bila hatiku berbicara

~Zara Tinggal Kenangan~

Posted on: Ogos 6, 2007

Baru sebentar tadi aku membuka mail yahooku. Aku approvekan posting kiriman dari Along Zahari. AL FATIHAH Untuk Zaharah Ahmad. Tersentak jua aku….rupanya Zara telah pergi malam tadi. Aku bukanlah baik sangat dengannya tapi nak kata tak baikpun ada juga berbalas emel dengannya, adakalanya berbalas sms juga. Sebagai teman tapi jauh aku merasai kehilangannya. Sampai ke hari ini emel resepi yang kirimkan ada dalam simpananku. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Al Fatihah. Ini yang aku hantar kat groups GOKUM.

 

Al-Fatihah untuk Zaharah Ahmad
Innalillah hiwainna ilahirajiuun

Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita di kembalikan. Sungguh
hati saya sedih bila mendengar berita ini. Patutlah sms saya tidak
berbalas….rupanya dia telah pergi……sebagai sahabat saya merasa
kehilangannya. Dia adalah sahabat yang baik. Masih saya ingat lagi bila
rumah saya di masuki tetamu tak di undang dia telah menelefon saya
menyuruh saya berhati-hati dan simpan segala pisau atau parang di
dalam laci. Masih saya ingat lagi dia mengirimkan saya dadih dengan
mengunakan serahan segera…kini masih ada lagi satu dadih yang saya
simpan kerana saya sukar untuk mendapatnya. Rupanya ini hanyalah
kenangan abadi darinya buat saya untuk kali terakhir.

Bulan lepas kalau tak silap saya mengirim sms kepadanya dia
membalasnya serta bertanya khabar saya pula. Ketika berbalas-balas
emel dengannya dulu dia ada kata yang dia selalu ke hospital, bila
saya tanya dia sakit ke? dia kata sakit sikit-sikit saja. Kini
semuanya hanya tinggal kenangan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas
rohnya aminnn.

Advertisements

2 Respons to "~Zara Tinggal Kenangan~"

Al-Fatehah untuknya..

Terima kasih Ayu…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2007
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 848,179 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: