduk dalam rumah kalau kat luar rumah tentu terkejut giler. Hmm…….. itulah serba serbi kisahnya. Moga aku dan keluarga di lindungi Allah s.w.t. Aku takde cerita apa sebenarnya……………………………boring banget.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2007
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 835,495 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: