bila hatiku berbicara

~Apa yang sudah pergi, biarkanlah pergi~

Posted on: Ogos 5, 2007

La Tahzan

Jangan Bersedih

Don’t Be Sad

Penulis A’idh Bin Abdullah Al-Qarni

Penterjemah Mohd. Sofwan Amrullah

Penerbit Jasmin Enterprise

Penjana Kemantapan Rohani Dan Intelektual

~Kata-Kata semangat dari penulis buku ini Aidh bin Abdullah Al-Qarni~

~Penterjemah: Mohd Sofwan Amrullah~

Buku ini merupakan hasil kajian yang bersungguh-sungguh, cermat dan bertanggungjawab. Matlamat penulisannya adalah untuk menangani kesedihan yang sering berlaku dalam hidup manusia. Termasuk kegoncangan, keresahan, hilang kepercayaan kepada diri sendiri, kebingungan, pesimisme, dukacita, kesedihan, kekacaun, putus asa dan rasa rendah diri.

Ia merupakan jalan penyelesaian bagi masalah-masalah semasa berdasarkan bimbingan wahyu, panduan risalah serta bersesuain dengan fitrah manusia yang suci. Di samping itu, di ambil pula uji-cuba dan pengelaman yang matang, contoh-contoh yang hidup, kisah-kisah yang menarik, serta adab dan etika yang memikat.

Buku ini saya tulis buat orang yang merasa hidup yang sempit, resah dan sedih, atau buat mereka yang ditimpa musibah atau tertekan hingga tidak dapat tidur dan mengalami insomnia. Adakah di antara kita yang tidak pernah mengalami yang demikian?

Buku ini mengesa anda: “Bergembira dan berbahagialah, optimis dan damailah hidup anda, “Lebih dari itu ia mengesa anda: “Jalani hidupmu apa adanya dengan rela dan senang hati.”

~”Hakikatnya, hari esok masih di alam ghaib dan belum turun ke bumi. Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi satu jambatan sebelum kita sampai di atasnya. Sebab siapa yang tahu dengan pasti bahawa kita sampai atau tidak di jambatan itu?”

~” Ketahulah bahawa orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh dan tidak ada orang yang akan menendang anjing yang sudah mati.”

~ “Tabiat suka mengingkari, membangkang, dan memperkecilkan suatu nikmat adalah penyakit yang lazim menimpa jiwa manusia.”

~Berbuat baiklah hanya kerana Allah semata-mata maka anda akan menguasai keadaan, tidak akan terusik dengan kebencian, dan tidak merasa terancam dengan kekejian!”.

~”Dan anda tidak perlu terperanjat, jika orang yang anda beri tongkat untuk menghalau kibasy gembalaannya sebaliknya memukul tongkat itu ke kepala anda.”

~”Perbuatan yang baik itu bagai wewangian yang bukan sahaja mengembirakan pemakainya, tetapi orang-orang yang berada di sekelilingnya juga.”

~Semangat dan azam untuk hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa Kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian. ~

Buku Motivasi Terlaris Lain Dari Yang Lain

Mengingati-ingat masa yang lalu  dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.

Bagi orang-orang yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuku dan dipersoalkan. Ia perlu di tutup buat selamanya-lamanya dan di kurung di dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar. Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai. Maka ia tidak mungkin kembali dengan apa juga kesedihan, tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa juga kedukaan, tidak dapat dihadirkan semula dengan apa juga kegelisahan, dan tidak akan dapat dihidupkan semula dengan apa juga kegelisahan, dan tidak tidak akan dapat dihadirkan semula dengan apa juga kebingungan-ia adalah sesuatu yang sudah tiada.

Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu, jangan biarkan dirimu sentiasa dibayang-bayang oleh sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan silam masa lampau. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya, memulangkan matahari kepada tempat terbitnya, mengembalikan kanak-kanak ke dalam rahim ibunya, air susu kepada puting susu haiwan, dan airmata kepada mata? sesungghnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya. Kembali ke pangkuan masa lalu sama sahaja dengan meletakkan anda dalam kemelut dan tragedi yang sangat dasyat dan menakutkan.

Hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna menyia-nyiakan masa sekarang, mengoyak-ngoyak perjuangan, dan memporak perandakan masa kini. Allah s.w.t sudah menceritakan tentang umat-umat masa lampau dan apa yang sudah mereka lakukan. “Yang demikian itulah adalah satu umat yang sedih sudah berlalu.” Segalanya sesuatunya sudah selesai bagi mereka. Tidak gunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sejarah.

Sesungguhnya orang yang kembali kepada masa lalu sama dengan orang yang mengiling tepung atau orang yang mengergaji dedak kayu tetapi dirinya turut tergilas sama. Terdapat ungkapan lama terhadap mereka yang suka meratapi masa lalu: “Hei, jangan keluarkan mayat-mayat itu dari kubur mereka.” Ada disebutkan bahawa mereka yang boleh bercakap dengan bahasa haiwan, mereka bertanya kepada keldai: “Mengapa engkau tidak menarik kereta lagi?” Si keldai menjawab: Aku tidak suka menipu.”

Malangnya kita tidak mahu dan berusaha menangani masa kini, sebaliknya kita sibuk memikirkan masa lalu kita. Kita menyia-yia istana-istana kita yang megah, sebaliknya kita pula sibuk menguruskan reruntuh bangunan lama. Sekiranya manusia dan jin bekerjasama dan tidak bertungkus- lumus untuk mengembalikan masa lalu itu, nescaya mereka tidak akan berjaya, sebab pada dasarnya ia adalah ia adalah mustahil.

Sesngguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling belakang, sebab hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke depan, kafilah berjalan pun ke arah depan. justeru, janganlah cuba menentang arus dan aturan hidup, sunnah alam.

“Terimalah apa yang AKU kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur.” (Surah Al-A’raf:144)

~Aduuuhh letih aku menulis semula tajuk “Apa yang sudah pergi, biarkanlah pergi’. Kalau korang nak baca lebih lanjut bacalah sendiri buku ini, insyaallah ianya dapat membantu anda yang sedang dalam keresahan,kesedihan. Terutamanya insan seperti diriku ini. Yang terkadang-kadang bila bersedih terlalu melampau-lampau. Tapi aku bukanlah berniat untuk mengenangi semula kisah-kisah lalu, tapi aku tak boleh lupa, aku sedih huwaaaaaaaaa ada ketikanya aku ketawa hahahaha bila mengenanginya semula….gilak. Aku bolehlah baca buku ni,tapi kenangan masa lalu tetap menjadi ingatanku sepanjang masa…kenangan pahit manis..sampai ke hari ini kisah-kisah semalam masih lagi berulang dalam hidupku, Tapi tu lah nak buat macam mana, dugaan itu adalah bagi hamba-Nya yang terpilih. Aku bukannya insan kuat, aku lemahhhhhhhhh. Tetapi tak mengapa……mudah-mudahan dengan mengenangi semula kisah silamku kini dan selamanya dapat memberi cetusan idea buatku. Idea akan datang bila mengenangi semula kisah lalu….di bantu dengan dairy-dairy usangku.

Tapi aku rasa buku ni bagus sekali..aku suka membacanya….tapi biasalah kalau baca sekali tu tak melekat dalam hatiku..orang macam aku ni kena berulang kali membacanya. Macam jugak kalau aku baca novel aku berulangkali baca…..sampai sepuluh kalipun ada. Tu lah bila gila baca novel ginilah jadinya…seronok.

Nantilah aku menulis lagi kisah-kisah laluku. Tapi percayalah aku tak gilak kalau kenangi kisah lalu atau aku menoleh kebelakang………….

~Ya Allah kalaulah aku dapat mempraktik semua ini kan bagus……..tetapi…….tetapi tu laaaaa???????

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2007
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 848,415 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: