bila hatiku berbicara

~Tidak mahu goyang kaki~

Posted on: Ogos 10, 2007

Ni gambar lama Datin Nurjuma, gambar terbarunya tak jumpa plak~
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Datin Norjuma Habib Mohamed damba cabaran baru dalam dunia pengacaraan

DUA tahun menyepi belum pernah menghakis kecintaan Datin Norjuma Habib Mohamed terhadap bidang penyiaran. Rindu yang sentiasa menggamit membuatkan Norjuma kembali mengintai ruang untuk melepaskan segala yang terbuku di hati.

Jujurnya kata anak kelahiran Pulau Pinang itu, tidak timbul isu membuat ‘comeback’ apabila dia kembali mengacara kerana dia tidak pernah hilang daripada kerdipan dunia hiburan secara total.

Selepas mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata lelaki, Muhammad Aqil Razak, tujuh bulan, wajah manis Norjuma sesekali menghiasi dada akhbar dan muka depan majalah atas permintaan pihak media.

Semua itu katanya, membuatkan semangatnya semakin membara untuk mencurahkan pengalaman dan berkongsi pengetahuan dengan masyarakat. Dia masih mencari ruang serta mengintai peluang untuk terus menggilap bakat yang ada dalam dirinya.

Kata Norjuma, dia mendambakan cabaran baru – skop kerjaya yang lebih serius dan luas.

Dia ingin lari daripada fokus kerjaya yang hanya tertumpu kepada isu wanita semata-mata. Sebaliknya, dia mahu mencuba sesuatu yang lebih mencabar dan pada masa sama, memanfaatkan pengetahuan yang diperoleh ketika bersama Wanita Hari Ini dan Nona dulu.

“Saya rindukan dunia kerjaya, rindu untuk kembali sebagai wartawan penyiaran. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan kesibukan, apabila berumah tangga dan meninggalkan seketika dunia kerjaya, saya seperti kehilangan sesuatu.

“Apatah lagi apabila melihat teman sebaya sedang berlumba membina karier, saya juga tidak mahu ketinggalan. Mungkin ada berkata, untuk apa bersusah payah kerana saya boleh bergoyang kaki, bersosial dengan mereka yang punya gelaran.

“Tetapi itu bukan dunia saya. Ia tidak pernah memberikan kepuasan. Saya lebih senang hidup bersederhana dan sentiasa berpijak di bumi nyata,” kata isteri kepada Datuk Mohamed Nazim Razak itu.

Kata Norjuma, bukan mudah untuk dia menagih kembali kepercayaan suami dan melepaskannya semula ke alam pekerjaan. Apatah lagi, anak sulung mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya daripada mereka berdua.

Dia terpaksa merayu supaya diberi kepercayaan untuk kembali ke bidang yang sudah sebati dengan dirinya.

“Saya sudah cuba untuk menjadi suri rumah tangga, hakikatnya, saya masih rindukan dunia pekerjaan. Alhamdulillah, suami memberi kebenaran untuk saya kembali dengan mengacara program Keluarga Di 9.

“Lagi pun, ia tidak memerlukan waktu yang panjang. Saya hanya bersiaran sekali seminggu iaitu setiap Selasa untuk slot Jiwa Raga. Masa selebihnya dapat saya manfaatkan bersama keluarga, di samping membuat persediaan sebelum bersiaran,” katanya.

Dalam kesibukan itu, Norjuma masih dahagakan cabaran dalam kerjaya serta memanfaatkan pengetahuan dan pengalamannya untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Menerusi program bual bicara dinamik itu, pengacara berusia 25 tahun itu berpeluang membincangkan isu semasa berkaitan kekeluargaan dan masyarakat.

“Isu yang dikemukakan menerusi Keluarga Di 9 relevan dengan kehidupan semasa. Saya sendiri sebagai wanita moden, isteri dan ibu mahukan suatu ruang perbincangan bagi membolehkan isu serta permasalahan berkaitan kehidupan keluarga, kerjaya dan kemasyarakatan dibentangkan secara terbuka dan jujur.

“Bagi saya, Keluarga Di 9 menjadi wadah bersesuaian dan kena pada masanya kerana banyak gejala yang melanda institusi keluarga pada masa ini,” katanya yang mengendalikan slot Jiwa Raga untuk program itu.

Selain Norjuma, Keluarga Di 9 juga menyaksikan kemunculan semula bekas pengacara TV3, Aziz Desa. Pengacara yang terkenal dengan gaya tersendiri dan kerap berkongsi khazanah mutiara kata itu akan menemani penonton setiap Isnin menerusi Siapa Kata?

Keluarga di 9 turut menarik pembabitan dua anak seni lain iaitu Nora menerusi slot Kongsi Rasa Kongsi Rahsia setiap Khamis dan pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy dalam slot Dua Generasi setiap Rabu.

Keluarga Di 9:

KEMELUT rumah tangga dan identiti, tekanan kerjaya dan keluarga kepada ibu muda, penderaan bayi adalah antara wabak penyakit moden yang tidak diketahui puncanya. Himpunan isu semasa ini memberi kesan besar kepada kehidupan keluarga dalam masyarakat moden.

Bagi menyediakan ruang perbincangan dan pertukaran idea berhubung pelbagai kemelut sosial dan kekeluargaan semasa, TV9 melancarkan program bual bicara Keluarga Di 9.

Bersiaran secara langsung setiap Isnin hingga Khamis jam 1 petang mulai 6 Ogos lalu, Keluarga Di 9 adalah rancangan bual bicara dinamik yang disokong fakta dan statistik, pengalaman sebenar serta pandangan pakar dalam bidang berkaitan.

Keluarga Di 9 menampilkan slot berasingan setiap hari, iaitu Siapa Kata? setiap Isnin, bersama wartawan dan pengacara berpengalaman, Aziz Desa, sebagai hos. Siapa Kata? berkonsepkan perbincangan hangat dan terbuka berhubung isu kekeluargaan dan masyarakat yang mendapat liputan luas media.

Antara isu menarik yang akan ditampilkan ialah trend berbelanja besar dan majlis perkahwinan mewah di kalangan golongan kaya dan ternama (Kenduri Besar, Belanja Tinggi, siaran 13 Ogos), isu disiplin guru dan pelajar yang kian gawat (Disiplinkan Murid atau Guru?, siaran 20 Ogos).

Pada Selasa, slot Jiwa Raga membincangkan isu kesihatan dan kecantikan terkini meliputi aspek fizikal, mental dan rohani serta pemakanan kanak-kanak. Ia menampilkan Datin Norjuma Habib Mohamed sebagai pengacara.

Slot ini menyediakan informasi terkini mengenai pelbagai gejala kesihatan yang melanda kanak-kanak, produk serta prosedur kecantikan bagi membantu mereka yang ingin tampil berkeyakinan dan bergaya.

Antara topik hangat ialah Demi Cantik, Kurela Disuntik (7 Ogos) dan Di Hujung Pisau (14 Ogos).

Slot Dua Dua Generasi setiap Rabu pula mendekatkan jurang antara generasi berbeza menerusi luahan masalah dan pendekatan penyelesaian bersandarkan perspektif ummah penyayang.

Dikendalikan pelakon yang juga anak seniwati terkenal Azean Irdawaty, Khaeryll Benjamin Ibrahim (Benjy), slot ini memberi peluang kepada ibu bapa berkongsi kebijaksanaan mendidik anak manakala remaja mempunyai wadah untuk menyampaikan pandangan mereka mengenai pelbagai isu.

Antara dilema keluarga yang ditampilkan ialah Kuingin Lari (8 Ogos) mengenai remaja yang membuat keputusan lari dari rumah apabila berdepan dengan masalah.

Umum mengenali Wan Nora Afiza Ariffin (Nora) sebagai penyanyi, namun di TV9 Nora akan tampil mengacarakan Kongsi Rasa, Kongsi Rahsia setiap Khamis. Slot ini menjadi wadah untuk luahan hati secara intim serta memberi laluan penyelesaian daripada perspektif psikologi dan agama.

~Dari Juma anak dara hinggalah dia bergelar isteri dan ibu aku masih lagi meminati wanita ini. Aku sebenarnya suka melihat insan sejenis memakai tudung seperti Juma, seperti Ina Naim. Tak perlu berkemban atau tayang body untuk menjadi cantik. Bagiku wanita bertudung ini sangat-sangat cantik. Bukanlah bermakna wanita tidak bertudung ini tak cantik. Tapi itulah selera masing-masing.

Tapi padaku setiap wanita muslimah walau apa sekalipun mestilah menutup auratnya. Misal kata bagi yang nak belajar pakai tudung hihihi, kalau rasa malu untuk mengenakan tudung…belajar-belajar dulu pakai seperti mak-mak datin yang pakai main letak-letak dulu hihihi. Lepas tu cuba try pakai seperti Wardina ke, Waheda, Norzie, Fenda dan masih ramai lagi.

Kawan aku dulu, jenuh ayah dia beli tudung kat dia semata-mata nak suruh anak bertudung, kalau tak silap aku ayahnya beli sepuluh helai tudung berbagai warna. Aduhhh kalaulah aku dapat gitukan seronok. Tapi apa dia jawab…”kalau ayah beli dua puluh helai tudung sekalipun kalau orang tak nak pakai tak nak laaa”. Waa anak apa ni? Sementalah dah berjaya. Wei tak leh lagu ni cakap dengan pak huhu. Tu lah hidayah itu akan datang dengan sendiri tanpa di paksa. Kalau Allah nak dia pakai tudung hari ini dia pakai juga. Tapi tu lah tudung sekarang jenis nipis…nampak anak tudung..silap-silap nampak leher..tu laaa yang aku tak suka tu. Bunyi rego kemain mahal gilar, tudung bawal ler…tapi nipis. Sampai ke hari ini aku masih lagi tercari-cari tudung yang tebal. Aduiiii susahnya..nak pakai tudung labuh…hehehe bukan tak suka..tapi tu lah kata orang kalu pakai tudung labuh kena jaga perangai dan segalanya…tapi aku belum sampai masanya. Aku masih suka lagi pakai tudung ala-ala belit cam batu nisan tu hehehe. Silap-silap terbelit tercekik leher ooo hahaha. Dah ler aku merapu di pagi jumaat ni….salah silap aku harap di maafi ya. Aku memang suka berseloroh,aku suka bergurau…bagiku walau apapun keadaan aku mesti hepikan diriku. Tolak jauh-jauh apa yang telah terjadi dalam hidup…campak seketika walaupun tidak mudah…………..hidup biar hepi.

2 Respons kepada "~Tidak mahu goyang kaki~"

waaaa!!! setuju2!!!
hmm,,,same gak,,nak pakai tudung yg xjarang. nk pakai tudung labuh,,tapi tu lah,,takut xleh jaga attitude as good as them..huhu~ dah try,tapi x istiqomah lagi.InsyaAllah , one day ..insyaAllah. 🙂

tp nak cari kat mana tudung yg tak jarang sekarang ni..tudung bawal mahai pun tetap nipis….ambik mudah pakai dua lapis..satu yg simple lilit pastu ambik tudung yg nipis letak kat atas…tak nampak leher dll…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2007
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 912,449 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: