bila hatiku berbicara

Mesti baca…. dari ex student saya

Posted on: Ogos 10, 2007

Assalamualaikum Wbt….

Ape khabar, puan?Semoga puan dan sekeluarga sentiasa sihat di bawah lindungan-NYA. Sekarang ni saye dah berenti kerja daripada ayamas, Port Klang. Saye keje kat sane cume 5 bulan je.Tak tahan dengan environment penipuan yang diorang buat selama ni.Actually, kat sini saye nk bagitau perkara yg terjadi depan mate saye.Cume orang yang bersubahat kat kilang tu je yang tau sebenarnye macamane cara pnyembelihan kat ayamas tu dan diorang butakan mate, pekakkan telinga,bisukan mulut dan ade jugak orang yg secara terang terangan bersekongkol dengan ayamas, contohnya Jabatan Perkhidmatan Haiwan.Walaupun saye tak cukup bukti tapi benda ni dah jadi pun depan mata saye. Orang yang menyembelih tu bukan orang islam kite tapi org vietnam, bile saye tnye pada QC2 yang jage bahagian post mortem, katenye orang mlayu kite taknak keje bab-bab sembelih ni kotor, busuk, takde standard tapi overall orang yang menyembelih ayam kat ayamas ni orang vietnam yang beragama buddha .Ini bukan soal orang melayu tanak keje bhagian sembelih.Walaupun luaran die meayu tapi saye takan sentuh ayam yang die sembelih tu kalau 5 waktu die sendiri cukup!!!!

Dan ade jugak segelintir pekerja Vietnam, Bangla, India n Nepal, minum minuman keras bile dah lewat malam dan aktiviti ni happen almost everyday, kemudian sok pagi-pagi pegi keje kat kilang yang gah dan hebat dengan produk yg kononnye HALAL. Saye tak paham langsung dengan mentaliti bodoh yang orang kite cipta sendiri, kebnyakkannye orang yang bekerja kat kilang makanan, bile saya tanye pada officer(Indian) saya, knape tak amik pekerja MELAYU, sedangkan ramai yang menganggur.Jawapan yang akan die jawap, ni sume keje managment, amik orang melayu mahal & org melayu demand sgt, ni bermakne ayamas boleh bayar tapi nak jimatkan kos dengan membelakangkan soal halal. Beria-beria buat training halal untuk staff, tak gune jugak kalau tak ubah dari akar umbi masalah ni. Entahlah, puan, bile saya cube ketengahkan soal sembelih ni, diorang selalu tuduh saya buat tuduhan tak berasas, sakit hati dibuatnye. Bile Jakim buat pemantauan, management suruh sape-sape orang melayu jadi bidan terjun pastu pegang pisau untuk sembelih buat sementara waktu.Kemudian lepas Jakim balik, pelakon-pelakon handalan ni akan buat keje masing-masing balik . Rase macam nak tembak je semua org kat ayamas tu!! Nak boikot produk haram ni, makin hebat plak sambutan orang kite kat restoran KFC, restoran Rasamas dengan supermarket yang jual produk ayamas.Promosi giler-giler hebat smpai sanggup buat rancangan masakan Chef Wan, Emm..sedapnye bersame Ayamas kat Pakistan , membazir sana sini,bercakap mengalahkn imam berkhutbah kat masjid tapi kebajikan pekerja dengan soal halal diali babakan .. Hati saye bertambah sebak, sakit, pilu mcm dihiris2 bile ayam-ayam KFC ni dibagi pulak makan pada anak-anak yatim….apelah dose budak-budak ni..saye tak tau kenape Jakim tak pantau dengan kerap kerja-kerja sembelihan ni.Hati & perasaan saya dah naik tepu pk kan macamane nak menjahanamkan ayamas.

Saye dah buat aduan kat Jakim mlalui email je tapi takde ape-ape respon pun.Saye pk, saye sendiri nak pergi ke pejabat Jakim nak wat aduan ni secara “live”.Dulu, saya cume dengar cakap-cakap orang pasal ayamas tapi sekarang hati sy puas sket sebab Allah dah tunjukkn kebenaran yg nyata tapi hati saye takan puas selagi ayamas tak bankrupt.Walaupun mustahil, tapi saye yakin setiap yang jahat akan mendapat azabnya, Allah itu Maha Adil.Sebenarnya dah sebulan pun saye berenti dari tempat puake tu. Alhamdulillah, esok hari pertame saye keje kat kilang chemical, sebagai Assistant Chemist kat port klang jugak. Rancangan saye untuk short term ni, saye nak langsaikan untang loan n kemudian, baru saye nak pk future study part time, insyallah… okla puan saye rase cukupla luahan ketidakpuasan hati saye ni, rase sedih sangat dalam hati ni, cume Allah SWT je yang tau. Pada DIA tempat saye mengadu.Saye berdoa semoga ape yang saye buat ni akan mendatangkan hikmah dan kesedaran serta keredhaan pada orang islam yang masih berkeje kat situ lagi…Insyallah. .

Wassalam…

~Sebenarnya aku tak berapa suka tulisan ringkas seperti sms…ni gara-gara aku berkawan dengan oku penglihatan sebab kalau depa nak dengaq JAWS tak leh baca, ni aku cuba betulkan sikit aje laa.

~Sumber dari renungan iktibar~ Ya Allah ampunkanlah aku kerana sudah berapa banyak ayam percik yang masuk ke dalam perut kami Ya Allah. Kalau sudah tahu tobat aku tak nak makan lagi ayamas kat Mid Valley atau kat mana-mana. Itulah aku ni agak cuak nak makan ayam…sebab aku ragu dengan cara sembelihannya. Tapi kerana kasihankan anakku yang suka makan ayam….aku suruh juga suamiku beli ayam kat pasar tani. Kata suamiku yang menjualnya orang melayu….tapi di mana dia ambil ayam tu tak tau laa????Selepas ini aku harus berhati-hati.. Itulah aku lebih suka balik ke kampung halamanku….nak makan lauk ayam ayah aku sembelih aje….ayam yang di bela sendiri…susahnya kalau duk kat negara sendiripun ragu-ragu status halalnya.

~”Ada tak sapa-sapa boleh berikan buktinya lagi? Rasa bimbang sangat-sangat, sebab dah termakan entah banyak mana dah.

~Tapi dengar khabarkan kerajaan Johor dah belikan Ayamas dan KFCkan? Ni artikel yang aku ambil dari grup renungan dan ikhtibar…baru-baru ini…

Advertisements

1 Response to "Mesti baca…. dari ex student saya"

Assalamualaikum

Tidak perlulah saya memberitahu nama sebenar saya siapa. Saya ingin memberi pandangan peribadi saya tentang hal ini. Dalam kaedah Islam, Apabila kita dengar sesuatu khabar hendaklah kita periksa lebih dahalu dan berita individu tidak boleh dijadikan asas hukum dalam Islam. Maka saya telah selidik berita ini di internet dan saya dapati berita yang mengatakan hal demikian (produk ayamas tidak halal) kebanyakkanya datang daripada sumber yang sama, dengan gaya penulisan dan struktur ayat yang sama. Sekarang, rujuk kembali kepada petikan diatas, penulis mengatakan bahawa “Walaupun saye tak cukup bukti tapi benda ni dah jadi pun depan mata saye. Orang yang menyembelih tu bukan orang islam kite tapi org vietnam, bile saye tnye pada QC2 yang jage bahagian post mortem, katenye orang mlayu kite taknak keje bab-bab sembelih ni kotor….” Menariknya penulis mengatakan bahawa dia tidak cukup bukti, tetapi telah menyebarkan sesuatu yang boleh menimbulkan rasa ragu2 dihati umat Islam. Saya tidak boleh mengatakan yang penulis telah berbohong kerana saya tiada bukti untuk mengatakan demikian dan saya anggap penulis mempunyai niat yang baik untuk membantu umat Islam. Perlu dingatkan kepada semua, untuk menyabit sesuatu perkara itu benar atau salah mestilah disertai degan bukti yang kukuh beserta saksi. Maka saya cadangkan kalau benar apa yang dikata, bawakanlah kamera video atau handset perakam video secara sembunyi dan wujudkan satu team sekurang-kurangnya empat orang yang beragama Islam yang adil (untuk lebih kukuh) dan rakamkan keadaan demikian (penyembelihan yang tidak halal) secara sembunyi atau mungkin bergilir-gilir. Daripada video tersebut beserta 4 orang saksi barulah dihantar kepada Jakim dan Polis, atau mana2 Institusi Islam yang meyakinkan utk menyokong dakwaan anda. Untuk pengetahuan “Ayammas telah diistiharkan Halal oleh Jabatan Kemajuaan Islam Malaysia (JAKIM) dan mengikut directory JAKIM, ayamas hanya ada satu pusat penyembelihan, ini deskripsinya”

Nama : AYAMAS FOOD CORPORATION SDN BHD
Alamat : Lot PT 20153 Jalan Pelabuhan Utara 42000 Pelabuhan Klang Selangor Darul Ehsan Malaysia
Negeri : Selangor Darul Ehsan
No. Telefon : 03-31670836
No. Fax : 03-31662615
e-mail : azami@ayamasfood.com
Laman Web : http://www.ayamas.com.my
No. Rujukan : HDC/HI-C06/ 1 078-07/2004
Pegawai Rujukan : NORAIMIZA MOHD RAYES

(petikan alamat ini diambil dari penulis dilaman web http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=139&thread_id=13&rowstart=20)

Sekian, Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2007
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 840,719 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: