bila hatiku berbicara

~Surat Amaran Or SuraT Layang?? Hampehhhnyaaaa~

Posted on: Ogos 5, 2007

Tengahari semalam tepat jam 12.00 lebih kurang aku, Hafiez and hubby duk tunggu teksi depan rumahku nak pergi ke Mid-Valley untuk beli segala barang dapur yang sudah kehabisan stoknya. Biasalah suamiku kalau tak pergi pasar tani dia akan ajak aku ke Mid-Valley. Aku ni kalau nak pergi beli barang dapur kat pasar tani susah juga dengan kawasan yang sukar pergerakanku. Aku ni kalau jalan jauh-jauh sikit mulalah sakit kaki….maklumlah kakipun hanya satu saja yang kuat manakala yang satu lagi di pinjamkan Allah untuk menjadi pelengkap kepada yang boleh beroperasi..redhalah aku Ya Allah, syukurlah aku kerana masih di beri nafas untuk menyedup aroma ayam hihihih. Kalau pergi ke Mid-Valley boleh pinjam kerusi roda kat sana. Nak pusing-pusing ke satu-satu tempat nak beli barang bukannya dekat…

Sambil duduk tunggu teksi suamiku intai di peti surat, ada satu kertas berlipat seperti buku budak sekolah, tanpa bersampul, suamiku ambil…..hah ni lah isi suratnya. Nak tau? ni haaa aku tulis nak simpan buat sebagai kenangan memori di sini. Memori hidup di tengah manusia-manusia yang matrealistik( huihh aku tak sure betul dak aku eja tu? ahhh lantak lah).

Surat tanpa nama, tanpa tanda tangan aku terima…aku fikir kalau menulis surat begini untuk masuk peksa gerenti SPM dapat pangkat kosong huih aku nih macamlah pandai sangat hahaha, sorry ek???…nama lagik ni surat layang manalah depa nak letak nama nanti malu alah laaa pulak kan.?Tak apa aku tulis aje lah untuk tatapan korang. Aku tak kisahpun dengan surat ni…..tapi aku sajalah nak cerita-cerita sikit.

aku ikut 100% yang dia ni tulis, tapi yang aku letak tarak nama and Hantuuuu tu aku lah hahahaha~
kepada sesiapa yang berkenaan, 10.45pm date 4/8/2007

AMARAN: SILA HENTIKAN MEMBUAT PEMBAKARAN TERBUKA, JIKA TIDAK ,KAMI AKAN MENGHUBUNGI PIHAK BERKUASA!

Asap daripada pembakaran terbuka yang di jalankan di rumah anda meresap ke dalam rumah jiran-jiran anda dan menimbulkan banyak masalah. Perbuatan MEMBAHAYAKAN KESIHATAN JIRAN-JIRAN ANDA.( seperti saya!)

Asap yang dilepaskan juga mencemarkan udara dan ini akan memburukkan lagi keadaan udara di sini. Kesan pemanasan bumi sudah jelas ditunjukkan oleh peningkatan suhu.

Perbuatan anda melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan! Sila berfikir sebelum tentang kepentingan orang lain!

Dalam kata lain,

TOLONG HENTIKAN PEMBAKARAN TERBUKA DI RUMAH ANDA!

Ini bukan kali pertama, tetapi sudah banyak kali pembakaran terbuka di rumah anda telah di lakukan. Terima kasih atas kerja sama anda.

dari jiran anda….tarak nama

Hantuuuuuu

Beginilah kehidupanku di sini, nama saja ada dua jiran melayu di atas rumahku..tetapi siapalah aku ni kalau nak dibandingkan dengan mereka? Kami hidup di sini tiada berteman..nama saja ada saudara seislam…..tapi adakah mereka ambil tahu tentang diriku? (aku rasa lebih baik jiran Cina kat bawah rumahku dari mereka ada juga memanjat tangga semata-mata nak ucapkan hello kepadaku ) Bertanya khabar kami di sini? aku tak harap mereka bertanya khabar aku sakit ke mati ke aku ni hihihih. Tapi aku teringat balik kepada Kak Asmi jiranku kat Countryhomes, dia orang Indon ……dia datang jumpaku katanya..”kita orang islam bersaudara”..ya orang islam bersaudara….tapi mereka Adakah adakah adakahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh????? Aku tak marah dengan surat layang yang aku sendiripun tidak tahu siapa yang menulisnya. Tapi ini memanglah dari rumah kat atas rumahku. siapa lagi???..tulisanpun seperti tulisan Hafiz agaknya mak depa yang suruh tulis dan letakkan ke peti surat aku. Ya aku mengaku aku memang buat pembakaran terbuka, aku yang bersalah…aku bakar ayam….aku bakar ikan terubuk……dan adakalanya aku bakar dokumen-dokumen penting suamiku yang terpaksa dilupuskan dengan cara itu bagi mengelak segala rahsia kerajaan bocorlah lah kononya. Aku memang bersalah patutpun di tegur. Tapi teguran yang tidak profesional gertak macamlah kami ni budak-budak. Macam ni ke teguran dari orang yang berjawatan tinggi?????? Kita ni bukannya muda lagi..mailah kita bersemuka cara orang tua bukan cara gini hampehhhh laaa.

Bayangkanlah kalau aku tidak membakarnya bagaimana aku nak lupuskannya? atau aku biarkan saja diangkut oleh lori sampah? cuma kertas bukannya lama waktu pembakarannya….cuma mengambil masa beberapa minit terpadamlah api tu. Memang aku yang salah…kerana melanggar undang- undang kerajaan lah KONONNYA. Kenapa tak pergi hantar surat layang kepada jiran Cina yang bakar colok duk sembah tokong depa tu pagi-pagi??? Bau dah lah busuk….pergilah larang mereka tu……apakah kerana perkara kecil ini kami di beri PERINGATAN DENGAN AMARAN? Sepertilah kami ni penjenayah, sepertilah kami ni teruk sangat?????? Kalau betullah dia mengaku yang empunya menulis surat tu adalah jiranku……….kenapa tidak datang semuka dengan kami? Aku ni jenis terbuka dan tak kisah di tegur dengan cara bersemuka……ini bukan caranya ??? atau malu alah???? Aku masuk rumah ni dari tahun 2005 april…….dah nak blahpun aku dari sini tak lama lagik….baru hari ni nak tegur yang aku bakar ayam or ikian or kertas? Ya ALLAH….. Memanglah aku yang silap kerana aku mengambil kertas-kertas dokumen dan bakar sikit-sikit. Masa nak pindah dari Countryhomes ke PJ ni segala surat-surat yang kononnya tak boleh di buang sebarangan kami bawa ke sini……dan kami bakar sikit..bukannya marak menyala seperti kebakaran hutan……tu pun masa aku nak menanam sawi ke, sayur ke sikit-sikit untuk mengelakkan dari di gigit nyamuk aku bakarlah kertas. Adakalanya aku bakar ayam kalau jemu mengorengnya. Maklumlah ketika aku di rumah flet dulu aku tak boleh nak bakar ayam atau apa saja maklumlah rumah flet. Bila sampai ke sini….memandangkan akupun duk hujung sekali di tengah hutan aku bakarlah. Tapi itupun tak boleh……..aku hairan kenapa hari ini baru nak tegur???? kenapa tidak dari dulu??????

Aku sedarlah kat rumah aku ni lah yang paling banyak rumput atau lalang, sebabnya kos memotong rumput or tebang tebas pokokpun sudah boleh beli belanja dapur dua tiga bulan dah cekik darah betul, maklumlah kami tercampak di sini, entah sesat lah kot. Dari aku buat tu semua lebih baik aku beli apa yang aku nak….pergi shopping lagi bagus dari bagi kat India hindu potong rumput tu………hampeh tul……..

Cuma aku nak tanya adakah asap lori kereta tidak mencemarkan udara? Adakah kalau aku bakar kertas dalam beberapa minit saja boleh mengundang pencemaran udara? Adakah penulis surat ni dah nak mati kerana menyedup bau asap pembakaran ayam atau ikan aku? hampehhhhh….

Aku kata aku tak sedih….tapi aku manusia biasa terasa juga bila diperlakukan begini. Hampir tiga tahun aku tinggal di sini….jiran-jiran melayuku yang dua buah rumah ni tak pernah tegur aku…..datang rumah aku atau betanya khabar, hina sangatkah kerana jadi orang CACAT?????…atau mungkin mereka anggap kami tak pernah wujud ditengah-tengah kehidupan mereka. Suamiku suruh lupakan saja………tapi aku tak boleh bila si penulis ni sebut AMARAN DAN AKAN DI LAPURKAN KEPADA PIHAK BERKUASA. Macamlah aku ni budak kecil nak di larang begitu, macamlah kami ni orang jahat. Mereka kerja tempat yang sama dengan suamiku..bezanya tempat berlainan……bezanya mereka orang besar kami orang kecil……….bezanya kerana mereka ada lima enam buah kereta besar….tapi kami habukpun takde………bezanya kerana kami kurang upaya tetapi mereka tidak…..bezanya kerana kami susah hidup menumpang di tengah bandar ini, mereka tidak? Adakah aku harus bertongkat untuk ke rumah mereka demi untuk silaturahim???? kenapa aku bukan mereka yang segar bugar? Yang gagah carilah yang lemah bukan yang lemah cari yang gagah. Apakah tidak cukup dengan salam perkenalan lewat surat yang ku suruh Hafiez letak dalam peti suratnya dulu? siapalah kami ini???? Tapi apakah kalian lupa???? Kalau kalian berpangkat masih ada lagi yang lebih berpangkat dari kalian…atau kalau kalian rasa diri kalian besar atau gah sangat masih ada lagi yang MAHA BESAR IAITU ALLAH PENCIPTA AKU KALIAN DAN SEMUA INGAT TU.

Wahai aku sabarlah…tenang jangan bersedih…..hari ini aku di tegur esok atau lusa aku akan buat perhintungan dengan mereka….walau apa cara sekalipun atau aku suruh suamiku mencari emel-emel mereka dan aku akan mengirim kan emel kepada mereka. Tak susah kerana suami ku tahu nak cari maklumat orang yang kerja sama dengannya. Aku bukan nak marah tapi aku nak tanya kenapa tak datang rumah kalau nak buat teguran? tak payalah bersurat-surat..kan kalian ada kaki atau kereta besar untuk melangkah datang sajalah……sedangkan aku belum tentu sampai untuk naik bukit ke rumah kalian? Barangkali sekali ku hayunkan tongkatku aku sudah rebah.

Aku akan memohon maaf kepada mereka dan aku harap merekapun memaafkan aku kerana mereka telah menghidu bau asap ayam atau ikan atau kertas dari rumahku. Memang aku silap…….mereka tak silappun. Memanglah mereka patut tegur aku yang suka bakar-bakar. Kan ada oven kalau nak bakar ayam atau ikan bakar sajalah dengan oven….tapi aku lebih suka bakar dengan kayu sebab aromanya wangi……. dah nasibku apa nak buat….terimalah. Sekarang ni aku tidak boleh merasa aroma bau wangi ayam lagik huwaaaaaa…

Aku teringat ayahku, kalau tak puashati dengan seseorang atau ada lembu yang masuk makan tanamannya ayahku akan bagitau terus kepada tuan empunya lembu tu….begitulah sebaliknya..sebab itulah kami hidup saling menolong, kalau sakit pening tak kiralah jam berapapun boleh di ketukkan rumah jiran dan menghantarnya ke hospital. Tetapi di sini nampak gayanya pandai-pandailah kami……tiada jiran tiada teman yang ada hanyalah ALLAH. DIAlah penolong di saat kesusahan. Maklumlah aku nak minta tolong teman seopis suamiku selalupun malu juga…..mereka adalah mereka…….bukan saudara aku….aku adalah aku, jadi pandai-pandailah kami bawa diri walau di mana saja tercampak.

Masih ku ingat lagi ketika mula-mula pindah ke sini……suamiku sakit……..baru lepas operation. Jadinya dia kesakitan di waktu malam tepat jam 1.00 pagi kalau tak silap aku. Aku tak tahu apa nak buat…..cuma alhamdulillah walau apapun keadaan kami tetap tenang tak mudah mengelabah. Jam satu pagi aku panggil teksi tapi panggil teksi itu ini……takde maklumlah dah pagi. Alhamdulillah bila ku panggil satu teksi yang beroperasi 24 jam ada..syukur banyak-banyak pada Allah. Dalam kesakitan suamiku pergi sendirian ke hospital tanpa berteman..kalau jatuh bagaimana..tapi itulah aku pegang pada satu TAWAKKAL ALALLAH. Tiap kesusahan ada jalan keluarnya.

Banyak oang hairan dengan kami banyak sebab…..kenapa kami masih takde kereta walaupun kecil…..aku banyak menerima kata-kata semangat dari orang cadang suruh beli keter itu dan ini. Tapi aku tenang…..aku bisikkan yang mereka tidak tahu apa sebenarya yang tersurat di sebalik semua itu. Nak hari ni bukannya esok dapat. Hidup penuh dengan ujian…..ujian mematangkan diri untuk lebih berfikir. Aku-aku mereka-mereka adalah mereka……..jangan ditanya kenapa dan mengapa aku begitu begini…cukuplah hanya Allah saja Yang Maha Mengetahunya. Sebab itulah aku sudah tak ingin bersedih lagi…….tetapi aku ingin mengubah kehidupan yang begini menjadi kehidupan yang lebih baik…..insyaallah sampai masanya nanti kalau kami panjang umur.

~YA Allah  aku berdosa dan aku memohon kepada-MU ampunkan segala dosa-dosa ku. dan kalau aku berdosa dengan manusia aku akan memohon maaf kerana aku bukannya orang yang susah untuk memberi maaf dan menerima kemaafan dari orang lain. Aku ngaku aku salah sebab aku memang kaki bakar hahaha…memang aku suka bakar ayam or ikan.Kalau ada kambing atau lembu lagik laa sedapnya……

A’ha lupa…semalam masa aku nak balik dari Mid Valley..pak cik guard tu baik sangat…dia kata kat Hafiez tak payah beratur panjang nanti kalau nak balik cakap aje ke pakcik. Ketika itu suamiku gi anto balik kerusi roda yang di pinjam,aku ngan Hafiez tunggulah barang. Alhamdulillah tidak semua hidup ini selalu dalam kesedihan atau kedukaan……di ganti pula dengan yang lain. ALLAH HU AKBAR ALLAH MAHA BESAR syukur Ya Allah. Kalau tidak Hafiez terpaksa beratur panjang…..maklumlah ramainya manusia……hmm itulah citernya dah tammat. Hahaha tak sedihpun……La Tahzan laaa….

~Sautu hari nanti aku akan menjadi penghuni kampung yang lebih mendamaikan, sekarang ni bila aku dah tak kuar rumah aku hanya memerap aje dalam rumah mengadap PC sokmo. Aku lupakan pokok lalang dan aku lupakan pokok ciliku. Aduhhh..mana aku biasa begini~.

Freddie Fernandez

Namun Ku Punya Hati

Senyum mu tak seghairah

Gerak gaya tidak selincah

Mata ku tak seayu

Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati

Juga gaya ku perasaan

Hidup ku yang begini

Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta lahir ke dunia

Tidak ku duga cacat begini

Bukan ku minta kasih dan manja

Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman

Ku menumpang di sudut dunia

Mencari ketenangan

Sampai masa ku pergi jua

~Aku suka dengan lirik lagu ni~

Advertisements

3 Respons to "~Surat Amaran Or SuraT Layang?? Hampehhhnyaaaa~"

kak awwa,
maaf kalau ada kata2 epel yg epel slalu msg akak ke mengguris hati.
Epel terkilan dgn sikap jiran2 akak yg sama agama dan bangsa dgn kita.
Itulah sikap mereka. Menampakkan kesombongan dan kejahilan utk berurusan dengan manusia. Sebenarnya diorg tu jauh lebih lemah dari akak. Mereka tu kurang upaya akal fikiran dan pertimbangan. Mereka tak tahu sbb yg zahir lebih penting bg mereka dari yang tersemat di dasar pemikiran. Epel rasa, tindakan akak nak hantar emel pada mereka tu tepat sekali. Lebih baik berterus terang dari sakit jiwa sbb org yg tak reti mcm diorg tuh.
Tak salah akak bakar ikan/ayam tu..maybe diorg terliur kot. Tu yg marah sgt tuh. Pasal bakar sampah dan kertas tu, maybe diorg rasa takut/risau kot…manalah tahu kot2 akak bakar ranting2 tu boleh ‘menterbakarkan’ (ada ke perkataan mcm ni?..hehehe) rumah dan kereta2 mereka yg cantik2 tuh…
anyway…epel harap akak dan keluarga bersabar dengan ujian ini. Manusia akan bertambah kukuh keimanan dan kekuatan hati apabila redha dgn ujian. Epel tahu akak redha dgn ujian ni sume..sbb akak ada kekuatan yang tersendiri….semoga akak makin tabah…dan sesungguhnya akak sangat beruntung kerana mempunyai suami yang sentiasa memberikan dorongan semangat dan sokongan buat akak serta seorg cahayamata penyambung zuriat. Rezeki kita, untung nasib kita, kita tatau kak..mana tahu..ada rezeki akak kemudian nanti, bule beli kete beso..:)

hahaha takde qapalah epel.ni baru ada idea nak tulis hihih.epel tak salah apapun watpe nak minta maaf….tak singgung ngan epel n kecik 2 atipun…besar adalah………epelkan cam adik akak hahahaha…tu lah tak nak bakar dah…takut depa saman manalah nak carik duit oiiii,………tu lah hidup penuh ujian………sabar dan janga sedihhhh laaaa………ketawa hahaahaha…………………

kita yg silap mmg patut di tegurpun……..dia semut besar aku semut kecik hahahaha……dia enggang aku pipit……manakan sama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2007
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 835,495 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: