bila hatiku berbicara

~La Tahzan/Don’t Be Sad~

Posted on: Ogos 3, 2007

~Semangat dan azam untuk hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian~

Petikan dari buku La Tahzan dari penulis asalnya Aidh Abdullah Al Qarni.

Mengingati-ingat masa yang lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan. Dapatkan buku motivasi terlaris di pasaran. Aku sudah lama memilikinya..tapi praktik tu tidak…hmm….

~Aku tidak berniat untuk mengungkit atau mengingat semula kenangan silam yang terkadangkalanya membuatkan aku menitis air mata. Tetapi kalau dengan mengenang kembali kenangan lalu dapat memberi cetusan idea buatku. Aku akan teruskan jua. Memang benar, dalam banyak hal kita tidak boleh memikirkan yang diri kita lemah, sedih teramat sangat, terpinggir dan segala rasa macam yang bersarang dalam diri. Apa lagi insan yang bergelar OKU. Begitu jugalah diriku. Dahulu aku malu menjadi OKU apa lagi memperkenalkan diriku sebagai insan kurang upaya kepada rakan-rakanku. Aku sering di ejek dengan perkataan yang menghiris hatiku. Hinggakan aku pernah di marah ayah kerana aku selalu berkurung dalam kamarku, dari menemui saudara mara ayah atau ibu yang datang, bagiku lebih baik bertemankan pena dan sebuah radio usang pemberian dari kakakku, dari menemui mereka. (bukannya apa kadangkala saudara mara yang pertamakali melihatku….”hmm nak wat lagu manooo dah tuhe jadi lagu nih”, macamlah aku ni tak pernah redha dengan apa yang Allah takdirkan buatku, aku dah lama redha, aku kurang upaya dahpun tiga puluh lima tahun, kalau aku menanggis keluar air mata darah sekalipun…tangan atau kaki aku tetap seperti ini, tak mungkin berubah sampai ke akhir hayatku) . Itulah penghibur hatiku…apalah yang aku ada ketika itu. Kawan-kawan semuanya sudah terbang bebas sebebasnya. Sedangkan aku bagaikan terkurung dalam sangkar ( bukan sangkar emas hihihi). Tapi sangkar yang mengikat kaki dan tanganku untuk terus terbang seperti kawan-kawanku yang lain lantaran sayapku patah sebelum aku terbang. Teman sepermainanku Imah, Iza, Yus, Leha semuanya telah pergi dari hidupku.

Masih aku ingat lagi kata-kata ayah…..” kalau mung( ayahku bercakap dalam loghat Kelantan yang pekat) tok sir keluar kalu oghe maghi gak baik mung gi duk dale ute”. hmm…. kalau korang tak fahampun itu bukan urusanku hihihi. Tapi aku percaya zaman sekarang ni semua orang faham berbagai loghat..termasuk aku memahami percakapan loghat dari sesetengah negeri. Tetapi aku tidak tahu untuk bercakap kerana bunyinya lain. Lidah kelate nak cakap loghat tentu bergulung oiiii. Sikit- sikit tu bolehlah. Macam-macam nasihat yang ayahku berikan…..baiknya ayahku……..

Takala teman-temanku yang lain pergi kerja kilang atau masih meneruskan pembelajarannya di Mesir atau di mana-mana aku terperuk di kamar usangku. Aku menulis dairy atau apa saja luahan hatiku, lalu ku kirimkan karyaku di Radio3 Kota Bharu. Sekarang ini sudah bertukar nama ke Kelantan Fm. Aku menulis cetusan rasa………semasa aku di dalam tingkatan tiga, aku menulis suara hatiku di Radio3 Kota Bharu. Bila aku datang ke sekolah pelajar-pelajar tersenyum kepadaku. Guru-guru pulak seolah memperli..tapi aku buat tak tau sajalah. Kawan sekelas denganku Maya kata, “aku duk goreng ikan, tapi bila aku dengar nama seperti namamu aku terus pegi dengar. Oii tak malu betulllah mung nih”.

Itulah pertama kali menulis di radio. Aku tidak mengunakan nama samaran ketika itu habislah aku, di perli dengan cikgu dan pelajar-pelajar. Ada juga yang memuji yang aku berani mendedahkan suara hatiku.

Entahlah… bila rasa terpinggir dan berjauh hati dengan rakan-rakan dan guru seolah meminggirkan aku hanya radio, dairy dan pena sahajalah temanku ketika itu. Aisyah adalah satu-satunya sahabat akrabku ketika itu. Dialah teman yang selalu menolongku takala aku ingin membeli makanan di kantin. Dia faham kesukaranku…kalau dia tak datang aku tidak berani untuk meminta tolong dari teman-teman yang lain, kerana aku tidak rapat dengan mereka.

Mereka dengan dunia mereka, anak-anak orang berada. Begitulah nasib Sekolah Menengah Kebangsaan Arab Al Khairiah ditempatku belajar dahulu. Pelajar-pelajar dari sekolah menengah yang tidak cemerlang dari segi akademik di hantar ke sekolah arab. Akibatnya di zamanku ada juga pelajar-pelajar yang berkelakuan tidak sopan yang datangnya dari sekolah menengah biasa (bukan semua). Tapi rasaku tidak ramai…..bukan seperti zaman sekarang. zaman sekarang tak usah cakaplah budaknya bagaimana( bukan semua)?.

Sesuai benar tajuk itu, Jangan Bersedih. Aku teringat kata-kata dari kakak angkat yang aku temui di Kelantan FM pada tahun 1988. Lama tu. ..iaitu Kak Shaadah( sampai ke hari ini aku masih berhubung dengannya). katanya tengok macam Kak Adah cacat jugak….tapi tak sedihpun. Buat apa adik nak sedih dan meratap dengan apa yang telah takdirkan kepada adik? Kalau adik menanggis sekalipun ianya tetap tak kan berubah. Cubalah adik buat sesuatu yang memberi faedah dari menangisi nasib diri. Janganlah berputus asa dengan sebuah kehidupan. Allah tidak suka, kalau Allah tak suka orangpun menyampah kerana selalu menidakkan apa yang telah terjadi., Yang terjadi tetap akan terjadi”.

Aku rasa Kak Adah banyak pengelamannya yang menyayat hati, di tinggal suami dan terpaksa menjaga anak-anaknya sendiri dalam serba kekurangan. hidup kak Adah bersama anak-anak tak ubah seperti orang dalam bersamamu, hanya mengharapkan simpati dari ibu saudara. Siapa lebih malang? “Kalau kita susah, sakit atau sedang si uji……tapi cuba kita tengok orang yang lebih bernasib malang dari kita, tak ada makanan untuk di makan kelaparan, tengok mangsa perang adakah hidup mereka seperti kita? walaupun kamu kurang upaya tapi kamu harus bersyukur seadanya.( kata-kata dari Cikgu Aziz yang teramat baik denganku, dialah satu-satunya guru yang rapat denganku). Semasa di alam persekolahan aku sering tertekan. Aku mudah terlalu sensitif bila pelajar baru mengejek-ngejek aku, aku menanggis sendirian..perasaan seperti marah benci dan sebagainya sentiasa melekat dalam jiwaku. Aku sedih dan aku hanya memberanikan diri menceritakan kepada Cikgu Aziz suara hatiku..”katanya pedulikan apa orang nak kata.” Lama-lama diamlah mereka tu”.

Hmm kalau nak bercerita pengelaman hidup sebagai kurang upaya aku ni banyak sangat, maklumlah sudahpun tiga puluh lima tahun aku ini. Suami akupun banyak juga kisah-kisahnya. Tapi tu lah dia lebih suka buat tak tau saja. “Dari duk sedih-sedih lebih baik kita pk lagu mana nak cari pitih… tu lagi baik dari duk layan sangat kesedihan tu”. Berbanding denganku suamiku lebih kuat dariku. Aku kalau terasa sedih akan terbawa- bawa sangat sensitifnya……….yang pasti peristiwa sebegini sentiasa terjadi dalam hidupku..bukan hanya kisah silam saja..tapi kini pun ada.Terlalu banyak untuk di kngsi cerita………….

Buat aku yang selalu alpa dan teman-temanku yang bergelar OKU jangan terlalu bersedih hati. Terimalah diri kita seadanya. Hidup ini tidak akan kekal lama yang kekal di SANA. Akupun sedih hati kalau ada orang mengataku..tapi bak kata suamiku….biarlah lupakan saja, buat tak tau saja. Anggaplah itu sebagai pembakar semangat juang untuk kita teruskan sisa-sisa hidup ini.

Hmm, kalau nak tau sampai ke hari ini aku masih menyimpan lagi dairy-dairy lamaku dari tahun 1988 sampai ke hari ini. Setiap kali aku ingin bercerita tentang kisah kehidupanku aku akan merujuk dairy lamaku( tapi sayangnnya ketika Hafiez kecil dia conteng hmm nasiblah boleh di baca lagi hehehe). Kehidupan ku dulu hanya bertemankan dairy, kertas dan pena. Itulah duniaku…..dunia orang kurang upaya seperti aku. Hah…aku tak tau kenapa aku tulis begini….mungkin ini sebagai semangat untukku..juga untuk insan lain. JANGAN BERSEDIH. Hepi sokmo walaupun dalam hati Tuhan saja yang tahu……

Advertisements

4 Respons to "~La Tahzan/Don’t Be Sad~"

Mengingati-ingat masa yang lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan. Dapatkan buku motivasi terlaris di pasaran. Aku sudah lama memilikinya..tapi praktik tu tidak…hmm….

jika nii tulisan dr penulis buku…suruh dia baring atas katil mcm saya utk tempoh 24 jam…kemudian luahkan apa yg dia rasa.

ckp dan tulis mmg mudah….

Hah…ks masa sekarang…tapi bukan masa lalumu..ks dulu boleh berlari tp sy ttp x bleh sampai bebila…….. tp sy mengenangi kisah lalu sy sedihhhhh huwaaaaaaaaa……kisah kesusahan sy…kisah keokuan sy di ejek di hina.lebih malang lagi bila sy naik bas pun di hina oleh pemandu dan berbagai bentuk ujian lagi lg menjadi oku yg miskin uwaaaaaaa…sebab itulah banyak org menyuruh sy bersikap positif….jangan terlalu terikut2.kalau saya tahu esok sy nak matipun.kalau bersedih hati saya akan mati juga kalau sampai masa…kalau tak sedihpun mati jugak……..itulah la tahzan.baca biar habis dulu…walau apapun saya akan baca utk motivasikan diri sy dan untuk saya menghayatinya….dan sy akan kenang kembali kisah silam saya kerana.mungkin itu melahirkan ilham utk sy menulis mencari rezeki yg halal

Beza di antara kita…………….

di saat orang lain berlari …aku masih bertatih….terkadangkala aku jatuh tersungkur tergolek sana sini…………aku tidak pernah merasai apa yg orang lain rasa…aku tidak rasa berjalan seperti org lain…tidak pernah merasai apa yg org lain boleh buat.sedang aku nak sangat merasai semua itu…….tp x bleh huwaaaaaaa…………..

tapi tu lah syukur lah pada Allah s.w.t……..kalau hari ini aku tak dpt makan tp masih ada lagi insan yg tak dapat makan langsung…………….kalau dulu aku masak nasi bercampur ubi kayu.tp kini alhamdulillah kini sudah tiada lagi( tp masih lagi aku makan kalau aku nak hahaha)………..adakah salah kalau aku kenang kisah silam?adakah aku gila kalau aku kenang kisah silamku?????bagiku tidak kira siapa aku.tapi aku akan kenang juga kesusahan aku.tp aku bukan nak bersedih aku nak ketawa…………………….

mmglah kita nak semua yg terbaik….tetapi bila di uji….. .kita merasakan kita adalah insan yg paling malang.sedangkan tak pernahkah kita terpk mangsa perang hilang harta benda.anak beranak………tp kita masih beryukur..duhai….hapuslah air mataku………kadang2 aku rasakan diriku paling malang……bayangkanlah kalau ada duit di tangan kalau org tak bantu mana bisa sih aku pergi kedai sendiri? mahu lapar aku di rumah? Tp dengan kasih sayang Allah……Dia tidak akan biarkan aku kelaparan.adalah bantuan dari Allah yg datang…………..La Tahzan Jangan Besedih tersangat2.terlalu merintih2 itulah yg membuat kita jadi sedih sesangat.tu lah yg aku rasa.bila di ejek aku naggis sesangat sampai tak nak g sekolah bila di keji oleh seseorang yg bergelar ustaz….

Tahu tak dia tahu aku tak boleh sangat nak berdiri dia suruh aku berdiri….lepas tu bila aku tak berdiri……..dia tanya pelajar2…………aku p sekolah dgn apa? org dukung ke? aku dipermalukan di khalayak ramai.adakah aku di kira gilak kalau aku kenang kisah silam????? hidup mmglah selalu di uji…SABAR LA TAHZAN…………..REaaliti sebuah kehidupan ginilahhhhhh…………..

btol KS dan kak awwa,
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
org mudah berkata sebab dia tak rasa. mereka takkan faham segalanya sbb kadangkala, hatta diri kitapun kita tak paham…kompius..kompius….
1 yang epel pegang..wp agak klise- biasa org cakap mcm ni–> jgn tgk senangnya org…tgklah kesusahan org..nescaya kita akan merasa syukur yang teramat.

tu lah cakap boleh baca boleh.tp nak kuatkan hati tu kena ada pengorbanan tu….laaa…sabar..astagfirullahalazimmmmmmmmmmm…………..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2007
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 848,415 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: